Jumaat, Ogos 12, 2011

BEKAS EDITOR WATAN SOKONG WATAN DISAMAN



Saya, Mohd Zabidi Saidi, bekas Editor akhbar Mingguan Watan menyokong penuh tindakan Datuk Ahmad yaacob, Datuk Husam Musa dan Datuk Anuar Tan Abdullah menyaman akhbar Mingguan Watan.

Saya telah nasihati ketua editor, Baha Azuwan supaya tidak menyiarkan berita penyelewengan PKINP selagi tidak ada bukti yang kukuh. Beliau yang percaya kepada wakil WATAN di Kelantan, Goenawan Mohamad tanpa usul periksa tetap memilih berita itu sebagai berita muka depan akhbar Mingguan Watan.

Padan muka Baha tak dengar nasihat orang. Sekarang awak tanggunglah bayar saman mereka bertiga kerana dahulu awak tak bayar gaji kami semua. Gaji saya tujuh bulan (RM17,500), gaji Hafiz, gaji Zainora, gaji semua staf hampir RM50 ribu. Ini semua doa orang dizalimi oleh awak tak bayar gaji kami semua.

Husham kawan lama saya di UM marahi saya siar berita itu sedangkan saya tidak tahu menahu kenapa Baha beriya benar nak siarkan berita itu. Jika Goenawan Mohamad ada dokumen yang cukup sudah tentu dokumen itu boleh dikemukakan di mahkamah.


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob dan ahli exco Datuk Husam Musa serta Datuk Anuar Tan Abdullah berjaya dalam saman fitnah mereka ke atas akhbar berbahasa Melayu, Mingguan Watan.

Sehubungan dengan penghakiman itu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam juga memerintahkan mereka diberikan pampasan sebanyak RM470,000 setiap seorang.

Keputusan itu dibuat berikutan artikel yang diterbitkan oleh Mingguan Watan pada edisi 21- 27 Disember 2008 yang bertajuk 'Siasat Pemimpin-Pemimpin PAS Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK' yang didakwa memfitnah ketiga-tiga pemimpin itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan lewat petang semalam, Husam berkata artikel itu mendakwa “Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan mengalami kerugian puluhan juta ringgit akibat penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan beberapa pemimpin PAS Kelantan yang menjadi ahli lembaga pengarah PKINK.

“Kerugian bernilai RM21 juta itu berlaku dipercayai kerana penyalahgunaan kuasa di kalangan pihak pengurusan PKINK dalam urusan pentadbiran dan pengurusan projek anak syarikatnya Kelstone Sdn Bhd,” petik artikel itu.

Dalam saman itu, wartawan M Goenawan Mohamed, ketua pengarangnya Wan Bahador Wan Ismail @ Baha Azuwan, penasihat sidang pengarang Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, dan penerbit akhbar itu Naluri Teratai Sdn. Bhd, serta pengedarnya Tristan Media Distributors dinamakan sebagai defenden.

Menurut Husam (kiri), berikutan penyiaran berita berunsur fitnah tersebut Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Mohd Sabri Abdullah telah menghantar surat dan memberi notis untuk membolehkan Mingguan Watan memohon maaf.

Bagaimanapun akhbar berkenaan pada edisi bertarikh 4-10 Januari 2010 telah menyiarkan bahawa pihaknya tidak perlu memohon maaf.