Isnin, September 14, 2015

JEREBU PUNCA BAJU MERAH DIBATALKAN?

Kualiti udara yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat meningkat kepada 19 kawasan di Semenanjung dan Sarawak, petang semalam.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat 5 petang, semalam, empat negeri yang mencatat peningkatan bacaan IPU tidak sihat adalah Negeri Sembilan, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Sehingga kini, kawasan yang mencatat peningkatan bacaan IPU tidak sihat ialah Nilai (161), Seremban (155), Sri Aman (110), Samarahan (128), Sarikei (101), Banting (168), Kuala Selangor (112), Pelabuhan Klang (115), Cheras (129), dan Putrajaya (156).

Sementara itu, kawasan yang mencatat bacaan IPU yang sama seperti setakat 2 petang tadi, ialah Bandaraya Melaka (166), Port Dickson (160) dan Shah Alam (151).

Kawasan lain yang mencatat penurunan bacaan IPU adalah Pasir Gudang (105), Muar (147), Bukit Rambai (169), Kuching (118), Petaling Jaya (144) dan Batu Muda (131).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Berdasarkan senario ini, mungkin perhimpunan Baju Merah dibatalkan kerana jerebu boleh mengakibatkan para peserta Baju Merah menghadapi penyakit lelah dan selsema.

Tidak ada makna kalau dah tahu Kuala Lumpur sedang berjerebu, peserta Baju Merah turun dari seluruh negara. Adakah mereka sanggup menempuh maut dalam suasana negara sedang menghadapi jerebu.

Sementara itu Bernama melaporkan Kementerian Belia dan Sukan akan melihat semula matlamat sebenar penyertaan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) dalam 'Perhimpunan Rakyat Bersatu' pada Rabu depan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata sekiranya perhimpunan itu diadakan bagi meraikan semangat perpaduan sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept, ia bukan satu isu kepada pertubuhan berkenaan.

"Kita lihat objektif perhimpunan berubah dari hari ke hari. Sekarang, ia adalah perhimpunan untuk Hari Malaysia, untuk perpaduan. Jadi, kita harus lihat apa objektif sebenar.


"Jika perhimpunan itu untuk perpaduan bagi sambutan Hari Malaysia, ia bukan masalah bagi Pesaka menjadi penganjur kerana silat bukan sekadar sukan, tapi sebahagian daripada kebudayaan Malaysia.

"Jadi, ia melangkaui sukan tapi biar saya menilainya dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Fit Malaysia 2015, peringkat negeri Perak, di Dataran Bandaraya Ipoh, di sini hari ini.

Khairy berkata beliau juga akan menemui Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman untuk berbincang lanjut berhubung perkara tersebut.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Megat Zulkarnain Omardin, yang juga Setiausaha Agung Pesaka akan menjadi barisan hadapan dalam perhimpunan di Padang Merbok itu.

Pesaka didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Akta Pembangunan Sukan 1997 kerana ia menggalakkan budaya Melayu dan sukan itu.