Rabu, September 19, 2012

NGEH BIADAB

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham disifatkan sebagai seorang yang biadab dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam apabila mempersoalkan hasrat Pergerakan Pemuda UMNO untuk mengadakan protes terhadap filem anti-Islam Innocence of Muslims, Jumaat ini. Malah Ketua pergerakan tersebut, Khairy Jamaluddin ketika dihubungi Utusan Malaysia turut menegaskan bahawa Ahli Parlimen Beruas itu menghina Islam apabila sengaja mempersoalkan kewajaran umat Islam membuang banyak masa dan tenaga untuk melakukan protes tersebut. Katanya, Koo Ham telah menunjukkan sikap sebenarnya terhadap Islam meskipun ia diungkap dalam bentuk pertanyaan, justeru Pas yang merupakan rakan sekutu DAP wajar menyatakan pendiriannya mengenai perkara itu. ''Junjungan besar Rasulullah SAW merupakan rasul dan nabi kepada umat Islam. Kedudukan dan makamnya terlalu tinggi kerana baginda merupakan pesuruh Allah SWT. Saya yakin Koo Ham tahu siapakah Rasulullah di kalangan kita semua," kata Khairy lagi.