Ahad, Ogos 17, 2014

MINGGU KEDUA DI AYER MOLEK LEBIH MENARIK

Oleh kerana jarak antara Ayer Molek, Melaka dengan rumah saya di Bandar Seri Putera, Selangor tidak jauh mana, maka setiap petang Jumaat saya balik ke rumah. manakala pagi isnin saya meneruskan kerja di Ayer Molek. Minggu kedua lebih menarik kerana kali ini kami berpeluang menemui ahli parlimen Masjid Tanah, mas Ermiyati Shamsuddin dan ADUN Kuala Linggi, Datuk Ismail Othman. oleh kerana YB mas tidak dimaklumkan tujuan kami mahu menemuinya oleh pegawainya maka beliau minta tangguh wawancara dengannya. beliau yang juga Ketua Puteri Umno Malaysia menyuruh kami e mail soalan kerana maklum sahajalah jawapan beliau nanti memerlukan fakta yang tepat, maka beliau perlu buat research untuk menyediakan jawapannya. Tetapi lain pula cara ADUN Kuala Linggi yang sudah dua penggal berkhimat untuk rakyat. Beliau secara bersahaja menceritakab perancangannya untuk membangunkan Kuala Linggi. Datuk Ismail datang ke kampung Ayer Molek bersolat jumaat bersama rakyat. Selepas itu kami menemubualnya di beranda masjid baharu. Sepanjang minggu ini kami menemui orang kampung, ada yang berkata kononnya kubur tok Kamad nerada di Bukit Rambai, Melaka. Kami ke sana menemui cicit Tok Kamad, haji Wahab yang mengesahkan bahawa tidak ada ada kubur Tok kamad di Bukit Rambai. Ini bermakna teori awal yang mengatakan kubur Tok Kamad berada di Ayer Molek lebih meyakinkan. melaka terkenal dengan konsep 1Malaysia dari dahulu lagi, Lubok China, Bukit Cina dan Tanjong Keling. Di Ayer Molek masyarakat Cina dan India turut duduk aman damai dengan penduduk kampung orang melayu. Bagi Pak, 58, yang berniaga kedai runcit selepas kematian ayahnya berkata dia tak kesah walaupun ramai penduduk kampung berhutang dengannya. Takkan dia nak jadi macam ceti pula kutip hutang dengan orang kampung. Dia mengimbau kembali sewaktu main guli dan gasing dengan anak-anak melayu sebaya dengannya sewaktu kecil. Nathan juga satu-satunya anak India yang merupakan penduduk jati Kg Ayer Molek. Anaknya Kapten selvarajah merupakan kaptel kapal yang sudah lama berkhidmat dengan MISC. bekerja dengan jurugambar tapa memenag menyeronokkan kerana beliau suka layan orang gila. Satu petang kami minum di pantai pengkalan balak, tapa melayan orang gila. Macam-macam disoal orang gila itu sambil minum kopi dan makan tauhu. Esoknya orang gila di kuala sungai baru ;pula dilayan oleh tapa. Orang gila itu asyik ketawa kerika kami belanjanya minum. Di kedai itu juga saya menemui bekas ADUN Kuala Linggi, Datuk ibrahim durum yang juga bekas Exco Kerajaan negeri melaka. Beliau kini adalah ketua penerangan Umno bahagian Masjid Tanah. Beliau pernah mengajar di sekolah menengah di menggatal di mana Musli Oli turut bersekolah di situ. Saya pernah ikut musli Oli ke Melaka 10 tahun dahulu menemui Datuk Ibrahim Durum. Datuk ibrahim terkejut kerana Musli ada ilmu lambai. Kesimpulannya, minggu kedua di ayer Molek lebih menarik. Kita tunggu pula perkembangan minggu hadapan.