Rabu, Ogos 10, 2011

MCA TAK PAYAH CAMPUR URUSAN JAIS


MCA tak payah campur urusan JAIS.Biar JAIS selesaikan siasatan.Buat apa MCA cabar DAP bersuara sedangkan MB, Tan Sri Khalid sudah meminta JAIS beri laporan segera kepada beliau.

Ini urusan agama yang bercanggah dengan perlembagaan persekutuan yang mengatakan agama lain tidak boleh disebarkan di kalangan umat Islam. Orang Melayu tak akan undi MCA jika MCA campur dan sokong agama Kristian disebarkan di kalangan umat Islam.

MCA Selangor menuntut semua ahli exco kerajaan negeri DAP paya meletakkan jawatan kerana membisukan diri mereka berhubung isu serbuan Jais ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Ketua Biro Aduan Awamnya, Theng Book (kiri) berkata sebagai wakil yang dipilih, ahli exco berkenaan sepatutnya bercakap bagi pihak rakyat yang mengundi mereka.

Katanya, adalah hipokritikal bagi pemimpin DAP menggunakan alasan arahan menutup mulut yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan menuduh mereka daripada menjauhkan diri daripada kebenaran.

"Bagaimana mereka boleh (patuh) arahan tutup mulut? Mereka kata mereka perjuangkan kebebasan bersuara... Apabila ada sebab untuk bersuara, mereka buat bising tetapi apabila ada kerja, mereka tak buat. Exco DAP patut letak jawatan,” katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Menurut pemimpin veteran MCA itu tanggungjawab terletak di bahu wakil rakyat DAP dan pemimpin bukan Islam PKR, yang merujuk secara tidak langsung kepada ahli Petaling Jaya Utara Tony Pua dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian.

"Penduduk Petaling Jaya sedikit kecewa (dengan sikap mendiamkan diri mereka). Mereka mesti keluar dan nyatakan pendirian mereka kepada PAS dalam hal ini,” katanya.

Menurut Theng Book tanggungjawab sebenarnya terletak pada Khalid selaku menteri besar, dan menolak dakwaan Pakatan Rakyat bahawa serbuan itu didalangi kerajaan persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).