Selasa, Jun 14, 2011

TAHAN AMBIGA DI BAWAH ISA


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein kena tegas. Beliau perlu tahan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenavasan di bawah ISA kerana menganjurkan perarakan sepanjang jalan BERSIH pada 9 Julai depan.

Pedulilah apa kata dunia kepada Malaysia apabila menggunakan ISA kerana ia boleh mencetuskan keselamatan negara. Apatahlah lagi PERKASA dijangka menghalang perarakan BERSIH ini. Sudah tentu keadaan tidak akan terkawal pada hari tersebut. Jadi Hishamuddin perlu bertindak tegas kali ini. Jangan asyik beri amaran sahaja.

Blog Anak Merdeka juga melahirkan hasrat yang sama. Kita baca apa kata blog Anak Merdeka seperti mana berikut: Tak sudah-sudah ! Habis satu, satu lagi masalah mahu ditimbulkan. Apa Malaysia ini sudah tiada undang-undang lagi ke ? Mana Menteri Keselamatan Dalam Negeri kita ? Kenapa biarkan perkara yang nyata akan merosakkan keamanan dan keharmonian hidup dibiarkan berterusan mengambil tempat di dalam negara ini ?

Kepada YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, saya dan juga mungkin sebilangan daripada rakyat Malaysia yang lainnya ingin berseru kepada Datuk Seri, bertindaklah dengan tegas terhadap mana-mana kumpulan yang cuba berusaha untuk menggugat keamanan dan keselamatan negara !

Jangan lagi hanya bagi amaran, amaran, amaran yang entah sampai bila lagi amaran, amaran, amaran akan didengari oleh bajingan-bajingan seperti sebelah Pakatan Pembangkang itu.

Cegah sebelum parah !!! KDN harus bertindak awal terhadap Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk Ambiga Sreenavasan, beliau dilaporkan akan menganjurkan perhimpunan haram pada 9 Julai 2011 ini. Tujuan perhimpunan diadakan tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk mencabar kedaulatan undang-undang di Malaysia, jadi kepada Datuk Seri Hisham, tangkap dan tahan Datuk Ambiga ini di bawah Akta Hasutan ke atau Akta Keselamatan Dalam Negeri dan ISAkan dia...mencegah lebih baik dari mengubati !

KERAJAAN RAKYAT LEBIH BAIK DARI KERAJAAN KEBAJIKAN


Kerajaan rakyat yang diamalkan Barisan Nasional (BN) adalah jauh lebih baik berbanding kerajaan kebajikan yang mirip fahaman sosialisme.

Timbalan Pengerusi Umno Sabah Datu Seri Salleh Said Keruak berkata ini kerana kerajaan rakyat merangkumi semua aspek termasuk kebajikan rakyat.

"Dalam hal ini PAS cuba memberi nafas baru kepada usaha kebajikan yang sudah dilaksana kerajaan BN, dalam usaha meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya kepada Bernama, di sini Isnin.

Beliau juga berpandangan kerajaan rakyat menentukan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan pengagihan kekayaan negara yang berpaksi kepada aspirasi gagasan 1Malaysia.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu juga berkata negara akan hancur jika dipimpin parti-parti yang terikat dengan 'kahwin kontrak' yang tidak mungkin berkekalan.

Sebaliknya kata beliau, Malaysia memerlukan seorang perdana menteri seperti Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai rekod khidmat cemerlang, berpengalaman, berwawasan dan berorientasikan rakyat.