Rabu, Mei 28, 2014

MANGSA POLITIK ZAMAN AHMAD SAID NAIK PANGKAT DALAM ROMBAKAN TCS

KUALA TERENGGANU: Ekoran perlantikan Menteri Besar baharu pada 12 Mei lalu, seramai 50 orang Pegawai Tadbir Negeri (TCS) akan bertukar ke jawatan baru yang akan berkuatkuasa pada 2 Jun ini. Setiausaha Kerajaan, Datuk Mazlan Ngah dalam sidang media di pejabatnya hari ini berkata, pertukaran ini dibuat berdasarkan dua pegawai tertinggi negeri iaitu Pegawai Kewangan Datuk Mat Razali Kassim dan Pengarah Tanah dan Galian (PTG), Datuk Tuan Mamat Tuan Ngah akan bersara.  Mereka yang menjadi mangsa politik dalam pentadbiran bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said mendapat ganjaran dalam rombakan TCS kali ini. Bekas Setiausaha Sulit Kanan Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) Datuk Osman Muda dilantik Pegawai Kewangan Negeri menggantikan Datuk Mat Razali Kassim dan tempat beliau diisi oleh Pengarah Bekalan Air Negeri, Datuk Wan Zahari Wan Ngah. Manakala Pegawai Daerah Setiu, Mohamad Nor Ibrahim ke jawatan Pengarah PTG yang baru dan tempat beliau diisi oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Haji Talaha Ali. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Datuk Zulkifli Mohamad dipinjamkan ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC Sdn. Bhd. dan tempat beliau diganti oleh Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail. Pegawai Daerah Kemaman, Mohamad Kamil Othman ke jawatan Pegawai Daerah Kuala Terengganu dan Timbalan Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) Jabatan Kerja Raya (JKR), Wan Mohd Rubi Wan Jusoh ke jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT). Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Mustafa Khalid ke jawatan Pegawai Daerah Kemaman manakala Pegawai Jawatan Kumpulan Pejabat Setiausaha Kerajaan, Harun Mohamad ke jawatan Pengarah Bekalan Air Terengganu. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Datuk Mohd Yasim Awang ke jawatan Pengarah Yayasan Islam dan Timbalan Rektor (Jaringan Industri dan Korporat ) TATi Universiti Kolej, Mohd Zulkifli Abu Bakar menjadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman. Pengarah Majlis Sukan Negeri, Zainal Abidin Hussin ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan dan Perumahan) dan Pegawai Daerah Marang, A.Rahman Che Ali pula ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Dungun. Pengarah Yayasan Terengganu, Azmi Razik ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu dan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu Samiun Salleh akan menjawat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) sementara Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Ibrahim Mohamad ke jawatan Timbalan Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) JKR negeri. Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan,Perumahan dan Tugas-tugas Khas) Wan Mohamad Lotfi Wan Ismail ke jawatan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kemaman dan Pengarah Urusan Percetakan Yayasan Islam Terengganu, Zainal Abidin Mohamed ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu. Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman, Shahidan Embok bertukar ke Pendaftar TATi Universiti Kolej dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Sumber Manusia), Mohd Zahari Md Azahar ke jawatan Timbalan Pengarah UPEN/Pengurusan Kanan Projek Pembangunan Kuala Nerus. Ketua Pegawai Eksekutif T-ISSI Terengganu, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Sumber Manusia) dan Ketua Pegawai YPUT, Che Razali Adis ke jawatan Ketua Penolong Pegawai Daerah Besut. Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Zulkifli Ali ke jawatan Setiausaha Dewan Undangan Negeri Terengganu dan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Jahani Ismail menjadi Setiausaha MBKT. Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Khidmat Pengurusan) Johan Ibrahim bertukar ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) dan Pendaftar TATi Universiti Kolej, Che Suhaimin Mohamad ke jawatan Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun. Pengurus Besar TESDEC Berhad, Rozali Salleh pula ke jawatan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MBKT dan Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Azhar Jusoh ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Khidmat Pengurusan). Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Program Khas Sukan - T-Team), Ab. Rasid Jusoh ke jawatan Pengarah Majlis Sukan Negeri dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun, Alias Mamat ke jawatan Setiausaha Majlis Daerah Kemaman. Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengurusan Harta) Jabatan Baitulmal MAIDAM, Ahmad Azizi Zulkifli ke jawatan Pengarah Jabatan Teknikal MAIDAM dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Idham Mustafa ke jawatan Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Terengganu. Ketua Penolong Pegawai Daerah Besut, Zahanapi Sagaf ke jawatan Setiausaha Majlis Daerah Besut manakala Setiausaha Majlis Daerah Besut, Saidi Salleh ke jawatan Ketua Pegawai Operasi T-ISSI Terengganu. Ketua Pegawai Operasi T-ISSI Terengganu, Lukema Meri Salleh ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Harta) Jabatan Baitulmal MAIDAM dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Projek-projek Khas), Zuwislam Awang ke jawatan Pengurus Unit Transformasi Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan Terengganu. Ketua Penolong Pengarah (Bajet) UPEN, Muhd. Aimin Mohd Tahir ke jawatan Timbalan Pengarah (Pentadbiran dan Kewangan) Institut Al-Quran Terengganu dan Pengurus Unit Transformasi, Pengurusan Prestasi dan Pelaksana, Mohd Nasir Kasim ke jawatan Pengurus Projek Pembangunan Kuala Nerus. Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar, Maldiana Abd. Fatah ke jawatan Ketua Penolong Pengarah (Bajet) UPEN dan Penolong Kanan Setiausaha Kerajaan (Projek-projek Khas) Safura Mad Juhari ke jawatan Penolong Setiausaha Kerajaan (Tadbir Urus dan Pematuhan). Penolong Kanan Setiausaha Kerajaan (Program Khas Khas Sukan) Terengganu/Pengurus Kanan Operasi TPCT, Rosini Sulong ke jawatan Penolong Pentadbir Tanah (Pendaftaran) Hulu Terengganu dan Penolong Pengarah (Pertanian dan Asas Tani) UPEN, Wan Ahmad Firdaus Wan Abdullah ke jawatan Penolong Setiausaha Kerajaan (Pengukuhan Integriti dan Pengurusan Aduan). Penolong Pesuruhjaya (Pentadbiran dan Kewangan) MAIDAM, Wan Mohd Firdaus Wan Sembok ke Penolong Pengurus (Pembangunan) Tourism dan Penolong Pengarah (UKOM) Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Muhamad Ridzuan Hashim ke jawatan Penolong Pengarah (Pertanian dan Asas Tani) UPEN Terengganu. Penolong Pengarah (Media baru) Agensi Pembangunan Masyarakat, Raja Faisal Raja Harun ke jawatan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Hulu Terengganu dan Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Hulu Terengganu Mohd Fadli Jusoh ke Penolong Pengurus Projek Pembangunan Kuala Nerus manakala Pegawai Tadbir Terengganu Incorporated Sdn Bhd., Puan Faten Ummaimah Saidi ke jawatan Penolong Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan) Marang.