Khamis, Jun 18, 2015

MUTAAH TERMAHAL DI MALAYSIA

MUT`AH: Pemberian suami kepada isteri selepas diceraikan, ulama` berijtihad pemberian Mutah kepada isteri satu kewajipan. Mengikut Syed al-Qutb dalam tafsirnya Fi Zilalil al-Quran Objektif utama pemberian ini bagi mengekalkan hubungan dan rasa hormat kepada isteri selepas diceraikan sebagaimana Saidina Hassan Bin Ali berkata selepas membayar Mut`ah kepada bekas isterinya “hanya sedikit kiriman dari kekasih yang terpaksa berpisah”. Namun demikian pemberian berbentuk wang dan barangan dibenarkan oleh Syarak berdasarkan kemampuan suami hal ini bersandarkan kepada firman Allah S.W.T dalam al-Qur`an maksudnya: Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menangung bayaran (maskahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. Walaupun demikian hendaklah kamu memberi “Mut`ah” kepada mereka (yang diceraikan  itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi Mut`ah) menurut ukuran kemampuannya; satu pemberian menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan. Surah al-Baqarah 2:236 dalam surah yang sama, ayat 241 bermaksud: Dan Isteri-isteri yang diceraikan itu berhak mendapat Mut`ah dengan kadar yang wajar sebagai suatu kewajipan keatas orang–orang yang bertaqwa, dan dalam surah al-Ahzab 33:49 menyatakan perkara yang sama. 
BAGAIMANA NILAIAN MUT`AH DIKIRA
 Tidak ada penentuan nas tentang mut’ah dan jenisnya. Oleh itu, maka para fuqaha’ melakukan itjihad mengenai dengan kadarnya.
         
Ulama’ Hanafi menetapkan mut’ah berpandukan  kepada pakaian: pakaian basah, kain tudung kepala dan pakaian yang menutup kepala hingga ke kaki (milhafah) kerana firman Allah S.A.W.:

Terjemahan: ... Sebagai pemberian sagu hati menurut yang patut lagi menjadi satu kewaipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat demikian...
                                                                   (surah al-Baqarah 2:236)

Kalimah mata’ adalah nama bagi persamaan pada ‘uruf kerana bagi mewajibkan pakaian-pakaian yang sama pada kaedah-kaedah syara’ ada tiga iaitu pakaian yang wajib baginya dan pada masa wujud hubungan suami isteri dan pada masa ‘iddah dan sekurang-kurang pakaian yang dipakai oleh perempuan dan pakaian  yang dipakai ketika keluar rumah.

Pakaian-pakaian ini tidak melebihi seperdua mahar mithlinya (hantaran bersandarkan keadaan semasa ) seandainya suami daripada golongan orang kaya kerana ia adalah sebagai ganti daripadanya dan tidak boleh kurang daripada lima dirham seandainya suami daripada golongan orang  miskin. Pendapat yang dijadikan fatwa bahawa mut’ah dikira dengan keadaan suami isteri seperti nafkah. Jika kedua-duanya kaya, maka bagi perempuan pakaian yang mahal-mahal (yang bermutu tinggi). Jika kedua-duanya fakir, maka baginya pakaian yang terendah nilainya. Jika kedudukan kedua-duanya berbeza dari segi kaya dan miskin, maka baginya pakaian yang sederhana.

Ulama’ Shafi’i berpendapat bahawa adalah sunat mut’ah itu tidak kurang daripada 30 dirham (dalam keadaan semasa sekarang RM 13,000) barang yang sama nilai dengannya. Ini adalah serendah-rendah yang disunatkan, setinggi-tingginya ialah khadam, dan yang sederhana ialah pakaian. Disunatkan mut’ah itu ialah juga kadarnya sampai separuh daripada mahar mithli. Sekiranya sampai atau lebih separuh dari nilai mahar mithli ia harus berdasarkan ayat:

Terjemahan: ... Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi “mut’ah” (pemberian saguhati)kepada mereka.
                                                (surah al-Baqarah 2:236)

Sekiranya suami isteri bertikai tentang kadar mut’ah, maka qadi atau mahkamah boleh menentukan kadar dengan ijtihadnya berdasarkan apa yang sesuai dengan kedudukan atau taraf suami isteri sebagaimana pendapat ulama’ Hanafi dari segi kaya, miskin, keturunannya dan sifatnya, kerana Allah S.A.W telah berfirman:

Terjemahan:.. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi “mut’ah’ (pemberian saguhati) kepada mereka(yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuanya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya....
                                                (surah al-Baqarah 2:236)

Terjemahan: Dan isteri-isteri yang diceraikan, berhak mendapat mut’ah (pemberian saguhati) dengan cara yang patut...
                                                                              (surah al-Baqarah 2:241)

Golongan Maliki dan Hanbali berpendapat bahawa mut’ah diambil kira dengan keadaan suami isteri dari segi kaya dan miskin, orang kaya mengikut kedudukannya dan orang miskin mengikut kedudukannya pula kerana ayat al Quran yang tersebut di atas secara jelas menyatakan keadaan mut’ah adalah menurut keadaan semasa kewangan suami, maksimum mut’ah adalah seorang khadam, yakni nilai harga seorang khadam pada masa mereka sekiranya suami orang yang kaya dan minimum mut’ah adalah pakaian yang sempurna yang boleh dijadikan pakaian sembahyang sekiranya suami orang yang miskin, ertinya sekurang-kurang pakaian iaitu baju labuh yang menutup kepala hingga kekaki dan kain tudung kepala, ertinya sekurang-kurangnya tiga pakaian sebagaimana pendapat ulama’ Hanafi iaitu baju labuh, kain tudung dan kain penutup kepala perempuan berjalan. Ini berpandukan kepada kata-kata Ibn ‘Abbas yang bermaksud, “setinggi-tinggi mut’ah adalah seorang khadam, kemudian yang kurang daripada itu adalah pakaian”. Pada zahirnya pendapat ini adalah lebih rajih.

PENGAMALAN MENILAI KADAR MUT`AH DI MAHKAMAH SYARIAH MALAYSIA
Mahkamah yang berbidang kuasa berkaitan Tuntutan Mut`ah di Malaysia Mahkamah Syariah. Berdasarkan peruntukkan yang dinyatakkan dalam seksyen 



Berdasarkan peruntukkan syeksyen tersebut ternyatalah mahkamah Syariah yang berbidang kuas dalam isu ini. Ada baiknya kita menganalisa ijtihad–ijtihad hakim berkaitan dengan kes –kes Mut`ah ini. Analisa ini merangkumi aspek ketakkulan seseorang hakim dalam menilai nilaian Mut`ah ini.
Pertama Hakim akan menilai kemampuan suami, berdasarkan pendapatan yang diperolih setiap bulan, perlu dinyatakan pendapatan kasar yang diperolih semasa perkahwinan bukannya pendapatan yang diperolih selepas perceraiaan. Kes Siti Aishah bt Abd Aziz lwn Abdul Ghafar (JH (1995)JLD X33) yang boleh disimpulkan bahawa pendapatan suami dibawah RM 500.00 berada di bawah kadar kemiskinan (nilaian Mut`ah akan diperolih oleh isteri RM30 hingga RM 500.00, sederhana sekiranya RM 500.00 sehingga RM 1500.00 (nilaian Mut`ah akan diperolih oleh isteri RM 500.00 hingga RM 1500.00 ) dan RM 1500.00 ke atas diklasifikasikan sebagai kaya (nilaian Mut`ah akan diperolih oleh Isteri RM 2000.00 Keatas ).
Formula ijtihad yang dinyatakan di atas telah dijadikan panduan kepada hakim–hakim dalam menailai nialain Mut`ah, seperti mana dalam kes Sharifah lwn Zaina Alam [ ( 1978 ) 1 JH(1) 93 ] pendapatan suami hanya RM 295.00 sebulan, mahkamah memerintahkan membayar RM 500.00 kadar Mut`ah kepada isteri. Begitu juga dalam kes suami berpendapatan RM 335.00 sebulan, hakim mengarahkan pemabayaran Mut`ah hanya RM 500.00.
Dalam situasi kedua pendapatan RM500.00 hingga RM 1500.00 kes Norizam lwn Halim Azman [(1993) 10 JH65] dan Faridah lwn Mohd Noh Bi n Othman [(2004) 19JH (1) 124] di mana hakim mengarahkan sebulan gaji kasar pendapatan suami dibayar kepada isteri, dalam erti kata yang lain sekiranya pendapatan RM 1900.00 maka Mut`ah yang dikenakan RM1900.00
Situasi yang ketiga melibatkan golongan yang kaya, kes pendapatan suami RM 16000.00 sebulan di mana hakim rayuan berijtihad RM 36,000.00 satu kadar yang munasabah diberikan kepada Isterinya. Dalam erti kata yang lain pemberian ini hanya 2.25 percent dari pendapatan kasar yang diperolih. Berdasarkan kes Norma Bt Ghazali lwn Mohd Zain Abdullah [(2004) 19 JH (2) 278] penal rayuan mahkamah Syariah Kelantan dengan pencen yang diperolih oleh suami mahkamah menetapkan RM 10,000.00 sebagai nilaian Mut`ah yang perlu dibayar, ini bererti 4 percent dari pendapatan kasar yang diperolih.
Adakalanya hakim mengambil kira peranan isteri kepada suami dalam menentukkan kadar mut`ah ini sebagaimana kes Tengku Anum Zaharah lwn Dato Dr Hussien [(1983) 3 JH (2) 278] di mana hakim mengambil kira peranan Tengku Anum Zaharah sebagai batu loncatan kepada suaminya dalam sehingga memperolih gelaran Dato` mahkamah memeutuskan nilaian Mut`ah sebanyak RM25,200.00 nilaian inipun berdasarkan saham-saham dan harta-harta yang diperolih hasil dari kekerabatan isteri kerana kerabat diraja Pahang, walaupun pada asalnya nilaian yang dipohon oleh isteri RM3 juta.
Cara pembayaran yang telah diputuskan oleh mahkamah bagi sesuatu kes apabila telah dinyatakan sesuatu nilaian oleh mahkamah Syariah bukanya dalam bentuk sekaligus tetapi sebaliknya diarahkan bayar secara ansuran sebagaimana dalam kes MOHD FARID ABDUL RAHMAN v RABIHAH KAMARUDIN 21 [2006] 1 JH 71.
Responden menuntut mut’ah sebanyak RM49,000.00. Pendapatan kasar Perayu adalah RM18,000.00 sebulan. Mahkamah Rendah benarkan mut’ah sebanyak RM30,000.00 dengan ansuran bulanan.dibenarkan dengan syarat dipersetujui siisteri.

Mahkamah Tinggi Syariah menolah rayuan Defendan/Perayu dan mengekalkan kadar mut’ah dan dipinda cara bayaran kepada ansuran bulanan sebanyak RM500.00 setiap bulan selam 60 bulan mulai September 2005 hingga selesai.

TUAN FARIZAH BINTI TUAN LUDIN v MOHD RAZUHAN BIN ABDUL RAZAB  24 [2007] 2 JH 335.Plaintif/Perayu dalam kes ini membuat Tuntutan Mut’ah terhadap bekas suaminya sebanyak RM250,000.00. Suami berpendapatan kasar RM5,390.00 dan setelah potongan bulanan adalah RM1,563.00. Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan mut’ah sebanyak RM7,000.00 yang perlu dibayar secara ansuran bulanan sebanyak RM300.00. Plaintif tidak berpuashati dan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah tersebut.

Diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan bahawa kadar mut’ah adalah RM15,000.00 dan dibayar secara 3 kali ansuran bulanan sebanyak RM5,000.00 setiap satu

HASNAH BINTI OMAR v OTHMAN BIN YA @ ZAKARIA 26  [2008] 1 JH  43. Perayu menuntut RM140,000.00 sebagai mut’ah Responden menawarkan RM5,000.00.

Mahkamah Tinggi membenarkan RM10,000.00 dibayar secara ansuran bulanan RM300.00.

SURAIYA BT M SHAFIE v ABD SHUKOR BIN MOHD HASHIM 27 (2) 2009 JH 259. Pasangan ini berkahwin selama 15 tahun dan dikurniakan 4 orang anak. Plaintif adalah pakar mata dan Defendan adalah pakar tulang di Hospital yang sama. Pendapatan bulanan Defendan adalah antara RM50,000.00 dan RM70,000.00 sebulan. Bahkan ada wang simpanan sebanyak RM100,000.00. Plaintif menuntut RM500,000.00 manakala Defendan menawarkan RM50,000.00 sebagai mut'ah.

Mahkamah Tinggi Syariah Seremban menetapkan kadar mut’ah adalah sebanyak RM70,000.00 dan dibayar dalam tempoh 7 bulan.

Kes dan Realiti
Kes no 14700-016- 0155-2008 antara Noor Akmam Bt Abdullah dan Norazam Shah Bt Ibrahim , kes ini berkaitan dengan tuntutan Mut`ah. Pasangan ini telah berkahwin pada 11.8.1997dan bercerai pada 10.4.2008. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan pihak suami membayar RM 600,000.00 kepada bekas isteri sebagai Mut`ah.
Isu yang akan dinyatakan disini akan suami hanya berpendapatan kasar bulanan tidak kurang dari RM5000.00 sebulan. tempoh perkahwinan hanya 11 tahun, apa yang menjadi kemuskilan dalam isu ini berkaitan bagaimana nilaian ini diperolih melalui ijtihad hakim yang dilihat membebankan dan menzalimi pihak suami.
Jika merujuk kepada sistem ijtihad yang digunakan oleh hakim –hakim sebagaimana digunakan diatas satu kaedahpun tidak dapat disamakan. Ini kerana suami merupakan golongan kaya kerena berpendapatan RM5000.00 sebulan namun demikian kaedah yang digunakan oleh hakim bagi suami yang berpendapatan RM5000.00 seorang yang diketogorikan mewah. Ketogori ini hakim akan mengekalkan sebulan gaji kasar atau pun akan akan didarab sebanyak 4 % atau 2.25 % dari pendapatan suami lihat kes  Tengku Puteri Zainah lwn Dato seri Najib Tun Razak [(1999) 5MLJ 50]. Dalam masa yang sama mahkamah akan menilai kembali peranan isteri dalam mengembakan kerjaya suami semasa berkahwin diambil kira juga sebagimana kes Tengku Anum Zaharah lwn Dato Dr Hussien [(1983) 3 JH (2) 278] kerana kerjaya suaminya dapat dikembangkan kerana isterinya dari keturunan dia raja Pahang, analisa hakim dalam kes ini sememangnya para jemaah hakim akur dengan pernyataan bahwa suami dapat mengembangkan kerjaya dan dari kesan itu berkembang harta melalui pemilikan saham –saham kerana hasil kenalan kerabat Diraja Pahang tuntutan yang dibuat sebanyak RM3 juta namun hakim mengarahkan RM25,400.00 sahaja selepas dinilai oleh para jemaah hakim rayuan .
Apa yang ingin diketegahkan oleh penulis dalam kes ini hakim tidak langsung mengunakan kaedah thawabit  iaitu panduan dalam perjalanan kes –kes yang silam untuk menjatuhkan hukuman dalam kes ini. Malah peranan Urf diketepikan langsung dalam menganalisas sesuatu kes berkaitan Mut`ah. Sedangkan al-Quran menyatakan dengan jelas bahawa kalimah Mata` (al-Baqarah2:236) itu merujuk kepada peranan Urf  dalam menilai sesuatu nilaian Mut`ah. 

Apa yang ingin diketengahkan disini bahawa, kemampuan suami dan hukuman yang dijatuhkan tidak seimbang dengan pendapatan suami bagaimana pendapatan yang RM5000.00 boleh dikenakan RM600,000.00 nyatakan satu kaedah bagaimana suami mencari nialaian sebanyak itu untuk membayar dalam masa 6 bulan. Mana mungkin seorang yang berpendapatan sebegini dapat menyelesaikan nilaian sebanyak ini.