Rabu, Februari 04, 2009

TUGAS SPR PERTIKAI SURAT


Hairan juga saya peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekarang ialah mempertikaikan surat perletakan jawatan yang dihantar oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak. Biasanya tugas SPR mengumumkan tarikh pilihan raya kecil bila menerima notis dari Dewan Undangan Negeri.


Selepas Tan Sri Rashid Abdul Rahman bersara sebagai Pengerusi SPR, peranan SPR semakin bercelaru. SPR sepatutnya menetapkan tarikh pilihan raya kecil bagi DUN Changkat Jering dan DUN Behrang dan bukannya mempertikaikan kesahihan surat yang dihantar oleh Dewan Undangan Negeri Perak.


Yang boleh mempertikaikan kesahihannya ialah mahkamah. Kedua-dua ADUN BPR boleh ambil court injunction menyekat pilihan raya kecil itu untuk mempertikai kesahihan surat tersebut. Jadi kenapa SPR perlu ambil tugas orang lain? SPR tak payahlah buat kerja orang lain. Buatlah kerja sendiri.