Rabu, Mei 11, 2011

ALIAS JADI CALON PAS ALOR LIMBAT?


Nampak sangat ADUN alor Limbat, Alias Abdullah ini bodoh. Dia kata dia sanggup pertahankan Haji Hadi kalau Presiden PAS itu dicabar dalam pertandingan parti PAS.

Lebih baik Alias masuk PAS kerana memuji Haji Hadi sewaktu berucap dalam perbahasan di Dewan Undangan Negeri. Mungkin dia sudah tahu dia tidak akan dicalonkan dalam pilihanraya umum akan datang oleh UMNO kerana dia penentang utama Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad said. Maka inilah peluangnya untuk membodek Haji Hadi untuk jadi calon PAS pula.

Pernahkah ADUN PAS memuji Presiden UMNO dalam perbahasan DUN? Jadi apa yang dibuat oleh Alias ini memang langkah yang bodoh. Oleh itu jangan bimbang Alias. Kalau BN tak pilih awak sebagai calon, Haji Hadi akan pilih awak jadi calon PAs di Alor Limbat.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu terus diberi kepercayaan menerajui Pas kerana Presiden parti pembangkang itu sebenarnya menampakkan keikhlasan untuk berperanan menyatukan orang Melayu.

Seorang penyokong kerajaan, Alias Abdullah (BN- Alor Limbat) menegaskan, beliau akan bersama-sama mempertahankan kedudukan Abdul Hadi (Pas-Ru Rendang) jika kedudukannya dalam parti cuba dicabar.

"Selaku orang Marang, saya beri sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri sebagai Presiden Pas dan akan tetap mempertahankan beliau pada bila-bila masa.

"Kenapa saya mempertahankan beliau? Kerana saya nampak keikhlasan dalam dirinya untuk menyatukan orang daripada Barisan Nasional (BN) dan Pas, Insya-Allah, pada suatu hari nanti," ujarnya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuala Terengganu, semalam.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan menyokong usul ucapan penghargaan atas ucapan Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja, Tengku Sri Bendahara Raja sewaktu merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Keempat DUN Ke-12.

Alias menarik perhatian, betapa mulianya pemimpin di sisi Allah jika di kalangan mereka dapat melaksanakan suruhan agar umat Islam bersatu padu.

"Alangkah mulianya Datuk Seri Abdul Hadi jika mendahului langkah menyambut salam perdamaian daripada saudara Islamnya sendiri berbanding menjulang kafir harbi.

Tuduhan sezalim-zalim pemimpin UMNO, mereka tetap bersaksikan dua kalimah syahadah tetapi sebaik-baik kafir harbi, mereka tidak meredai Islam bertakhta," ujarnya.

Menjawab pertanyaan Mohd. Nor Hamzah (Pas-Bukit Payong) yang bangun mencelah, beliau berkata, pimpinan MCA tidak pernah membuat kenyataan memerangi usaha mendaulatkan Islam berbanding pemimpin DAP yang melontar kalimah 'langkah mayat saya dulu'.

DOA IBU PALING MUSTAJAB


Golongan wanita yang bergelar ibu diingatkan supaya sentiasa berdoa dalam apa jua keadaan untuk kesejahteraan anak-anak kerana doa seorang ibu itu sangat mustajab.

Perkara itu diamalkan sendiri oleh ibu kepada Perdana Menteri, Tun Rahah Mohd. Noah yang mengakui tidak putus berdoa siang dan malam untuk kejayaan anak-anaknya.

''Doa ibu paling kuat, di samping saya sentiasa sembahyang tahajud di malam hari berdoa untuk anak-anak,'' jelas Tun Rahah ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Ditanya apakah rahsia beliau dalam mendidik anak-anak terutama Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga mampu memimpin negara dengan baik, beliau berkata:

''Saya tidak ada apa-apa rahsia. Najib (sewaktu kecil) macam budak-budak lain, cuma masa belajar dia belajar, masa bermain dia bermain.''

Tambah beliau, Najib yang memanggil beliau dengan panggilan mummy merupakan seorang anak yang baik dan tidak pernah melawan cakapnya.

''Walaupun sekarang ini dia terlalu sibuk, dia ada juga menghubungi saya,'' katanya.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kejayaan Tun Rahah dalam mendidik anak-anak menjadi contoh kepada seluruh rakyat Malaysia.