Khamis, Mac 02, 2017

LEBIH BAIK LETAK JAWATAN DARI BERCUTI

ISKANDAR PUTERI, 1 Mac (Bernama) -- Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Abd Latif Bandi mula bercuti mulai semalam untuk suatu tempoh yang belum diputuskan.

Media difahamkan Abdul Latif yang anak serta pegawai khasnya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini, memohon bercuti daripada Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pagi ini.

Beliau dikatakan mengadakan perjumpaan singkat dengan Mohamed Khaled pada 9.30 pagi di Pejabat Menteri Besar, sebelum mesyuarat exco kerajaan negeri bermula semalam.

Ulasan saya, lebih baik beliau letakkan jawatan dari bercuti kerana ia merugikan rakyat yang mahu berurusan dengan Exco Kerajaan Tempatan. Untuk jadi calon BN pada PRU akan datang amat mustahil kerana namanya sudah tercemar akibat "anakku Sazali" terlibat dengan rasuah.