Ahad, Oktober 23, 2011

UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI, PPP


Parti Progresif Penduduk (PPP) memohon diperuntukan 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia pada pilihan raya umum ke-13, kata Presidennya Datuk Seri M. Kayveas.

Beliau berkata surat mengenai permohonan itu diserahkan kepada Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor minggu lepas.

"PPP difahamkan bahawa Tengku Adnan telah memaklumkan semua pemimpin parti komponen BN mengenai hasrat PPP itu," katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat anggota Majlis Tertinggi PPP di sini Jumaat.

Turut hadir Naib Presiden PPP Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Ulasan saya, PPP kena ukur baju di badan sendiri. Satu kerusi parlimen pun boleh kalah pada tahun 2008, mana PPP boleh menang enam kerusi parlimen pada pilihanraya umum akan datang.

Oleh itu tak payah berangan hendak tanding enam kerusi. Tawan dulu kerusi yang kalah baru boleh minta lebih pada pilihanraya umum 2016.

Belum tentu satu kerusi parlimen yang akan diberi nanti PPP boleh menang. Prove yourself first, PPP baru boleh minta lebih.

TAHNIAH DR HASSAN ALI


Kehadiran beberapa pemimpin PAS di Perhimpunan Sejuta Umat menjadi perhatian wartawan dan pemerhati di Stadium Shah Alam hari ini.

Antara pemimpin berkenaan ialah exco hal ehwal agama Islam Selangor, Datuk Hasan Ali dan juga ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad.

Khimpun rally hasan ali speakingehadiran pemimpin berkenaan menjadi perhatian ekoran keputusan PAS untuk tidak menyertai perhimpunan berkenaan.

Hasan langsung tidak memberikan sebarang ucapan dan hanya mengetuai bacaan doa munajat sebelum majlis berkenaan berakhir tepat waktunya pada jam 6 petang.

Kamaruzaman pula telah menyampaikan ucapan, tetapi memberitahu Malaysiakini bahawa berbuat beliau berbuat demikian dalam kapasitinya sebagai ketua Front Anti-Murtad (Forkad).

Beliau turut membacakan satu sajak nukilan ketua pemuda PAS, Nasrudin Hasan di akhir ucapannya.

Nasrudin merupakan penasihat Forkad, katanya terdahulu ketika ditemui Malaysiakini.

Seorang lagi pemimpin PAS - bekas timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa - turut dikatakan akan muncul dalam program berkenaan hari ini.

Malaysiakini bagaimanapun tidak menyaksikan beliau berada di program berkenaan hari ini.

Mengulas kehadiran pemimpin PAS itu, penganjurnya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Hasan tidak bersalah dalam soal kehadiran sebagai seorang individu Islam ke majlis berkenaan.

"Saya tidak rasa dia melanggar disiplin parti," katanya ketika ditanya dalam sidang media selepas perhimpunan itu berakhir lewat petang ini.

Ulasan saya, tahniah kepada Exco Agama Slam Selangor,Dr Hassan Ali yang turut hadiri majlis HIMPUN semalam. Walaupun PAS sudah buat pendirian tidak akan hadiri HIMPUN tetapi apa yang dilakukan oleh Dr Hassan menunjukkan bahawa beliau bersikap waras dalam isu murtad ini.Keberanian Dr Hassan mengarahkan JAIS menyerbu gereja di Petaling Jaya adalah satu tindakan murni untuk menyelamatkan akidah orang Islam.

Ada seorang penulis tersohor mempertikai kenapa HIMPUN tidak dapat sambutan berbanding dengan BERSIH. Macam mana nak dapat sambutan kerana PAS tidak arah ahli-ahlinya sertai HIMPUN. Begitu juga UMNO tidak arah ahli-ahlinya sertai HIMPUN.Sebaliknya PAS arah ahli-ahlinya sertai Bersih manakala Pemuda UMNO sertai perarakan untuk halang BERSIH. Jadi ramailah yang datang.

Walau tidak ramai yang datang, yang penting matlamat HIMPUN susah tercapai.