Sabtu, Oktober 01, 2016

SALLEH BERAMAH MESRA DENGAN ORANG RAMAI DI KARNIVAL JOM HEBOH

JOHOR BAHRU, 1 Okt (Bernama) -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini meluangkan masa pada hujung minggu untuk beramah mesra dengan orang ramai di Karnival Jom Heboh 2016 di Plaza Angsana, di sini.

Ketibaan beliau di tapak karnival pada kira-kira 10.30 pagi disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Datuk Kamal Khalid.

Salleh kemudian dibawa melawat gerai yang mengambil bahagian, antaranya, gerai Proton, gerai tayangan eksklusif drama Akasia Cinta Masam Manis dan gerai Selera yang menampilkan Cef Zaidah dan pelakon Sharifah Shahorah yang secara bergilir-gilir memberikan pembelajaran memasak kepada pengunjung.

Diadakan selama dua hari bermula Jumaat, karnival itu dijangka menarik kira-kira 500,000 pengunjung sehingga malam ini.

Ia merupakan lanjutan kepada Karnival Jom Heboh Edisi Syukur Selalu yang berjaya menggumpul sebanyak 350,000 pengunjung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selangor pada Julai lepas.

Ketika ditemui pemberita, Kamal berkata pengisian baharu dalam karnival itu ialah Sesi Ramah Mesra Da'i Pendakwah Nusantara yang diadakan semalam.

Ia memberi peluang kepada pengunjung untuk mendengar tazkirah ringkas daripada peserta separuh akhir Da'i musim ini, selain daripada dihiburkan dengan persembahan lagu tema Da'i iaitu Lebaran Kejayaan oleh artis Fareez dan Qody daripada program Mentor Milenia.

Pada sebelah malam Jumaat pula, pengunjung telah dipersembahkan dengan Konsert Jom Heboh oleh artis popular seperti Drama Band, Ippo Hafiz, Sandra, Ronnie Hussein, Sheila Abdul dan Aman Nassim.

Konsert itu akan bersambung lagi malam dengan artis berlainan terdiri daripada Genji Buskers, Laila's Lounge, Pesawat, Couple dan OAG.

-- BERNAMA

RATING TERTINGGI BAGI BULAN SEPTEMBER 2016

Bulan September 2016 menyaksikan posting Zaharin kena tarik balik posting Facebooknya yang disiarkan dalam blog ini pada 28 September lalu mencatat rating tertinggi sebanyak 1,383 hits. Yang paling menarik kali ini dua posting yang ditulis oleh Shahbudin Embun mendapat rating dalam top ten juga iaitu posting 8 September dan 22 September. Syabas Shahbudin.

10 rating tertinggi bagi bulan September 2016 ialah;-

1. Zaharin kena tarik balik posting Facebooknya ( 28 September)
2. Siapa kata Zahid tidak lancar Bahasa Inggeris? (28 September)
3. Apa motif pegawai khas MB viralkan senarai calon BN? (30 September)
4. Mencari keturunan Daeng Menampuk (12 September)
5. Kata nak berdamai, tapi masih hentam MB ( 11 September)
6. Kehebatan Umno dari akar umbi (8 September)
7. Dahulu jadi pendakwa,sekarang jadi pembela kes rasuah pula ( 12 September)
8. Jangan panik, itu pandangan kolumnis Jocelyn Tan ( 18 September)
9. Mengukuhkan saf perpaduan Melayu ( 12 September)
10. usah peduli dengan spekulasi ( 28 September)