Isnin, Ogos 30, 2010

SELAMAT HARI MERDEKA


Selamat Hari Merdeka yang ke 53, Malaysia. Sesungguhnya kita rasa bersyukur kerana kita hidup aman dan damai di negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia ini. Selepas tragedi 13 Mei 1969, Malaysia berjaya mengekalkan keamanan sampailah hari ini. Syukur kepada Allah.

Oleh itu janganlah kita rosakkan kedamaian yang kita nikmati ini. Menghancurkan apa yang ada pada kita sekarang lebih mudah dari membinanya. Para pemimpin kita dari Tunku Abdul Rahman kepada Tun razak kepada tun hussein kepada Tun Dr. mahathir kepada Tun Abdullah kepada Datuk Seri Najib sekarang bukannya mudah mahu membina dan mengekalkan kedamaian yang kita nikmati sekarang. Oleh itu janganlah kita bermain api dengan isu perkauman dan isu agama yang boleh menghancurkan negara dengan sekelip mata.

Cukuplah tragedi 13 mei 1969 menjadi pengajaran kepada kita semua. Rakyat Malaysia yang lahir selepas merdeka perlulah belajar dari sejarah bahawa kita merdeka tanpa menumpahkan darah tetapi dengan berunding dengan British. Oleh itu kita tidak perlu berdebat bahawa 31 Ogos bukan hari merdeka Malaysia kerana ia adalah hari merdeka Malaya. Malaysia lahir pada 16 september 1963 yang merangkumi Sabah, sarawak dan Singapura.

Kita patut berbangga dengan kebijaksanaan pemimpin kita Malaysia merdeka tanpa menumpahkan darah. Oleh itu marilah kita sama-sama menghargai kemerdekaan ini dan marilah kita sama-sama mempertahankan kemerdekaan ini.

Sabtu, Ogos 28, 2010

SATU RENUNGAN

HADIRI MAJLIS TAK APA, JANGAN TAZKIRAH



Tak salah wakil rakyat bukan Islam mahu berbuka puasa dengan para pengundi Islam di surau. Yang salah ialah apabila wakil rakyat bukan Islam baca tazkirah kepada umat Islam. Oleh itu baguslah kalau ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching sudi berbuka puasa dengan para pengundinya.

Amalan ini pernah dilakukan oleh Presiden SAPP, Datuk Yong teck Lee ketika beliau menjadi ADUN Likas tidak lama dahulu. Saya selalu ikuti program Yong teck lee berbuka dengan para pengundi Islam tetapi Teck Lee tidaklah membaca tazkirah. Oleh itu kita alu-alukan kalau wakil rakyat bukan Islam mahu berbuka puasa dengan para pengundinya tetapi jangnlah baca tazkirah atau berucap di majlis itu sehingga menimbulkan isu politik pula.

Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang mencetuskan kontroversi apabila lawatannya ke Surau Al-Huda Kajang pada Ahad lalu dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai ‘tazkirah’ di surau, hari ini memohon maaf.

Katanya, beliau menyesal kerana lawatan ikhlasnya itu telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara ini dan lebih malang lagi apabila ada pihak-pihak tertentu mengeksploitasikannya untuk kepentingan politik mereka.

“Saya juga akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan mengenai perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut ahli parlimen dari DAP itu, pada Ahad, 22hb Ogos, selaku wakil rakyat kawasan itu beliau telah mengunjungi surau al-Huda dengan tujuan menghulurkan bantuan kewangan sumbangan kerajaan negeri Selangor bagi memperbaiki pagar surau dan juga sumbangan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau.

“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.,” katanya.



Teo menegaskan lawatannya itu adalah “secara ikhlas dan murni serta tidak berniat politik” dan “tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan”.

Beliau yang kesal dengan tindakan pihak yang berkepentingan yang cuba mempolitikkan lawatannya itu berkata akan lebih berhati-hati pada masa depan.

“Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang.

Semalam, pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Sultan Selangor dilaporkan amat murka dan dukacita terhadap laporan akhbar berhubung ‘tazkirah’ Teo di surau berkenaan.

Sehubungan itu, katanya Mais dititahkan bertindak tegas, termasuk mengambil alih surau itu dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta.

Mohamad Adzib juga berkata, surat amaran akan juga diberikan kepada Teo supaya mengambil perhatian terhadap perkara itu dan tidak mengulanginya lagi.

Khamis, Ogos 26, 2010

SATU RENUNGAN

CUKUPLAH TAIB MAHMUD


Pilihanraya umum negeri Sarawak makin hampir. Sekarang ini ada pendapat yang mengatakan Tan Sri Taib Mahmud perlu terus memimpin BN Sarawak pada pilihanraya umum negeri akan datang.

Pada hemat saya, cukuplah beliau menjadi ketua Menteri. Sudah lima dekad beliau mengetuai BN Sarawak. Berilah orang lain menerajui Sarawak. Beliau patut mengambil ikhtibar dari kekalahan BN pada pilihanraya kecil Sibu baru-baru ini. Selama ini BN tidak pernah kalah di Sibu. Kenapa kali ini kalah? ini adalah kerana orang Cina berkempen cukuplah mengundi si rambut putih (gelaran kepada Taib mahmud).

Sabah dan sarawak adalah fixed deposit BN Malaysia. Jika BN sarawak tidak berubah, maka tidak mustahil Sarawak akan jatuh kepada Pakatan Rakyat. Oleh itu BN Sarawak perlu membuat perubahan. Belajarlah dari sejarah. Dr. Lim Chong Eu menjadi ketua Menteri Pulau Pinang selama 21 tahun akhirnya beliau tewas pada tahun 1990. Begitu juga Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad terlalu lama (25 tahun) di Terengganu, akhirnya beliau kecundang pada tahun 1999.

Oleh itu Taib Mahmud perlu belajar dari sejarah. Berilah orang lain menerajui Sarawak pada pilihanraya umum akan datang. Beliau bolehlah berehat dari politik atau menjadi Yang Dipertua negeri Sarawak yang baru.

Rabu, Ogos 25, 2010

INI DIA WAJAH KHATIB GILA


Memang sudah sah khatib yang doakan Lim Guang Eng dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang baru-baru ini adalah seorang khatib yang gila. Dia mengaku tidak mendoakan nama Yang Dipertuan Agong dalam khutbah kedua tetapi menyebut nama Lim Guan Eng supaya Allah membuka pintu hatinya untuk memeluk agama Islam. Jangan harap Lim Guan Eng peluk Islam.'Bunuh' orang Islam di Pulau Pinang adalah. Bunuh peluang perniagaan orang Islam dan sebagainya supaya Pulau Pinang merdeka seperti Singapura suatu hari nanti. Nampaknya khatib itu berangan sesuatu yang mustahil.

Khatib itu, Zakaria Ahmad yang berasal dari Perak merupakan khatib jemputan dikatakan adalah adik kepada Mufti Pulau Pinang.Belum pernah nama orang kafir disebut dalam khutbah jumaat. Jadi sudah sah khatib ini gila. Kena cek otak dia di Tanjung Rambutan.Agaknya berapa ribu Lim Guan Eng upah khatib ini untuk sebut namanya dalam khutbah itu. Wallahuaklam.

Selasa, Ogos 24, 2010

TIDAK MUSTAHIL ORANG CINA PERINTAH MALAYSIA KALAU MELAYU TIDAK BERSATU


Sudah tiba masanya semua orang Melayu tanpa mengira ideologi politik kembali bersatu.

Ia kerana perpecahan telah menyebabkan kaum lain berani mempertikaikan setiap keistimewaan yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk berkaitan dengan Islam.

Malah, Presiden Protem Majlis Perundingan Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, orang Melayu harus sedar bahawa perpecahan yang dialami itu juga boleh menjadi penyebab kepada jatuhnya Malaysia ke tangan orang lain.

Beliau berkata, sekiranya itu yang berlaku bukan sahaja hak keistimewaan orang Melayu, bahkan segala institusi Melayu serta Islam termasuk institusi raja akan terhapus.

‘‘Adakah ini yang kita mahukan? Adakah kita mahu melihat Malaysia diperintah oleh kaum selain Melayu. Apa akan jadi kepada agama Islam, raja kita. Bagaimana pula dengan nasib anak cucu kita apabila negara diperintah oleh orang lain.

‘‘Kita harus sedar di sebalik perpecahan orang Melayu, DAP, MCA dan Gerakan pula telah menampakkan penyatuan mereka. Ini yang amat membimbangkan saya kerana tidak mustahil Malaysia akan diperintah oleh mereka,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan pemimpin masyarakat Cina termasuk daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) yang berani menyentuh hak keistimewaan orang Melayu.

Terbaru, ucapan yang dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek ketika Kongres Ekonomi Cina Malaysia baru-baru ini yang antara lain meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota dalam memastikan perkongsian tulen antara bumiputera dan bukan bumiputera.

Kamarudin berkata, atas sebab itu juga pihak majlis telah mengadakan satu persidangan meja bulat semalam dan ia turut dihadiri oleh 136 ahli gabungannya iaitu terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Di dalam persidangan itu katanya, pihak majlis telah mengeluarkan satu resolusi dan antara intipatinya adalah menetapkan orang Melayu sama ada UMNO, Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau yang tidak berparti supaya kembali bersatu.

‘‘Lupakan segala pertelingkahan dan persengketaan demi survival Islam dan orang Melayu. Kita wajib mempertahankan negara daripada diperintah oleh orang lain.

‘‘Resolusi turut mengutuk orang Melayu yang sanggup diperbodohkan oleh kaum lain khasnya DAP sehingga mencemarkan kesucian agama serta menentang perlembagaan,’’ katanya.

Beliau berkata, resolusi turut mendesak kerajaan melaksanakan satu bahasa, satu budaya dan satu jenis sekolah iaitu sekolah kebangsaan dalam usaha merealisasikan konsep 1Malaysia.

‘‘Kita juga telah menetapkan supaya kadar 30 peratus ekuiti untuk bumiputera dinaikkan kepada 67 peratus dalam semua sektor supaya ia sejajar dengan kadar populasi 67 peratus bumiputera di negara ini,’’ katanya.

Isnin, Ogos 23, 2010

JAMBATAN LANGKAWI-KUALA PERLIS DAN MELAKA-DUMAI JADI KE?


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak bersetuju cadangan projek pembinaan jambatan kerana ia akan menjejaskan kecantikan dan keunikan pulau peranginan itu.

"Pulau Langkawi perlu kekal sebagai pulau, jika pulau hendak dijadikan (sebahagian daripada) daratan tidak sesuai,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berupa wang dan coklat dari Jetty Points kepada 120 anak yatim dan kanak-kanak istimewa di perkarangan Masjid Istiqamah Kuala Teriang di sini malam tadi.

Dua syarikat di Perlis telah mencadangkan untuk membina jambatan sejauh 48 kilometer menghubungkan Langkawi dan Kuala Perlis.

Jumaat lepas, Pengerusi Eksekutif Juruelit Sdn. Bhd., Kamarudin Husin berkata, pihaknya mempunyai kemampuan dana yang mencukupi untuk melaksanakan projek itu, termasuk pembinaan jambatan monorel.

Bekas Perdana Menteri itu merupakan perancang utama yang membangunkan Langkawi iaitu dari sebuah pulau yang tidak dikenali menjadi destinasi pelancongan yang unggul di negara ini dengan pelbagai produk pelancongan seperti Kereta Kabel, Galeria Perdana, Kota Mahsuri, Underwater World, Taman Burung dan Kompleks Kraf.

Bercakap tentang jambatan menghubungkan Pulau Langkawi dengan Kuala Perlis, saya teringat kepada kawan saya, Hasbullah yang terlibat dengan pembinaan jambatan antara Melaka (Malaysia) dengan Dumai (Sumatra). Hasbulah atau nama panggilannya, Saidi pernah mendapat liputan akhbar di seluruh negara kerana membantah harga yang terlalu tinggi ketika membeli kepala ikan tongkol di sebuah restoran nasi dagang terkenal di Chendering, Kuala Terengganu tidak lama dahulu.

Menurut Hasbulah, projek ini telah mendapat kelulusan dari kerajaan Indonesia tetapi ramai yang sangsi sama ada projek yang dibiayai oleh dana dari China ini akan menjadi kenyataan.

"Tunggu kenyataan rasmi dari Presiden Indonesia, SBY," kata Hasbulah ketika dihubungi melalui telefon.

Jika benar jambatan dari Melaka ke Dumai akan dibina, ia memudahkan rakyat kedua negara memandu sendiri kereta ke destinasi mereka di Malaysia atau Sumatra.

Kita bukan sahaja mahu jambatan dari Langkawi ke Kuala Perlis dan Melaka ke Dumai menjadi kenyataan, malah suatu hari nanti mungkin jambatan dari Johor Bharu ke Sarawak dapat dibina.

DOA UNTUK KHALIFAH LIM GUAN ENG


Apa nak jadi dengan dunia akhir zaman? Kalaulah benar khatib yang membaca khutbah kedua mendoakan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng di beberapa masjid di Pulau Pinang nampaknya sudah sah sama ada khatib itu yang gila atau Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) yang mengedarkan teks khutbah itu yang gila.

Adakah logik khutbah mendoakan pemimpin kafir walaupun beliau mendakwa terpesona dengan pemerintah Saidina Khalifah Umar Abdul Aziz.Nampaknya JAIPP mengesahkan bahawa Lim Guang Eng sudah menjadi Khalifah Lium Guang Eng. Dunia semakin gila nampaknya. Kalau nak ampu Lim Guang Eng, carilah jalan lain. Janganlah persenda khutbah Jumaat.

Perbuatan menggunakan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah kedua solat Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hendaklah dihentikan segera kerana ia bercanggah dengan hukum Islam dan undang-undang negara.

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berkata sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku, ia amat memalukan kerana jelas menjatuhkan maruah Islam yang mempunyai hukum dan peraturan tersendiri.

Katanya, khutbah Jumaat adalah satu ibadat yang diwajibkan kepada setiap umat Islam dan ia tidak boleh disamakan dengan sesuatu majlis yang dimana aturcaranya boleh diubahsuai sesuka hati dan tidak berlandaskan hukum.

"Justeru, tidak wajarlah di dalam doa khutbah kedua solat Jumaat dimasukkan doa untuk mereka yang bukan Islam kerana ia tidak pernah dilakukan walaupun di zaman Nabi," katanya kepada Bernama di sini, pada Jumaat.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendedahkan penggunaan nama Ketua Menteri itu yang dilaporkan berlaku di beberapa buah masjid ketika solat Jumaat baru-baru ini.

Di KUALA LUMPUR, Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar satu siasatan segera dibuat mengenai amalan penggantian nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sekiranya perkara tersebut benar-benar terjadi, maka amalan itu bukan sahaja menghina institusi raja selaku ketua agama bahkan kesucian masjid dengan penggunaan mimbar bagi mengagungkan Lim selaku Ketua Menteri.

"Kejadian-kejadian pelik lagi dangkal kerana pembacaan doa khutbah solat Jumaat sememangnya dikhususkan kepada Ketua Agama Islam Persekutuan atau Ketua Agama Islam Negeri, yakni Yang Dipertuan Agong dan Sultan dan bukannya untuk kuasa eksekutif pentadbiran negeri iaitu Menteri Besar atau Ketua Menteri tidak kira sama ada beliau itu muslim atau tidak," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata Majlis Agama Islam Pulau Pinang tidak sepatutnya membiarkan perkara itu berlaku kerana ia jelas menghina dan mengaibkan seluruh umat Islam di negara ini.

Katanya, perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ini dimana nama Menteri Besar atau Ketua Menteri apatah lagi daripada golongan bukan Islam disebut di dalam bacaan doa khutbah kedua solat Jumaat.

"Majlis Raja-Raja sudah membuat ketetapan bahawa hanya nama Yang di-Pertuan Agong disebut dalam doa khutbah Jumaat, oleh itu apa yang dilaporkan berlaku di Pulau Pinang amat mengaibkan umat Islam," tegasnya.

Sabtu, Ogos 21, 2010

HUDUD AKAN PISAHKAN PAS DENGAN PAKATAN RAKYAT


Saya sokong dengan ketegasan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang akan melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Bila Nik Aziz tegas, ini bermakna PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat kerana DAP tetap menentang cadangan itu.Pengerusi DAP,Karpal Singh bukan main marah dengan kenyataan Nik Aziz itu.

Oleh itu biarlah PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Biar PKR tinggal dengan DAP sahaja yang sudah tentu mereka tidak dapat tubuh kerajaan pusat dalam pilihanraya umum akan datang. PAS akan sendirian bertanding menentang BN dan Pakatan Rakyat. Jadi biarlah Nik Aziz tegas walaupun ia mungkin tidak boleh dilaksanakan kerana ia bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.

Kita lebih suka DAP berbalah dengan PAS supaya Pakatan Rakyat lebih lemah untruk berdepan dengan BN pada pilihanraya umum akan datang. Oleh itu pemimpin UMNO perlu eksploitasi sebaik mungkin isu ini supaya PAS ditendang keluar dari Pakatan Rakyat. Tahniah Nik Aziz yang sudah melihat ini peluang PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Jumaat, Ogos 20, 2010

PAKATAN KEKAL DI SELANGOR?


Malam tadi Bank Rakyat menganjurkan majlis berbuka puasa bersama media di Hotel Seri Pacific.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Pengguna dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabry Yaacob menjadi tetamu kehormat.Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Datuk Dr. Syed Jalaludin Syed Salim dan Ketua Pegawai Eksekutifnya,Datuk Kamaruzaman Che Mat turut hadir.

Ramai wartawan hadir termasuk saya yang buat pertama kali menghadiri majlis berbuka puasa dengan media pada bulan Ramadhan ini.Bila ada majlis seperti ini baru wartawan dapat bertemu dengan lain-lain wartawan yang tidak bekerja sebumbung dengan mereka.

Menurut rakan saya, Wan Manisah Wan Sulong, setiap hari dia menghadiri majlis berbuka puasa bersama media mulai hari kedua puasa. Hari pertama puasa dia berbuka puasa dengan keluarga. Selepas itu setiap petang dia menjelajah dari hotel ke hotel berbuka puasa bersama media.

Betapa untungnya wartawan dapat berbuka puasa di hotel setiap hari walaupun Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah mengingatkan supaya umat Islam berhati-hati berbuka puasa di hotel yang belum tentu halal makanannya.

Saya duduk semeja dengan DJ Mansor Abu Bakar dari tvselangor. Dia menjaga ruangan usahawan. Apabila dia dapati saya dari majalah Minda Niaga, beliau menawarkan saya muncul dalam tvselangor. Saya kata bila majalah berada di pasaran pada akhir September ini dapatlah saya menerima tawaran itu. Tidak semestinya saya yang hadir. Mungkin Pengerusi Eksekutif kami atau Ketua Editor kami yang hadir.

DJ Mansor pernah bekerja dengan Astro Awani. Apabila Pakatan Rakyat memerintah Selangor dua tahun lalu, kerajaan Selangor menubuhkan tvselangor yang boleh dicapai melalui www.tvselangor.com. DJ Mansor menyertai tvselangor kerana pejabatnya hampir dengan rumahnya di Shah Alam.

Sebagai pekerja setia tvselangor, dia yakin Pakatan Rakyat dapat mempertahankan kerajaan pada pilihanraya umum akan datang. Katanya, pemimpin BN yang tak suka Pakatan Rakyat tetapi rakyat Selangor tetap mahu Pakatan Rakyat.

Saya tidak mahu komen banyak. DJ Mansor bekerja dengan tvselangor sudah tentu dia kena puji kerajaan Pakatan Rakyat. Kalau dia kata kerajaan Pakatan rakyat akan tumbang, sudah tentu dia kena pecat dari tvselangor. oleh itu sdama-samalah kita tunggu pilihanraya umum akan datang sama ada pengundi Selangor masih mahu mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat.

Khamis, Ogos 19, 2010

"GENG SURAU" HINA PENCERAMAH AGAMA?


Usaha Astro, televisyen berbayar di negara ini mengujudkan saluran agama melalui Astro Oasis wajar dipuji walaupun Astro bukanlah milik orang Islam. Sebelum ini Astro dikenali dengan program realiti Akademi Fantasia, telah memulakan program realiti bercorak agama menerusi program Imam Muda yang mendapat pengiktirafan dunia barat.

Begitulah hebat Astro di kalangan para penontonnya terutama penonton Islam. Maka Astro Oasis turut menyiarkan beberapa drama bersiri seperti Cinta Sempurna, Cinta Tikar Sejadah dan Geng Surau (sekadar menyebut beberapa siri).

Selama 10 hari bercuti sakit di kampung baru-baru ini, saya habiskan masa dengan menonton Astro. Maka siri Geng Surau terbitan syarikat Ziela Jalil turut ditonton saya. Apa yang menyedihkan siri ini jelas menghina penceramah agama yang mana dalam ceramahnya mengajak hadirin bangga diri, takabur dan berlagak. Walaupun Geng Surau dianggap sebagai drama komidi, tetapi jelas ia menghina penceramah agama. mana ada penceramah agama menyuruh umat Islam bersikap negatif seperti itu. oleh itu lain kali Astro hendaklah menapis skrip yang ditulis oleh maaa-mana syarikat supaya ia tidak menyinggung golongan pencemarah agama. Tidak manis mempersendakan penceamah agama.

Rabu, Ogos 18, 2010

MCA SUDAH TIDAK RELEVAN KEPADA BN LAGI


Apa nak dihairankan dengan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek kerana beliau nampak MCA sudah tidak relevan kepada masyarakat Cina lagi. Oleh itu MCA kena keluarkan kenyataan yang lebih berani dari DAP untuk menarik perhatian masyarakat Cina semula.

Bagi saya, MCA sudah tidak relevan lagi kepada BN. BN tidak perlukan MCA pada pilihanraya umum akan datang kerana kerusi majoriti Cina tetap menjadi milik DAP. Pemimpin MCA yang tak sedar diri. mereka lupa bahawa mereka jadi menteri kerana mereka menang di kerusi majoriti Melayu yang mana sepatutnya kerusi itu ditandingi oleh UMNO. Mereka lupa bahawa mereka jadi timbalan menteri dan ahli parlimen kerana menang di kerusi UMNO. begitulah baiknya UMNO mengorbankan kerusi Melayu kepada MCA semata-mata mahu lihat ada juga pemimpin kerajaan dari masyarakat Cina.

MCA kata ia akan bersatu dengan DAP memperjuangkan nasib masyarakat Cina. Nampaknya orang Cina lebih cerdik dari orang Melayu. Walaupun MCA dan DAP berlainan parti tapi demi kepentingan orang cina, mereka rela bersatu. Sebaliknya orang melayu yang tidak cerdik. UMNO dan PAS bertelagah walaupun apa yang ditelagahkan itu untuk kepentingan orang Melayu.

Sedarlah orang Melayu bahawa orang Cina tunggu masa jadi Perdana Menteri sahaja. Bila orang Cina jadi PM Malaysia jangan harap orang Melayu akan dapat hak-hak istimewa yang dipertahankan oleh UMNO sekarang. Kita tahu bukan semua pemimpin UMNO baik teta[i orang Melayu tidak ada pilihan kena kembali menyokong UMNO dan BN dalam pilihanraya umum akan datang untuk emmpastikan orang Melayu terus kekal di bumi Malaysia ini.

Sudah sampai masanya bagi orang Melayu bersatu demi kepentingan orang Melayu. Cukuplah PAS bersekongkol dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. Kalau Tun Razak dapat membawa UMNO dan PAS ke dalam satu barisan, maka Datuk Seri Najib selaku anak Tun Razak patut meneruskan usaha ayahandanya itu. Kalau benar PAS memberi syarat mahu jawatan penting seperti Menteri Kewangan, Menteri Dalam Negeri, berilah kepada PAS kerana PAS tetap orang Melayu bila ia berada semula dalam BN. Jangan tunggu Pakatan Rakyat menang pilihanraya umum akan datang kerana ketika itu Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Dalam Negeri sudah tentu dari DAP. Ketika itu orang Melayu akan menyesal mengundi Pakatan Rakyat yang memberi kuasa yang lebih kepada orang Cina.

Ahad, Ogos 08, 2010

CHUA DENGAN LIM SAMA SAHAJA


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menganggap pandangan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memberi gambaran bahawa negara-negara Islam sebagai tidak progresif dan mengamalkan rasuah sebagai mengarut.

Menurut Lim, Chua pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, semalam telah memberi tanggapan negatif kononnya negara-negara Islam itu “tidak progresif, korup, miskin dan terkebelakang”.

Katanya, Chua sepantutnya mendidik dirinya dengan mendalami sejarah tamadun Islam yang mencerminkan kegemilangan yang tidak hanya terhad kepada empayar global malah di dalam pembangunan seni, pembelajaran, pengenalan angka, algebra dan astronomi.

"Negara Islam Muslim menderita sebagaimana dialami oleh India dan China dahulu. Hanya ketika India dan China bebas, merdeka serta tidak lagi didominasi kuasa imperialis, barulah kedua-dua negara ini dapat menunjukkan potensi dan mengambil tempat di persada dunia sebagai kuasa ekonomi," katanya ketika berucap di Persidangan Intergriti Antarabangsa di Pulau Pinang hari ini.

“Saya yakin negara-negara Islam mampu mengembalikan kegemilangan silam mereka, jika negara-negara berkenaan tidak lagi dikongkong seperti India dan China,” katanya.

Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP berkata sejarah membuktikan negara-negara Islam juga boleh mempunyai urus tadbir seperti yang berlaku semasa pemerintahan Umar Abdul Aziz yang menyaksikan jajahan Ummaiyyah menjadi pusat pendidikan dan perundangan yang cemerlang.

“Pilihannya adalah adakah kita akan mengikut model intergriti dan pemerintahan yang baik Umar Abdul Aziz atau model alternatif berasaskan rasuah dan diktator," tambahnya.

Menurut Lim, apa yang lebih membanggakan adalah nasihat Umar Abdul Aziz yang tidak meluluskan peruntukan bagi perbelanjaan dinding baru kerana ia umpama satu pembaziran. Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa mereka sepatutnya membina sebuah tembok keadilan yang tidak boleh dibinasakan.

Lim merujuk kepada ucapan Chua semalam yang membidas kedua-dua Umno dan PAS kerana menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu.

Men
urut Chua, apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing, kesannya akan wujud dasar-dasar yang tidak progresif - menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.

Beliau juga berkata Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu.

Katanya, isu berkenaan sengaja ditimbulkan supaya masyarakat Cina di negara ini boleh berfikir memikirkan sejenak berhubung kerjasama DAP dengan PAS.

Chua juga mengingatkan masyarakat Cina di Malaysia supaya jangan terlalu optimistik dengan anggapan jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap.

Katanya, ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.

Bagi saya, Dr. Chua Soi Lek dengan Lim Guan Eng sama sahaja. Seorang jahil seorang tahu tetapi kedua-dua orang kafir. Dr. Chua menghina orang Islam kerana tak pernah baca buku sejarah Islam. Lim baca buku sejarah Islam tetapi tidak amal buat apa. Pemerintahannya di Pulau Pinang ternyata anti Melayu dan anti Islam.

Oleh itu kita semua orang Melayu janganlah terpengaruh dengan Lim Guan Eng yang membaca sejarah khalifah Umar Abdul aziz sedangkan pemerintahannya penuh dengan dendam kesumat kepada orang Melayu. Sehingga ini pemuda uMNO belum buat kenyataan membantah kenyataan Dr. Chua Soi Lek. Oleh itu jika orang Melayu tidak undi calon MCA pada pilihanraya umum akan datang, jangan marah kepada orang Melayu kerana Dr. Chua yang jahil tentang Islam pewrlu minta maaf kepada orang Islam.

SESAMA SENDIRI NAK KEBAS JUGA


Terkejut saya melihat poster WANTED dan membaca entri mengenai perkara ini.

Sukar saya nak mengecam gambar siapa sebenarnya dalam poster WANTED itu.

Ini cerita blogger. Terima kasih The Unspinners. Pendedahan ini ada kaitan sedikit dengan pengalaman saya. Tidak payah diperjelaskan kerana saya bukan penerima tetapi kes lain.

Kes saya ini Blogger catatanzabidi, lesung batu dan Sang Kelembai serta beberapa yang lain yag biasa di The Mall memang tahu!

Apa pun diharapkan rakan bloggers bantulah sesama sendiri! Atau kalau boleh Sang Kelembai bantulah selesaikannya!

Saya perturunkan apa yang dinukilkan melalui The Unspinners:


Cerita blogger ini banyak tapi tak ada yang diketahui.

Semuanya diam-diam dan tidak terdedah. Sesekali ada berlaku, macam kisah orang guna nama The Unspinners.

Kali ini pula blogger Braveheart ada beberapa cerita orang tak betul. Ceritanya berikut:

... Setiausaha UMNO, Dato' Tengku Adnan telah menyediakan sumbangan (bukanlah banyak sangat) RM15,000 untuk diagihkan kepada para blogger yang bertungkus lumus di Hulu Selangor dulu. Jumlah itu sekiranya diagihkan sama-rata mungkin setiap orang hanya akan mendapat sebanyak RM500.00 atau RM600.00 sahaja.

Tidak mengapalah!

Alhamdulillah juga jika hanya setakat itulah yang mampu diberikan oleh kerajaan (maksud parti) sebagai penghargaan dan mengenang jasa para blogger. Namun apa yang berlaku amat mendukacitakan!

Kenapa SU UMNO tidak secara peribadi bertemu dengan para blogger untuk berkenal mesra sambil menyerahkan sumbangan itu? Saya percaya blogger akan sangat menghargai menerimanya secara langsung dari seorang tokoh walaupun jumlahnya tidak besar.

Menyerahkan kepada 'orang kedua' telah mendatangkan risiko dimana peruntukan berkenaan telah tercicir ditengah jalan. Blogger Aiman Jr tentu lebih maklum tentang perkara ini.

Blogger Sanggah Tok Janggut ini merupakan teman akrab kepada blogger Sang Kelembai yang tentu masih kenal dan melihat sahabat-sahabat yang sama berjuang di Hulu Selangor dulu, yang menjulang kemenangan calon BN [ dengan membelanja duit sendiri.]

Justru saya menyaran kepada pemimpin supaya lebih berhati-hati dan lebih telus ketika berhubung dengan blogger.

Saya masih ingin mendengar apa kata pihak Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang janji anakbuahnya untuk men'sedekahkan' blogger yang hadir di pelancaran blog beliau dulu dengan modem broadband.

Kita fahan bahawa mungkin kilang pembuat modem berkenaan masih dalam pembinaan, kerana itu kita masih belum menerima nya.

Hehehe!

Bagaimana pula dengan sumbangan dari SU UMNO melalui blogger Sanggah Tok Janggut ini? Apakah 'cek' itu masih sukar untuk di 'cash' kan? Atau sudah kehilangan alamat pada sahabat semua? Atau memang sumbangan itu hanya untuk beliau seorang diri? ...

Petikan dari Beranikan Hati

Kami The Unspinners tak mahu sebab satu dua makhluk yang ambil peluang, perjuangan kita terbantut. Biar dia malu dari pendedahan ini, peduli apa. Dedahkan sesiapa yang mengguna sesiapa ntara kita untuk tujuan tidak baik.

Kita faham tak semua ada peluang dan boleh dapat peruntukan. Ada lebih dan ada kurang. Ada tak ada. Itu rezeki masing2, kebolehan masing2 dan penghargaan orang kepada bloggers tersebut.

Tapi jangan guna nama orang untuk masuk poket sendiri. Oleh demikian, berawas bila ada sesiapa minta nama dan butiran.

Kalau ada pihak mengaku The Unspinners ada dalam mana-mana senarai, sah itu group nak jual nama dan menyamun. Kami tak akan ikut mana2 group. Kami berjalan sendiri tapi seiring dengan blogger2 pejuang yang tulin.

Bagi yang tak amanah, jangan pula nak tegur dan nasihat Noh Omar. Nasihat diri sendiri.

Sumber : http://theunspinners.blogspot.com/

(dipetik dari hambali1.blogspot.com)

CADANGAN ALI WAJAR DISOKONG


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam telah menimbulkan kontroversi apabila beliau mencadangkan penubuhan sebuah sekolah khas untuk pelajar-pelajar hamil.Pada masa yang sama beliau menggalakkan pelajar-pelajar yang miang ini bernikah awal untuk mengelakkan zina.

Apa yang dicadangkan oleh Ali sepatutnya mendapat sambutan dari masyarakat. Tetapi yang peliknya Wanita UMNO dan Puteri UMNO membantah kerana bimbang pernikahan di bawah umur akan berlaku secara besar-besaran.

Bagi saya, cadangan ini wajar dilaksanakan kerana Ali rasa bertanggungjawab tidak mahu melihat gejala sosial seperti buang bayi dan kelahiran anak luar nikah meningkat di Melaka.Saya percaya jika Ali adalah Menteri Pelajaran sekolah khas ini akan diadakan di setiap negeri. Biarpun dibantah oleh Kementerian Pelajaran, Ali berkeras akan mengadakan sekolah khas untuk pelajar-pelajar hamil di Melaka. Sepatutnya kita terima baik cadangan ini dan lihat sejauh mana kejayaan sekolah khas ini di Melaka terlebih dahulu sebelum mencemuhnya.

Untuk mengetahui hasrat penuh Ali, saya perturunkan wawancara beliau dengan Mingguan Malaysia hari ini.

MINGGUAN: Bagaimana timbulnya cadangan mewujudkan sekolah hamil dan membenarkan perkahwinan bawah umur?

MOHD. ALI: Di Melaka kita telah menganjurkan dua seminar sosial iaitu bagi peringkat negeri dan kebangsaan. Di dalam kedua-dua seminar itu para peserta menyatakan kebimbangan yang amat sangat tentang gejala sosial termasuk kes buang bayi, hamil luar nikah, rogol dan sebagainya. Lebih menyedihkan kebanyakan kes melibatkan orang Islam.

Lalu diakhir seminar itu disarankan supaya diadakan pelbagai program untuk mengatasi gejala sosial termasuk mengadakan ceramah motivasi dan seminar pendidikan. Paling mustahak sekali jalan penyelesaian yang dicadangkan adalah balik kepada ajaran agama. Kita dah cuba banyak bidang tetapi sehingga hari ini statistik kes-kes tersebut bukannya menurun sebaliknya makin meningkat.

Di Melaka kita perkenalkan program Rumahku Syurgaku, kita beri pegawai tambahan, kita adakan ceramah tambahan di semua peringkat, tapi jumlah kes sosial semakin meningkat malah perceraian pun makin meningkat. Ini bermakna pendekatan yang lepas kurang berkesan. Apa yang kita lihat anak-anak muda banyak terlibat dalam kes buang bayi, hampir setiap bulan ada kes tersebut tidak kira di Melaka atau pun negeri-negeri lain. Semuanya berlaku.

Kita lihat kes buang bayi di negeri Melaka. Pada 2001 ada satu kes, tahun ini pula tiga kes buang bayi. Bagi kes bayi lahir luar nikah pula pada 2009 ada 391 kes dan untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini sebanyak 174 kes dicatatkan. Ini amat merunsingkan. Bagi tahun lepas kes lahir bawah umur 16 tahun adalah sebanyak 33 orang, manakala 114 kes pula (17-20 tahun), 123 kes (21-24 tahun), 57 kes (25-30 tahun), 3 kes (31-40 tahun) dan satu kes (41 tahun ke atas).

Maknanya hampir 78 peratus yang terlibat dalam kes hamil luar nikah adalah remaja bawah umur 24 tahun.

Jadi apa punca yang sebenar?

MOHD. ALI: Saya melihat isu yang sebenar adalah budak-budak muda ini hendak berkahwin tapi tidak dibenarkan, jadi mereka berzina. Bila berzina mereka takut ibu bapa marah, takut kena halau maka untuk elak itu semua jadilah kes buang bayi.

Mengapa kita biarkan mereka berzina? Bukankah elok kita bagi mereka kahwin pasal itu yang mereka hendak. Kita tak bagi kahwin sebab mereka muda, kerja pun tak ada, ada yang masih bersekolah. Jadi saya berpendapat cadangan seminar adalah berbalik kepada agama, jadi apakah yang terbaik selain mengahwinkan mereka? Kalau kita tak mengahwinkan mereka, mereka akan bersekedudukan, ada hubungan seks sehingga mendapat anak luar nikah.

Sedangkan walaupun mereka bawah umur 16 tahun, tetapi sudah akil baligh dan tidak dapat menahan nafsu. Sama ada ibu bapa tahan, ustaz tahan, Ketua Menteri tahan mereka tidak peduli, mereka nak kahwin juga. Jadi daripada buat maksiat bukankah lebih baik mereka dikahwinkan.

Persoalannya sekarang, mengahwinkan pasangan muda selesai timbul pula masalah lain, mereka tidak bekerja dan masih bersekolah, apa masa depan mereka?

MOHD. ALI: Lepas dikahwinkan kerajaan negeri akan bimbing mereka. Ada yang bertanya bagaimanapun pula kalau mereka dah kahwin sedangkan mereka budak sekolah, siapa nak tanggung. Bagi saya benda itu semua tidak sepatutnya timbul. Daripada ibu bapa tanggung malu, nak kena jaga anak luar nikah lagi baik jaga cucu yang halal kerana anak mereka sudah berkahwin. Cumanya ada ibu bapa yang miskin, ada juga remaja daripada keluarga bermasalah maka kerajaan negeri dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk membiayai perkahwinan mereka dengan perbelanjaan RM500 majlis yang cukup untuk upah nikah, saksi dan sebagainya. Mas kahwin boleh hutang.

Selepas menjadi suami isteri kalau ibu bapa tidak mahu jaga, kerajaan negeri akan ambil tanggungjawab untuk jaga pasangan yang halal bernikah ini. Saya percaya daripada jaga pasangan yang berzina elok kita jaga pasangan halal bernikah. Kalau mereka masih bersekolah, biarkan mereka terus pergi sekolah, tetapi rupa-rupanya budak sekolah salah, mengandung kena berhenti.

Maka saya cadangkan tubuh sekolah untuk remaja hamil bernikah. Timbul pula persoalan siapa nak tubuhkan sekolah itu. Kita bersetuju JAIM akan tubuhkan sekolah seumpama itu supaya pasangan remaja yang bernikah, kemudian mengandung dapat meneruskan persekolahan mereka di situ. Mereka akan diajar dengan mata pelajaran agama, dididik bagaimana mahu menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab dan juga perancang keluarga.

Selepas bersalin, kalau ibu bapa remaja masih tak mahu jaga anak dan cucu mereka, maka kerajaan negeri akan jaga. Lebih daripada itu, kita akan usaha mencari keluarga angkat untuk bayi yang dilahirkan oleh gadis remaja ini. Saya percaya ramai yang nak jadi keluarga angkat kepada bayi yang dilahirkan menerusi pernikahan yang halal. Kalau keluarga nak jaga lagi kami alu-alukan. Bukankah menjaga yang halal lebih mudah daripada menjaga yang haram. Kerajaan negeri dapat pahala, saya dapat pahala, tak ada orang kata anak luar nikah.

Mereka juga akan diajar perancang keluarga, oleh itu mereka tahu sama ada nak tambah anak lagi atau nak tangguh dulu supaya dapat meneruskan persekolahan. Kalau belum kahwin nak ajar perancang keluarga seperti dalam pendidikan seks mana boleh, dia orang nak buat apa, dia orang belum kahwin belum nikah tapi kalau dah kahwin apa nak ajar pun boleh.

Datuk Seri tidak nampak sebarang masalah untuk laksanakan semua ini?

MOHD. ALI: Bagi saya memang tidak ada masalah, sebab itu bila kita bawa perkara ini kepada MAIM, semua ahli majlis setuju. Bulan lepas saya jumpa dengan kumpulan amil, di Melaka ada 180 masjid lebih kurang 500 amil datang. Saya terangkan dan mereka bersetuju bahkan ada yang mengemukakan pelbagai cadangan untuk menjaga budak-budak ini dan sekelip mata jawatankuasa yang berkenaan ditubuhkan dan menggerakkan kerja masing-masing.

Perkara ini mendapat perhatian dunia. Reuters pun telefon, saya terangkan antara zina dan kahwin halal, walaupun masih bersekolah saya pilih yang halal. Mereka bawah umur kita ikut undang-undang minta kebenaran mahkamah syariah, bukan kita langgar undang-undang.

Seminar sosial menyarankan supaya kita kembali kepada ajaran agama. Sekarang ini saya ikut ajaran agama tapi ada pula yang kata takut sebab budak-budak belum faham tanggungjawab. Kalau pasal kahwin pun dah faham takkan pula tanggungjawab mereka tidak mahu faham. Dan inilah masanya kita beri mereka tanggungjawab. Ibu saya dulu kahwin umur 14 tahun, ada pula orang kata itu zaman dulu, tapi zaman dulu tak ada video lucah, zaman sekarang video lucah berselerak, patut sekarang umur 8 tahun sudah kena kahwin sebab ‘semangat’ budak-budak sekarang tinggi. Pancaroba lebih kuat daripada dulu. Saya akui jalan terbaik kita kena balik kepada agama walaupun syarat untuk berkahwin belum beberapa cukup, tapi antara zina dengan anak lahir luar nikah, lebih baik kahwin dan lahirkan anak yang sah taraf.

Bagaimana Datuk Seri melihat kesan jangka panjang?

MOHD. ALI: Dalam hal ini kerajaan negeri melaksanakan program sampingan untuk memastikan kesan jangka panjang yang positif. Kerajaan negeri mahu bertanggungjawab sepenuhnya dalam membendung gejala sosial. Kita fikirkan program keluarga angkat kerana yakin anak-anak halal berebut orang nak jaga. Anak luar nikah pun ramai orang nak jadikan anak angkat inikan pula anak yang halal. Apatah lagi jika matlamat menjadikan anak-anak ini anak angkat supaya remaja yang berkahwin muda dapat meneruskan persekolahan. Mengapa nak bagi pandangan negatif, jangan takut untuk jadi positif dan banyak masalah boleh selesai. Kita terlalu terikat dengan itu tak boleh, ini tak boleh dan pada masa yang sama orang beranak luar nikah semakin bertambah.

Sebelum ini kita kata kena didik ibu bapa untuk kurangkan gejala sosial tapi sudah puas ibu bapa dididik menerusi seminar, ceramah agama, program Rumahku Syurgaku tapi anak luar nikah makin banyak. Ada pula yang kata sebab banyak pub sana-sini, ada kerajaan negeri pub pun tak ada tapi anak luar nikah banyak juga. Maka saya yakin jawapannya adalah mengetahui apa sebenarnya kemahuan mereka. Oleh itu kalau ada anak kata ‘Alah mak kahwinkan aku’ maka ibu bapa kena positif fikiran, kalau anak nak kahwin janganlah risau hati. Ibu bapa patut bersyukur dapat cucu lebih awal, jabatan agama nak tolong anak-anak mereka daripada buat maksiat atau lari daripada rumah buat kerja tak senonoh, akhirnya berzina dan melakukan hubungan seks dengan macam-macam orang dan akhirnya lahirkan anak luar nikah, kemudian buang bayi yang tidak berdosa itu.

Datuk Seri tidak percaya pendidikan seks mampu kurangkan kes buang bayi dan hamil luar nikah?

MOHD. ALI :Pendidikan seks tidak akan membantu sama sekali dan tidak perlu pun mata pelajaran tersebut diajar di sekolah. Saya juga melihat tidak ada sebab pun mengapa kita nak ajar dia orang pendidikan seks malah kadang-kadang itu pun punca berlakunya seks bebas. Nak ajar buat apa mereka belum belum kahwin, maka pendidikan seks tak patut diajar disekolah. Nak ajar jaga kesihatan, mata pelajaran kesihatan dah ada, mata pelajaran agama ajar cara mandi junub dan macam-macam lagi maka mata pelajaran pendidikan seks Barat yang menawarkan salah satu bahagian penting bagaimana mencegah hamil adalah sesuatu yang tak patut diajar kepada orang yang belum kahwin.

Saya juga berpendapatan ia akan menggalakkan lagi seks luar nikah sebab itu kita tak setuju, siap buat kempen sekali, apa itu semua. Kita boleh jaga berpuluh ribu orang miskin dan berbelanja RM5 juta untuk bantu mereka, takkan tak boleh tolong remaja supaya mereka berkahwin dan mengadakan seks halal.

Bagaimana Datuk Seri jangkakan sambutan kelak?

MOHD. ALI: Kalau masih nak berzina saya tak tahu nak buat apa lagi. Saya dah adakan ruang, jangan esok mereka kata kerajaan tak buat apa, kerajaan tidur, aku nak kahwin dia tak bagi, ibu bapa pun dikatakan tidur dan tidak buat apa-apa. Sekarang ini kahwinlah kita tak halang hasrat mereka. Makan minum kerajaan tanggung, sekolah disediakan, keluarga angkat boleh dicari, kalau tak tampil juga tak boleh salahkan kerajaan sebab kerajaan dah ambil segala usaha termasuk jaga anak, sekolahkan dia. Tak timbul soal keciciran sekolah, disisih masyarakat dan lain-lain. Sekarang saya minta mereka tampil, saya percaya dalam kita bercakap ini pun ada yang terlanjur lagi.

Sekarang kita sedang mencari bangunan yang sesuai dan minta kerjasama ibu bapa kerana kita tidak mahu nanti ada sekolah tapi tak ada murid. Ahad ini (hari ini) kita akan adakan seminar di MITC berhubung perkara ini, mudah-mudahan mendapat sambutan.

Saya ambil pendekatan ikut kehendak orang, apa yang mereka hendak. Dulu kita lawan kehendak mereka, sekarang ikut apa yang remaja hendak. Hendak kahwin, kita kahwinkan. Masalah lain kerajaan negeri akan bantu, yang penting dapat elak berzina dan kurangkan masalah sosial.

Sabtu, Ogos 07, 2010

TUMPULAH DI PULAU PINANG


Parti Gerakan kini semakin mendapat sokongan rakyat setelah mengalami kekalahan teruk sehingga kehilangan negeri yang pernah dikuasai pada pilihan raya umum Mac 2008.

Presidennya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata konsep perjuangan Gerakan masih menarik minat yang lain dan sepanjang lebih dua tahun selepas pilihan raya umum berlalu, parti itu kini kembali pulih.

"Sejak pilihan raya umum lepas, sudah ada 170 cawangan untuk ahli baru dibuka di seluruh negara. Kesemua cawangan ini telah dan sedang didaftarkan.

"Sebanyak 60 cawangan dibuka di Sabah, 20 di Pahang dan selebihnya di tempat-tempat lain seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan parti itu di sini, Jumaat.

Beliau berkata anggota baru itu terdiri daripada pelbagai kaum terutama Sino-Kadazan dan Bumiputera di Sabah, empat cawangan di Raub, Pahang pula dibuka anggota berbangsa India.

Menurut beliau, Gerakan juga mendapat suntikan semangat dengan kemasukan dua wakil rakyat Bebas menganggotai parti itu.

Kedua-dua mereka ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Ho Yip Kap yang bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya umum lalu dan bekas Timbalan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang meletakkan jawatan setelah SAPP menarik diri daripada komponen Barisan Nasional (BN) turut menyertai Gerakan.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata selain giat menambah anggota baru, parti itu juga ada inisiatif untuk menggerakkan kembali anggota yang tidak aktif.

Beliau berkata parti itu yang kini mempunyai 250,000 anggota, akan bangkit kembali pada pilihan raya umum akan datang, terutama di negeri-negeri yang pernah dikuasai seperti Pulau Pinang.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata parti itu menyokong dan akan terus memperjuangkan gagasan 1Malaysia.

Katanya, gagasan 1Malaysia yang mengutamakan perpaduan dalam kepelbagaian selaras dengan prinsip perjuangan Gerakan yang ditubuhkan sejak 42 tahun lalu.

"Walaupun terdapat beberapa suara terutama daripada pembangkang yang mempersoalkan 1Malaysia, kita pasti konsep ini sesuai dengan rakyat negara ini dan kita dalam Gerakan sedia bekerjasama dalam perjuangan ini," katanya.

Bagi saya, Gerakan tak perlu sibuk berkembang di Sabah dan Pahang. Tumpulah pada Pulau Pinang kerana Gerakan pernah mengetuai BN di Pulau Pinang. Jika rakyat memilih semula Gerakan maka BN akan menang di Pulau Pinang. Oleh itu tak usah buang masa tubuh cawangan baru di Sabah dan Pahang kerana pilihanraya akan datang akan menentukan nasib Gerakan sama ada masih relevan di Pulau Pinang.

Jika DAP terus bertapak di Pulau Pinang selepas pilihanraya umum 2012, ini bermakna Gerakan sudah tidak relevan lagi dan perlulah dibubar.

Jumaat, Ogos 06, 2010

KAHWIN AWAL ELAK ZINA


Pelaksanaan undang-undang perkahwinan di awal usia seperti yang mahu dilaksanakan oleh Melaka merupakan jalan penyelesaian wajar bagi menangani masalah zina, hamil luar nikah dan pembuangan bayi.

Mufti Kedah, Datuk Sheikh Badaruddin berkata, Majlis Agama Islam Melaka (Maim) membuat keputusan tepat dengan memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan pelajar perempuan bawah 16 tahun.

"Perkahwinan adalah sesuatu yang halal di dalam Islam dan tiada had umur yang ditetapkan.

"Apabila sudah tiada jalan lain untuk membendung kehendak dan masalah zina melibatkan mereka, maka saya melihat perkahwinan adalah satu jalan yang wajar dilakukan,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Maim yang telah memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki di bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam turut menyebut prosedur permohonan bernikah bagi pelajar terbabit masih dikekalkan iaitu perlu melalui Mahkamah Syariah walaupun mendapat kebenaran ibu bapa

Mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa tindakan Maim itu hanya menjurus kepada peningkatan penceraian, Sheikh Badaruddin berkata, penilaian perlu dibuat dari sudut jangka panjang.

Menurutnya, bagi golongan yang tidak dapat mengawal nafsu seperti remaja bawah umur ini, apabila tidak dibenarkan berkahwin mereka akan melakukan zina dan seterusnya membawa kepada masalah hamil dan pembuangan anak.

“Dalam hal ini kita perlu melihat bahawa, penceraian itu walaupun dibenci Allah tetapi hukumnya halal. Sedangkan zina hukumnya haram.

“Zina itu sudah haram, apatah lagi hamil luar nikah dan membuang anak. Terlalu banyak kesan buruk akan berlaku jika perkahwinan tidak disyorkan," katanya.

TAHNIAH KEPADA DATUK SERI AHMAD SAID


Tujuh penerima semalam dianugerahkan darjah kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-48 Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin pada istiadat yang berlangsung di Istana Maziah di Kuala Terengganu.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu disempurnakan Pemangku Raja Terengganu Tengku Muhammad Ismail.


Pada istiadat itu, Tengku Seri Temenggong Raja, Tengku Baharuddin Sultan Mahmud yang merupakan adinda Tuanku Mizan menerima Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (S.S.M.T.) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said menerima Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z.) yang juga membawa gelaran Datuk Seri.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Mazlan Ngah pula dianugerahkan Darjah Dato' Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (D.S.M.Z.) yang membawa gelaran Datuk.

Empat orang dianugerahkan Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka adalah Mufti Terengganu Dr Alias Abdullah, Pengarah Tanah dan Galian Terengganu Osman Muda, pegawai pejabat Sultan Terengganu Mohd Yasin Awang dan peguam Zamani Mohamad.

Khamis, Ogos 05, 2010

JAMAL ANAK TERENGGANU YANG HEBAT



Pagi ini saya menerima panggilan dari rakan lama, Jamal Nasir bin Awang. Saya kenalinya sejak tahun 1979 ketika sama-sama mengajar sementara di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang.

Sudah enam bulan kami tidak berjumpa lantaran masing-masing sibuk dengan urusan rasmi. Jamal adalah seorang pemilik syarikat advertising terkenal di Kuala Lumpur. Kini beliau buat ice age di Berjaya times Square di Jalan Imbi. Bukan senang orang Melayu hendak mendapat tempat di gedung perniagaan milik Tan Sri Vincent Tan itu. Tapi Jamal sudah buktikan bahawa beliau mampu membuat ice age yang menjadi tumpuan orang ramai.

Dengan bayaran sebanyak RM12.00 anda dapat melihat zaman air batu selama 15 minit di tingkat 7 di Berjaya Times Square. Itulah kehebatan Jamal.

Dia cerita kepada saya projek baru beliau di Tasik Kenyir yang akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri nanti. Beliau telah membuat presentation kepada kerajaan negeri .Bila tiba masanya kerajaan negeri akan umum nama projek itu. Tak perlulah saya tulis apa nama projek itu. Biar saspens buat seketika.

Saya percaya bila projek ini dilaksanakan di tasik kenyir makin ramai pelancong akan datang ke Tasik Kenyir kerana ia merupakan satu tarikan pelancongan yang hebat.Oleh itu sama-samalah kita bantu anak muda ini melaksanakan impiannya demi negeri Terengganu.

Rabu, Ogos 04, 2010

TAHLIL UNTUK DATUK PADUKA IBRAHIM AZMI MALAM ESOK


Malam esok, malam Jumaat hari Khamis (5 Ogos 2010) satu tahlil untuk bekas ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Paduka Ibrahim Azmi Hassan akan diadakan di masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur, selepas solat maghrib.

Orang ramai terutamanya sahabat handai, saudara mara beliau dijemput hadir. Majlis itu pada mulanya mahu diadakan di surau PWTC tetapi permohonan pihak penganjur tidak diluluskan oleh pihak pengurusan PWTC. Tak tahu apa sebabnya permohonan ditolak sedangkan Ustaz Ibrahim adalah ahli UMNO.

ZABIDI PUKUL ANAK SINDIR MENANTU?


Ulasan rakan saya Zabidi Saidi melalui blognya agak nakal kali ini.

Kenapa saya katakan nakal?

Pertama, dia menonjolkan dua individu iaitu Dr Bazlan Datuk Shafie, 42 tahun dan Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK), Shafarudin Mustapha sebagai calon yang layak bertanding di Batu Burok.

Zabidi lupa atau buat-buat lupa tidak tahulah. Tetapi DUN berkenaan sudah mempunyai Penyelaras Pembangunan DUNnya iaitu Datuk Che Mat Jusoh.

Kedua, Zabidi melakukan ini dengan niat cuba mengusik Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar melihat juga individu lain, selain PPD yang sudah ada.

Atau Zabidi memang ‘pukul anak sindir menantu’?

Dengan kata lain, UMNO Terengganu tidak perlu terlalu rigid untuk melantik semula ADUN yang sedia ada dan PPD yang ada sekarang sebagai wakil rakyat.

Namun Zabidi juga perlu sedar bahawa PPD yang ada sekarang sedang menjalankan tugas mereka di DUN masing-masing dan kita tidak mahu sejarah Pilihan raya umum 2008 berulang.

Maksudnya apabila calon baru diletakkan di tempat yang sudah ada PPDnya sendiri, akan banyak protes daripada orang UMNO sendiri yang selama sudah ‘bekerja kuat’ untuk bos mereka (Pegawai PPD yang dilantik beberapa tahun sebelum pilihan raya berkenaan).

Zabidi jangan lupa kes DUN Batu Buruk apabila Che Mat Jusoh adalah PPD antara 2004 – 2008 tetapi yang bertanding ialah Ketua Puteri UMNO ketika itu, Nordiana Shafie (Senator ketika itu).

Apakah Nordiana kalah kerana memang PAS kuat atau orang UMNO di Batu Burok menolak Nordiana (calon yang digantikan oleh bekas Pengerusi Perhubungan UMNO ketika itu disaat akhir)?

Memanglah banyak teori tetapi jika PPD menjalankan tugas mereka dengan baik berbanding ADUN pembangkang, kenapa tidak diberikan sahaja tempat itu untuk mereka bertanding?

Apapun, hanya Zabidi yang tahu kenapa dia begitu nakal dengan siapa sepatutnya calon di DUN Batu Burok pada pilihan raya akan datang.

(dipetik dari teganuku.blogspot.com)

SAYA BUKANNYA NAKAL


Saya bukannya nakal apabila mencadangkan dua nama yang paling layak menjadi Calon BN di DUN Batu Buruk sama ada Dr. Bazlan bin Datuk Shafie atau Shafarudin Mustafa. Saya buat cadangan ini berasaskan kehendak orang ramai yang mahu calon baru ditonjolkan di situ pada pilihanraya umum akan datang.

Tidak semestinya Pegawai Pembangunan DUN (PPD) yang jadi calon. Datuk Che Mat Husoh pernah jadi calon pada pilihanaya umum 2004 tetapi tewas. Oleh itu beliau tidak payahlah berangan untuk menjadi calon lagi. Wajarlah beliau beri laluan kepada orang muda untuk jadi calon. Kita perlu calon yang muda supaya dapat berkhidmat kepada rakyat tidak kira siang atau malam.

Kalau berdasarkan jawatan PPD layak jadi calon, Shafarudin yang patut jadi calon Batu Buruk pada tahun 2004 kerana ketika itu beliau adalah PPD Batu Buruk tetapi parti memilih Datuk Che Mat Jusoh. Oleh itu untuk pilih calon pada masa akan datang, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein selaku Pengerusi Badan perhubugan UMNO kena tanya akar umbi. Jangan tanya ketua cawangan sahaja. jangan tanya pengerusi jkkk sahaja. tanya semua lapisan masyarakat siapa yang rakyat mahu calon yang wakili mereka.

Terlanjur bercakap tentang calon Batu Buruk, apa salahnya saya tulis siapa yang layak bertanding di tiga DUN lagi di Bahagian Kuala Terengganu berdasarkan kehendak rakyat.

Di DUN Wakaf Mempelam, yang layak ialah Wan Mahyudin Ngah, 45 tahun. Di DUN Ladang, Datuk Wan Farid selaku Ketua Bahagian mampu merampas kembali kerusi DUN Ladang dari tangan PAS. Di DUN Bandar, calon UMNO yang patut bertanding dan bukannya MCA. Kalau UMNO bertanding, Alias Mustapha yang layak diketengahkan di situ. Berilah calon MCA jadi Senator.

Bagi parlimen Kuala Terengganu, bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar,42 tahun boleh ditonjolkan sebagai calon. beliau adalah anak saudara bekas ahli parlimen Kuala Terengganu, aruah Datuk Razali Ismail. Beliau banyak membantu Datuk Razali ketika beliau bertanding pada tahun 2004 buat kali pertama. Ketika itu Datuk Razali bekas pengarah pelajaran ditarik sebagai calon disabotaj oleh parti tetapi oleh kerana Fakrul pernah jadi ajk pemuda Kuala terengganu maka beliau bekerja di belakang tabir membantu Datuk Razali. Ketika itu Datuk Razali mahu ambil bekas guru sebagai pencadang dan penyokong beliau dalam borang penamaan calon tetapi dinasihati oleh Fakrul supaya ambil orang parti.

Pengalaman beliau dalam parti pembangkang digunakan sepenuhnya untuk memenangkan Datuk Razali. Sebab itu pada tahun 2008, tiga kerusi PAS menang di tiga DUN dalam parlimen Kuala terengganu tetapi Datuk Razali menang kerusi parlimen. Pendekatan yang digunakan oleh Fakhrul ternyata bejaya.

Seorang lagi yang boleh diketengahkan sebagai calon parlimen Kuala Terengganu ialah seorang peguam Hasmadi awang, 44 tahun. Oleh itu jika BN mahu menang, calon-calon yang disebut ini perlu turun padang dari sekarang mendekati rakyat tanpa mengira waktu.

Selasa, Ogos 03, 2010

LPT 2 DIJANGKA SIAP JUN 2012


Projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa II menghubungkan Jabor di Pahang ke Gemuruh, Terengganu sejauh 184 kilometer akan siap sepenuhnya menjelang Jun 2012.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor ketika memberikan jaminan itu berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diminta memastikan projek berkenaan siap sepenuhnya dalam tempoh tersebut.

"Kita sasarkan projek keseluruhan (LPT Fasa II) siap Jun 2012, kita minta JKR (Jabatan Kerja Raya) pastikan bagaimana projek ini boleh siap dalam tempoh itu dan pastikan juga ia tak berlaku kelewatan," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke tapak projek LPT Fasa II dari Gemuruh di sini ke Pasir Tinggi sehingga ke susur keluar di Bukit Payong, Marang.

Turut menyertai lawatan itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Ketua Pengarah Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Dr. Judin Abdul Karim serta Pengarah JKR Terengganu, Shahawai Awang.

Shaziman memberitahu, kos awal keseluruhan projek LPT Fasa II itu kira-kira RM3.7 bilion namun disebabkan berlaku kenaikan bahan berasaskan petroleum pada tahun 2008 dan 2009, kos tersebut dijangka naik antara 15 peratus hingga 20 peratus.

Menurutnya, projek berkenaan terbahagi kepada dua bahagian pembinaan iaitu sejauh 64 km di bawah tanggungjawab Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dengan pelaksanaannya oleh MTD Prime Sdn. Bhd. manakala 120 km lagi di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya.

Shaziman berkata, beliau dimaklumkan pihak LLM bahawa lembaga berkenaan memberi jaminan untuk menyiapkan projek sejauh 64 km pada Mei tahun depan manakala JKR pula menjelang Jun 2012 nanti, sekali gus siapnya keseluruhan projek LPT Fasa II.

Selain itu katanya, laluan lebuh raya dari Gemuruh ke Bukit Payong dijangka mula dibuka kepada orang ramai penghujung tahun ini manakala laluan dari Bukit Besi, Dungun ke Gemuruh pada Jun tahun depan.

"Kerajaan tak akan kutip bayaran tol sehinggalah seluruh projek ini siap sepenuhnya. Saya telah maklumkan kepada JKR supaya pastikan LPT ini (Fasa II) yang ada 10 persimpangan bertingkat dan dari simpang ini ke pekan berhampiran jalan perlu dinaik taraf.

"Kita nak pemandu selesa, kita tak mahu seolah-olah orang memandu di lebuh raya yang selesa ibarat lima bintang tapi bila masuk jalan susur mereka amat tak selesa," ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, Shaziman turut mengesahkan pihaknya telah menamatkan enam kontraktor melalui 'penamatan bersama' akibat gagal menyiapkan projek yang diamanahkan mengikut jadual.

Buat masa ini jelasnya, tender baru mula dikeluarkan hari ini sebelum ditutup pada penghujung bulan ini bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan dilakukan antaranya membabitkan pakej 1A, 1B, 2, 3, 8 dan 9B.

Isnin, Ogos 02, 2010

KDN PERLU AMBIL TINDAKAN TEGAS


Pemimpin pembangkang Sabah, Jeffrey Gapari Kitingan menggesa kerajaan negeri Sabah dan Sarawak supaya menimbangkan secara serius mewujudkan beberapa negeri baru di kalangan mereka.

Katanya, keluasan kawasan yang besar, kecekapan mentadbir yang lebih baik melalui desentralisasi dan memaksimumkan potensi sebagai alasan untuk berbuat demikian.

Ideanya adalah Sabah dibahagikan kepada lima negeri - Tawau, Sandakan dan Kudat di pantai timur dan utara manakala dua lagi negeri iatu Pantai Barat dan Pedalaman.

Bagi Sarawak pula, menurut Jeffrey, semua sebelas bahagian dijadikan negeri-negeri Sarawak, iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

"Jumlah 16 negeri dan satu wilayah persekutuan Borneo akan menengelamkan 11 negeri dan dua wilayah persekutuan di Semenanjung Malaysia,” katanya semasa ucaptama tertutupnya yang berjudul 'The Genesis of Malaysia Revisited' dan 'The Way Forward' di Kota Kinabalu, semalam.

Forum itu diadakan sebagai pembuka tirai bagi sambutan rasmi Hari malaysia yang pertama yang dijadualkan pada 16 September ini.

Majlis berkenaan dianjurkan oleh Yayasan Warisan Borneo dengan kerjasama Heritage Common Interest Group Malaysia (CigMA), dan beberapa pertubuhan lain.

Nampaknya Dr. Jeffrey Kitingan adik kepada Presiden PBS ini tidak serik. Beliau pernah ditahan di bawah ISA kerana kononnya mahu membawa Sabah keluar dari Malaysia. Ucapan beliau dalam forum semalam adalah merupakan satu hasutan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak supaya mengujudkan lebih banyak negeri berbanding 11 negeri di Semenanjung.

KDN perlu ambil tindakan tegas kepada Dr. jeffrey ini. Dahulu beliau pernah didakwa oleh BPR keyika beliau menjadi Pengarah Yayasan Sabah. Apabila beliau menyertai parti komponen BN, kes rasuahnya ditarik balik dan kemudiannya beliau dilantik Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Betapa cerdiknya beliau.

Ucapan beliau berbaur hasutan. Oleh itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein perlu ambil tindakan tegas kepada beliau.

SHAFARUDIN LAYAK TANDING DI BATU BURUK


Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengajak semua pemimpin Barisan Nasional (BN) di segenap peringkat agar merapatkan barisan dan bekerja keras untuk menawan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk.

Beliau merayu kepimpinan akar umbi termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pemimpin UMNO peringkat cawangan menghentikan segera pertelagahan sesama sendiri sebaliknya bersatu ke arah kemenangan parti.

Beliau juga tidak menolak tanggapan sesetengah pihak mengenai sikap pemimpin JKKK yang tidak ikhlas dan suka bercakaran menjadi punca status kekalahan BN sejak lebih 20 tahun lalu.

"JKKK perlu elakkan diri daripada dilabel sebagai jawatankuasa yang hanya banyak bermesyuarat dan bercakap," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Buruk di Kuala Terengganu,baru-baru ini.

Turut hadir, Pegawai Pembangunan DUN Batu Buruk, Datuk Che Mat Jusoh dan Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar, Wan Ahmad Nizam Wan Abd. Hamid.

Ahmad Said turut melahirkan rasa kesal dengan beberapa orang wakil rakyat di negeri ini yang bertelagah dengan rakyat dan amat berharap sikap negatif sedemikian perlu dihentikan.

Katanya, perkara itu akan menyebabkan rakyat menjauhkan diri daripada BN dan fungsi wakil rakyat BN sebagai 'pembela rakyat' akan dipertikaikan.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh kepimpinan BN dan UMNO di DUN Batu Buruk bersatu dan hentikan 'politiking' yang tidak ada manfaat. Beliau yakin akan ada sinar baru di DUN berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Pada majlis itu, Ahmad turut menyampaikan hadiah kepada JKKK Mengabang Tengah dan JKKK Che Kundur yang diumumkan sebagai johan pertandingan profil kampung peringkat DUN Batu Buruk dan mereka menerima RM1,000.

Teguran MB kepada semua JKKK dalam DUN Batu Buruk perlu dihayati oleh semua pihak. Untuk menangi DUN Batu Buruk, semua pihak - cawangan, pemuda, wanita dan puteri hendaklah berganding bahu bersatu memenangkan calon yang diturunkan oleh BN kelak.

BN tewas di Batu Buruk sejak tahun 1982 lagi. Tetapi BN dapat merampas semula kerusi itu pada tahun 1986 melalui Datuk Mutalib. Pada tahun 1990, BN tewas hinggalah sekarang.Sudah lima penggal PAS menguasai DUN Batu Buruk.

Oleh itu BN perlu kenalpasti calon dari sekarang. Jangan umum calon di saat-saat akhir. Di antara yang layak bertanding di DUN Batu Buruk ialah Dr. Bazlan Datuk Shafie, 42 tahun dan Pengarah YPK, Shafarudin Mustapha.