Memaparkan catatan dengan label salah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label salah. Papar semua catatan
Rabu, Oktober 12, 2016
TAK SALAH JADI PENASIHAT KATA ZAHIDI
Anggota Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin menegaskan beliau tidak berbuat sesuatu yang salah dalam menerima jawatan penasihat dalam Parti Front Pulau Pinang (PFP) yang baru ditubuhkan walaupun tidak disenangi Umno Pulau Pinang.
Setakat yang diketahuinya, kata Zahidi, Pengerusi BN dan Presiden Umno yang merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak juga merupakan penasihat daripada Malaysia Makkal Sakti Party berteraskan Hindu dan "tidak ada masalahpun".
Najib telah melancarkan Makkal Sakti pada 10 Oktober 2009 dan berkata pada masa itu beliau akan bekerjasama dengan mana-mana pihak atau badan bukan kerajaan yang disokong slogan 1Malaysia.
"PFP adalah parti Cina dan mereka meminta nasihat saya untuk bertanding menentang DAP. Jadi saya berikan nasihat. Mereka tidak mengatakan mahu bertanding kerusi Umno, jadi itu baik bagi saya, "Zahidi.
"Umno tidak perlu bimbang kerana tidak ada kena mengena dengan Umno. MCA dan Gerakan juga boleh meminta nasihat saya selagi mereka anti-DAP, saya akan nasihati mereka," ujar beliau.
Zahidi berkata, tindakannya itu bukan 'tidak beretika mahupun tidak sesuai" dan tidak menjadi kesalahan buat Umno selagi menasihati ahli-ahli PFP sebagai kawan dan tidak menyertai parti tersebut.
Tambah beliau, pihaknya hanya menasihatkan PFP mengenai rancangannya untuk bertanding di 25 kerusi di Pulau Pinang menentang kerana parti itu baru dan tidak berpengalaman.
Lagipun, beliau berasal dari Pulau Pinang dan memenangi kerusi Parlimen Padang Besar untuk Umno dengan majoriti yang besar, jelasnya lagi.
Zahidi berkata demikian bagi mengulas bantahan oleh Ketua Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman terhadap PFP serta jawatan penasihat itu yang disandang Zahidi.
Ahad, Disember 27, 2015
FREE MALAYSIA TODAY SALAH LAPOR BLOG SAYA
Dua hari lepas blog ini memuatkan sebuah rencana tulisan kawan saya, Shahbudin Embun berjudul http://www.catatanzabidi.blogspot.my/2015/12/perang-dalam-didamaikan-perang-saraf.html tetapi peliknya Free Malaysia Today (FMT) semalam melaporkan ia ditulis oleh saya. Lihat http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/12/26/pasukan-siber-umnobn-perlu-bernas-berilmiah/.
FMT adalah berita portal ketiga terbesar di negara ini selepas Malaysiakini dan The Malaysian Insider. Kenapa wartawan FMT boleh membuat kesilapan ini sedangkan dalam posting tersebut ada byline penulisnya Shahbudin Embun.
Yang lebih melucukan wartawan yang memetik blog saya itu, catatanzabidi.blogspot.com
itu menulis saya sebagai awang zabidi. Saya tak pasti siapa yang menulis berita itu. Dalam blog itu jelas nama saya ialah Zabidi Saidi dan bukannya Awang Zabidi iaitu nama Facebook saya.
Dalam posting itu ada dimuatkan byline Shahbudin Embun jadi kenapa wartawan itu boleh buat silap mengatakan Awang Zabidi yang menulisnya. Dengan penjelasan ini dharapkan wartawan tersebut membuat pembetulan kerana ia jelas melanggar etika penulisan kerana salah lapor. Untuk makluman FMT, blog saya terbuka kepada semua pihak menulis dan tidak semestinya tulisan saya sahaja.
Isnin, Oktober 05, 2015
TERSEREMPAK PUN DIJADIKAN ISU
Tak ada kerja lain. Asyik nak viral gambar PM, Najib Razak. Gambar Najib bersalam dengan PM Israel, Benjamin Menatang pun dijadikan isu.
Tak senonoh punya kerja. Bukannya PM buat pertemuan rasmi dengan menatang tu. Najib terserempak dengan PM Israel itu di pintu slepas Benjamin berucap di PBB. Selepas giliran Benjamin, giliran Najib pula berucap.
Takkan bersalam pun tak boleh. Kalau PM terserempak dengan Lim Kit Siang di airport KLIA, takkan Najib bersalam dengan Lim Kit Siang pun tak boleh. Nampak sangat rakyat Malaysia tidak matang. Gambar Najib bersalam dengan Benjamin dijadikan isu seolah-olah Malaysia sudah ada hubungan diplomatik dengan Israel.
Lain kali bila gambar seperti ini disiarka dalam Facebook,rakyat kena cek gambar itu. Kenapa ia berlaku? Adakah ia berlaku dalam bilik atau di luar secara spontan. Nampaknya Facebook sekarang lebih bahaya. Tidak boleh dipercayai. Lebih banyak pembohongan dari yang benar. Sebab itu dah lama saya tutup Facebook kerana ia tidak boleh dipercayai lagi.
Tak senonoh punya kerja. Bukannya PM buat pertemuan rasmi dengan menatang tu. Najib terserempak dengan PM Israel itu di pintu slepas Benjamin berucap di PBB. Selepas giliran Benjamin, giliran Najib pula berucap.
Takkan bersalam pun tak boleh. Kalau PM terserempak dengan Lim Kit Siang di airport KLIA, takkan Najib bersalam dengan Lim Kit Siang pun tak boleh. Nampak sangat rakyat Malaysia tidak matang. Gambar Najib bersalam dengan Benjamin dijadikan isu seolah-olah Malaysia sudah ada hubungan diplomatik dengan Israel.
Lain kali bila gambar seperti ini disiarka dalam Facebook,rakyat kena cek gambar itu. Kenapa ia berlaku? Adakah ia berlaku dalam bilik atau di luar secara spontan. Nampaknya Facebook sekarang lebih bahaya. Tidak boleh dipercayai. Lebih banyak pembohongan dari yang benar. Sebab itu dah lama saya tutup Facebook kerana ia tidak boleh dipercayai lagi.
Isnin, Ogos 12, 2013
TAK SALAH DUA CALON DARI SABAH TANDING NAIB PRESIDEN UMNO
KOTA KINABALU: Bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Rizalman Abdullah berkata tidak salah Sabah mengemukakan dua calon Naib Presiden dalam pemilihan Umno pada 19 Oktober depan.
Menurut beliau, Sabah telah memberi kemenangan kepada BN mengekalkan kerajaan pusat.
“Justru itu apa salahnya kalau dua orang Naib Presiden Umno datangnya dari Sabah,” kata beliau mengulas kemungkinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman turut bertanding jawatan Naib Presiden Umno selain dari Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal yang mempertahankan jawatan.
Beliau yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Tenom berkata Johor pernah ada dua orang Naib Presiden Umno (Tun Sardon Jubir dan Tun Hussein Onn) serta Pulau Pinang pernah ada dua juga (Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim) maka tidak ada sebab perwakilan menolak dua Naib Presiden Umno dari Sabah.
Budi
“Jika perwakilan Umno mengenang budi sokongan kuat Sabah kepada BN, maka sudah sampai masanya mereka memilih dua orang naib Presiden Umno dari Sabah,” tegasnya yang menyokong penuh jika Shafie dan Musa bertanding jawatan tersebut.
Beliau bersetuju dengan pandangan seorang pensyarah universiti bahawa jika Tunku Abdul Rahman tidak masukkan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia pada tahun 1963, sudah pasti BN sudah tumbang di Semenanjung.
Rizalman berharap perwakilan dapat mengundi secara matang dan bukannya kerana sentimen kenegerian dalam menentukan siapa yang layak jadi Naib Presiden Umno.
Layak
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Papar Datuk Abdul Rahim Ismail menyokong jika Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini.
Rahim berkata, Musa sememangnya layak untuk bertanding jawatan itu kerana UMNO serta Barisan Nasional (BN) terutamanya di Sabah semakin kuat dan kukuh di bawah kepimpinan beliau yang juga Ketua Menteri Sabah.
Katanya, kelayakan Musa sebagai pemimpin UMNO Sabah tidak perlu dipertikai kerana telah terbukti kepimpinan beliau telah membawa kemenangan kepada parti itu dan BN khususnya dalam pilihan raya umum (PRU13) lepas.
Rahim bercakap kepada pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri, di kediamannya, di sini hari Ahad.
Turut hadir anggota Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar; dan mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh.
Dalam pada itu, Rahim yang juga ADUN Pantai Manis berkata beliau akan terus mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Papar pada pemilihan kali ini.
Sabtu, Ogos 28, 2010
HADIRI MAJLIS TAK APA, JANGAN TAZKIRAH


Tak salah wakil rakyat bukan Islam mahu berbuka puasa dengan para pengundi Islam di surau. Yang salah ialah apabila wakil rakyat bukan Islam baca tazkirah kepada umat Islam. Oleh itu baguslah kalau ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching sudi berbuka puasa dengan para pengundinya.
Amalan ini pernah dilakukan oleh Presiden SAPP, Datuk Yong teck Lee ketika beliau menjadi ADUN Likas tidak lama dahulu. Saya selalu ikuti program Yong teck lee berbuka dengan para pengundi Islam tetapi Teck Lee tidaklah membaca tazkirah. Oleh itu kita alu-alukan kalau wakil rakyat bukan Islam mahu berbuka puasa dengan para pengundinya tetapi jangnlah baca tazkirah atau berucap di majlis itu sehingga menimbulkan isu politik pula.
Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang mencetuskan kontroversi apabila lawatannya ke Surau Al-Huda Kajang pada Ahad lalu dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai ‘tazkirah’ di surau, hari ini memohon maaf.
Katanya, beliau menyesal kerana lawatan ikhlasnya itu telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara ini dan lebih malang lagi apabila ada pihak-pihak tertentu mengeksploitasikannya untuk kepentingan politik mereka.
“Saya juga akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan mengenai perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut ahli parlimen dari DAP itu, pada Ahad, 22hb Ogos, selaku wakil rakyat kawasan itu beliau telah mengunjungi surau al-Huda dengan tujuan menghulurkan bantuan kewangan sumbangan kerajaan negeri Selangor bagi memperbaiki pagar surau dan juga sumbangan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau.
“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.,” katanya.
Teo menegaskan lawatannya itu adalah “secara ikhlas dan murni serta tidak berniat politik” dan “tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan”.
Beliau yang kesal dengan tindakan pihak yang berkepentingan yang cuba mempolitikkan lawatannya itu berkata akan lebih berhati-hati pada masa depan.
“Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang.
Semalam, pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata Sultan Selangor dilaporkan amat murka dan dukacita terhadap laporan akhbar berhubung ‘tazkirah’ Teo di surau berkenaan.
Sehubungan itu, katanya Mais dititahkan bertindak tegas, termasuk mengambil alih surau itu dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta.
Mohamad Adzib juga berkata, surat amaran akan juga diberikan kepada Teo supaya mengambil perhatian terhadap perkara itu dan tidak mengulanginya lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)