Khamis, Februari 21, 2013

KONTRAKTOR YANG CUAI ATAU PEMBERI PROJEK YANG CUAI? (SIRI DUA)

Seorang ahli perniagaan, Mohamed Salleh atau Din yang mempersoalkan kontraktor yang dapat projek membina semula bumbung Stadium Sultan Mizan dalam blog ini pada 16 Januari lalu bertanya siapa yang cuai bila berlaku peristiwa semalam yang melaporkan bahawa stadium yang sedang dibina semula runtuh? katanya, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata kontraktor yang cuai menyebabkan lima pekerja cedera tetapi bagi saya kerajaan negeri yang cuai kerana memilih kontraktor yang tidak layak untuk membuat kerja tersebut. "MME memang tak layak dan tidak ada kepakaran tetapi oleh kerana kroni, projek itu diberikan kepada MME," katanya sambil mempertahankan kerajaan negeri rela membazirkan RM25 juta sedangkan syarikat Jepun yang dibawanya sedia membina semula stadium itu secara percuma. Katanya lagi, dalam soal ini bukan kontraktor yang cuai tetapi kerajaan yang cuai kerana memilih kontraktor yang tidak ada kepakaran. Beliau menggesa SPRM menyiasat cara pemberian tender kerana kononnya tender sudah ditutup tetapi oleh kerana ia hendak diberi kepada MME, ia dibuka semula. bila stadium runtuh semula, ia menjadi bahan jenaka dalam laman sosial semalam.Katanya, syarikat Jepun yang bercadang membina smeula stadium itu secara percuma ada kepakaran dalam bidang tersebut.

Isnin, Februari 11, 2013

KALAU BN KALAH, JANGAN BUAT DEMONSTRASI

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yakin 'Arab Spring' boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah pilihan raya umum akan datang tidak puas hati dengan keputusannya. "Saya yakin pihak yang kalah akan menggunakan penyokong-penyokong mereka membuat huru-hara dan rusuhan bagi menjatuhkan kerajaan sebagaimana berlaku di Asia Barat. "Pihak-pihak yang bertanding sewajarnya mengawal diri dan bersikap rasional dari sekarang," katanya semasa menjawab soalan hadirin pada taklimat khas kepada anggota Komuniti 1Malaysia di Kompleks Penyiaran Kedah hari ini. Menurut Musa pihak polis sewajarnya bertindak lebih awal mengumpul maklumat bagi menghalang sebarang kejadian buruk berlaku. "Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih bersifat pencegahan dihapuskan. Akta baru belum tahu lagi keberkesanannya. "Orang yang didakwa menggalakkan keganasan di negara luar ditangkap, orang yang membuat rusuhan dalam negara tidak pula ditangkap dan didakwa," katanya. Ulasan saya, siapa sahaja yang kalah tak kira BN atau pakatan rakyat, janganlah hasut para penyokongnya buat deonstrasi. Hormatilah keputusan pilihanraya umum.

Ahad, Februari 10, 2013

CUKUPLAH RADZI

Anggota parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad bersedia menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 ini jika dikehendaki pucuk pimpinan parti. Katanya, beliau menerima apa sahaja keputusan pucuk pimpinan sama ada untuk memberi mandat sebagai calon atau sebaliknya kerana apa yang lebih penting BN perlu menang pada pilihan raya umum. "Jika diberi kepercayaan untuk bertanding sama ada kerusi parlimen atau dewan undangan negeri, saya bersedia... dan jika tidak dicalonkan, saya tetap melaksanakan amanah sebagai pengarah pilihan raya BN parlimen Kangar," katanya. Bercakap kepada Bernama hari ini, Mohd Radzi berkata, tanggungjawabnya adalah memastikan setiap calon BN terutama di kawasan parlimen Kangar akan menang pada pilihan raya umum. Mohd Radzi, 71, anak kepada menteri besar Perlis yang pertama selepas merdeka, allahyarham Tan Sri Sheikh Ahmad Mohd Hashim, berkata faktor umur bukan penghalang untuk seseorang itu menjadi calon kerana yang penting ialah sihat tubuh badan dan mampu berkhidmat kepada rakyat. Ulasan saya, cukuplah Radzi jadi calon. Berilah peluang kepada orang muda untuk jadi calon BN di kawasan parlimen Kangar. radzi pernah jadi setiausaha parimen, timbalan menteri di zaman Dr Mahathir sehingga dipecat bila menyokong team B pada tahun 1987. Selepas Pak Lah jadi PM pada tahun 2003, baru beliau menyertai semula kabinet sebagai menteri penuh.

Khamis, Februari 07, 2013

MARAHILAH SAMA NIK AZIZ JUMPA PM

Tindakan beberapa penyokong PAS yang mengecam kehadiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di program 'My Beautiful Malaysia' di Sungai Petani, Kedah Ahad lalu melambangkan fikiran sempit, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim. Menurutnya, mereka (penyokong itu) tidak menyedari bahawa program anjuran kerajaan pusat itu adalah untuk keseluruhan rakyat tanpa mengira fahaman politik. "Mereka sepatutnya tidak melihat program tersebut dari sudut yang sempit kerana Datuk Seri Azizan adalah ketua kerajaan negeri yang mewakili semua rakyat dan tidak hanya sebagai wakil PAS. "Pengikut-pengikut PAS kena tahu menilai program tersebut kerana ia boleh memberi faedah kepada rakyat walaupun ia adalah anjuran kerajaan pusat," katanya. Razali bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi kawasan Parlimen Muar hari ini. Ulasan saya, nampak sangat ahli-ahli PAS berfikiran sempit. Kenapa mereka tak marahi Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang sering hadiri majlis PM, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad yang berkunjung ke Kelantan? jangan jumud sangat wahai para penyokong PAS. Janganlah jadi jumud sangat. Apa salahnya Azizan hadiri majlis kerajaan BN

Rabu, Februari 06, 2013

SENARAI CALON BN TERENGGANU DAH KELUAR?

Lucu juga bila saya terima sms dari seorang kawan yang menyenaraikan calon BN bagi 32 kerusi DUN dan 8 kerusi parlimen Terengganu.Bermula dari Besut, Datuk Seri Idris Jusoh akan bertanding di kerusi parlimen Besut. Tempatnya sekarang DUN Jertih akan ditandingi oleh Mustafa.Dr. Rahman (Exco Kesihatan) kekal di Kuala Besut. Cikgu Soh menggantikan Nawi Mohamad di Hulu Besut dan Pahimi kekal di DUN Kota Putera. DI setiu, Exco Agama, Khazan Che Mat menggantikan Datuk Mat Jidin. Tempat Khazan di DUN Batu Rakit ditandingi Nasir Mohd. Nor, Halim kekal di DUN Permaisuri. Begitu Ramlan Ali kekal di DUN Jabi. DUN Langkap mengemukakan calon baru, Baharudin. EXCO Pelajaran, Datuk Razif bertanding di parlimen Kuala Nerus. Tempatnya diambil oleh bekas calon lama, Sufian Ali. Ramli Noh kekal di DUN Tepoh. Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Kamarul Amin bertanding di Teluk Pasu. IR Mohd Yasim bertanding di DUN BUKIT tunggal. Cikgu Zubir Embong bertanding di parlimen Kuala Terengganu, WAN mahyuddin di DUN Wakaf Mempelam, Datuk Wan Zul di DUN Ladang,TOH kekal di DUN Bandar (MCA) danMat Sabri Alwi di DUN Batu Buruk. Cikgu Mohd Noor kekal di parlimen Hulu terengganu. Tengku Putra bertanding di DUN Kuala Berang, Rozi kekal di DUN Telemong, Datuk Rosol Wahid kekal di DUN Ajil dan Yusof Awang Hitam bertanding di DUN Manir. Dr Latif Awang jadi calon BN di parlimen Marang,Tengku Zainudin bertanding semula di DUN Rhu Rendang,Ustaz sapiee di DUN Bukit Payong dan Datuk Yahya khatib kekal di DUN pengkalan Berangan.KETUA pemuda Negeri, Saiful Bahari bertanding di DUN Alor Limbat.Datuk Muktalidi kekal di parlimen Dungun. Datuk Zaabar kekal di DUN Rantau Abang. Begitu juga Datuk Din Adma kekal di DUN Bukit Besi di DUN Sura, orang baru Badaruddin dan di DUN Paka,Haji Samiun Salleh menggantikan Zakaria yang ada kes mahkamah syariah semalam. Datuk Shabery Cheek kekal di parlimen Kemaman. Datuk Mohamed Awang tera kekal di DUN Chukai,Wan Hakim kekal di DUN Air Putih dan mengejutkan Kamaruddin Ali bertanding di DUN Kijal.Manakala di DUN kemasik ditandingi orang baru juga, Haji Mustafa Abdul Rahman. Saya tak pasti sms ini betul atau tidak tetapi sms ini telah tersebar ke seluruh negara.

Jumaat, Februari 01, 2013

MAHATHIR TAKUT BN KALAH

Pakatan pembangkang akan bertindak terhadap pesaing politiknya sebaik sahaja ia berkuasa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya, mereka akan mengambil tindakan terhadap orang yang tidak baik dengan mereka atau yang mereka rasa tidak baik dengan mereka. Berucap di Kuala Lumpur hari ini, Dr Mahathir berkata, terdapat desas-desus bahawa kerajaan persekutuan yang dikuasai Pakatan, akan menangkap orang seperti itu, termasuk dirinya sendiri. Bekas perdana menteri itu berkata, ada yang mengatakan beliau harus meninggalkan Malaysia sebelum keputusan pilihan raya diumumkan. "Itu perkara pertama yang mereka (Pakatan) akan lakukan (apabila berkuasa) ialah menutup semua lapangan terbang supaya tidak ada pesawat persendirian boleh berlepas. "Tetapi saya tidak fikir mereka akan berbuat demikian. Pembangkang adalah orang baik. Mereka mungkin menangkap orang dan mendakwa mereka." Mahathir secara berseloroh berkata, beliau gembira Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak lagi wujud dan bahawa Pakatan, yang menentang undang-undang tersebut, tidak boleh sebarangan menyumbat orang ke dalam penjara jika ia berkuasa. "Tanpa ISA, saya berasa lebih selesa," katanya. Ulasan saya, kenapa Mahathir takut BN kalah? Adakah kerana dia bimbang Anwar akan menyumbatnya dalam penjara? Kalau dia tak buat salah, kenapa harus takut pada mahkamah? Mahkamah akan menentukan sama ada dia bersalah atau tidak bila dibicarakan nanti.