Isnin, Oktober 03, 2016

MALAYSIA PERINTIS KEAMANAN GLOBAL




OLEH Shahbudin Haji Embun.

(sudah disiarkan dalam Berita Harian)
Shahbudin bersama MB Perlis, Azlan Man




Ketegasan yang ditunjukkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa berucap dalam Perbahasan Umum ke-71,Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York ,baru-baru ini membuktikan komitmen Malaysia dalam menangani pelbagai isu antarbangsa khasnya yang berkaitan dengan keamanan sejagat.

Apa yang dijelaskan oleh Zahid Hamidi memang tepat pada waktunya. Sebagaimana maklum, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) ,ialahsebuah badan antarabangsa yang bertanggungjawab dalam hal –hal yang berkaitan dengan tadbir-urus dunia sejagat . Namun bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila hari ini, PBB dilihat seperti sudah tumpul taringnya dan tidak berdaya untuk melakukan sesuatu usaha yang efektif , khasnya sebagai sebuah badan pengaman antarabangsa.

Lihat sahaja apa yang berlaku di Syria. Zahid Hamidi dalam ucapannya menegaskan tentang isu dan konflik berdarah yang terus berlarutan di Syria . Sejak 2011, keadaan di Syria semakin hari semakin teruk, seolah-olah tidak ada jalan penyelesaiannya.

Dalam hal ini, Zahid telah menyarankan dengan penuh bersemangat bahawa Majlis Keselamatan perlu mengekalkan ketegasan dan terus berusaha untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara efektif demi mengekalkan keselamatan dan keamanan sejagat.

Malaysia sudah menyatakan komitmen untuk membantu masalah yang berkaitan dengan pelarian Syria dan akan membuka pintu kepada 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian. Demikianlah yang pernah dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada tahun lepas. Sehingga hari ini Malaysia telah mengotakan janjinya dan begitu komited membantu masalah pelarian Syria.

Bukan itu sahaja, di bawah pimpinan Najib, Malaysia turut memainkan peranan mengurus dan menyelesaikan konflik di Pulau Mindanao, selatan Filipina sehingga mendapat pujian dari pelbagai pihak .Usaha misi diplomasi Malaysia ini berakhir dengan termeterainya proses damai antara Bangsamoro dengan kerajaan Filipina.

Dalam isu ini, Malaysia telah meletakkan satu pasukan pemantau antarabangsa dan bertindak sebagai orang tengah dengan menjadi hos perundingan damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).


Menurut Najib, “Perkara ini pada satu ketika menjadi satu isu yang sensitif bagi kami, tapi kami komited untuk menjadi pendahulu demi kepentingan bagi keamanan dan kestabilan yang lebih meluas.






Apa yang pasti, Malaysia di bawah pimpinan Najib, boleh berbangga kerana dapat membantu rundingan damai tersebut dan meningkatkan tahap keselamatan dan kestabilan di Mindanao . Perlu diingatkan bahwa konflik yang lama berlarutan itu telah mengorbankan puluhan ribu nyawa. Dama isu ini Najib sering mengulangi komitmen Malaysia akan diteruskan sehinggalah keamanan serta kemakmuran sepenuhnya dicapai di wilayah yang terbabit.






Ini membuktikan bahawa Malaysia telah berjaya menunjukkan kepada dunia bahawa strategi pengurusan konflik secara aman boleh dilaksanakan dengan jayanya dan bukannya dengan menggunakan peperangan untuk menjaga keamanan.






Dan pastinya ramai di antara kita yang masih ingat akan keberanian Najib Tun Razak menjejakkan kaki ke bumi Palestin pada tahun 2013. Najib yang ketika itu melakukan lawatan kemanusiaan, merupakan Perdana Menteri Malaysia pertama yang menjejakkan kaki di bumi Palestin.Di mata masyarakat Islam antarabangsa, pastinya kehadiran Najib menjadi pencetus semangat kepada umat Islam sejagat untuk terus berjuang bagi membantu perjuangan rakyat Palestin yang ditindas dengan kejamnya oleh rejim Zionis Israel.






Sejak dari dahulu lagi, Malaysia merupakan sebuah negara yang cintakan keamanan sejagat, dan negara kita sememangnya sangat perihatin terhadap pelbagai isu dan konflik yang boleh menjejaskan keamana,. serantau dan antarabangsa. Itu sebabnya Najib sentiasa memastikan dasar luar negara mempunyai dasar yang dinamik dan prihatin dengan tuntutan semasa.Dengan adanya pendekatan seperti ini, Malaysia mampu menjadi perintis dan peneraju kepada keamanan global.

Inilah pendekatan yang mesti dicontohi oleh negara-negara lain dalam menyelesaikan konflik antarabangsa. Sebagai manusia, kita tidak mahu melihat pertumpahan darah terus berlaku akibat keegoan pemimpin besar dunia yang tidak hiraukan kesengsaraan yang dialami. Persoalannya mahukah kuasa kuasa besar dunia mencontohi sebuah negara seperti Malaysia yang berjaya menyelesaikan pelbagai konflik sntarabangsa dengan pendekatan yang bijaksana dan boleh diterima secara universal.





.

PAS MAHU KERJASAMA DENGAN BERSATU YANG TOLAK RUU355?





Malam kelmarin bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perbincangannya dengan beberapa pimpinan atasan PAS menunjukkan parti itu berkongsi matlamat dengan pembangkang lain iaitu mengalahkan BN.

Justeru beliau memuji PAS kerana menegaskan parti berkenaan tidak berminat untuk mengadakan "muafakat" dengan Umno.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memberitahu BN kini mungkin mempertimbangkan cadangan mengadakan pilihan raya umum lebih awal kerana keadaan pembangkang yang tidak bersatu.

"Tetapi kalau kita boleh duduk bersama-sama dan berbincang mencapai muafakat untuk wujudkan satu barisan pembangkang atau pakatan untuk pilihan raya, atau perjanjian kerjasama pilihan raya, maka BN perlu fikir semasak-masaknya untuk buat pilihan raya umum sekarang atau menundanya," kata beliau.

Perbincangan dengan Mustafa juga kata Muhyiddin menunjukkan rakyat bersedia untuk membuat perubahan dan mengalahkan BN.

Muhyddin berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di majlis anjuran PAS Terengganu di Kemasik, Kemaman dua maam lepas.

Ulasan saya, Adakah PAS sanggup bekerjasama dengan Bersatu, DAP, Amanah dan PKR yang menolak RUU persendirian Haji Hadi Awang?

Jika sanggup, baguslah kerana akhirnya PAS nampak RUU355 cadangan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi memperkasa mahkamah syariah di negara ini kalah jika diundi dalam Dewan Rakyat.

Walaupun Umno menyokong RUU355 tapi parti komponen BN seperti MCA, Gerakan, PBB dan PBS menolak RUU tersebut. Jadi PAS tak ada pilihan lain terpaksa berbaik semula dengan musuhnya DAP dan PKR yang menolak RUU355.

Malah Penasihat BERSATU, Dr Mahathir Mohamad yang merupakan penentang utama RUU355 tentu suka mendengar perkembangan ini kerana beliau mahu pertandingan dua penjuru di antara BN dengan parti pembangkang.

Jika PAS bersetuju bekerjasama dengan pembangkang, ini bermakna PAS kena berbaik semula dengan DAP yang merupakan penentang nombor satu RUU355. Muhyiddin berkata Bersatu mahu bertanding di 17 kerusi DUN yang PAS kalah di Terengganu dan ia tidak mahu ganggu 15 kerusi yang menang.. Sanggupkah PAS mengorbankan 17 kerusi itu untuk diagihkan kepada Bersatu, PKR dan Amanah? Takkan PAS sanggup korbanan kerusi mereka sedangkan pada PRU 13, mereka sudah bersetuju PKR tanding lima kerusi tetapi PAS tetap letak calon di kawasan PKR yang menjadikan pertandingan tiga penjuru berlaku.


Nampaknya PAS kena korbankan prinsipnya dengan menerima semula Amanah dan DAP jika cadangan untuk bertembung satu lawan satu dengan BN menjadi kenyataan. Inilah yang dibimbangkan oleh ahli majlis tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman yang mengatakan bahawa BN jangan pandang remeh jika berlaku pertandingan dua penjuru pada PRU akan datang.

j