Ahad, April 14, 2013

NANTI KELUAR VIDEO JAMALUDDIN PULAK

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang Jamaluddin Mohd Radzi akan bertanding sebagai calon Bebas untuk mempertahankan kerusi DUN itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana yakin dapat menambat hati pengundi di kawasan itu. "Sekiranya (bertanding) antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), BN (Barisan Nasional) dan saya sebagai calon Bebas, saya yakin saya akan menang tetapi ia satu pertarungan sengit. "Sekiranya saya guna lambang BN untuk lawan calon PKR, saya akan menang dengan majoriti lebih 5,000 dan mungkin jumlah itu adalah yang tertinggi di Perak," katanya ketika ditemui pemberita selepas membeli borang pencalonan di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya negeri Perak di Ipoh hari ini. Ditanya sama ada beliau berminat untuk bertanding atas tiket BN, beliau berkata: "Kalau kita nak bertunang pun kena ada orang masuk meminang, mana boleh kita menawarkan diri. Sekiranya ada pihak yang memberi tawaran saya akan fikirkan. Selama hari ini pun saya bekerja untuk BN dan Perak pun adalah di bawah BN, tidak mustahil saya penyokong kuat BN." Pada pilihan raya umum ke-12, Jamaluddin yang mewakili PKR mengalahkan calon BN, M Ramasamy dengan majoriti 1,027 undi. Pada Februari 2009, Jamaluddin bersama tiga lagi Adun pakatan pembangkang mengisytiharkan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada BN, sekali gus memberi laluan kepada BN membentuk kerajaan di Perak. Ulasan saya, Jamaluddin dah fikir habis ke nak bertanding? Nanti keluar pula video sexnya dengan kekasihnya yang duduk di Setiawangsa. Lama juga dia simpan janda anak dua yang berasal dari Kedah itu.

SHAFIE TOLAK SENATOR DAN TIMBALAN MENTERI

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Shafie Abdullah menolak tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dilantik Senator dan Timbalan Menteri selepas pilihanraya umum nanti jika BN menang nanti. Beliau tetap berkeras mahu bertanding sebagai calon BN di Wangsa Maju. Ini yang memeningkan kepala Najib kerana sebelum ini kerusi parlimen itu adalah milik MCA walaupun seperti diakui oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerusi itu dipinjamkan kepada MCA. Pada tahun 2004, MCA memenangi kerusi Wang Maju tetapi tewas kepada PKR pada tahun 2008. MCA telah memberi amaran akan memboikot pilihanraya jika UMNO diberi bertanding di kerusi itu. Ketika Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan melawat bilik gerakan Wangsa Maju, Shafie telah membelasah MCA dalam ucapan aluannya yang menyebabkan MCA terkejut menerima hentaman Shafie di hadapan Timbalan Perdana Menteri.Pemerhati politik berpendapat jika Shafie bertanding, UMNO tetap kalah, kerana bukan sahaja MCA yang tak undi beliau, malah orang UMNO sendiri tidak akan memberi sokongan penuh kepada Shafie yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan. Ramai menganggap Shafie orang yang sombong dan tidak menolong orang. Dia hanya kayakan dirinya sendiri. Shafie dikatakan ketua umno yang berpenrauh di Wilayah Persekutuan yang banyak memonopoli projek-projek di Dewan Bandaraya. Beliau mahu jadi calon BN dan jika beliau menang, beliau mahu dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan yang menguasai Dewan Bandaraya.

LAJIM DI DUN KLIAS, MAAROF DI DUN LUMADAN?

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin akan bertanding mempertahankan kerusi parlimen Beaufort yang dimenanginya dalam pilihan raya umum (PRU) 2008. Selain itu, beliau turut memikirkan secara serius untuk bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias. "Keputusan awal begitulah, saya akan bertanding di Parlimen sepertimana yang telah diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya ketika ditemui, sambil menambah beliau akan menentukan sama ada akan turut bertanding di Klias. Dalam PRU lalu, Lajim menewaskan calon PKR, Lajim Md. Yusof dengan majoriti 10,914 undi bagi kerusi parlimen Beaufort. DUN Klias kini disandang oleh Datuk Azizah Mohd Dun daripada Umno yang menang dengan majoriti 2,413 undi. Menurut Lajim, dalam PRU kali ini, Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang diketuainya, akan meletakkan calon di 14 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen serta menggunakan lambang PKR "Kita sudah bersetuju untuk menggunakan lambang PKR. Cuma ada satu, dua calon daripada Majlis Tertinggi PPPS yang akan menggunakan lambang PAS seperti di Bugaya dan Sukau," katanya. Sementara itu, beliau berkata, senarai nama calon pembangkang di negeri itu dijangka diumumkan selewat-lewatnya Selasa ini. Katanya, calon Parlimen akan diumumkan serentak oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur manakala calon negeri pula akan diumumkan oleh presiden parti masing-masing. "Bagi kerusi-kerusi di negeri ini, 95 peratus telah selesai dan hanya antara PKR dan DAP sahaja yang masih dalam pertimbangan," ujarnya. Dalam satu perkembangan lain, bekas pegawai Sime Darby, Maarof Mohd Noor dijangka menjadi calon PKR di DUN Lumadan yang terletak dalam kawasan parlimen Sipitang. Manakala parlimen Sipitang ditanding oleh Haji Abdul Rahman Yaacob yang merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO bahagian Beaufort. Selasa ini dijangka PKR Sabah mengumumkan senarai penuh calon DUN.