Khamis, Januari 31, 2013

BERANIKAH KHALID?

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Capgome iaitu 15 hari selepas perayaan Tahun Baru Cina pada 10 Februari ini. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, cadangan pembubaran DUN Selangor itu akan tetap dibuat meskipun ketika itu Kerajaan Pusat tidak membuat sebarang pengumuman berhubung pembubaran Parlimen. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan tarikh sebenar pembubaran DUN itu, kecuali menyatakan pengumuman tersebut hanya dilakukan selepas tempoh sambutan berkenaan. Namun, tambah beliau, kerajaan negeri akan turut membubarkan DUN serentak sekiranya Kerajaan Pusat mengambil keputusan mengumumkan pembubaran Parlimen lebih awal dari tarikh sambutan Capgome Soalnya, beranikah Khalid bubar awal Dewan Undangan Negeri Selangor? Jika Selangor adakan pilihanraya awal, sudah tentu jentera BN seluruh negara akan berkampung di Selangor untuk kalahkan kerajaan Pakatan Rakyat. Peluang untuk PR kalah lebih cerah bila pilihanraya umum tidak diadakan serentak. Kita tengok sejauh mana beraninya Khalid lepas Chapgome nanti.

Rabu, Januari 16, 2013

KERAJAAN TERENGGANU SUKA MEMBAZIR? (SIRI SATU)

Seorang ahli perniagaan, Mohamad bin Salleh atau lebih dikenali sebagai Din mendakwa kerajaan Terengganu pimpinan Datuk Seri Ahmad Said suka membazir wang rakyat. Beliau hairan kenapa kerajaan negeri sanggup membuang RM25 juta wang rakyat dalam membersih dan membina semula Stadium Sultan Mizan yang runtuh empat tahun lalu sedangkan ada sebuah syarikat dari Jepun, Eton Construction Pte Ltd sanggup membersih dan membina semula secara percuma. "Saya hairan kenapa perkara ini boleh berlaku? Adakah kerana ada permainan tertentu kerana kononnya syarikat yang dapat tender membersih stadium itu iaitu Bersih Prima Kriss Sdn Bhd dilobi oleh isteri muda seorang VVIP?," katanya kepada blog ini. Bersih Prima Kriss Sdn Bhd dikatakan mendapat tender membersih stadium yang runtuh itu dengan harga lebih RM7 juta. Manakala syarikat yang ditawarkan untuk membina semula stadium iaitu MME Sdn Bhd dikatakan mendapat tender sebanyak RM17 juta lebih. "Ini bermakna anggaran harga yang mahu diberi percuma oleh syraikat dari Jepun milik Shigerato Kono dan Kenji Yomono itu adalah RM25 juta," katanya lagi. Din mendakwa jika syarikat Jepun itu ditawarkan untuk membersih dan membina semula stadium itu, ini bermakna kerajaan negeri dapat menyelamatkan wang rakyat sebanyak RM25 juta. "oleh itu saya mahu penjelasan kenapa syarikat Jepun yang sanggup menjimatkan rakyat rakyat tidak diberi pertimbangan kerana kononnya tender sudah dibuka padahal ketika itu tender belum dibuka," katanya lagi. Sehubungan dengan itu beliau juga hairan kenapa MME diberi tender membina semula stadium sedangkan lima syarikat yang hantar tender sudah ditutup tetapi MME diberi masa lagi untuk menghantar tawaran yang dibuat oleh pejabat SUK. "Saya mahu penjelasan dari pejabat SUK kerana tender ini bukan diurus oleh JKR," katanya yang mendakwa MME adalah milik Datuk Mat Zapi yang dikatakan bakal calon BN bagi DUN Alor Limbat menggantikan YB Alias Abdullah. Beliau kesal kerana kerajaan tidak pandai menjimat wang rakyat sebanyak RM25 juta kerana dengan RM25 juta pelbagai projek pembangunan untuk rakyat dapat dibuat.

Ahad, Januari 06, 2013

SIAPA SELEPAS AHMAD SAID?

Pilihanraya umum 2013 kian hampir.Sekarang ini ramai yang menunggu ketibaan pilihanraya umum tersebut untuk melihat sama ada ada perubahan di negeri Terengganu. Jika Datuk Seri Ahmad kekal bertanding di DUN Kijal, beliau dijangka dilantik sebagai MB Terengganu buat penggal kedua. Tidak ada sebab beliau digugurkan sebagai MB kerana beliau baru sepenggal jadi MB. Takkanlah MB Terengganu mahu bertukar setiap penggal selepas Datuk Seri Idris Jusoh sepenggal dan Ahmad Said sepenggal. Pelbagai khabar angin kita dengar tentang kedudukan Ahmad Said. Ada yang kata beliau kekal bertanding di DUN Kijal dan terus menerajui terengganu selepas pilihanraya umum Mac ini. Ada pula yang mengatakan Ahmad Said bertanding di kerusi parlimen Kemaman menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Jika benar Ahmad Said bertanding di kerusi parlimen, maka siapa yang layak gantikan beliau sebagai MB Terengganu? Sekarang ada enam calon yang layak menjadi MB Terengganu iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Datuk Yahya Khatib, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan Jailani Ngah. Sebagai bekas menteri penerangan dan menteri belia dan sukan, Ahmad shabery layak jadi MB Terengganu yang baru. Cuma orang akan pertikai selepas wan Mokhtar dan Ahmad Said, takkanlah ambil orang Kemaman lagi sebagai MB Terengganu? Adakah orang dari daerah lain tak layak jadi MB? Jika itu perkiraannya, Timbalan pengerusi badan Perhubungan Umno terengganu, yahya khatib yang juga ketua umno bahagian Marang layak jadi MB. beliau adalah exco wanita dan kebajikan dan pernah jadi exco kerjaraya. Exco senior, Rahin Mohd Said juga layak jadi MB.beliau sudah dua penggal jadi exco di zaman Idris dan Ahmad said. Ketika menjadi exco IKS, beliau memperkenalkan T Shoppe. beliau kini exco kebudayaan dan perlancongan pernah jadi exco belia dan sukan. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Tengku Putera yang tidak jadi calon pada tahun 2008 dijangka juga jadi MB jika beliau bertanding semula di DUN Telemong. Bekas Timbalan Menteri kewangan itu adalah saudara Sultan Mizan. ADUN Air Putih, Wan Hakim juga disebut=sebut sebagai calon MB. Beliau layak jadi MB kerana karismanya yang dapat menjadi imam walaupun berkelulusan sebagai jurutera. Manakala calon terakhir ialah setriausaha politik PM, Datuk Jailani Ngah yang dijanka bertanding di kerusi DUN batu Rakit. Jika beliau dihantar bertanding di situ maka beliaulah pengganti utama Ahmad Said.