Khamis, Januari 31, 2013
BERANIKAH KHALID?
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Capgome iaitu 15 hari selepas perayaan Tahun Baru Cina pada 10 Februari ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, cadangan pembubaran DUN Selangor itu akan tetap dibuat meskipun ketika itu Kerajaan Pusat tidak membuat sebarang pengumuman berhubung pembubaran Parlimen.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan tarikh sebenar pembubaran DUN itu, kecuali menyatakan pengumuman tersebut hanya dilakukan selepas tempoh sambutan berkenaan.
Namun, tambah beliau, kerajaan negeri akan turut membubarkan DUN serentak sekiranya Kerajaan Pusat mengambil keputusan mengumumkan pembubaran Parlimen lebih awal dari tarikh sambutan Capgome
Soalnya, beranikah Khalid bubar awal Dewan Undangan Negeri Selangor? Jika Selangor adakan pilihanraya awal, sudah tentu jentera BN seluruh negara akan berkampung di Selangor untuk kalahkan kerajaan Pakatan Rakyat. Peluang untuk PR kalah lebih cerah bila pilihanraya umum tidak diadakan serentak.
Kita tengok sejauh mana beraninya Khalid lepas Chapgome nanti.