Isnin, September 05, 2011

MB KEDAH DAN KELANTAN SYOK SENDIRI



Perkasa menyifatkan keengganan MB Kedah, Ustaz Azizan melepaskan jawatannya sebagai satu bukti kepentingan diri melebihi segala-galanya.

Menurut Presidennya, Datuk Ibrahim Ali,mulut cakap lain tetapi hati cakap lain.

"Sekarang hati sudah mendedahkan sifat sebenarnya berhubung dengan MB Kedah yang mengatakan beliau sihat, tak perlu letak jawatan dan tak perlu wujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar," katanya dalam sms yang dihantar kepada blog ini.

Katanya lagi, MB Kedah jadi doktor pada dirinya sendiri.

"Beliau begitu sayang kepada jawatannya seperti juga MB Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang keluar masuk hospital tetapi sudah 21 tahun jadi MB," tegasnya lagi.

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas mendakwa Nik Aziz mahu lagi jawatan MB dan akan bertanding lagi dalam pilihanraya umum akan datang, seperti kata Datuk Husham Musa.

"Dalam hati kecil Husham, beliau mahu Nik Aziz berundur tetapi beliau takut bercakap benda benar kerana bimbang kerusi MB terlepas ke tangan orang lain," katanya lagi.

Justru itu, beliau berkata, biar Nik Aziz kekal MB walaupun pembangunan kelantan terbantut.

'Bila dapat jawatan, susah mahu lepaskannya walaupun pemegang jawatan mempunyai serban yang besar," dakwanya lagi.

Katanya, Nik Aziz pernah berkata jika Tun Dr Mahathir bersara, dia akan bersara.

"Sebaliknya sudah lapan tahun Dr Mahathir bersara, dia masih jadi MB dan mahu bertanding lagi, inilah dia orang cakap tak serupa bikin,"katanya.

Ibrahim menambah, tak hairanlah ayat-ayat alquran jadi modal dan umpan.Rupa-rupanya MB Kedah dan Kelantan setanding dengan bekas-bekas Presiden Mesir, Tunisia dan Yemen.

"Kalau macam Ghadafi boleh tahan, ada perjuangan lawan kuasa besar, tapi dua MB ini sayang pangkat dan gaji lebih dari kepentingan rakyat dan negeri,"jelas beliau.

Katanya, MCA sudah tetapkan lapan tahun seorang pegang jawatan tetapi PAS tak ada had.

" Walau dah tua, sihat macam mana pun, otak makin slow.Sekarang dunia IT dan globalisasi, pemimpin kena kreatif dan inovatif.Wajah PAS makin terserlah dan rakyat ketawa melihat gelagat mereka yang syok sendiri," tegasnya lagi.

MAT SABU TAKUT BERDEBAT DENGAN KJ



Apa nak jadi dengan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu Al Bintang Tiga? Nak berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO ,Khairy Jamaluddin pun takut. Takkanlah mentang-mentang dah jadi orang nombor dua PAS, beliau rasa tak layak nak berdebat dengan KJ?

Siapa Mat Sabu? Dia bukan pun YB. Tanding pilihanraya pun kalah. Dulu menang kerana tanding di Kelantan. Tanding di Kedah kalah. Nak berbanding dengan KJ, dia seorang ahli parlimen. Takkan Mat Sabu nak berdebat dengan ahli parlimen biasa pun takut.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebagai "bacul dan tiada maruah" apabila menyerahkan peranan berdebat dengannya berkaitan isu kemerdekaan kepada pihak lain.

"Yang pasti, saya sedar hari ini PAS pilih timbalan presiden yang bacul dan tiada maruah. Takut sebab salah.

"Tewas sebelum tempur," katanya.

Mohamad Sabu pagi ini berkata, beliau menyerahkan tugas kepada Pemuda PAS Johor untuk berdebat dengan Khairy (kiri) berhubung isu itu kerana kedua-dua sayap PAS dan Umno itu lebih sesuai berbuat demikian.

Katanya, beliau "tidak tolak" berdebat, tetapi biarlah Pemuda PAS dan Pemuda Umno yang mengambil bahagian "kerana mereka layak".

Dalam tulisan yang bertubi-tubi di Twitter berhubung perkara itu, di samping berkata tiada masalah berdebat dengan Ketua Pemuda PAS, Khairy menyifatkan Mohamad "takut dan lari".

Husam berani 'cemar dulu'

"So, biarlah rekod sejarah jelas. Saya setuju dengan jemputan kerajaan PAS Kelantan (untuk) lawan Mat Sabu. Tapi dia takut dan lari. Jangan putar sejarah ini," katanya.

Katanya, Mohamad tidak perlu berkata ketua Pemuda Umno patut berdebat dengan Ketua Pemuda PAS kerana Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pernah 'cemar duli' berdebat dengannya beberapa tahun lalu.

"Walaupun Husam naib presiden dan exco kanan kerajaan negeri dia setuju dan kita berdebat depan tiga ribu lebih orang. Husam tak kira protokol.

"Sekurang-kurangnya, Husam berani ketepikan hierarchy dan protokol parti demi keterbukaan politik. Dia berani. Kita bertemu atas pentas ilmiah," tulisnya lagi di laman blog mikro itu.

Menjawab dakwaan penyokong Pakatan Rakyat yang didakwanya menyifatkannya tidak layak berdebat dengan Mohamad kerana bukan menteri, Khairy menyindir kembali:

"Woi, korang lupa ke Sabu tu kalah pilihan raya. YB pun tidak."