Selasa, Ogos 23, 2016

MAHATHIR SUDAH NYANYUK?

 Tun Dr Mahathir Mohamad  yang menjadi Timbalan Perdana Menteri  ketika itu menafikan beliau menaja  Menteri Pelajaran, Tun Musa Hitam melawan Tengku Razaleigh Hamzah bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan 1981. Sebaliknya beliau mendakwa Musa Hitam yang menemuinya minta sokongan untuk menentang Menteri Kewangan,Ku Li.

Yang peliknya beliau lupa pula menyuruh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Sanusi Junid berkempen untuk Musa sedangkan Sanusi lebih mengenali Ku Li daripada Musa.

Dalam tulisannya baru baru ini menyanggah buku Musa Hitam berjudul Frankly Speaking, Sanusi menulis oleh kerana arahan Dr Mahathir, maka beliau berkempen untuk Musa sedangkan rekod perkhidmatan Ku Li lebih cemerlang dari Musa.

Oleh kerana perwakilan Umno masih bersifat feudal dan patuh kepada ketua, maka Musa menang dalam pertandingan pusingan pertama itu. Tiga tahun kemudian Ku Li yang dikekalkan sebagai Menteri Kewangan sekali lagi mencabar Musa bagi jawatan timbalan presiden Umno.

Ku Li tewas buat kali kedua pada tahun 1984 tetapi beliau ditukarkan ke MITI yang menyebabkan Musa kecewa dengan sikap Dr Mahjathir. itu punca Musa meletakkan jawatan TPM dan timbalan presiden Umno pada tahun 1986 kata Sanusi.

Dengan perletakan jawatan Musa, maka Dr Mahathir melantik Ghabar Baba sebagai TPM yang baru walaupun Musa menasrik semula perletakan jawatan sebagai timbalan presiden Umno. Kuasa melantik TPM adalah kuasa PM.

Sanusi mendakwa Dr Mahathir mahu Ku Li bertanding jawatan timbalan presiden Umno pada tahun 1987 menentang Musa sebaliknya Musa memujuk Ku Li menentang Dr Mahathir bagi jawatan presiden Umno dan Musa mempertahankan jawatan timbalan presiden Umno.

Pertandingan sengit 1987 menyebabkan Umno dibatalkan pendaftaran oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 1988. Ku Li dan Musa tidak dibenarkan menyertai Umno (baru) yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir yang mendorong Ku Li menyertai Parti Semangat 46.

Dengan pendedahan Sanusi ini, jika Ku Li ikut nasihat Dr Mahathir maka beliau yang akan jadi TPM yang baru pada tahun 1987. Mungkin pada tahun 2003, Ku Li yang akan jadi PM Malaysia yang baharu dan bukannya Pak Lah.

Tetapi itulah takdir yang menyaksikan Ku Li tidak pernah jadi TPM dan PM sebaliknya Pak Lah dan Najib yang menjadi PM. Tulisan Sanusi boleh dipercayai kerana beliau rapat dengan Dr Mahathir tetapi apabila Dr Mahathir menafikan bahawa beliau tidak menaja Musa lawan Ku Li membuktikan bahawa Dr Mahathir sudah nyanyuk sedangkan semua penyokong Dr Mahathir berkempen untuk Musa. Takkan Dr Mahathir sudah lupa atau buat buat lupa.