Ahad, Jun 30, 2013

LEBIH BAIK HALIMAH LAWAN SHAHRIZAT

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bakal menerima tentangan dari bekas ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said dalam pemilihan untuk jawatan tertinggi dalam sayap tersebut pada hujung tahun ini. Laporan The Star hari ini menyebut, Azalina telahpun membuat keputusan untuk bertanding menentang Shahrizat, yang berazam untuk mempertahankan jawatan tersebut. Shahrizat, 50, berkata beliau berjaya anggota Wanita Umno tidak akan menyisihkannya kali ini. Katanya, penyokongnya itu tetap berdiri di belakangnya ketika beliau terheret ke kancah kontroversi pada tahun lalu, ekoran skandal Pusat Fidlot Nasional yang diusahakan anggota keluarganya. “Mereka adalah teman saya dan teman adalah ibarat bintang. Ketika langit kian gelap, sinaran mereka akan semakin cerah,” katanya seperti dipetik akhbar berbahasa Inggeris itu. Azalina pula menawarkan diri untuk menjadi “ejen perubahan” dalam sayap parti berkenaan, seiring dengan kemunculan generasi baru wanita dalam pergerakan itu. Bekas menteri belia dan sukan, usaha tersebut akan menjadikan pergerakan Wanita Umno lebih menarik dan relevan dalam lanskap politik baru. Azalina, yang juga merupakan bekas menteri pelancongan, kini mengetuai Kaukus Wanita di Parlimen. Ulasan saya, lebih baik Timbalan menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan, Halimah Saddique yang menentang Shahrizat. Lagipun beliau adalah exco wanita umno. Azlina tak pernah jadi exco wanita UMNO malah indentitinya tomboy sukar diterima perwakilan wanita untuk menjadi ketuanya.

Jumaat, Jun 28, 2013

KUALA BESUT BY ELECTION: A TEST FOR AHMAD SAID?

The first post-general election test of strength between Umno and PAS is set to take place in the Kuala Besut by-election. IT has been quite tough so far for Terengganu Mentri Besar Datuk Seri Ahmad Said, having to hold on to the state with a two-seat majority. But it got even tougher on Wednesday when he was informed that Kuala Besut assemblyman Dr A. Rahman Mokhtar had passed away. The urgent message came through while Ahmad was in Kuala Lumpur, accompanying the Sultan of Terengganu, at the Conference of Rulers at Istana Negara. Ahmad sought to be excused to attend the assemblyman's funeral in Kuala Besut. Death is part and parcel of life but this may shake up the delicate balance of power in Terengganu. Barisan Nasional's two-seat majority in the 32-seat state assembly is like hanging on to a rope from a tall building. But, with Dr Rahman's passing, Ahmad must feel like he is now hanging on by a thin thread. The media has been throbbing with speculation of a hung assembly in the making. This has never happened before and all sorts of scenarios are being tossed about on what will happen if the by-election goes the way of PAS. After all, Terengganu does have a reputation of being a swing state. Fresh state elections is likely should that happen. But as both sides know very well, Besut is an Umno stronghold. In the recent general election, Umno made clean sweeps in Besut and Setiu, where the party's candidates won both parliamentary seats well as all the state seats in the two areas. PAS made a clean sweep in Kuala Terengganu, winning the parliamentary and its four state seats. The strongman in Besut is none other than Education Minister II Datuk Seri Idris Jusoh, who is known as the technocrat-politician. A lot rests on Idris to ensure that Kuala Besut stays with the Barisan and he should have the main say on the choice of candidate for the by-election. The death of Dr Rahman, barely two months after the general election, was somewhat of a talking point in Umno circles. Many are puzzled how Dr Rahman could have been let through to contest because he had undergone surgery for lung cancer two months before the polls. They said the sad affair has made a mockery of the winnable candidate criteria. “A winnable candidate must be able to go the distance and everyone could see he was not well. “The operation affected his voice. It was very soft and sounded like a woman's voice,” said a Besut Umno politician. Rahman's illness was kept under wraps and he went on to win against PAS' Napisah Ismail with a credible majority of 2,434 votes and was reappointed to the state exco. He suffered a relapse on the final day of the state legislative assembly meeting last week and did not recover. There is also some sort of blame game going on. Insiders said Idris, who is Besut Umno division chief had wanted to put a new man in Kuala Besut but the Mentri Besar, who had a big say, insisted on Dr Rahman. “The next candidate must be someone from the area who understands the needs of the people and who is healthy. “Idris is an anchor figure in Besut, it will largely be his campaign. “The candidate needs his blessing and support,” said Dr Azmi Omar who is from the Jerteh branch in Besut. Some in Umno credit Idris for rolling back the PAS influence after he took over as Mentri Besar in 2004 because Besut was the epicentre of PAS activism in Terengganu in the 1980s and the 1990s. At the height of the Amanat Haji Hadi controversy, during which Umno members were condemned as infidels, Besut was notorious for the practice of “two imams.” PAS members refused to be led by the government imam and insisted on praying behind an imam from their party, hence leading to a situation of two imams in one mosque. PAS last won Kuala Besut in 1999, with its candidate Nik Zawawi Nik Salleh, who is now secretary of the party's Majlis Syura. The subsequent years saw internal power struggles between rival ulama groups in Besut that diluted its influence. The infighting was the reason why PAS had to settle for a woman candidate in last month's general election she was seen as a neutral figure. The by-election will also be a test for the new PAS chief of Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad who is known for his fiery oratory and jet black beard. PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali, who is from Terengganu, said the party has a good political machinery in Besut but admitted “it is not going to be easy”. But no one is taking anything for granted despite Besut being “Idris territory” and Kuala Besut being an Umno seat. Besut is on the border of Kelantan and Umno can expect the Kelantan PAS arsenal to make its presence felt in the campaign. Kuala Besut is 99% Malay and it will be a Malay fight between two traditional rivals who are often at each others' throats but who also embrace each other as brothers in Islam. (written by joceline tan, published in today's The Star)

SEMUA JAWATAN BOLEH DITANDINGI

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam berkata semua jawatan tertinggi dalam parti itu terbuka untuk ditandingi pada pemilihan yang dijadualkan hujung tahun ini. "Siapa sahaja yang mahu bertanding untuk jawatan tertinggi, daripada Majlis Tertinggi ke jawatan presiden, boleh mendaftarkan diri mereka sebagai calon," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Rakyat, di ibu negara. Kenyataannya itu menyusuli gesaan beberapa pemimpin dan bekas pemimpin Umno yang mahu jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dicabar. Berdasarkan format baharu pemilihan, beliau berkata antara 148,000 dan 150,000 anggota Umno dari 199 bahagian akan mengundi calon yang berkenaan. Mengenai mekanisme pengundian, Tengku Adnan berkata satu bahagian dikira sebagai satu undi. "Sebagai contoh, jika (Perdana Menteri dan Presiden Umno) Datuk Seri Najib Tun Razak ada pencabar, mereka harus bertanding di semua bahagian kerana setiap bahagian merupakan satu undi (kepada calon yang menang), sekalipun setiap bahagian mempunyai jumlah perwakilan berbeza," katanya. Katanya taklimat Umno mengenai format baru itu akan diakhiri dengan Umno Sabah esok. Ini merupakan kali pertama Umno menggunakan mekanisme baru pada pemilihannya susulan pindaan perlembagaan parti pada 2009. Sebelum ini hanya sejumlah perwakilan dibenar mengundi bagi memilih pemimpin parti itu.

Khamis, Jun 27, 2013

BN GAGAL DAPAT MAJORITI DUA PERTIGA KERANA HISHAMUDDIN?

MP Kluang Liew Chin Tong percaya masyarakat Cina berubah menjadi penyokong DAP sejak 2005 apabila naib presiden Umno pada waktu itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menghunus keris dalam satu mesyuarat Pemuda Umno. Ketua biro pendidikan politik DAP itu berkata, beliau melihat bahawa masyarakat Cina kelas pertengahan menerima baik kepimpinan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum peristiwa menimbulkan kontroversi. Katanya, orang Cina pada masa itu tidak berasa terpinggir di bawah pentadbiran Mahathir dan turut menerima gagasan Wawasan 2020, sebelum peristiwa tersebut. "Pada tahun 80-an dan 90-an, masyarakat Cina berpuas hati kerana kerajaan menyediakan saluran buat mereka. Konsepnya - jika mereka mampu bayar, mereka boleh dapat saluran TV, mereka dapat akses kepada pendidikan. "Jika mampu, mereka boleh masuk ke universiti swasta dan mereka juga dapat menonton saluran Cina di Astro," katanya. Umno kemudiannya berubah ke garis yang lebih kanan dan cakap-cakap perkauman juga tercetus pada waktu itu, kata Liew. "Ia langkah yang kurang cerdik. Tiada gabungan parti politik dalam negara ini yang mampu memerintah tanpa memenangi hati semua kaum," katanya. Perasaan tidak senang kaum bukan Melayu terhadap kerajaan katanya terus bersemi dari hari ke hari sejak peristiwa itu dan memuncak apabila mereka menafikan majoriti dua pertiga BN dalam pilihan raya tahun 2008, katanya lagi. "Terdapat usaha (dari perdana menteri) untuk membaiki perkara ini dengan konsep 1Malaysianya, namun ia akhirnya dilihat tidak lebih daripada usaha penjenamaan untuk barangan murah," tambahnya lagi. "Sekarang ini, PAS pula dilihat lebih sederhana berbanding Umno," tambahnya. Selain itu, Liew juga percaya gelombang perubahan citra politik belia Cina tidak hanya berlaku dalam pilihan raya umum yang lalu. Menurutnya, ia mula berlaku sejak pilihan raya tahun 2008 lagi dan pilihan raya lalu menyaksikan mereka dari kumpulan umur lain turut beralih arah menyokong Pakatan. Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock dan isu loji nadir bumi Lynas memberi kesan kepada kecenderungan politik orang Cina, di samping peranan besar yang dimainkan laman media sosial seperti Facebook. "Sebelum ini, hanya orang lelaki yang berminat dalam perbincangan politik. "Kini dengan Facebook, golongan wanita juga mengambil bahagian dalam perbincangan politik mengikut keselesaan mereka," katanya.

Rabu, Jun 26, 2013

TERLALU AWAL MUKHRIZ TANDING NAIB PRESIDEN

Dr Mahathir Mohamad didakwa mengetengahkan anaknya Datuk Mukhriz sebagai naib presiden baru Umno dalam pemilihan parti tetapi beliau mungkin akan menghadapi tentangan daripada penyandangnya Datuk Seri Zahid Hamidi. Anggota Parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong (kanan) berpandangan demikian ekoran Zahid menurutnya tidak pernah digemari bekas perdana menteri itu. "Agak jelas bahawa Mahathir mahu Mukhriz untuk bertanding sebagai naib presiden, yang bermaksud seorang naib presiden sekarang akan tewas," katanya, merujuk Zahid sebagai mangsa berpotensi. Zahid pada 1998 pernah menghentam Mahathir dan menuntut budaya kronisme dan nepotisme ditamatkan. Beliau selepas itu ditahan bawah Akta Kesematan Dalam Negeri. Seorang lagi naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal daripada Sabah dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein - sepupu Najib dan anak perdana menteri ketiga Tun Hussein Onn - dilihat bakal selamat. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk melihat bagaimana hasil pemilihan akan terhasil kecuali Umno memutuskan tiada pertandingan untuk jawatan itu. Ulasan saya,masih terlalu awal bagi Mukhriz untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno kerana beliau bukan ahli Majlis tertinggi.Oleh itu lebih baik beliau bertanding jawatan ahlimajlis tertinggi UMNo sahaja dan mungkin dapat nombor satu kerana beliau berjaya merampas kedah kembali dari tangan PAS. Tiga tahun lagi, 2016, bolehlah beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Kecalulah beliau kini adalah Ketua Pemuda maka beliau boleh mencuba merebut kerusi Naib Presiden Umnopada hujung tahun ini.Oleh itupada hematsaya lebih baik beliau bertanding ahli majlis tertinggi Umno sahaja.

Jumaat, Jun 21, 2013

NAJIB KENA BERANI MACAM KHAIRY

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tidak akan menjadi masalah sekiranya berlaku pertandingan untuk merebut jawatan tertinggi sayap parti itu. Khairy berkata, pertandingan merebut jawatan secara tidak langsung dapat memperlihatkan semangat demokrasi mengikut pindaan perlembagaan parti yang memudahkan sesiapa sahaja untuk bertanding. Biarpun begitu, katanya, keputusan sama ada beliau mempertahankan jawatan tertinggi dalam pergerakan tersebut belum diputuskan lagi dan akan diumumkan kemudian. "Kalau saya buat keputusan hendak mempertahankan kedudukan jawatan Ketua Pemuda maka boleh lawan tiada masalah. Saya alu-alukan sesiapa yang hendak bertanding. "Kalau saya buat keputusan untuk tinggalkan atau serahkan jawatan mestilah ada pertandingan dan akhirnya kita buka kepada sesiapa," katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Penyerahan Tajaan Sukan Malaysia (Sukma) 2013 di sini hari ini. Yang hadir sama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Jamil Salleh. Menurut Khairy, ahli-ahli pergerakan sayap UMNO itu perlu juga melihat kepada prinsip perpaduan yang diamalkan selama ini selain menjulang semangat demokrasi dalam parti. "Apa yang penting adalah semangat demokrasi mesti kita hormati tetapi pada masa sama prinsip perpaduan itu juga kena jaga," katanya. Sehubungan itu, beliau berkata, mengadakan perbincangan sesama ahli merupakan jalan penyelesaian untuk isu tersebut. Ulasan saya, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak kena berani macam Khairy yang sanggup menerima cabaran dari sesiapa sahaja untuk pertandingan jawatan tersebut hujung tahun ini. Beliau kena gentleman kerana biar perwakilan yang menentukan siapa yang layak menjadi Presiden UMNO. Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dijangka menentang Najib bagi jawatan tersebut.

Khamis, Jun 20, 2013

GUNA KU LI UNTUK JATUHKAN NAJIB

Seorang blogger mencadangkan satu kaedah untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno yang dijadual Oktober depan. Mohd Sayuti Omar dalam blognya Merah Tinta MSO di antara lain menulis, formula ini boleh digunakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. “Memandangkan Anwar sendiri tidak boleh bertanding untuk merebut jawatan Presiden Umno kerana beliau kini berada di luar parti itu maka orang yang paling sesuai ialah Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih mesra disebut Ku Li. “Anwar dan Pakatan boleh memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu untuk berdepan dengan Najib untuk jawatan tersebut. Ini bermakna Anwar dan Pakatan harus bersekongkol dengan Ku Li,” terangnya. Menurutnya, masalah kouta pencalonan 30% untuk bertanding kerusi presiden bukan menjadi masalah lagi. Sistem pemilihan baru seseorang yang hendak bertanding jawatan apa saja dalam Umno tidak lagi terikat dengan kouta. Ujarnya, “sikap keterbukaan atau tranformasi di dalam Umno inilah yang kini membimbangkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin Umno lain. “Masing-masing sudah memberi signal agar jawatan tertinggi dalam Umno jangan dipertandingkan. Macam-macam alasan diberikan semuanya untuk menyelamatkan Najib di atas takhta. “Pun begitu pandangan itu berbelah bahagi kerana ada yang mahukan semua jawatan dipertandingkan untuk melihat demokrasi benar-benar wujud di dalam Umno,” katanya lagi. (dipeik dari free malaysia oday)

Rabu, Jun 19, 2013

ZAHID NAFI ATUR PERTEMUAN NAJIB-ANWAR DI JAKARTA

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan khabar angin beliau menjadi perantara pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa berlaku di Jakarta, Indonesia baru-baru ini. Katanya, beliau mengiringi Perdana Menteri ke negara jiran itu Isnin lalu bagi menghadiri beberapa program yang diaturkan tetapi bukan untuk bertemu dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. "Khabar angin ialah khabar angin, saya ada program sendiri dan Anwar juga begitu. Perdana Menteri tidak bertemu Anwar setakat yang saya tahu. "Saya ingin nafikan pertemuan Anwar dan Najib serta saya dalam pertemuan itu walaupun ketiga-tiga kami berada di Jakarta tetapi mempunyai program yang berbeza," katanya selepas menghadiri Majlis Pertemuan Bersama Ahli Lembaga dan Ahli Lajnah Tahseh al-Quran di Hotel The Everly di sini hari ini. Utusan Malaysia kelmarin melaporkan penafian Perdana Menteri yang didakwa bertemu dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh seperti yang dilaporkan oleh portal berita propembangkang, The Malaysian Insider baru-baru ini. Laporan portal propembangkang itu yang dipetik berkata, pertemuan yang diatur oleh Ahmad Zahid itu bagi membantu Perdana Menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Selasa, Jun 18, 2013

MAHATHIR SUDAH LUPA?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyokong jika dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang bagi mengelakkan perpecahan dalam parti. Dr. Mahathir berkata, walaupun jawatan Presiden dan Timbalan Presiden wajar dipertandingkan di bawah amalan demokrasi tetapi orang Malaysia tidak begitu memahami fungsi demokrasi. "Kalau kalah, mereka akan tarik diri dan tubuh parti lain dan memecahkan UMNO, saya setuju pertandingan diadakan tetapi kalau ada pertandingan, UMNO akan pecah dua. "Malaysia sudah ada tiga parti Melayu, akan jadi empat (kalau UMNO pecah) dan lama-kelamaan akan pecah langsung. Sebab itulah saya tak sokong pertandingan. "Jawatan lain dalam parti bolehlah dipertandingkan, tetapi jawatan di puncak tak payahlah bertanding,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku The Prisoners' Diaries tulisan Puan Sri Norma Hashim di sini semalam. Ulasan saya, Dr Mahathir kata orang Malaysia tak faham amalan demokrasi. Bila kalah, tubuh parti lain. Siapa yang tubuhkan parti lain? Adakah Dr Mahathir sudah lupa? Bila UMNO diharamkan pada tahun 1988, Dr Mahathir menubuhkan parti UMNO (baru) dan tidak membenarkan Tengku Razaleigh Hamzah yang menentangnya menyertai parti tersebut. Maka Ku Li tiada pilihan lain terpaksa menyertai Semangat 46. Oleh itu bila kalah bertanding jawatan Presiden UMNO pada 24 April 1987, Ku Li tidak menubuhkan parti baru. Sebaliknya Dr Mahathir menang kerana wujudnya cawangan yang tidak sah, yang tidak berdaftar dengan ROS. Oleh itu Dr Mahathir menang kerana wujudnya cawangan yang tidak sah. Orang yang kalah tidak puas hati maka ia mengaku kepada mahkamah dan mereka mohon diadakan semula pemilihan. Sebaliknya UMNO diisytiharkan tidak sah gara-gara kegagalan Setiausaha Agungnya, Tan Sri Sanusi Junid membersihkan cawangan UMNO.

Sabtu, Jun 15, 2013

USAHA MENONJOLKAN KU LI SEBAGAI PM

Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber. The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak. Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib. “Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu. “Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau. PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008. Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya. Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu. “Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin. “Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi “bilik perang” kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri. Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan. Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi. Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka. Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen. BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen. Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen. Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri.

APA NAK JADI DENGAN UMNO?

Wanita UMNO Kelantan menyarankan supaya jawatan Ketua Wanita UMNO yang kini disandang oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut tidak dipertandingkan pada pemilihan parti hujung tahun ini. Pada masa sama, Ketuanya, Datin Rahimah Mohamad berkata, pergerakan itu mahu supaya semua petualang dan pengkhianat parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dibersihkan sebelum UMNO mengadakan pemilihannya. Rahimah berkata, kedua-dua perkara tersebut diputuskan pergerakan itu pada mesyuaratnya semalam dan disokong sebulat suara oleh ketua-ketua Wanita bahagian yang hadir. Katanya, Wanita UMNO negeri berpendapat, semua jawatan tertinggi dalam parti termasuk ketiga-tiga sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri, tidak perlu dipertandingkan bagi menjamin keutuhan UMNO sebagai tunjang kerajaan. "Bila ada pertandingan akan ada masalah, jadi untuk mengelakkan perselisihan dalam UMNO maka sewajarnya jawatan tertinggi parti termasuk jawatan ketua-ketua sayap tidak dipertandingkan. "Wanita UMNO Kelantan yakin bila jawatan tertinggi dikekalkan, ia akan membantu kekuatan parti bagi menghadapi pakatan pembangkang dan cabaran mendatang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Sebelum ini, Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan mencadangkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan UMNO hujung tahun ini bagi memastikan kekuatan parti terus utuh dan cadangan itu disokong oleh banyak pihak. Mengulas 'pembersihan' petualang dan pengkhianat parti pada PRU-13 lalu, kata Rahimah, usaha itu perlu bagi memastikan UMNO benar-benar dianggotai individu yang ikhlas terhadap perjuangannya dalam membela dan mempertahankan agama, bangsa serta negara. Jelas beliau, kewujudan petualang dan pengkhianat dalam UMNO akan hanya menggugat masa depan parti orang Melayu terbesar itu dalam melaksanakan agenda perjuangannya. "UMNO perlu dipimpin dan dianggotai oleh mereka yang benar-benar ikhlas dalam perjuangannya untuk menegakkan agama, bangsa dan negara. Jatuh bangun UMNO akan turut memberi kesan kepada kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu itu sendiri," katanya. Ulasan saya, apa nak jadi dengan UMNO ini? Selepas cadangan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan, kini ada pula cadangan supaya jawatan ketua wanita tidak dipertandingkan. Selepas ini jawatan ketua pemuda dan ketua puteri pula dicadangkan tidak bertanding. Kalau begini cara berfikir ahli UMNo, jangan bertanding semua jawatanlah termasuk naib presiden, ahli majlis tertinggi, exco pemuda, exco wanita dan exco puteri. Datin Rahimah tidak terfikir bahawa kes lembu Shahrizat yang menyebabkan BN gagal dapat majoriti dua pertiga pada pilihanraya umum lalu? Kenapa pemimpin macam Shahrizat perlu dikekalkan kerana ia punca BN tak dapat majoriti dua pertiga. Dalam mengekalkan jawatan Sharizat rela jawatan Menteri Wanita diberi kepada PBB komponen BN dari Sarawak kerana bimbang Halimah Sidique dilantik sebagai menteri.

Khamis, Jun 13, 2013

RIZALMAN SOKONG KU LI TANDING PRESIDEN UMNO

Bekas Ketua Umno Tenom, Datuk Rizalman Abdullah barangkali pemimpin Umno yang pertama menyokong Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak bagi jawatan Presiden Umno dalam pemilihan hujung tahun ini. Beberapa Umno telah mencadangkan supaya Najib tidak dicabar, begitu juga dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan Timbalan Presiden Umno. “Saya setuju jika Ku Li bertanding jawatan Presiden Umno…kerana beliau tokoh paling layak, yang ada rekod. “Pernah jadi Naib Presiden Umno, jadi menteri dan berpengalaman,” katanya. Rizalman pernah menjadi Setiausaha Kementerian Penerangan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. “Kalau Ku Li jadi Perdana Menteri apa masalah?” tanya beliau. Rizalman kini tidak ada sebarang jawatan dalam parti tetapi menegaskan beliau berpegang kepada prinsip perjuangan. Beliau berkata demikian berikutan laporan sekumpulan ahli parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menemui Ku Li menjelang perhimpunan agung Umno yang dijangka bulan November atau Disember ini. Pertemuan itu meningkatkan spekulasi bahawa Ku Li akan mencabar Najib bagi jawatan Presiden Umno kelak. (dipetik dari Free Malaysia Today . com

ADIK NAJIB DIPERSOAL

Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam mempersoal tindakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Bank Bhd., Datuk Seri Nazir Tun Razak yang memuji sikap CEO AirAsia X, Azran Osman-Rani melabel akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis. Pertubuhan itu dalam kenyataan di sini hari ini menjelaskan, mereka kesal dengan tindakan Nazir itu dan menyifatkan beliau terperangkap dalam kerangka minda membelakangkan sensitiviti kaum Melayu. Sehubungan itu, pertubuhan berkenaan secara sinis meminta Nazir bertukar-tukar jawatan atas dasar suka sama suka dengan Azran demi menguatkan lagi sikap anti-Melayu mereka. “Nazir dan Azran adalah dua contoh terbaik anak Melayu yang menepati maksud peribahasa ‘Seperti Kacang Lupakan Kulit’. “Janganlah hanya disebabkan bank dipimpin oleh Nazir menjadi penasihat utama AirAsia X, maka beliau sanggup mengecewakan bangsa Melayu yang sememangnya mengharapkan pembelaan daripada anak-anak Melayu yang sudah berjaya seperti beliau," kata kenyataan itu. Baru-baru ini, Azran menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabel sebagai tidak mewakili Melayu Malaysia. Ahli korporat Melayu baharu itu secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial tersebut menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk Apa lagi Cina mahu pada 7 Mei lalu. Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: “I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya antiperkauman. Saya meluat dengan pendirian Pengarang Utusan)." Dalam akaun Twitter pula, Azran turut menyatakan pihaknya akan menarik balik iklan AirAsia di Utusan Malaysia. Dalam pada itu, Gabungan NGO Islam juga menggesa Nazir serta Azran supaya segera sedar asal-usul mereka dan jangan sekali-kali bersikap angkuh dengan wang, kekayaan termasuklah pangkat yang dimiliki. “Apa yang anda berdua miliki adalah hasil perit-jerih nenek moyang bangsa Melayu menyabung nyawa, jiwa dan raga mempertahankan tanah tumpah darah yang bertuah ini. “Adakah benar seperti yang pernah diluahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa anak Melayu seperti anda adalah ‘Melayu mudah lupa’?" jelas kenyataan itu.

Selasa, Jun 11, 2013

SYABAS ADNAN YAACOB

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berpendapat jawatan presiden dan timbalan presiden Umno patut dipertandingkan dalam pemilihan parti akhir tahun ini memandangkan ia sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dan bersifat keterbukaan kepada ahlinya. Katanya sebagai parti demokratik dan bersifat inklusif, apa saja jawatan dalam parti perlu melalui proses pertandingan. "Saya tidak bersetuju dengan kenyataan untuk mengongkong (jawatan presiden dan timbalan presiden tidak perlu dipertandingkan)... pada saya biarlah terbuka, apa nak tutup (pertandingan jawatan tertentu), tiada sebab," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jom Heboh TV3 di Kuantan hari ini. Beliau bagaimanapun tetap memberikan sokongan padu kepada kedua-dua pemimpin tertinggi parti iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Kita akan sentiasa memberi sokongan kepada mereka dan perdana menteri sendiri menyatakan bahawa mana boleh jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden, ketua Pemuda dan Wanita tidak dipertandingkan. "Kalau begitu semua (ahli) Majlis Tertinggi jangan bertanding dan bawa kepada bahagian sahaja, maka kenyataan-kenyataan seperti itu hanya menunjukkan kita bersifat autokratik," katanya. Adnan berkata sebelum ini Najib dan Muhyiddin juga tidak pernah berkata bahawa jawatan yang dipegang mereka itu tidak boleh ditandingi. "Presiden dan timbalan presiden sendiri tidak menyatakan mereka tidak mahu ditandingi dan jelas kenyataan sedemikian hanya menunjukkan Umno sebuah parti yang eksklusif. "Saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut dan tiada alasan ia tidak dipertandingkan, saya berpendapat sesiapa sahaja yang mahu menjadi calon dipersilakan, menang atau tidak itu cerita lain," katanya. Sebelum ini, badan perhubungan Umno Negeri Sembilan mencadangkan jawatan presiden dan timbalan presiden parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan Umno tahun ini bagi memastikan kekuatan parti terus utuh.

Selasa, Jun 04, 2013

JANGAN BERFIKIRAN SEMPIT

Semalam Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan mencadangkan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti pada hujung tahun ini. Tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Hassab yang merupakan MB pertamna yang mahu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menang tanpa bertanding. Nampak sangat Mat Hassan takut dengan pertandingan. Kenapa kita harus takut dengan pertandingan kalau kita penegak demokrasi? Biarlah siapa sahaja yang nak tawarkan diri sebagai peneraju parti. Perwakilan yang akan membuat keputusan memilih pemimpin yang terbaik.Kenapa harus sekat mereka yang mahu memberi alternatif kepada para perwakilan. Malam tadi saya berbual dengan Pak Hamid Satar di Restoran Nagas. Beliau adalah bekas pegawai Dewan Bandaraya yang kemudiannya berkhidmat dengan ibupejabat UMNO di zaman Dr Mahathir hinggalah sekarang. menurut Pak Hamid, jika Muhyiddin menentang Najib pun untuk jawatan Presiden UMNO, Muhiddin akan tewas. Sebab itu dia kata UMNO tak perlu takut dengan pertandingan. Pertandingan akan mematangkan Umno. Kalau kita lihat BN lebih teruk di zaman Najib dari zaman Pak Lah. Pak Lah menang cemerlang dalam pilihanraya pertama pada tahun 2004. Sebaliknya Najib gagal dapat majoriti dua pertiga dalam pilihanraya pertama pada 5 Mei lalu. Oleh itu UMNO perlu celik mata untuk memilih Presiden yang lebih baik dari Najib. Siapa yang layak mengetuai UMNO di saat-saat UMNO tidak sehebat dahulu? Adakah Muhyiddin? Atau adakah Tengku Razaleigh Hamzah? Ada yang berkata zaman beliau sudah berlalu tetapi UMNO perlu diketuai oleh orang yang disegani oleh semua kaum. Tengku Razaleigh ada ciri-ciri itu. Jadi terpulang kepada perwakilan Umno untuk memilih Presiden baru yang boleh membawa perubahan untuk menghadapi ;pilihanraya umum 2018.Prestasi Najib lebih teruk dari prestasi Pak Lah pada tahun 2008. Jadi adakah Presiden UMNO seperti ini yang boleh dibanggakan? Memang benar UMNO menang lebih banyak kerusi kali ini tetapi sokongan kepada UMNO datang dari UMNO? Adaklah ia datang dari kawasan elit? Adakah UMNO mahu terus diketuai oleh tukang kebun di peringkat cawangan sedangkan cerdik pandai disekat menyertai UMNO menyebabkan mereka aktif dalam PKR dan PAS. Jadi adakah ini kualiti ahli UMNO yang patut dibanggakan? Oleh itu sempena dormat baru pemilihan parti, perwakilan perlu serius memilih ketua yang boleh membawa UMNO ke tahap yang lebih gemilang dan cemerlang.Esok makin ramai pembodek akan menyokong kenyataan Mat Hassan supaya Najib dan Muhyiddin tidak ditandingi. Jangan rosakkan UMNO kerana biar perwakilan buat keputusan. Kenapa kita jarus takut dengan pertandingan sedangkan kita sudah hapus kuota pencalonan. Dahulu bukan mahu susah untuk dapatkan 55 pencalonan untuk jawatan Presiden UMNO, maka perwakilan UMNO perlu waras. Jangan berfikiran sempit seperti Mat Hassan.