Memaparkan catatan dengan label lawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lawan. Papar semua catatan

Ahad, Jun 30, 2013

LEBIH BAIK HALIMAH LAWAN SHAHRIZAT

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bakal menerima tentangan dari bekas ketua Puteri Umno Datuk Azalina Othman Said dalam pemilihan untuk jawatan tertinggi dalam sayap tersebut pada hujung tahun ini. Laporan The Star hari ini menyebut, Azalina telahpun membuat keputusan untuk bertanding menentang Shahrizat, yang berazam untuk mempertahankan jawatan tersebut. Shahrizat, 50, berkata beliau berjaya anggota Wanita Umno tidak akan menyisihkannya kali ini. Katanya, penyokongnya itu tetap berdiri di belakangnya ketika beliau terheret ke kancah kontroversi pada tahun lalu, ekoran skandal Pusat Fidlot Nasional yang diusahakan anggota keluarganya. “Mereka adalah teman saya dan teman adalah ibarat bintang. Ketika langit kian gelap, sinaran mereka akan semakin cerah,” katanya seperti dipetik akhbar berbahasa Inggeris itu. Azalina pula menawarkan diri untuk menjadi “ejen perubahan” dalam sayap parti berkenaan, seiring dengan kemunculan generasi baru wanita dalam pergerakan itu. Bekas menteri belia dan sukan, usaha tersebut akan menjadikan pergerakan Wanita Umno lebih menarik dan relevan dalam lanskap politik baru. Azalina, yang juga merupakan bekas menteri pelancongan, kini mengetuai Kaukus Wanita di Parlimen. Ulasan saya, lebih baik Timbalan menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan, Halimah Saddique yang menentang Shahrizat. Lagipun beliau adalah exco wanita umno. Azlina tak pernah jadi exco wanita UMNO malah indentitinya tomboy sukar diterima perwakilan wanita untuk menjadi ketuanya.

Khamis, April 11, 2013

KAMARUDDIN LAWAN SHABERY CHEEK DI KEMAMAN

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan Kamarudin Chik, yang berasal dari Kuala Terengganu sebagai calon parti itu di kerusi Parlimen Kemaman pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu pada satu majlis di sini lewat malam tadi, berkata Kamarudin, 47, dipilih kerana memenuhi kriteria, antaranya anggota parti yang setia dan tidak mudah khianat kepada parti. "Di Kemaman ini ada 1,000 lebih layak jadi calon (PKR)...ada tokoh lama, baru tapi saya bincang dan kaji kita nak orang tempatan, kita nak orang berkelayakan, kita nak orang muda yang bertenaga. "Sebab itu kita pilih orang Terengganu menetap di Kemaman...kita tidak mahu berlaku seperti 2008, khianat sebelum pilihan raya dan khianat selepas pilihan raya tak dapat jadi calon, kriteria penting kita adalah orang yang taat dan tidak belot dan tidak khianat parti," katanya Kamarudin yang menjadi anggota PKR sejak 1998 ketika ditemui pemberita kemudiannya berkata beliau hanya maklum namanya dicalonkan kira-kira pukul 4 petang semalam. Pada pilihan raya umum 2008, calon Barisan Nasional (BN) yang kini Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengalahkan calon PKR Fariz Musa dengan majoriti 12,683 undi di kerusi Parlimen Kemanan. - Bernama

Jumaat, April 05, 2013

GHANI LAWAN LIM KIT SIANG DI GELANG PATAH?

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman hari ini enggan memberikan sebarang ulasan berhubung spekulasi bahawa beliau akan dicalonkan di kerusi Parlimen Gelang Patah bagi menentang Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini. Ketika ditemui sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Batu 18, Sengkang, dekat sini hari ini, Abdul Ghani yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri tidak mahu menjawab soalan daripada wartawan. "Tak mau, tak mau...nantilah," katanya ringkas sambil berjalan meninggalkan pihak media sebelum masuk menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut dan difahamkan selepas itu beliau pulang semula ke Johor Bahru. Abdul Ghani diminta mengulas laporan akhbar The Star hari ini yang melaporkan beliau akan dicalonkan di Parlimen Gelang Patah bagi menghadapi Kit Siang. Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Dr. Chua Soi Lek berkata, persoalan sama ada Abdul Ghani akan diletakkan sebagai calon untuk mencabar Kit Siang masih dipertimbang dan akan dibincangkan oleh komponen parti BN. "Ia adalah suatu pertimbangan, tetapi ia belum dibincangkan secara terperinci. Setakat hari ini, sama ada ia adalah ura-ura, khabar angin atau benar, kita belum tahu lagi," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bersama-sama Ketua Bahagian MCA Gelang Patah, Jason Teoh beramah mesra dengan masyarakat di Pasar Awam Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, di Johor Bahru. Sebelum ini, Soi Lek juga dilaporkan ada menawarkan diri untuk bertanding di Gelang Patah bagi berhadapan dengan ahli politik veteran DAP itu.

Selasa, November 02, 2010

HAKKA MUI LAWAN HAIKA TAIKO


Persaingan untuk memikat hati 9,737 pengundi Cina, yang merupakan 38.06 peratus daripada keseluruhan 25,582 pengundi pada pilihan raya kecil bagi kawasan Parlimen Batu Sapi pada 4 November ini, amat sengit hari ini apabila ketiga-tiga calon turun padang untuk menemui orang ramai.

Dalam persaingan yang disebut oleh banyak pihak sebagai 'Battle of Super Sunday' itu, setiap calon cuba memanfaatkan cuti hujung minggu ini untuk menemui sebanyak mungkin pengundi, terutama di kawasan majoriti kaum Cina.

Kebanyakan penduduk Cina di kawasan ini terdiri daripada mereka yang bertutur dalam dialek Hakka, Kantonis dan Hokkien.

Kumpulan yang menggunakan dialek Hokkien kebanyakannya tinggal di kawasan Karamunting, Kantonis di Bandar Ramai-ramai, Kampung Pukat, Bandar Leila dan Bandar Nam Tung, manakala Hakka pula di Taman Mawar.

Pilihan raya kecil ini akan menyaksikan pertandingan antara calon BN Datin Linda Tsen Thau Lin, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR Ansari Abdullah.

Oleh kerana Yong dan Tsen adalah daripada suku Hakka, maka tidak hairanlah banyak pihak menyifatkan pilihan raya kecil ini sebagai medan pertempuran antara 'Hakka Mui' dan 'Hakka Taiko'.

Bagi orang Cina, 'Mui' bererti kakak, manakala 'Taiko' bermaksud abang sulung.

Dalam perebutan untuk memanfaatkan hari kelepasan ini, calon-calon berkenaan dan jurukempen mereka kerap bertembung ketika berkempen kerana masing-masing mempunyai jadual ketat dan memberi tumpuan di kawasan serupa.

Ketika BN berkempen di kawasan Cina dan Bumiputera pagi tadi, Yong dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terserempak di Taman Mawar, kawasan yang mempunyai banyak anggota suku kaum Hakka.

Kemudian, Tsen, yang ditemani Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, pula mengunjungi kawasan itu.

Ketika kegiatan berkempen memasuki fasa akhirnya, timbul pula desas-desus kononnya SAPP dan PKR mencapai persefahaman untuk memberi tumpuan di kawasan berasingan -- SAPP akan memberi fokus di kawasan Cina, manakala PKR dan parti pembangkang lain akan memberi tumpuan di kawasan majoriti Bumiputera.

Pemerhati politik percaya PKR memberi tumpuan di kawasan Bumiputera dengan tujuan memecah undi dan sebagai sebahagian daripada persiapannya untuk bertanding bagi kerusi Sekong pada pilihan raya negeri akan datang dan membiarkan SAPP memberi tumpuan ke kawasan majoriti Cina, terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri Karamunting.

Sekong dan Karamunting terletak dalam kawasan Parlimen Batu Sapi.

Bagaimanapun, perkara itu disangkal oleh kedua-dua pihak dan SAPP berkata sejak beberapa hari lepas, pihaknya telah berkempen di kawasan Bumiputera, termasuk di pulau-pulau berhampiran.

PKR pula telah membawa rakannya dalam pakatan pembangkang, termasuk pemimpin di peringkat kebangsaan seperti orang kuat DAP Lim Kit Siang dan Anggota Parlimen Sibu Richard Wong Ho Leng untuk berkempen bagi calonnya di kawasan majoriti pengundi Cina.

Langkah ini mungkin menyebabkan pengundi Cina berpecah kepada tiga kumpulan dan persoalannya ialah berapakah jumlah undi yang akan diraih oleh BN dan SAPP?

Pada Pilihan Raya Umum Mac 2008, mendiang Chong memenangi kerusi berkenaan dengan mendapat 9,479 undi dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon Bebas Dr Chung Kwong Wing, yang mendapat 5,771 undi.

Walaupun BN meletakkan sasaran untuk memperoleh sekurang-kurangnya 25 peratus undi kaum Cina memandangkan terdapat begitu ramai penyokong tegar pembangkang di kawasan itu, tetapi calonnya berpeluang untuk menang dengan selesa melalui peningkatan undi pengundi Bumiputera, manakala PKR pula diramalkan mendapat undi yang agak banyak daripada kaum Cina.

Rabu, November 12, 2008

SHAHRIZAT KENA LAWAN RAFIDAH



Shahrizat perlu ambil tindakan tegas menentang Rafidah pada Mac depan walaupun exco wanita bersetuju dengan pelan peralihan kuasa di antara Shahrizat dengan Rafidah pada Jun tahun depan.


Jika dia tidak tentang Rafidah, Kamalia Ibrahim akan menentangnya untuk jawatan naib ketua wanita. Para penyokong Shahrizat yang sudah mencalonkan beliau untuk tanding ketua wanita sudah tentu kecewa dengan sikap bacul Shahrizat dan akan mengundi Kamalia.


Oleh itu Shahrizat perlu lawan Rafidah. Beliau jangan bimbang kerana beliau akan dapat sokongan jitu untuk mengalahkan Rafidah. Pendedahan Aishah Ghani bahawa mungkin Rafidah berhasrat jadi menteri selepas Najib Razak jadi Perdana Menteri, tak payahlah. Cukuplah jadi menteri. Sebaliknya jika Shahrizat menang ketua wanita, beliau mungkin dilantik senator dan menteri.


Biarlah kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dikembalikan kepada UMNO supaya peruntukan kementerian dapat disalurkan kepada wanita UMNO. Sejak kerusi itu diberi kepada MCA, wanita UMNO sukar mendapat peruntukan kementerian. Oleh itu bila Najib jadi Perdana Menteri nanti pada April 2009, kembalikan semula kementerian itu kepada UMNO.