Memaparkan catatan dengan label ghani. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ghani. Papar semua catatan

Rabu, April 17, 2013

GHANI YANG BERANI

Dalam pilihanraya umum pada 5 Mei ini, keputusan paling ditunggu sudah tentu keputusan pilihanraya bagi kawasan parlimen gelang patah antara Datuk Seri Ghani Othman dengan Lim Kit Siang. Inilah kali pertama seorang MB yang berani menentang calon DAP kerana biasanya orang UMNO akan bertanding di kerusi UMNO. Pada tahun 2008, BN menang di situ melalui calon MCA tetapi MCA tidak berani menentang Lim Kit siang maka Ghani menyahut cabaran ini. Ghani memang seorang pemimpin UMNO yang berani kerana BN letak belaiu bukannya Naib Presiden UMNo, Datuk Seri hishamuddin Husin. jika Ghani menang, Ghani akan menjadi iant killer dapat menewaskan Penasihat DAP sebaliknya jika Lim Kit Siang menang, karier politik Gnai berakhir. Adakah Bn sengaja mahu melihat Ghani kalah? Inilah pengorbanan Ghani kepada parti yang sanggup menerima pencalonan ini. Jika Hishamuddin, Khaled Nordin yang ditawarkan bertanding melawan Lim Kit Siang belum tentu mereka berani. Ghani seorang senator pernah menjadi timbalan Menteri Tenaga, telekom dan Pos sebelum menjadi Menteri belia dan sukan. Sudah empat penggal menjadi MB Johor, ini merupakan pertandingan yang sengit dalam sejarah politiknya, Jika dia menag, sudah tenyu jawatan Menteri Kewangan Kedua menantinya. Jika iadalah pertandingan kalah mati antara Ghani dengan Lim Kit Siang. selamat berjuang Ghani.

Jumaat, April 05, 2013

GHANI LAWAN LIM KIT SIANG DI GELANG PATAH?

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman hari ini enggan memberikan sebarang ulasan berhubung spekulasi bahawa beliau akan dicalonkan di kerusi Parlimen Gelang Patah bagi menentang Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini. Ketika ditemui sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Batu 18, Sengkang, dekat sini hari ini, Abdul Ghani yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri tidak mahu menjawab soalan daripada wartawan. "Tak mau, tak mau...nantilah," katanya ringkas sambil berjalan meninggalkan pihak media sebelum masuk menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut dan difahamkan selepas itu beliau pulang semula ke Johor Bahru. Abdul Ghani diminta mengulas laporan akhbar The Star hari ini yang melaporkan beliau akan dicalonkan di Parlimen Gelang Patah bagi menghadapi Kit Siang. Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Dr. Chua Soi Lek berkata, persoalan sama ada Abdul Ghani akan diletakkan sebagai calon untuk mencabar Kit Siang masih dipertimbang dan akan dibincangkan oleh komponen parti BN. "Ia adalah suatu pertimbangan, tetapi ia belum dibincangkan secara terperinci. Setakat hari ini, sama ada ia adalah ura-ura, khabar angin atau benar, kita belum tahu lagi," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bersama-sama Ketua Bahagian MCA Gelang Patah, Jason Teoh beramah mesra dengan masyarakat di Pasar Awam Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, di Johor Bahru. Sebelum ini, Soi Lek juga dilaporkan ada menawarkan diri untuk bertanding di Gelang Patah bagi berhadapan dengan ahli politik veteran DAP itu.

Selasa, Oktober 19, 2010

KARIM GHANI KELUAR DARI UMNO


Seorang ahli politik veteran utama yang membawa Umno masuk ke Sabah, Datuk Karim Ghani, mengumumkan beliau keluar dari parti itu semalam.

Karim adalah antara bekas pemimpin Usno (United Sabah National Organization), termasuk Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun (pengasas Usno), yang memainkan peranan membawa Umno masuk ke Sabah pada 1990an.

Usno dibubarkan untuk memberi laluan kepada Umno.

Karim berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya ke ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur dan pejabat negeri parti itu di sini, awal semalam.

"Saya telah keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta hari ini. Saya tetap dengan keputusan ini dan dalam pada itu saya tidak berparti sehingga menemui parti politik yang sesuai," katanya pada sidang akhbar di sini.

Karim berkata beliau kecewa dengan kegagalan Umno untuk mencapai objektif memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Sabah.

Bekas naib presiden Usno itu menyertai kumpulan yang setia kepada Usno yang baru-baru ini meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar mengkaji semula keputusannya menolak permohonan mereka memulihkan Usno.

Ada laporan menyatakan majoriti bekas pemimpin Usno merasa mereka dipinggirkan dan mahu parti itu dipulihkan untuk membolehkan mereka meneruskan perjuangan politik mereka.

Selasa, Oktober 12, 2010

KARIM GHANI MASUK PKR?


Pengasas UMNO Sabah, Datuk Haji Karim Ghani dijangka menyertai PKR menjelang hari penamaan calon pilihanraya kecil parlimen Batu Sapi tidak lama lagi.

Bekas Ketua Penerangan UMNO Sabah itu dikatakan kecewa dengan UMNO kerana beliau telah dipinggirkan oleh pucuk pimpinan UMNO Sabah sejak Datuk Seri Musa Aman menjadi Ketua Menteri Sabah.

Baru-baru ini beliau telah dilantik oleh para penyokong USNO untuk membuat kajian ke arah mana mereka mahu pergi setelah mereka kecewa dengan UMNO. Dahulu USNO dibubarkan untuk memberi laluan kepada UMNO masuk di Sabah setelah PBS keluar dari BN pada pilihanraya umum 1990. Mereka lebih suka menghidupkan semula USNO tetapi Pendaftar Pertubuhan tidak mungkin meluluskan pendaftaran semula USNO. Oleh itu mereka terpaksa menyertai PKR sebagai wadah untuk menentang BN di Sabah kerana PAS tidak begitu kuat di Sabah.

Menurut beliau, dahulu UMNO masuk kerana nak tumbangkan PBS.

"Misi itu berjaya tetapi akhirnya PBS masuk BN, kami kena pinggir. Datuk Seri Pairin dapat masuk istana, kami dipinggirkan di luar istana. Jadi apa guna kami bertahan dengan UMNO," katanya yang juga bekas Senator dan bekas Pengerusi Sabah Urban Development Corporation (SUDC).

Sudah setahun lebih saya tidak bertemu dengan Datuk Karim. Dua hari lepas beliau hubungi saya tetapi saya berada di Kemaman. Malam tadi saya berpeluang menemui Datuk Karim yang merupakan anak campuran Semenanjung-Sabah. Ayahnya Haji Ghani adalah guru berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan, orang minang yang berhijrah ke Sabah dan bertemu jodoh dengan emaknya orang Sabah.

Saya temuinya di KL International Hotel bersama dua orang pengikut USNO, Nani bin Sakam dan seorang lagi yang saya lupa namanya. Beliau menunggu ketibaan seorang lelaki yang bernama Rahman yang beliau tidak pernah jumpa. Rupa-rupanya Rahman Botak bekas ahli parlimen PKR Kemaman (1999-2004) yang kini setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seperti biasa Datuk Karim suka makan di Restoran Hokkaido di depan Hotel Vistana. Kami makan berlima. Kemudian penulis buku politik Sabah, Musli Oli tiba menyertai kami bersama anaknya, Gaddafi bekas pembaca berita RTM dengan tunangnya anak Deddy M. Borhan dan Junainah M. Amin. Gaddafi dan tunangnya makan di meja lain.

Inilah kali pertama saya berpeluang bertemu dengan Rahman Botak walaupun saya juga orang Kemaman kerana kami berlainan parti. Beliau tidak popular ketika menjadi ahli parlimen Kemaman kerana beliau bukan orang Kemaman. Beliau orang Kuala Terengganu. Beliau pernah dimarahi oleh kawan saya yang memohon pasir kerana beliau berkata siapa yang memohon pasir adalah penipu. Kawan saya hampir menumbuknya di pejabat tanah Kemaman pada tahun 2000 dahulu.

Musli yang juga Pengerusi Perkasa Sabah mencuri perhatian dalam perbualan kami malam tadi sambil beliau mempromosi buku barunya DILEMA NAJIB yang bakal dilancarkan oleh Presiden Perkasa, Datuk Haji Ibrahim Ali pada 18 Oktober ini.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Kota belud kecewa kerana kehadiran Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal ke Kota Belud tidak disambut oleh Ketua Bahagian, Datuk seri salleh Said Keruak dan semua wakuil rakyat atas arahan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. Nampaknya pertelingkahan di antara Musa dengan Shafie sudah menjadi pertelingkahan terbuka sekarang sedangkan kedatangan Shafie adalah sebagai menteri pusat dan Naib Presiden UMNO.

Isnin, September 06, 2010

KARIM GHANI MAHU HIDUPKAN SEMULA USNO?


Petang semalam pada jam 2.46 petang saya menerima sms dari nombor yang tidak dikenali, 0168466799 yang berbunyi seperti berikut: "Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Datuk Haji Karim Ghani, bekas Naib Presiden USNO, bekas ADUN Bongawan, bekas Senator, bekas Ketua Penaja UMNO Bahagian Pensiangan dan bekas Ketua Penerangan UMNO Sabah telah kami lantik sebagai ketua umum bagi mengkaji pembelaan nasib bekas pemimpin-pemimpin, pejuang-pejuang dan seluruh penyokong USNO dan semua rakyat Sabah setelah UMNO dikembangkan di Sabah. Datuk Haji Karim akan menyediakan laporan dalam masa satu bulan dari sekarang dan sebarang pendapat boleh terus berhubung dengan beliau melalui handphone 0128679263".

Selepas menerima sms itu, saya hubungi Musli Oli, penulis terkenal di Sabah. Katanya, Datuk Karim buang masa. Dahulu dia dipecat dari USNO kerana mahu UMNO masuk ke Sabah tetapi kini dia pula mahu bangkitkan USNO.

USNO dibubarkan setelah UMNO masuk ke Sabah pada tahun 1991. Sejak BN menang di Sabah sudah tiga orang bekas pemimpin USNO menjadi Ketua Menteri Sabah iaitu Tan Sri Sakaran Dandai, Datuk Osu Sukam dan Datuk Seri Musa Aman.

Oleh itu jika bekas pemimpin USNO yang menjadi Ketua Menteri Sabah tidak pandai menjaga hati bekas penyokong USNO, maka bukan salah UMNO tetapi salah mereka sendiri. Oleh itu usaha menghidupkan semula USNO bukannya mudah kerana KDN tidak akan meluluskan semula pendaftaran parti politik yang menyaingi UMNO di Sabah.

Kecuali selepas dibuat kajian ini, mereka buat keputusan untuk menyertai PKR beramai-ramai maka PKR akan menjadi saingan sengit kepada UMNO dalam pilihanraya negeri Sabah akan datang.

Datuk Karim dipinggirkan oleh Musa Aman apabila beliau menjadi Ketua Menteri. Dari jawatan Ketua Penerangan, beliau digantikan oleh Musa dengan orang lain. Selepas BN bertapak di Sabah pada tahun 1994, Datuk Karim tidak pernah dapat peluang bertanding sama ada di parlimen atau negeri yang menyebabkan beliau kecewa sedangkan beliau telah dipecat dari USNO kerana mahu UMNO bertapak di Sabah pada tahun 1986.

Beliau mendahului zaman. Di kala pemimpin USNO tidak mahu UMNo, beliau mahu UMNO dikembangkan ke Sabah. Bila UMNO bertapak, beliau pula tidak mendapat tempat dalam UMNO sehingga dikalahkan oleh Datuk Rizalman Abdullah dalam pertandingan Ketua UMNO Bahagian Pensiangan. beliau hanya diberi peluang sebagai ahli Dewan Negara (Senator) selama dua penggal. Kini beliau rasa tersisih dan dipinggirkan maka beliau fikir sudah sampai masanya bagi bekas para penyokong USNO bersatu kembali dalam satu wadah. Mampukah gerakan ini menggugat UMNO Sabah?Terserahlah kepada rakyat Sabah untuk membuat penentuan.