Jumaat, Julai 25, 2014

KHALID ENGGAN TUNDUK KEPADA ARAHAN PARTI

SHAH ALAM (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menghormati keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mencalonkan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai penggantinya, namun segala tatacara pelantikan perlu dibuat mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Abdul Khalid berkata beliau berpegang teguh kepada Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian Menteri Besar. "Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan. Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor yang telah memilih saya melalui proses pemilihan yang sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Semalam, PKR menamakan Dr Wan Azizah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kajang sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid yang memegang jawatan itu sejak 2008. Penamaan Dr Wan Azizah itu akan dikemukakan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat untuk diputuskan. Ramai pihak termasuk pemerhati politik sebelum ini telah pun menduga bahawa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac lepas sememangnya sengaja diadakan dan digunakan sebagai platform untuk menukar Menteri Besar Selangor. Rata-rata mereka menyifatkan isu pertukaran Menteri Besar sebenarnya berpunca daripada krisis dalaman PKR di Selangor. Dalam pada itu, Abdul Khalid memberikan jaminan kepada rakyat dan pelabur Selangor bahawa isu pertukaran Menteri Besar tidak sama sekali menjejaskan sistem pentadbiran di negeri itu. -- BERNAMA

Khamis, Julai 24, 2014

SELANGOR DARURAT JIKA RAKYAT SOKONG KHALID

Perkasa meramalkan Selangor akan diisytiharkan darurat jika rakyat bangkit menentang proses pertukaran MB, tan Sri Khalid Ibrahim. menurut Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, rakyat Kelantan pada tahun 1977 bangkit mennetang usaha tan Sri Asri Muda mahu menggantikan Datuk Mohamad nasir dengan Wan ismail Wan ibrahim. "Saya bimbang hal yang sama boleh berlaku di Selangor jika Khalid bertegas mahu kekal sebagai MB," katanya dalam sms kepada blog ini. Katanya, Khalid banyak kali berkata mahu kekal sebagai MB sehingga akhir penggal tetapi Datuk Seri anwar Ibrahim tetap mahu menggantikan Khalid dengan isterinya Datuk seri dr wan azizah wan Ismail. Ini bermakna khalid tidak berhasraat untuk berhenti atau diganti.Anwar mahu menggulingkan Khalid ibrata tanduk sudah tidak berguna lagi. "Malunya Khalid dan tidak ada harga satu sen pun kepada Anwar," tegas Ibrahim yang juga bekas ahli parlimen Pasir mas. Katanya, kenapa kalau mahu terajang khalid,dia tidak diganti oleh Azmin Ali anak Selangor jati sedangkan Azizah bukan anak Selangor. Tanyanya, apa pula pendirian Sultan Selangor? dan PAS boleh terima ke wanita jadi MB? Dapatkah rakyat Selangor terima wanita jadi MB? Jika Anwar berjaya mengangkat isterinya sebagai MB, ini bermkana PKR adalah syrikat PKR Sdn Bhd yang mana Anwar menguasai 60 peratus saham, DAP 35 peratus dan PAS 5 peratus. Katanya lagi, Anwar memang hebat kerana pakar smart manipulator dan kali ini Khalid jadi mangsanya.

Rabu, Julai 23, 2014

EMAK DALAM KENANGAN

Semalam tepat 6.15 petang emak,Hajah Zainun binti Haji Abdullah, 73 tahun, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya di hadapan dua orang adik, Noridah Saidi dan Dr Noor Laily Shakimah kerana menghidap penyakit buah pinggang, kencing manis dan jantung. Saya berada di Kuala Lumpur ada temujanji dengan kawan untuk berbuka puasa terpaksa bergegas ke Hospital Putrajaya dan tak jadi berbuka puasa dengan kawan saya. Jalan jem dari Kuala Lumpur ke Putrajaya menyebabkan saya sampai di situ hampir jam 8 malam. jenazah emak sudah berada di bilik mayat. Semua adik sudah ada di situ, Mahir, Noridah, Dr Noor Laily, Saifuddin kecuali Noor Hafilah yang terus balik ke rumah emak di Balok, Kuantan. Emak sudah banyak kali masuk hospital. Tetapi kemasukannya kali ini bermula Selasa lalu amat sekejap sahaja. Di hari pertama emak dimasukkan ke Hospital Serdang, emak kata dia nak balik dah. Rupa-rupanya maksud nak balik dah, dia akan meninggalkan keenam-enam anaknya buat selama-lamanya. Adik Dr Noor bekas doktor di hospital Putrajaya yang sedang buat Masters di UM tidak puas hati dengan layanan doktor di Hospital serdang. maka Adik Noor pindahkan emak ke Hospital putrajaya yang lebih efisien. Tiga malam emak berada di Hospital Putrajaya, emak menghembuskan nafas terakhir di situ. terima kasih kepada wakil menteri komunikasi (Datuk Seri Ahmad shabery Cheek), Haji Mustafa Abdul Rahman yang sempat melawat emak di hospital serdang. Malah beliau turut hadir di rumah mayat bersama Amlisani rakan FB dari Puchong. Emak boleh dianggap sebagai ibu mithali kerana semua enam anaknya lulusan universiti. Saya lulusan Universiti Malaya, Noridah ITM Shah Alam (sekelas dengan Sunarti Kibat), Saifudin dari Northern IIinois University, Noor hafilah ITM Shah Alam (akauntan) dan Dr Noor Laily (medic dari USM Kubang kerian).Man KRU yang berada di kubur di Balok tanya kenapa emak dikebumikan di Balok, Kuantan dan bukan di pasir Gajah, Kemaman. Emak dan ayah saya, Haji Saidi bin Haji Abdul Latif telah duduk di Balok sejak tahun 1965 lagi. Jadi mereka dapat tanah lot di Balok di zaman Datuk Pak Ngah Aziz jadi ADUN Beserah. Aruah ayah aktif dalam Umno cawangan Balok dan pernah jadi pegawai khas Datuk jamal nasir ketika Datuk jamal jadi ADUN beserah. Saya dari kecil dibela oleh datuk dan nenek saya,Haji Abdullah Omar dan Hajah Zaharah Haji yusof di pasir Gajah. Pasir Gajah adalah gabungan orang Jambi dan orang Kelantan. Datuk saya dari kecil berhijrah dari Bachok Kelantan ke pasir Gajah dengan ayahnya Che Omar. Di kemaman jodohnya bertemu dengan anak Cikgu Haji Yusof kemasik, Zaharah. tanya orang kemaman semua orang kenal Cikgu Haji yusof yang bukan sahaja seorang guru agama malah seorang pendikar. Anak muridnya ramai di seluruh Terengganu. apabila Cikgu Haji Yusof meninggal dunia pada tahun 1974, ribuan anak muridnya menghantarnya ke kubur sehingga jalan raya di Kemasik jem. itulah moyang saya yang Tok Mulu dalam kenalinya. Begitu juga Kisfi pernah berguru dengan moyang saya. Emak saya, zainun anak sulung datuk saya lahir di pasir Gajah pada 7 ogos 1940 ketika Perang jepun. Emak sekelas dengan Pak Wei Cotek. Pada tahun 1955, datuk saya mendapat jawatan Penghulu. Mukim pertama yang mana beliau bertugas di Kijal. Di sinilah ayah saya, saidi yang berhijrah dari padang pak Amat, pasir putih menemui emak saya, Zainun. Mereka bernikah di Kijal ketika datuk saya bekerja di situ. Sebagai penghulu, datuk saya bekerja di semua mukim, Kijal, hulu jabor, pasir semut, binjai, pasir raja, belara, manir dan gelugor. Apabila datuk pencen pada tahun 1980, datuk menetap semula di Pasir Gajah. Datuk ada 10 orang anak tetapi semua anak lelakinya meninggal dunia sejak kecil. maka saya yang dilahirkan di Jabor diambil oleh datuk saya sebagai anaknya sendiri. Sehimgga sekolah rendah saya tak tahu Saidi dan zainun itu ayah dan emak saya kerana mereka saya panggil Abang Di dan kak nun sementara datuk saya dan nenek dipangggil ayah dan cik. Sebab itu saya dibesarkan oleh datuk dan nenek manakala adik adik saya seramai lima orang duduk dengan ayah dan emak. Pada mulanya ayah saya bekerja sebagai penoreh getah ketika datuk saya menjadi penghulu mukim jabor. Dia belajar kelas malam ambil SRP dan SPM. dengan kelulusan SPM gred tiga dia mohon jadi pembantu luar FELCRA. Pada tahun 1972 sehinggalah pencen pada tahun 1990 ayah saya bekerja dengan FELCRA dari pembantu luar ke jawatan penyelia dan akhirnya Pengurus FELCRA Kuala Embomg di Sekayu, Kuala Berang. Ketika bekerja di Kuala berang ayah saya berulang antara Balok dan kuala berang. Apabila beliau pencen pada tahun 1990, beliau terus menetap di Balok sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 2002. 12 tahun kemudian emak saya pula mengikut jejak langkah ayah menjadikan kami enam beradik yatim piatu menjelang enam hari raya Aidilfitri. Sudah tentu hari raya tahun ini kami sambut dengan rasa sedih kerana selama ini rumah emak di balok ini menjadi tempat kami berkumpul pada hari raya. Biasanya saya sambut hari raya pertama di rumah mertua di pasir gajah manakala di sebelah malam kami pergi ke Balok dan biasanya pada hari raya kedua kami berkumpul di kubur menziarahi kubur nenek dan ayah di situ. Sudah jadi tradisi tahunan Umno cawangan Balok mengadakan majlis menziarahi kubur beramai-ramai di pagi hari raya kedua. malah aruah emak sudah merancang kami balik raya tahun ini kerana pada hari raya kedua emak mahu mengadakan tahlil untuk aruah ayah. Rupa-rupanya hari raya kedua tahun ini kami menziarahi kubur nenek Hajah Zaharah, kubur ayah dan kubur emak. Alfatihah untuk aruah emak hajah Zainun.

Selasa, Julai 22, 2014

TRAGEDI MH17 PUNCA PERANG DUNIA KETIGA MELETUS?

74 tahun lalu dunia dikejutkan dengan Perang Dunia ke 2 apabila Jepun bangkit menyerang Asia Tenggara. Bom atom yang menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki menyebabkan perang itu tamat dan Amerika Syarikat muncul sebagai kuasa dunia yang baharu. Jumaat lalu kita dikejutkan dengan tragedi kapal tyerbang MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur milik MAS ditembak. Dunia menuduh Rusia yang mendalangi pemberontak Ukraine sebagai dalang yang mengakibatkan MAS ditembak. Presiden Russia telah menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan Rusia tidak terlibat dalam tragedi tersebut. Tapi media sedunia menuduh Russia sebagai dalangnya. Inilah kejayaan Amerika Syarikat yang mesra media. Yang sebenarnya Ukraine yang menembak kapal terbang Malaysia itu kerana Malaysia lantang menentang israel yang sedang menceroboh Tebing Gaza. Siapakah pemimpin Ukraine? Mereka ialah orang Yahudi yang marah dengan Malaysia yang begitu lantang menentang rejim Zionis. Jadi Ukraine menembak MH17 dan menjadikan kumpulan pemberontak Ukraine sebagai kambing hitam. Amerika Syarikat dalang di sebalik Ukraine yang marah kepada Rusia yang menandatangani Bank Brig di mana Rusia, India, China, Brazil akan menggunakan mata wang yang baru yang sudah tentu menjahanamkan mata wang US Dollar. Obama marah kepada Malaysia kerana selepas beliau melawat Malaysia selama tiga hari, Najib pergi ke China pula. China kini muncul sebagai kuasa baharu selepas Russia. Maka Amerika Syarikat menggunakan Ukraine untuk membalas dendam kepada Malaysia. Malaysia yang bersedih dengan kehilangan MH370 sekali lagi menjadi mangsa dengan tragedi MH17. Ukraine
berbuat demikian untuk menarik simpati dunia kerana pemberontak itu ditaja oleh Rusia. Apabila NATO menyokong Ukraine, maka akan meletuslah Perang Dunia Ketiga yang mungkin lebih dasyhat akibatnya dari Perang Dunia Kedua. Dunia makin tua. Peperangan dan pergaduhan di seluruh dunia tidak dapat dielakkan. Ketika dunia menjadi tidak tenteram maka akan muncullah Nabi Isa untuk menyelamatkan dunia. Ini bermakna semakin hari semakin dekat kita kepada Hari Kiamat. Maka kita semua bertaubat segera sebelum terlambat kerana dunia kini di ambang kehancuran.

Isnin, Julai 21, 2014

MALAYSIA DESAK AKSES TANPA HAD DIBERIKAN

KIEV, 21 Julai (Bernama) -- Malaysia mendesak supaya akses tanpa had diberikan serta-merta ke lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 serta jaminan keselamatan bagi pegawainya dan pasukan siasatan bersama antarabangsa. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia juga menuntut bahawa pencarian semua jasad mangsa mesti dibenarkan, dikenal pasti dan dihantar pulang. Beliau berkata Kuala Lumpur amat bimbang dengan situasi pasukan antarabangsa yang dihalang secara efektif oleh kumpulan pemberontak daripada memasuki lokasi kemalangan di Donetsk, wilayah timur Ukraine. "Ia adalah penting bahawa kumpulan penyiasat antarabangsa serta anggota bencana diberikan akses penuh tanpa halangan ke lokasi nahas," kata Liow yang tiba di sini, Ahad. Beliau berkata Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) merupakan satu-satunya badan antarabangsa yang setakat ini diberi akses untuk masuk ke lokasi pesawat untuk tempoh masa yang terlalu pendek. Liow mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman, yang juga merupakan pengerusi Suruhanjaya Khas Kerajaan Ukraine Mengenai MH17. Beliau turut menemui Menteri Infrastruktur, Maksym Burbak dan Pengerusi Pentadbiran Penerbangan Awam, Denys Antonyuk. "Kerajaan Ukraine telah menyatakan bahawa mereka tidak dapat mewujudkan satu laluan selamat ke tapak kemalangan serta jaminan di dalam mahupun sekitar kawasan itu untuk pasukan antarabangsa," katanya. Liow berkata pasukan penyiasat antarabangsa terdiri daripada pegawai-pegawai dari Netherlands, Malaysia, Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat. Pasukan Siasatan Khas Malaysia, yang terdiri daripada 133 pegawai dan anggota bencana, pakar forensik, teknikal dan pakar perubatan, telah tiba di sini, Sabtu. Penerbangan MH17, menggunakan pesawat Boeing 777-200ER, dipercayai telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Khamis lepas. Pesawat dengan 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, bahagian timur Ukraine, sebuah wilayah yang dikawal oleh puak pemberontak pro-Rusia. Liow berkata kerajaan Ukraine memaklumkan kepada pasukan penyiasat antarabangsa bahawa lokasi nahas adalah kawasan yang di bawah kawalan penuh kumpulan pemberontak. Mengenai laporan kumpulan pemberontak telah mendapat kotak hitam pesawat MH17, Liow berkata Malaysia mendesak supaya bukti penting ini tidak diusik dan diserahkan kepada pasukan penyiasat antarabangsa. "Walaupun dilaporkan komen oleh pemimpin pemberontak bahawa lokasi nahas tidak diusik dan bahan bukti tidak dicemari oleh mereka namun Malaysia amat bimbang di sebalik kenyataan itu," katanya. Beliau berkata Malaysia amat bimbang dengan keadaan huru-hara yang jelas di lokasi nahas berikutan laporan kehadiran kumpulan pemberontak yang bersaing sesama mereka tanpa pemimpin yang jelas atau rantaian perintah. Liow tiba di sini dengan diringi oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof. Menteri Pengangkutan itu juga dijadual bertemu Duta Netherlands di Ukraine, Kees Klompenhouwer. -- BERNAMA

Ahad, Julai 20, 2014

TRAGEDI MH17 MENGUJI KECEKAPAN LIOW TIONG LAI

SEPANG, 19 Julai (Bernama) -- Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama enam delegasi bertolak ke Ukraine pukul 11.59 Sabtu malam bagi membantu operasi pasukan Malaysia dalam insiden penerbangan MH17 Malaysia Airlines yang terhempas di timur Ukraine, Khamis lepas. Beliau berkata mereka akan transit di Amsterdam sebelum ke Kiev dan dijangka sampai pada pukul 1 petang esok waktu Ukraine. "Ini adalah tugas dan saya diarahkan ke Kiev dan saya pasti kami akan dapat memudahkan pergerakan pasukan penyiasat ke lokasi kejadian," katanya. Delegasi ke Kiev termasuk Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Pengerusi Malaysia Airlines dan penyiasat. "Saya tidak dapat memastikan berapa lama saya akan berada di sana... saya perlu memastikan segala proses perundingan dan kerja-kerja pencarian maklumat dapat dilaksanakan dengan baik," katanya kepada pemberita sebelum memasuki balai berlepas di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) malam ini. Menyentuh mengenai bilakah keluarga mangsa akan di bawa ke lokasi kejadian beliau berkata keselamatan keluarga mangsa perlu diutamakan kerana kawasan itu tidak selamat. "Kita kena pastikan keselamatan mereka sebelum mereka boleh dibawa ke sana, perkembangan lanjut akan dimaklumkan melalui sidang media kemudian," katanya. Beliau berkata pihaknya akan bertemu dengan Menteri Pengangkutan serta Menteri Luar Ukraine. Liow berkata beliau juga akan memastikan pasukan penyiasat Malaysia dapat berjumpa wakil Biro Kemalangan Nasional Ukraine yang telah membentuk sebuah suruhanjaya khas untuk menyiasat insiden itu. Pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 298 orang termasuk 15 anak kapal, terhempas di Donetsk, timur Ukraine, tidak jauh dari sempadan Rusia pada malam Khamis. Laporan media asing menyebut pesawat itu ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.  -- BERNAMA SN2 MAMY JM MK

Sabtu, Julai 19, 2014

MUJUR ROSMAH SURUH PUTIN CALL NAJIB

Peristiwa MH17 ditembak di Ukraine merupakan satu kejadian yang malang. Laluan yang dilalui MAS merupakan laluan yang dilalui oleh kapalterbang Presiden Rusia, Putin yang baru balik dari Brazil. Maka puak Ukraine yang menembak kapalterbang MAS salah anggap. Mereka ingatkan mereka menembak kapal terbang Putin. Petang semalam selepas berbuka puasa dengan blogger di Angkasapuri, perdana Mentyeri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihubungi Putin. Putin dikatakan call Najib kerana disuruh oleh Datin Seri Rosmah Mansor yang melalui kawan rapat Putin (bakal besannya di Uzbekistan?). Rakyat Malaysia berang dengan kejadian itu.Jadi Rosmah suruh Putin call najib bertitahu keadaan sebenar yang berlaku. Jika benar seperti laporan Malaysiakini, kita bertuah kerana ada isteri Perdana Menteri yang bnaik dengan Putin. Jika bukan pemisah Ukaraine pro Rusia yang menembak kapal terbang MAS, maka siapa yang menembak? Adakah CIA kerana Putin baru balik dari sidang di Brazil yang mahu menubuhkan Bank bersama negara Cina, India, Brazil? tembakan itu berlaku selepas Putin berbual dengan Presiden Amerika Syarikat, Obama. Adakah peristiwa ini akan mencetuskan Perang Dunia Ketiga? Oleh itu biar siasatan dilakukan secara adil untuk menghukum siapa yang bertanggungjawab meletupkan kapal terbang komersial. Walaupun ada larangan sejak mac lalu jangan lalu ikut udara Ukraine yang sedang bergolak, kenapa MAS masih lalu laluan tersebut? Ini yang menimbulkan tanda tanya kita walaupun Menteri Pengangkutan yang baharu menegaskan laluan itu diluluskan oleh pihak antarabangsa. Kotak hitam sudah ditemui. jadi biarlah kotak hitam bercerita selepas ini. Amat malang persitiwa ini berlaku yang juga melibatkan kematian nenek tiri Najib sendiri yang berumur 83 tahun. Saham MAS terus merudum selepas kejadian kehilangan MH370 empat bulan lalu. Adakah MAS bakal dibubarkan atau Tan Sri Syed Mokhtar Albukhari akan diarah take over MAS selepas ini? yang menjadi tanda tanya kenapa kapalterbang dari Belanda ke Kuala Lumpur yang menjadi sasaran. Adakah kerana Rusia membeli kapal selam dari Belanda? Jika teori ini boleh diguna pakai, maka penembakan MAS menjadi mangsa percaturan politik di antara US dengan Rusia, maka 295 orang yang tidak berdosa menjadi mangsanya. Semoga penembak kapal terbang ini dihukum setimpalnya kerana mereka tidak berhati perut menembak kapal terbang komersial. dengan kehebatan Rosmah menyuruh Putin call Najib, maka selepas ini jika ada rombakan kabinet, sudah sampai masanya Rosmah dilantik Senator dan dilantik Menteri Luar menggantikan Datuk Anipah Aman. Apa salahnya Najib dan Rosmah berada dalam kabinet seperti mana sepasang suami isteri pernah berada dalam kabibinet dahulu iaitu menteri undang undang, Tan Sri Kadir Yusof dan menteri Kebajikan masyarakat, tan Sri fatimah Hashim.

Jumaat, Julai 18, 2014

MAS: SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Satu lagi tragedi mengejutkan negara apabila Malaysia Airlines (MAS) mengalami satu lagi kemalangan pesawat selepas MH17 dilaporkan terhempas di Ukraine. Berita terkini oleh media asing melaporkan MH17 "ditembak jatuh" ketika ia berada pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia. Pesawat MH17 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal. Empat bulan sebelum ini pesawatnya MH370 yang membawa 239 penumpang, hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, dan dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi pada 8 Mac. Usaha mencari pesawat itu masih berjalan, bagaimanapun hingga sekarang, serpihan pesawat itu gagal ditemui. Dalam reaksi segera, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi tweetnya "terkejut mendengar laporan pesawat MAS terhempas, dan mengarahkan siasatan segera dijalankan." Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin ketika dihubungi Bernama berkata Wisma Putra sedang bekerjasama dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan tragedi itu. MAS dalam satu kenyataan mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan MH17 pada 1415 (GMT) 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine. Syarikat pengeluar pesawat, Boeing berkata ia bersedia memberi apa jua bantuan yang diminta oleh pihak berkuasa berhubung MH17. "Doa kami adalah bersama mereka yang berada dalam pesawat Malaysia Airlines yang hilang di ruang udara Ukraine serta keluarga mereka dan orang tersayang," kata Boeing dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dari Seattle Khamis. Portal kerajaan Ukraine http://www.kmu.gov.ua/ menyatakan pada Rabu situasi di sempadan Ukraine-Rusia masih tegang. "Pengawal sempadan meneruskan tugas berdasarkan pelan am ATO. Tentera upahan Rusia dan pengganas saling berbalas tembakan," menurut laman web itu. -- BERNAMA

Khamis, Julai 17, 2014

MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA TEKNIKAL HUDUD HARI INI

KOTA BAHARU: Jawatankuasa Teknikal Peringkat Pusat yang diwujudkan bagi mengkaji pelaksanaan hukum hudud atau Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan, dijadual mengadakan mesyuarat pertamanya esok (hari ini). Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata mesyuarat berkenaan akan diadakan selepas perjumpaan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Putrajaya. "Esok delegasi seramai lapan orang wakil dari Kelantan yang termasuk saya sendiri akan ke Putrajaya untuk berjumpa Datuk Seri Jamil Khir Baharom. "Selepas kunjungan itu, akan diadakan mesyuarat pertama Jawatankuasa Teknikal Peringkat Pusat dan enam wakil daripada kita akan menyertai mesyuarat itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri kepada Pasukan Keselamatan di sini, Rabu. Pada majlis itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menyampaikan sumbangan Kuih Muih kepada 12 pasukan keselamatan antaranya Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan (JBPM) dan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan. Pada 2 Mei lepas, Jamil Khir berkata sebuah jawatankuasa teknikal di peringkat pusat ditubuhkan bagi mengkaji pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah di Kelantan. Kerajaan pusat menubuhkan jawatankuasa itu setelah PAS mahu membentangkan Rang Undang-undang Persendirian (hukum hudud) di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. Pembentangan rang undang-undang persendirian itu bertujuan mendapatkan kebenaran melaksanakan hukum hudud itu seperti yang diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. - Bernama

Rabu, Julai 16, 2014

22 TAHUN SIMPAN DENDAM

Dua hari lepas saya menulis HABIS MANIS SEPAH DIBUANG dalam blog ini. Saya tak sangka tulisan itu mendapat sokongan ramai bekas staf Kumpulan Karangkraf yang sewaktu dengan saya (1987-1992). Mereka call, sms saya, chatting dengan saya melahirkan sokongan terhadap apa yang saya tentang bekas majikan saya. Saya sengaja meletakkan tulisan dalam blog saya itu dalam Facebook pengajur majlis berbuka puasa Alumni, Rodly Fadly. Saya tak sangka tulisan itu mendapat respon dari bekas majikan saya dalam Facebook Rodly yang menulis seperti berikut: "saya juga hurmati hak zabidi menulis. cuma jangan fitnah. dosa besar. apa yg zabidi tulis itu persepsi zabidi. kami juga ada persepsi kami tentang zabidi tapi kami pilih utk berdiam. di zaman watan/bacaria kami tak buang orang. mereka berhenti sendiri atas pilihan semdiri. cerita pasal malungun itu adalah sebuah fitnah berat dari saudara. saya tak perlu gaduh dgn saudara.". Dia hormati hak saya menulis. Lepas itu dia kata saya buat fitnah. Dia juga ada persepsi tentang saya tapi dia berdiam diri. Memang betul selepas Watan ditutup pada Oktober 1987, dia tak buang orang kerana mereka berhenti sendiri. Padahal Kumpulan Karangkraf ada banyak majalah, apa salahnya beliau serap bekas staff Watan dalam pelbagai majalah terbitan Kumpulan Karangkraf. Sebaliknya mereka kena meletakkan jawatan menganggur sampai ada yang ada rumah terpaksa dilelong kerana tiada kerja. Ada yang bercerai berai dimarahi mertua akibat tak ada kerja. ini diakui oleh Bidin Beseri Saad, bekas pengarang berita Watan kepada saya:" salam sdra zabidi...apa yg hang tulis tu mmg la btul..aku, hj khairyne dan smua geng pengasas watan di ttdi dulu rasa camtu...aku menganggur berapa lama..kereta kena tarik..rumah kena tolak balik..mcm2..keluarga porak peranda..." Tulisnya lagi, "derita hidup aku rasanya lbh teruk dari hang kot zabidi..hahaaaa. pak mentua aku dtg mrh2 sbb takde kerja". Malah bekas majikan saya menambah dalam Facebook Rodly bahawa:" apa zabidi nak kata tentang saya saya tidak kisah . saya tidak akan respons kerana tidak suka buka aib orang lain. tapi fitnah zabidi terhadap saya mengenai malungun ini saya anggap sebuah fitnah berat." Fitnah apa? Semua bekas staff Watan tahu cerita ini. Malungun yang memberitahu saya hal ini. malangnya Malungun sudah meninggal dunia untuk menjadi saksi saya. Kita tunggu di akhirat sama ada Malungun yang bohong atau dia yang bohong, Dia tak nak respon kerana tidak suka buka aib orang. Aib dia saya tidak tahu? Aruah Man Toba cerita semua kepada saya kisah di sebalik pertandingan Dewi Remaja anjuran majalah Remaja. Dewi Remaja yang menang diajak tidur oleh pengurusan Karangkraf. Saya tahu semua tapi saya tak nak juga buka aib orang. Saya menyokong usaha bekas staff seperti Rodly fadly menubuhkan Alumni Bekas Staf Karangkraf. Ada cadangan supaya ahli-ahli melawat bekas staff yang sakit seperti ismail jais di melaka. baguslah kerana sekurang-kurangnya Karangkraf mengenang jasa kami 27 tahun lalu mengkayakan mereka.Kami dahulu bergaji kecil tidak bergaji besar seperti staff Karangkraf sekarang. Sekurang-kurangnya titik peluh kami ada saham dalam membangunkan Karangkraf sehingga menjadi gergasi penerbitan selama 36 tahun. Bagi saya karangkraf tidak hebat mana. kalau ia hebat sudah lama ia disenaraikan di BSKL sama ada di papan kedua atau papan utama. kalau setakat dapat pingat Datuk, hairan apa ada kawan saya baik dengan istana Pahang boleh uruskan pingat itu dengan bayaran RM60,000 sahaja. Itulah nilai Datuk Pahang hari ini.Karangkraf hidup kerana tiada union menjaga kebajikan staff. lihat dahulu apa yang berlaku kepada daud Ibrahim yang menang jadi Presiden Badan keluarga yang mahu memperjuangkan nasib staff akhirnya meletakkan jawatan kerana tak tahan dengan tekanan majikan. Saya sekembalinya dari Sabah pada tahun 1991 turut mahu memperjuangkan masib staff tapi saya kalah bertanding jawatan presiden Badan Keluarga di tangan aruah Man Toba. Pada hari akhir kempen, saya belanja 50 orang staff makan nasi lemak, tapi saya dapat 49 undi sahaja. Itulah kenangan manis sepanjang berada di Karangkraf. Saya memang akui Karangkraf ada jasa kepada saya tetapi saya dendam dengan cara majikan melayan staff. Dendam selama 22 tahun ini sudah dapat saya luahkan kelmarin dahulu. Seperti kata Datuk kamal Amir, "dalam kehadiran ramadhan al mubarak ini ada baiknya kita berbaik sangka saudara Zabidi", saya setuju dengan beliau dan saya mohon maaf kepada majikan saya kerana saya sudah luahkan segala yang tersimpan selama 22 tahun selama ini. Maafkan saya Datuk Haji Huss
amuddin.

Selasa, Julai 15, 2014

PERKASA AJAK SEMUA NEGARA ISLAM SERANG ISRAEL

KENYATAAN PENUH PRESIDEN PERKASA. DATUK IBRAHIM ALI:
Takbir! Anak haram jadah Zionis Israel serang dan membunuh lagi di Gaza. kezaliman dan kekejaman dasyhat diulang berkali-kali, puliuhan tahun lamanya terhadap rakyat palestine. Umat Islam seluruh dunia tidak dapat berbuat apa-apa setiap kali serangan berlaku kecuali solathajat, solat ghaib jenazah, kenyataan mengutuk, demonstrasi, hantar nota bantahan terhadap Amerika Syarikat yang menjadi dalang di belakang Zionis israel. Selebihnya keluhan dan sedih. Yang boleh buat sesuatu ialah pemimpin-pemimpin negara Islam iaitu Raja, Presiden dan Perdana Menteri. jumlah tidak sedikit. Himpunkan semua kekuatan, bersatu dan OIC menjadi penggerak. Serang saja Zionis Israel laknatullah yang kejam ini. binatang liar tidak sekejam Zionis Israel. Allah swt sedang menguji pemimpin-pemimpin negara Islam bukan setakat ujian kepada rakyat Palestine. Tidak sedikit jumlah umat Islam, negara-negara islam, kekayaan . Gabung semua tentera dan senjata negara Islam dan serang saja Zionis gila ini dan doa kepada Allah.

Isnin, Julai 14, 2014

HABIS MANIS SEPAH DIBUANG

Semalam Alumni Bekas Staf Kumpulan Karangkraf mengadakan majlis berbuka puasa di pejabat Karangkraf di Shah Alam. Ramai bekas staff menghadiri majlis tersebut seperti Datuk Khusairi Talib (ADUN Slim River), Mazlan Mir, Sharifah Abu Salem, Datuk Ghafar Nin.Sebut sahaja Kumpulan Karangkraf, rakyat Malaysia sudah mengenali penerbit majalah terbesar di Malaysia itu. Ia diasaskan oleh dua beradik, Datuk Hushamuddin Yaacob dan Fikry Yaacob dengan sepupunya Nasir Hamzah pada tahun 1978. Akhbar tabloid yang pertama diterbitkannya ialah Bacaria dengan Datuk kamal Amir sebagai editornya. Pada 28 November 1984, Kumpulan Karangkraf menerbitkan akhbar Watan yang dibeli dari Pustaka Antara dengan Tan Sri Khir Johari sebagai Pengerusinya. Saya menyertai akhbar Watan pada 6 April 1987 sebagai wartawan pertama yang diambil dari skim siswazah. Kami enam orang termasuk Rusmin Fadzil, Drs Kamarulzaman Zainal ditawarkan gaji RM600 dalam tempoh percubaan selama enam bulan. ketika itu editor akhbar Watan ialah Khairune Mohd Ali (kini penerbit Warta Perdana)manakala wartawannya ialah Bidin Beseri saad, Lokman Abdullah, Misrom Matleham, Datuk Khusairi talib, Azlan Ghani, Abu hassan shaari,Shamsuri Ruslan, Shamsuri Mamat, Haris Ribut. Watan diterbitkan dua kali seminggu ketika itu mendapat sambutan kerana kami tidak memihak kepada mana-mana parti. Ketika itu Umno bergolak dengan Team A dan Team B akibat perebutan jawatan presiden Umno di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Watan yang banyak memberi liputan kepada Team B. Watan diharamkan bersama The Star dan Sin Chew Jit Poh pada Oktober 1987. Maka ramai yang kena letak jawatan tetapi saya ditukarkan ke majalah SPM dan STPM sebagai editor menggantikan Ujid Darmawan yang meletakkan jawatan. Ketika ini gaji saya sudah naik RM850.Pada bulan Februari 1988 Watan dihidupkan semula dengan saya sebagai penolong editornya dengan gaji RM1200. Datuk Jamaluddin Abdul Aziz dari Bacaria ditarik ke Watan juga sebagai penolong editor dan Malungun sebagai Penasihat Editorial. Kami bekerja siang malam menaikkan jualan Watan dan akhirnya Watan diterbitkan tiga kali seminggu. Ketika itu Umno sudah berpecah dengan ku Li memipin Semangat 46. maka banyak berita Semangat 46 mendapat tempat dalam akhbar Watan.Ketika ini ramai staff baru Watan masuk termasuk Sharifah Abu salem, Imlan Adabi, Daud Ibrahim, Shahbudin Husin, Zulkofli Jamaluddin,Noraini Nordin, Makasom Halim, Rahim tahir, Roshidah Alang ishak, Rusmin fadzil, Mohd Shah Abdullah, V. Ashok, Azhar, baha Azuwan. Apabila Watan mahu membuka cawangan di sabah, saya menawarkan diri pergi ke sana sebagai Wakil Watan di Sabah dengan gaji RM2,500 mulai 1 Januari 1989 hingga 30 Jun 1991. Kami mempunyai ramai pembaca apabila menerbitkan edisi Sabah yang mana muka hadapan dan belakang serta muka tengah berlainan dengan edisi Semenanjung. Saya membawa keluarga saya ke sana dan sempat menaiki Feri Malaysia membawa tiga orang anak yang berusia 7, 5 dan 3 tahun. Di Sabah saya dapat dua anak lelaki yang dilahirkan pada tahun 1989 dan 1990. Seronok saya bekerja di Sabah kerana orang politiknya pemurah. Ketika itu Datuk Khusairi bekerja dengan Datuk zaki Gusmiah sebagai pegawai akhbar kepada Pengerusi Ko Nelayan. Khusairi bawa saya wawancara Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk hasan Alban Sandukong. Lepas wawancara, saya terkejut beliau beri wang RM200 kepada saya. Saya tak tahu rupanya orang politik Sabah memang pemurah berbanding dengan orang politik Semenanjung, jangan harap orang politik Semenanjung akan beri wang kepada wartawan selepas wawancara. Rupanya ini budaya orang Sabah di mana rakyat diajar beri wang oleh pemimpinnya. Di Sabah saya baik dengan semua pemimpin, PBS, USNO, BERJAYA, PRS, PAS maka mereka mendapat liputan yang adil dalam akhbar Watan. Yang lucunya mereka bergaduh dalam akhbar tetapi malam mereka minum semeja. Di sini saya rapat dengan Exco pemuda Usno seperti Datuk Bung Mokhtar, Datuk Johari janan, Datuk Rizalman Abdullah dan Kipli Abas. Setiap kali mereka berada di Kota Kinabalu, saya menemani mereka untuk mendapatkan berita. Datuk onn Ariffin yang juga Pengarah Perhubungan Persekutuan Usno, seringkali marah saya kerana menyiarkan berita PBS. Beliau tak faham dengan konsep Watan yang tidak menyebelahi mana-mana pihak. Kita tetap siar berita Usno walaupun Usno tak mungkin menang dalam pilihanraya lagi. Saya rapat dengan bekas pemimpin usno, Datuk karim Ghani yang mahu Umno masuk ke Sabah. Saya rapat dengan semua orang termasuk pemimpin PBS ketika itu seperti Datuk Salleh Said Keruak dan Datuk Lajim Ukin. Namun demikian Ketua Menteri sabah, Datuk Pairin Kitingan tidak menyenangi Watan apabila watan seringkali menulis PBS anti Islam. malah Tun datu Mustapha, Presiden usno marah dengan watan apabila Watan menonjolkan Umno ke Sabah. beliau tanya mana wakil akhbar Syaitan (watan). Selepas pilihanraya umum 1990, Umno masuk ke Sabah dan tun datu Mustapha terpaksa membubarkan parti usno. Selepas pilihanraya kecil usukan di mana Tun Mustapha sebagai calon BN mewakili Umno menentang calon PBS, selepas itu saya ditukarkan semula ke Kuala Lumpur sebagai penolong editor akhbar Watan. Selepas pilihanraya umum 1990, jualan Watan merosot kerana rakyat sudah tahu BN masih menang dan Semangat 46 kalah, maka orang dah bosan baca akhbar politik. Dalam masa yang sama PAS menerbitkan akhbar harakah yang lebih berani dari Watan. maka juala Watan makin merosot. saya ditukarkan ke bahagian iklan untuk mencari iklan. maka saya dapati Haji Hushamudin sudah tidak memerlukan saya lagi sedangkan saya boleh ditukar ke bahagian majalah lain. Karangkaraf ketika itu ada lebih dari 10 buah majalah. maka saya pun meletakkan jawatan pada 1992. Begitulah manusia, habis manis sepah dibuang. Masa kita diperlukan Hushamudin menjaga kita, bila Watan sudah tidak beri untung lagi kepadanya, maka kita semua disingkirkan. Itulah hakikat yang kita perlu terima yang menyebabkan saya kecil hati dengan Hushamuddin yang menyebabkan saya tidak hadiri majlis alumni Karangkaraf malam tadi. Saya akui tanpa Karangkraf saya tidak akan dikenali sebagai wartawan tetapi cara Karangkraf melayan wartawan hendaklah diperbetulkan semula supaya mereka dihargai sama ada akhabar atau majalah mereka buat untung atau tidak. Buat apa kaya raya hasil perah keringat orang lain. Lihat apa yang berlaku pada Malungun, balik dari menunaikan fardu haji, kerusi dan mejanya tidak ada lagi. Malungun yang mengerti meletakkan jawatan kerana Hushamuddin sudah tidak memerlukannya lagi.

Ahad, Julai 13, 2014

SAMYHIM MAHU DATING DENGAN AMBIGA

KUALA LUMPUR: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merombak semula anggota NUCC. Katanya, Barisan Perpaduan Nasional (BPN) dan Perkasa bersyukur menyambut baik dan menghargai kenyataan Najib dan keputusan Majlis Tertinggi Umno yang telah memberi jaminan bahawa kerajaan sahaja yang berkuasa memuktamadkan Akta Keharmonian selain menegur tingkahlaku NUCC yang dihijack oleh golongan tertentu yang ada kepentingan jahat. "Hal ini awal-awal lagi Perkasa jangkakan kerana amat mengenali sangat individu-individu dalam NUCC selain yakin wakil Melayu dalam NUCC tidak akan berperanan secara berkesan selain dari pekakdan diperalatkan," katanya dalam satu kenyataan. Ibrahim yang juga bekas ahli parlimen Pasir Mas menambah jumlah orang Melayu dalam NUCC lebih kecil dari puak yang ada niat tertentu. Katanya lagi, teguran PM mesti disusuli dengan tindakan. "Ini yang dikatakan kepimpinan yang berwibawa dan tegas. "BPN mengucapkan setinggi tahniah dan akan mengemukakan pandangan serta cadangan mengikut saluranyang betul," katanya. Dalam pada itu beliau menjelaskan BPN dalam proses menyiapkan memorandum dan akan menghasilkan yang terbaik dan tidak terburu-buru. "Ia akan diserah kepada kerajaan mengikut cara yang betul". Tambahnya lagi, jaminan PM untuk menjaga Islam sebagai agama persekutuan,Bahasa melayu, institusi Raja dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera yang menjadi asas perlembagaan negara adalah prinsip yang tidak akan digugat sama sekali amat-amat BPN dan Perkasa junjung dan julang. "Selain itu, Perkasa ingin mengusulkan supaya PAS memohon pada Majlis Peguam supaya melantik Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai pegawai barua Majlis Peguam supaya peranannya lebih berkesan," tegasnya. Katanya lagi, namanya juga patut ditukar kepada nama baru Muntahik sebagai menghargai cadangannya Perkasa dan Isma diharamkan. "Saya juga bersetuju menukar nama saya kepada Samyhim untuk memenuhi syarat Perkasa diterima kumpulan Negaraku yang dinaungi Ambiga," katanya lagi. Ibrahim menambah Perkasa ada hak , the right to be heard" kerana Perkasa pertubuhan halal. "Ianya juga untuk menjaga kredibiliti Ambiga supaya tidak dicap double standard bila bersyarat dengan Perkasa. Mana dia demokrasi, hak asasi, telus yang diperjuangkan oleh Ambiga?" soal beliau. Katanya, beliau berharap satu hari nanti beliau dapat dating dengan Ambiga untuk bertukar-tukar pendapat. "Nama saya Samyhim dan Ambiga saya beri nama Aminah. Proses integrasi nasional. Kepada puak DAP dan Majlis Peguam, jangan hentam saya kerana saya sudah lama tukar nama dari Ibrahim Ali kepada Ah Him," katanya. Ibrahim menambah beliau lakukan ini sebagai pengorbanan untuk memuaskan nafsu mereka ini.

Sabtu, Julai 12, 2014

MESYUARAT PERWAKILAN BAHAGIAN UMNO BERMULA 8 OGOS

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tempoh Mesyuarat Agung Bahagian Umno yang bermula 8 Ogos ini akan dilanjutkan kepada 30 September ini berbanding tarikh sebelumnya, iaitu sehingga 14 September. Tempoh mesyuarat itu dilanjutkan kerana Umno telah meminda tarikh Perhimpunan Agungnya tahun ini kepada 25 hingga 29 November depan, katanya. Sebelum ini, perhimpunan itu dijadual berlangsung pada 28 Oktober hingga 1 November. Beliau juga mengingatkan anggota Umno supaya sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan atau pendapat kerana pandangan mereka itu boleh memberi kesan terhadap pandangan pihak luar kepada parti itu. Sesuatu kenyataan atau pandangan yang dibuat oleh anggota Umno tidak sepatutnya menyentuh perkara-perkara yang bertentangan dengan prinsip dan dasar perjuangan parti, kata Najib yang juga Perdana Menteri kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, di sini semalam. Beliau berkata ini adalah kerana kenyataan yang mereka keluarkan itu sedikit sebanyak mencerminkan kepada orang luar mengenai Umno, Majlis Tertinggi Umno dan kedudukan seseorang pemimpin parti itu. "Sebagai contoh sekiranya kita Anggota Parlimen, apa yang kita suarakan itu mereka di luar akan melihat (sebagai) kewibawaan Anggota Parlimen Barisan Nasional," katanya. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tindakan Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin yang berkata dalam catatan Twitternya "Well done...Bravo...Long live Hitler.." sejurus selepas pasukan bola sepak Jerman menewaskan Brazil 7-1 pada perlawanan peringkat separuh akhir Piala Dunia, Rabu lepas. Najib berkata Umno tidak mempunyai perundangan spesifik bagi menghukum anggotanya yang mengeluarkan pandangan di laman sosial yang disifatkan bertentangan dengan prinsip parti. Bagaimanapun, beliau berkata setiap anggota Umno kini menyedari perkara itu, dan mereka tidak akan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan dan pandangan menyalahi prinsip dan dasar parti. "Sebab itu saya ambil keputusan cepat untuk menegur beliau (Bung Moktar), dan beliau telah minta maaf dan menarik semula kenyataan itu," katanya. Bung Moktar sebelum ini dikecam pelbagai pihak ekoran catatan Twitterya itu yang dianggap memuji atau menyatakan sokongan terhadap rejim fasis Adolf Hitler. Semalam Najib berkata di laman Twitternya bahawa komen-komen yang dibuat oleh Bung Moktar "tidak boleh diterima dan salah", dan Anggota Parlimen Kinabatangan itu "akan menarik balik" komennya itu. -- BERNAMA

Jumaat, Julai 11, 2014

NAJIB PUJI KHALID

SHAH ALAM, 10 Julai (Bernama) -- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang berdepan dengan tekanan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, malam ini mendapat suntikan moral daripada Perdana Menteri yang mengakui boleh bekerjasama dengan beliau walaupun berbeza fahaman politik. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata: "Walaupun ada perbezaan, kita boleh bekerjasama dalam banyak hal." Najib turut berterima kasih kepada Abdul Khalid kerana menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor anjuran pejabat Pembangunan Persekutuan Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong di sini, malam ini. Kira-kira 2,000 rakyat Selangor menghadiri majlis itu yang disusuli dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih. "(Kehadiran Khalid) ini satu petanda baik, saya kira," kata Najib. Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar. Sejak beberapa bulan lepas, Abdul Khalid menerima tekanan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Hasrat 'Langkah Kajang' yang dilihat gagal menjatuhkan Abdul Khalid sebelum ini, kembali berlaku dalam PKR terutama selepas beliau gagal mempertahankan kerusinya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor pada pemilihan parti itu baru-baru ini. Abdul Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 di negeri itu. -- BERNAMA

Khamis, Julai 10, 2014

LALUAN JABOR KE CHENEH DIBUKA PADA 21 JULAI

KUALA TERENGGANU - Pakej kedua projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang menghubungkan Jabor ke Cheneh di Kemaman akan dibuka kepada semua lalu lintas pada 21 Julai ini. Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, laluan sepanjang 26 kilometer itu akan memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya sempena Aidilfitri. "Baki 54 kilometer keseluruhan LPT 2 yang belum siap dijangka dibuka selewat-lewatnya akhir tahun ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri di sini hari ini. "Kita juga sedang meneliti kemungkinan untuk membuka laluan Cheneh ke Chukai pula sekiranya sempat sebelum Aidilfitri ini, namun belum mendapat kelulusan dan belum diwartakan untuk membuka laluan terus Jabor-Cheneh-Chukai sepanjang 40 kilometer itu," katanya. Jika laluan ke Chukai itu sempat dibuka sebelum Aidilfitri, bermakna kita hanya perlu menyiapkan baki 40 kilometer sahaja lagi, katanya. Projek LPT 2 sepanjang 184 kilometer yang bermula dari Jabor, Kemaman ke Kampung Gemuruh, bahagian utara Kuala Terengganu itu adalah kesinambungan projek LPT Fasa 1 iaitu dari Karak ke Kuantan sepanjang 159 kilometer yang dimulakan pada Mac 2006. Projek LPT 2 itu terbahagi kepada 16 pakej iaitu 15 pakej dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang ditawarkan secara tender terbuka konvensional dan satu pakej lagi secara rundingan terus dikendalikan Lembaga Lebuhraya Malaysia. Projek yang sepatutnya siap pada akhir tahun 2010 itu bagaimanapun mengalami masalah apabila beberapa kontraktor yang dilantik gagal menyiapkan kerja mengikut jadual berikutan masalah kenaikan harga barang pembinaan di pasaran. - Bernama

Rabu, Julai 09, 2014

TUAN CHIK DALAM KENANGAN

Pagi semalam 9.30 sahabat saya Tuan Chik Tuan Muda, 58 tahun, meninggal dunia kerana kanser limpa. Saya terkejut menerima panggilan telefon dari adik ipar pada jam 11 pagi. terus saya call Mat Din, kawan rapat Tuan Chik untuk pengesahan. Mat Din dalam perjalanan dari KT ke Kemaman. Saya sendiri pun tak tahu dia sakit kerana Mat Din tak beritahu bahawa pada 3hb Tuan Chik dah masuk Hospital Kuantan dihantar oleh Mat Din sendiri. Kisfi pun marah kerana tiap hari Kisfi jumpa Mat Din, Mat Din tak beritahu pun Tuan Chik sakit. Setiap kali saya balik Kemaman saya akan singgah di kedai bajanya. Dahulu Tuan Chik adalah seorang kerani di FELCRA Seri Bandi. Di situ dia kenali Mat Din yang bekerja sebagai pembantu luar FELCRA. Selepas dia menang ahli jawatankuasa pemuda Umno Bahagian Kemaman pada tahun 1990, dia memohon jadi Penghulu. Dua kali dia mohon jadi penghulu. Kali pertama gagal kerana dalam kad pengenalannya dia dilahirkan di Pahang. Selepas mendapat pengesahan sudah lama jadi rakyat Terengganu, barulah beliau berjaya menjadi Penghulu dengan pertolongan aruah Cikgu Mohamad Mahmud pegawai khas ADUN Chukai, Tan Sri Wan Mokhtar. Tempat pertama beliau bertugas di mukim Pasir Semut yang berpengkalan di kampung saya Pasir Gajah pada tahun 1992. Saya baru balik dari Sabah pada tahun 1992 dan balik ke Pasir Gajah setelah meletakkan jawatan sebagai Penolong Editor akhbar Watan. Maka kami rapat kerana kami mempunyai minat yang sama dalam politik. Kami sering bersama kerana kebetulan ketika itu saya tiada kereta maka saya menumpang keretanya ke majlis politik di daerah Kemaman. Pada tahun 1995, apabila saya menang bertanding jawatan ahli jawatankuasa pemuda Umno Bahagian Kemaman beliau sudah meninggalkan pemuda dan menang ahli jawatankuasa Umno Bahagian. Saya bimbang juga jika umur pemudanya belum habis, dia tetap mempertahankan jawatan ajk pemuda dan sudah tentu saya kalah kerana masakan perwakilan mahu pilih dua orang dari cawangan Pasir Gajah sebagai ajk pemuda. Pada tahun 1993, apabila ADUN Kijal, Ahmad Said menentang aruah Nazri Salleh bagi jawatan Ketua Pemuda, beliau adalah salah seorang ajk pemuda yang digelar Geng 10 yang menentang Nazri Salleh.Maka strategi diatur untuk mengalahkannya sebagai ketua cawangan Umno FELCRA Seri Bandi di mana Harun yang ditaja oleh kumpulan Nazri Salleh mengalahkan Tuan Chik yang menyokong Ahmad Said. Di zaman PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999, beliau ditukarkan ke Setiu. Apabila BN menang semula pada tahun 2004, beliau ditukarkan ke Kijal dan menjadi rapat semula dengan ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said. Dua tahun kemudian beliau bersara pilihan dan membuka kedai baja di Chukai. Dalam politik, kawan lupa kawan. Dia banyak menaikkan Ahmad Said dari wakil rakyat biasa sehingga menjadi ADUN dan Exco tetapi Ahmad Said yang dikelilingi oleh orang-orangnya menyebabkan Tuan Chik tersingkir dari kumpulan Ahmad Said. Selepas Ahmad Said jadi MB pun, Tuan Chik tetap menentang Ahmad Said melalui Facebooknya sehingga Facebooknya kena godam oelh para penyokong Ahmad Said. Saya rapat dengan beliau. Setelah bekerja smeula di KL pada tahun 2001, setiap kali balik kampung sebulan sekali
saya akan singgah di kedainya mengutip info perkembangan politik terbaharu di Kemaman. Secara konsisten beliau menentang Ahmad Said sehingga beliau tersungkur dari jawatan MB pada 12 Mei lalu. Semalam Tuan Chik yang saya kenali sudah tiada. Alfatihah buat Tuan Chik.

Selasa, Julai 08, 2014

KEM HISHAMUDDIN MULA BERKEMPEN

Sejak Tan Sri Muhyiddin Yasin dihebohkan mahu meletakkan jawatan sebagai TPM, ramai ahli Umno tertumpu kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai bakal TPM. Kenapa mereka tidak tumpu perhatiian kepada Naib Presiden Umno no 1, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau Naib Presiden Umno no 2, Datuk Seri Shafie Apdal? Ramai percaya jika benar Muhyiddin melepaskan jawatannya, maka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melantik sepupunya sebagai TPM dan bukan Zahid atau Shafie. Inilah tradisi Umno kerana Umno tidak pernah mengikuti hirarki memilih TPM di kalangan Naib Presiden Umno yang paling popular. Pada tahun 1973, apabila TPM, Tun Dr Ismail meninggal dunia, Tun Razak tidak memilih Ghafar Baba atau Sardon Jubir sebagai TPM yang mendapat undi tertinggi dalam pertandingan Naib Presiden Umno 1972, sebaliknya memilih birasnya, Hussein Onn sebagai TPM yang baharu. Begitu juga apabila Tun Hussein Onn menjadi PM pada tahun 1976, beliau tidak memilih Ghafar Baba atau tengku razaleigh yang mendapat undi tertinggi dalam pertandingan Naib Presiden Umno pada tahun 1975, sebaliknya beliau memilih Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Naib Presiden Umno no. 3. Dalam pertandingan Naib Presiden Umno 2013, Hishamuddin nyaris nyaris kalah di tangan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir. Tanpa campurtangan Sultan pahang dan Sultan Johor, hishamuddin sudah tewas tetapi apabila Sultan memanggil perwakilan pahang dan Johor, maka Mukhriz tidak mendapat sokongan dari perwakilan kedua-dua negeri tersebut. Dapatkah Hishamuddin menjadi TPM sekiranya Muhyiddin meletakkan jawatan? Pada hemat saya, jika benar Muhyiddin letak jawatan, inilah peluang najib menaikkan sepupunya sebagai TPM. Sebaliknya jika jawatan Timbalan Presiden Umno diserah kepada para perwakilan seperti tahun 2009, perwakilan diberi pilihan sama ada mmeilih Muhyiddin atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib, maka perwakilan memilih Muhyiddin. Jika para perwakilan diberi pilihan pada tahun 2018 memilih Zahid atau hishamuddin sebagai Timbalan Presiden Umno, maka perwakilan akan memilih Zahid. Dengan naiknya Khairy dan Mukhriz sebagai Naib Presiden Umno yang baharu pada 2018, maka peluang hishamuddin untuk jadi nombor dua terus berkecai. maka peluang terbaik bagi Najib menaikkan hishamuddin apabila Muhyiddin didesak berundur. Sebenarnya selepas pilihanraya umum 2013, Muhyiddin sudah melahirkan hasratnya kepada Najib untuk berundur tetapi Najib mahu Muhyiddin teruskan menjadi TPM kerana beliau dapati sepupunya belum stabil kedudukannya sebagai Naib Presiden Umno. Malam tadi sahabat sahabat hishamuddin mengadakan majlis berbuka puasa di Hotel Istana. Pengerusi Tabung haji, Datuk Azeez Rahim berucap sebagai penganjur malah Ketua Menteri Melaka, Datuk idris harun sebagai penganjur turut datang berbuka puasa.Mereka berdua adalah bekas Exco pemuda ketika Hishamuddin menjadi Ketua Pemuda. Hishamuddin turut berucap mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang dari jauh termasuk dari Ledang dan Semberong. Hishamuddin kini ahli parlimen Semberong dan Ketua Bahagian Semberong tetapi beliau tidak pernah lupa bahawa beliau masuk politik pada tahun 1993 di Sungai Mati, Ledang. Beliau dibawa oleh Tan Sri Ghani Othman sebagai Ketua Pemuda Ledang pada tahun 1993 mengalahkan aruah Datuk jamaluddin Abu Bakar, penerbit akhbar Buletin utama.orang yang pertama berkata jika Muhyiddin letak jawatan, Hishamuddin tak layak jadi TPM ialah Zaharin Mohd yasin setiausaha kerja BN Bandar Tun Razak. Sejak itu beliau diserang oleh puak-puak hishamuddin termasuk papagomo yang dibayar upahnya oleh menantu hishamuddin.malam tadi zaharin yang bari tiba dari Melbourne, Australia turut hadiri majlis itu dan mereka berdua bermaaf-maafan di antara Papagomo dengan Zaharin. Adakah majlis malam tadi permulaan majlis berkempen untuk jadi TPM? hanya Allah yang tahu walaupun Azeez berkata ini adalah majlis buka puasa yang ke 10 di mana sahabat sahabat Hishamuddin mengadakannya setiap
tahun.

Isnin, Julai 07, 2014

RAZIF DILANTIK PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO TERENGGANU

KUALA TERENGGANU:
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pentadbiran negeri yang dicorak oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berada pada landasan tepat sebagaimana yang diharapkan. Menurut Perdana Menteri, dalam tempoh yang singkat setelah mengambil alih teraju kepimpinan, Ahmad Razif telah berusaha menterjemahkan aspek perpaduan, kesinambungan dan pembaharuan. "Saya lihat semua berjalan dengan baik, saya tekankan soal perpaduan dan juga kesinambungan. Maknanya apa yang baik, yang dilakukan oleh pentadbiran dahulu kita teruskan. "Di samping itu, saya percaya Datuk Ahmad Razif akan lakukan pembaharuan dan penambahbaikan," katanya yang turut merujuk pendekatan pentadbiran Ahmad Razif yang bertemakan Transformasi Terengganu Baharu sebagai sokongan kepada program transformasi nasional. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya penilaiannya terhadap Ahmad Razif yang memikul tanggungjawab menggantikan Datuk Seri Ahmad Said bermula 12 Mei lalu selain mengambil alih jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. Terdahulu, dalam lawatan kerja pertamanya ke negeri ini setelah peralihan kepimpinan, Najib turut mendengar taklimat pembangunan negeri di Wisma Darul Iman di sini petang ini. Selain Ahmad Razif, yang turut hadir Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh; Pengerusi Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Datuk Seri Jamaluddin Mohd. Jarjis, wakil-wakil rakyat dan para pegawai kanan negeri. Perdana Menteri menarik perhatian, pada umumnya beliau berpuas hati dengan apa yang telah dicapai oleh kerajaan negeri dan percaya Menteri Besar dan kerajaan negeri akan memperhebat pelaksanaan projek-projek yang telah diluluskan. Sementara itu, Najib berkata, Terengganu merupakan negeri ketiga selepas Perak dan Kedah yang beliau ikuti taklimat pembangunannya untuk dipertimbang segala keperluan berasaskan kemampuan Kerajaan Pusat. "Saya telah diberi taklimat mengenai pencapaian pembangunan di negeri ini dan juga apakah keutamaan yang dicadangkan oleh kerajaan negeri bagi pertimbangan Kerajaan Pusat khususnya dalam konteks kita menggubal Rancangan Malaysia Ke-11 nanti. "Fokusnya, saya akan melihat kehendak oleh kerajaan negeri itu dulu. Macam di Terengganu, penekanan ialah projek pencegahan banjir yang mereka rasakan perlu diberi keutamaan dan beberapa projek kemudahan asas. "Saya juga tekankan perlu diperhebat projek-projek untuk membolehkan negeri dan rakyat menjana pendapatan lebih tinggi seperti bidang perusahaan teknikal, keusahawanan dan pendidikan," jelasnya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140707/po_01/Ahmad-Razif-berada-pada-landasan-tepat---PM#ixzz36ilLQnFu © Utusan Melayu (M) Bhd

Ahad, Julai 06, 2014

SAYA TIDAK TAHU MENAHU DENGAN BLOG SHAHBUDIN HUSIN

Bagi mereka yang biasa mengikuti berita melalui portal atas talian, Free Malaysia Today atau FMT tentu dapat merasai kelainan laporannya sejak kebelakangan ini. Jika dulu, ia dianggap sebagai portal berita yang bebas dan mementingkan sensasi serta dalam masa yang sama lebih banyak memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin parti pembangkang, keadaannya kini sudah berubah sedikit demi sedikit. Walaupun FMT tidaklah segagah Malaysiakini atau Malaysian Insider, namun portal itu tetap menjadi pilihan kepada mereka yang dahagakan berita-berita alternatif dan mahukan sesuatu yang berbeza daripada berita yang biasa diperolehi melalui akhbar atau portal berita arus perdana. Tetapi sejak kebelakangan ini, FMT tidak lagi mirip seperti Malaysiakini atau Malaysian Insider. Ia lebih banyak menyiarkan beria-berita pro kerajaan atau berita yang menghentam pembangkang. Perpecahan sesama pembangkang juga lebih menjadi pilihan mereka. Terdapat juga berita yang memaparkan pergaduan sesama individu dalam UMNO dan dianggap boleh memberi kesan tidak baik kepada UMNO, akhirnya ditarik balik selepas beberapa jam disiarkan. Dengan perubahan itu, sangat jelas bahawa FMT seperti sudah kehilangan taringnya yang dulunya dianggap sebagai portal berita terbaik selepas Malaysiakini dan Malaysian Insider. Perubahannya ini dipercayai kerana kemasukan pelabur baru yang sekaligus mengubah hala tujunya itu. Kemasukan pelabur baru itu juga menjadi sebab ketua editornya sebelum ini A Kabilan meletakkkan dan baru-baru ini editor bagi seksyen bahasa Melayunya, Zabidi Saidi pula diminta meletakkan jawatan. Dalam tempoh terdekat ini, sudah seramai 17 orang kakitangan editorialnya meninggalkan portal berita yang berpejabat di Damansara Intan itu. Perletakan jawatan ini dipercayai kerana pelabur baru itu mahu membawa kumpulan kakitangan editorialnya yang baru atau yang sesuai dengan kehendak mereka untuk diselaraskan dengan hala tuju yang baru itu. Tempat A Kabilan itu bagaimanapun sudah diambil alih oleh seorang kakitangan lain yang pernah berhenti kerja dengan FMT sebelum ini iaitu Menon, manakala kakitangan editorial lain sedang diambil secara berperingkat-peringkat. Tempat Zabidi pula digantikan dengan seorang yang bernama Shahrum daripada Pekan, Pahang. Perubahan kandungan berita FMT sejak kebelalangan ini jelas memperlihatkan kecondongannya kepada kerajaan dan juga UMNO. Sudah tidak terdapat berita-berita sensasi dan menggemparkan, malah kebanyakan beritanya sekarang adalah berita-berita biasa yang sudah pun tersiar di portal lain. Lebih dari itu, FMT juga mulai menyiarkan berita yang mirip portal kerajaan seperti pengumumam pembinaan empangan di Sarawak. Apakah pelabur baru ini ada kaitan dengan Najib, UMNO dan BN bagi menghadapi perang maya yang mungkin lebih sengit lagi menjelang PRU 14 nanti? Walaupun sudah mempunyai media arus perdana seperti akhbar dan televisyen serta mewujudkan portal berita khas yang dibawah kawalan orang-orang yang ada kaitan dengan Perdana Menteri seperti Mynews Hub dan Malaysia Gazette, Najib kerapkali melahirkan kebimbangan dan peri pentingnya maklumat melalui internet ini dilawan dengan sewajarnya. Mungkinkah penguasaan keatas FMT adalah permulaan ke arah itu? (SH 03/07/2014) dipetik dari blog http://shahbudindotcom.blogspot.com/2014/07/free-malaysia-today-kini-pro-kerajaan.html

Sabtu, Julai 05, 2014

SHARIFAH AINI DALAM KENANGAN

Datuk
Sharifah Aini binti Syed Jaafar (2 Julai 1953 - 5 Julai 2014) adalah seorang penyanyi tersohor di Malaysia yang dikenali sebagai "Biduanita Negara" selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma. Beliau telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang RTS 1968 dengan mendendangkan lagu "Tiga Malam". Di Malaysia, beliau juga merupakan satu-satunya artis yang paling lama bertahan dengan satu syarikat rakaman iaitu EMI Malaysia. Sebagai satu penghargaan, nama beliau telah diabadikan dalam Malaysian Book of Records bagi membalas jasa dan budi beliau kepada negara yang telah membawanya hingga ke peringkat antarabangsa. Biografi Sharifah Aini dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, dan dibesarkan di Kampung Majidee, Johor Bahru. Beliau tinggal bersama datuk serta neneknya, dan bersekolah di sekolah agama bahasa Arab. Sharifah berkebolehan mengalunkan ayat suci al-Quran dah pernah menjuarai tilawah Al-Quran beberapa kali pada usia mudanya. Sewaktu kecil lagi, Sharifah sudah terkenal di Johor. Selain aktif dengan bidang nyanyian di sekolah, Sharifah juga turut menolong neneknya menjual pelbagai jenis kuih hasil buatan neneknya sendiri di merata tempat di Johor. Di usia belasan tahun pula, Sharifah telah bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau begitu popular sewaktu di zaman sekolahnya dahulu. Sharifah sering diundang menyanyi di majlis-majlis anjuran sekolah setiap kali majlis diadakan. Sharifah bukan sahaja sering diundang menyanyi di sekolahnya, malahan di sekolah-sekolah lain di Johor Bahru seperti Sekolah Menengah Sultan Ibrahim Girl School, Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Tun Aminah dan Sekolah Menengah Tun Fatimah juga turut mengundangnya menyanyi ketika mengadakan sebuah majlis tertentu di sekolah tersebut. selain memenuhi undangan nyanyian di beberapa majils anjuran sekolah, Sharifah juga menjadi artis jemputan di majlis-majlis perkahwinan dan juga majlis perasmian. Setelah menamatkan pengajian hingga di Tingkatan Lima di sekolahnya, beliau berhasrat untuk menceburi bidang nyanyian. Selain berminat dalam bidang nyanyian, Sharifah juga pernah bercita-cita untuk menceburi bidang kedoktoran. Namun, beliau akhirnya memilih jalan untuk ke bidang nyanyian kerana itulah jalan terbaik bagi meringankan beban datuknya untuk menyara hidup mereka yang ketika itu amat susah. Pembabitan awal[sunting | sunting sumber] Kerjaya seni Sharifah Aini bermula apabila beliau memasuki pertandingan nyanyian Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968 dengan membawa lagu berjudul "Tiga Malam" dan sekaligus dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTS" 1968. Selepas kemenangannya, beliau dilamar oleh syarikat rakaman EMI pada tahun 1969. Album pertamanya yang berjudul Seri Dewi Malam telah diterima dengan hebatnya oleh peminat ketika itu. Sharifah bukan sahaja bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Malaysia, Beliau juga telah bekerjasama dengan syarikat rakaman EMI Singapura. Kejayaan[sunting | sunting sumber] Setelah menjadi artis rakaman, Sharifah telah banyak menyanyikan pelbagai lagu dan menghasilkan hampir 93 album, termasuk 7 album lagu bahasa Inggeris. Beliau bukan sahaja terkenal di Malaysia, nama beliau juga tersohor di beberapa negara serantau di Asia seperti Jepun, Korea, Hong Kong, China, Singapura, Brunei dan Indonesia. Lagu Seri Dewi Malam telah menjulang nama beliau sebagai artis pujaan ketika itu. Bakat Sharifah menyerlah apabila telah diasah bakatnya oleh seorang penggubah lagu terkenal iaitu Datuk Ahmad Nawab. Lagu ciptaan Ahmad Nawab untuknya begitu berkesan kepada industri muzik dan juga semua peminat Sharifah Aini. Sharifah juga banyak mengadakan persembahan dan mengadakan beberapa konsert besar di beberapa negara di Asia dan Timur Tengah seperti Kuwait. Beliau juga mempunyai peminat dari pelbagai golongan bangsa dan umur. Pada tahun 1976, beliau menyanyikan duet dengan Artis No. 1 Indonesia, Broery Marantika. Lagu duet mereka, iaitu Seiring Dan Sejalan telah menjadi siulan peminat di Malaysia dan Indonesia sekaligus melonjakkan namanya dalam industri muzik tanah air. Setelah melebihi 30 tahun dalam bidang hiburan, beliau telah melebarkan sayap dalam bidang perniagaan. Pada tahun 2003, beliau telah mengadakan konsert di Istana Budaya iaitu Konsert Simfoni Ghazal Bersama Datuk Sharifah Aini. Konsert besar yang diadakan di pentas bertaraf dunia itu juga didatangi oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah. Konsert yang begitu mewah dan berprestij itu mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Kesemua penjualan tiket laris dijual. Sebelum ini, Sharifah aini juga pernah mengadakan konsert di Singapura iaitu di Victoria Concert Hall pada tahun 2000. Paling membanggakan, beliau merupakan satu-satunya artis pertama Malaysia dan Asia yang telah diberikan penghormatan untuk mengadakan persembahan di Victoria Concert Hall yang selama ini hanya dikuasai oleh artis Barat. Sambutan yang diberikan begitu menggalakkan dan kesemua penjualan tiket laris terjual. Sharifah telah menubuhkan syarikat beliau sendiri iaitu Pods And Pedal Giftlab. Pada tahun 2003, beliau telah menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail kerana sumbangannya yang begitu besar dan tidak ternilai kepada bidang seni negara. Pada 16 Ogos yang lalu, Sharifah telah mencatat sejarah yang besar dalam negara apabila beliau berjaya mengadakan konsert "Muzika Arabia Bersama Datuk Sharifah Aini" di Istana Budaya selama tiga malam berturut-turut. Aura tersendiri dan kelebihan beliau dalam menyanyikan lagu Arab dengan begitu baik sekali telah menarik penonton yang begitu ramai baik di dalam dan luar negara. Ia sekaligus menjadikan Sharifah sebagai artis pertama yang diberikan penghormatan untuk mengadakan konsert yang mempunyai unsur budaya di Timur Tengah. Sebagai penghargaan, beliau telah diberikan gelaran "Permata Negara"[1] oleh Menteri Kebudayaan Dan Kesenian, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan juga beberapa pihak lain. Era Sharifah Aini[sunting | sunting sumber] Di era kegemilangan Sharifah Aini dahulu, di era 70-an, Sharifah adalah artis Malaysia pertama yang membawa gelaran Superstar. Gelaran ini diberikan kepadanya sebagai tanda penghormatan di atas kejayaannya yang telah mengharumkan nama negara sekaligus mencipta nama di peringkat antarabangsa. Selain beliau, artis lain yang juga memegang gelaran yang sama ialah Anita Sarawak. Artis wanita yang juga terkenal di era 70-an adalah Uji Rashid. Pernah suatu ketika dahulu, Sharifah Aini dan Anita Sarawak dikatakan bersaing. Banyak juga pihak yang mengkritik mereka dari segi pakaian dan juga penampilan. Namun begitu, Sharifah tetap laris dengan menggunakan suaranya. Beliau juga merupakan ikon kepada masyarakat. Di era 70an dahulu, artis yang sering menjadi penghias muka depan majalah kebanyakannya adalah artis wanita yang terkenal. Antara artis yang pernah menjadi penghias muka depan majalah ialah seperti Sharifah Aini, Anita Sarawak, dan Uji Rashid. Tiga artis wanita terkenal ini merupakan antara artis paling laris ketika itu. Sharifah adalah antara artis penghias muka depan majalah yang terlaris di Malaysia.[perlu rujukan] Populariti[sunting | sunting sumber] Sharifah bukan sahaja mengadakan persembahan di rantau Asia, beliau juga telah mengadakan beberapa konsert di Eropah dan populariti Sharifah begitu meluas di Asia Timur Tengah. Selain itu, beliau juga mempunyai peminat yang begitu ramai di Timur Tengah. Ketika popularitinya sedang memuncak di era 70an dahulu, Sharifah juga menerima pelbagai-bagai gelaran. Antaranya seperti Elizabeth Taylor Malaysia, Dolly Parton Malaysia, Sparkles Diamond Of EMI Malaysia Ratu Muzik Malaysia dan berbagai lagi. Sharifah Aini juga pernah diberi gelaran Royalty Singer oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad kerana beliau adalah artis paling banyak menghasilkan album ketika itu. Autobiografi[sunting | sunting sumber] Pada tahun 2005, beliau telah menerbit sebuah novel. Novel tersebut berjudul 55 Reason Why Sharifah Aini Was Not Lying. Ia mengisahkan tentang segala dugaan dan onak duri cabaran serta keperitan hidup beliau selama bergelar anak seni. Paling menarik, novel ini bukan sahaja dijual di Malaysia, ia juga dijual di beberapa negara di Asia seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Hong Kong, dan Jepun. Beberapa novel yang juga membabitkan beliau ialah seperti novel Biografi Tokoh Wanita Malaysia, The Malaysian Peak dan A tribute To A Woman In Malaysia. Kematian[sunting | sunting sumber] Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi pada 5 Julai 2014, di Pusat Perubatan Pakar Damansara, dari komplikasi fibrosis paru paru (pulmonaty fibrosis). Allahyarhamah berusia 61 tahun.[2] Allahyarhamah telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada hari Selasa lalu. Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.[3] Pencapaian[sunting | sunting sumber] Setelah berusaha keras dalam memperjuangkan diri dalam bidang seni, usaha dan bakat yang dimiliki oleh beliau akhirnya diiktiraf oleh industri muzik tanah air. Sharifah telah menerima pelbagai anugerah yang telah membawanya hingga ke luar negara sekaligus meletakkan dirinya di tahap antarabangsa setanding dengan artis-artis popular di Asia. Antara anugerah yang pernah diterima oleh beliau ialah seperti Anugerah Penghibur Terbaik (Anugerah Sri Angkasa 1972-1977), Anugerah Penghibur Wanita Popular 1970-1976, 1979 (Persatuan Pencipta Lagu, Penyanyi Dan Penghibur Tanah Air), Anugerah Aktres Terbaik (Hapuslah Airmatamu-Festival Filem Asia Pasifik 1977), Anugerah Seri Wirama (Anugerah Industri Muzik 2000), Anugerah Biduanita Sepanjang Zaman (Darjah Kebesaran Sultanah Kedah), Anugerah Emas Era (Anugerah Era 2002), Anugerah Khas Bintang Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003), Anugerah Tertinggi Biduanita Negara (Anugerah Kecapi 2006). Biduanita Lagenda[sunting | sunting sumber] Datuk Sharifah Aini adalah satu-satunya artis Malaysia yang digelar Biduanita Negara selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma memegang gelaran tersebut. Ia adalah gelaran yang tertinggi dan gelaran seperti ini hanya diberikan kepada artis wanita yang begitu berjasa kepada rakyat, negara dan juga membawa nama hingga ke tahap antarabangsa. Ia adalah suatu penghormatan kepada Sharifah Aini setelah lama penghormatan ini diberikan kepada Saloma. Kini, selain gelaran Biduanita Negara seperti gelaran Biduanita Muda Negara, artis yang menyandang gelaran ini adalah Siti Nurhaliza. Gelaran tersebut pernah disandang oleh Datuk Sharifah Aini sewaktu di zaman kegemilangannya dahulu. Beliau telah menerima Anugerah Tertinggi Biduanita Negara di Anugerah Kecapi anjuran RTM. Penerimaan anugerah tersebut adalah sebagai tanda penghormatan kepada beliau yang telah lama memperjuangkan diri dalam bidang seni suara sekaligus telah mengharumkan nama negara hingga ke arena seni antarabangsa. Kontroversi[sunting | sunting sumber] Pertelingkahan dengan ibu[sunting | sunting sumber] Pada tahun 1978, telah berlakunya suatu pertelingkahan antara Sharifah dan ibunya. Pertelingkahan antara Sharifah dan ibunya telah menyebabkan isu Sharifah mahu menyaman ibunya. Setelah lama kes ini dibicarakan, akhirnya kes tersebut telah selesai setelah Sharifah dan ibunya berbaik semula.[perlu rujukan] Kes memfitnah Siti Nurhaliza[sunting | sunting sumber] Pada tahun 2004, Sharifah Aini dituduh memfitnah penyanyi popular Siti Nurhaliza. Beliau didakwa menyiarkan beberapa tuduhan tertentu yang memfitnah Siti Nurhaliza melalui emel kepada adik angkatnya Ahmad Shaharil Jamaluddin, pensyarah di sebuah kolej di Pulau Pinang, pada 24 Ogos 2004. Kes tersebut berakhir dengan dibuang tanpa perbicaraan. Perkahwinan di ambang perceraian[sunting | sunting sumber] Wedding of the Year 1981 Pada tahun 1981, telah berlakunya peristiwa yang bersejarah iaitu perkahwinan Sharifah Aini dengan suaminya, Ali Bakar. Namun, perkahwinannya hanya bertahan selama setahun selepas Sharifah melahirkan anaknya, Aliff. Perceraian itu berlaku setelah Sharifah Aini mendapati bahawa suaminya itu mempunyai seorang isteri sebelum menikahinya. Setelah beliau bercerai dengan suaminya, Sharifah telah mengahwini dengan seorang ahli korporat yang berpangkat Datuk di luar negara. Perkahwinan kali kedua yang dibina oleh Sharifah juga gagal bertahan. Sharifah telah bercerai dengan suami keduanya pada tahun 1992. Mentor[sunting | sunting sumber] Datuk Sharifah Aini dipelawa untuk menjadi salah seorang mentor untuk rancangan realiti Mentor 5. Diskografi[sunting | sunting sumber] Album EP[sunting | sunting sumber] Seri Dewi Malam (EP - 1970) Kekasih Pujaan (EP - 1970) Aku Dan Dia (EP - 1971) Perasaanku (EP - 1972) Pahit Manis (EP - 1972) Jangan Tinggalkan Daku (EP - 1972) Adat Lama Jangan Dilupa (EP - 1973) Inikah Manusia (EP - 1973) Dia Terlupa (EP - 1973) Kau Telah Disampingku (EP - 1974) Jangan Putarkan Laguku (EP - 1974) Sedangkan Lidah Lagi Tergigit (EP - 1974) Permintaan Terakhir Dan Rahsia Hati (EP - 1975) Manis Manis (EP - 1975) Surat Dari Seberang (EP - 1977) Album Era Klasik 70An[sunting | sunting sumber] 1972 - Dari Hati Ke Hati 1973 - Kenanglah Daku 1974 - Cahaya Keinsafan 1975 - Irama Cintaku 1976 - Sharifah Aini 1977 - Inilah Laguku 1977 - Forever And Ever 1978 - Inilah Laguku 2 1979 - Lela Manja 1979 - Inilah Laguku 3 1979 - Women In Love Album Era Sensasi 80An[sunting | sunting sumber] 1980 - Lagu-Lagu Pujaan (10 tahun - Kompilasi) 1980 - Just For You 1980 - Malam 1981 - Rasa Sayang (Feeling Of Love) 1981 - Harum Dalam Kenangan 1982 - Rahsia Hati 1982 - Collection Plus 2 (Kompilasi) 1983 - Irama Dari Sekeping Hati 1984 - Suara Kedamaian 1984 - He is Beautiful To Me 1984 - Cahayaku 1985 - Dari Masa Hingga Masa 1 Dan 2 (Kompilasi) 1985 - 16 Lagu-Lagu Terbaik Sharifah Aini (Kompilasi) 1986 - Kau Yang Bernama 1987 - The Best Of Sharifah Aini (Kompilasi) 1987 - Kasih 1988 - pilihan Sentimental Emas (Kompilasi) 1988 - Sharifah Aini Album Era 90An[sunting | sunting sumber] 1991 - Kenangan Manis Vol 1 (Kompilasi) 1992 - Kenangan Manis vol 2 (Kompilasi) 1993 - Koleksi Klasik (Kompilasi) 1994 - Sharifah Aini 1995 - Seraut Wajah Semerdu Suara (Album Live) 1996 - Selamanya (Kompilasi) 1996 - Pilihan Klasik Aidilfitri (Album Kompilasi Raya) 1997 - Nostalgia Aidilfitri 1998 - Yayadan 1998 - Dewi Sukma (Album Kompilasi Sharifah Aini dan Uji Rashid) 1999 - Takkan Melayu Hilang Dunia 1999 - Seri Dewi Sharifah Aini 1999 - Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Album Kompilasi Raya) Album Era Millennium[sunting | sunting sumber] 2000 - Seribu Mawar 2000 - Dewi Intan (Inilah Laguku 1 & Inilah Laguku 2 - Terbitan semula 2 dalam 1) 2000 - Di Pintu Ampun...Menjelang Syawal (Album Raya) 2001 - Kenangan Istimewa Sharifah Aini Dan Broery Marantika (Album Khas Sharifah Aini dan Broery Marantika) 2001 - Alunan Sukma (Sharifah Aini dan Sudirman - Album Khas Trdisional Sharifah Aini dan Allahyarham Sudirman Haji Arshad) 2002 - Seri Dewi Malam: A Love Story (Album Kompilasi) 2002 - Woman In lLove (Album Kompilasi Inggeris Sharifah Aini) 2003 - Syahdu 2003 - Anugerah Datuk Sharifah Aini (Album Kompilasi) 2003 - Datuk Sharifah Aini: Syawal 1424 (Album Kompilasi Raya Datuk Sharifah Aini) 2004 - Koleksi Memori Datuk Sharifah Aini (Album Komplasi) 2005 - Memori Hit Sentimental Datuk Sharifah Aini (album Kompilasi) 2005 - Bukan Cinta Biasa 2006 - Timeless (Datuk Sharifah Aini - Album Kompilasi) Album Hari Raya[sunting | sunting sumber] 1973 - Selamat Hari Raya Aidilfitri 1977 - Bergembira Di Hari Raya (Menampilkan dialog bersama Hail Amir, Uji Rashid dan Datuk D J Dave) 1984 - Deli Aidilfitri 1988 - Salam Aidilfitri 1997 - Nostalgia Aidilfitri 1999 - Dari Jauh Ku Pohon Maaf 2000 - Di Pintu Ampun...Menjelang Syawal 2003 - Datuk Sharifah Aini: Syawal 1424 Album Runut Bunyi[sunting | sunting sumber] 1975 - Permintaan Terakhir 1976 - Hapuslah Air Matamu (Album Runut Bunyi terbaik yang pernah dihasilkan dalam Sejarah Perfileman Melayu) 1980 - Sumber Ilhamku 1981 - Bintang Pujaan Pencapaian Biduanita Negara[sunting | sunting sumber] Juara Bintang RTS (Tiga Malam - 1968) Penghibur Terbaik (Anugerah Seri Angkasa 1972-1977) Penghibur Wanita Popular (Anugerah PAPITA 1970-1976, 1979) Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Hapuslah Airmatamu- Festival Filem Malaysia 1977) Anugerah Lagu Terbaik (Anugerah Lagu Asia Pasifik 1975) Anugerah Penghibur Terbaik Asia Pasifik (Anugerah Lagu Asia Pasifik 1975) Anugerah Darjah Pingat Setia Mahkota Johor 1983 Anugerah Artis Evergreen Paling Sensasi (Anugerah Media Hiburan 2000) Anugerah Pencapaian Seni Terbaik (Anugerah PAPITA 2000) [1] Anugerah Khas Planet Muzik (Anugerah Planet Muzik 2001) Anugerah Biduanita Sepanjang Zaman (Darjah Kebesaran Sultanah Kedah 2001) Anugerah Emas Era (Anugerah Era 2002) Anugerah Khas Bintang Popular (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003) Anugerah Diva Sepanjang Zaman (Anugerah Parti Cit Cat Bersama Azwan Ali 2004) Anugerah Tertinggi Biduanita Negara (Anugerah Kecapi 2006) Kejayaan Karier[sunting | sunting sumber] Memenangi tempat pertama dalam pertandingan Bintang RTS 1968 dengan mendendangkan lagu 'Tiga Malam'. Penghibur wanita pertama yang menerima anugerah di Festival Filem Asia Pasifik 1977 di Korea. Sharifah adalah merupakan artis yang terkenal dan begitu diminati oleh semua peminat di rantau Asia. Ia sekaligus menjadikan diri beliau sebagai penghibur tersohor Asia. Menjuarai pertandingan di Anugerah Lagu Asia Pasifik pada tahun 1975. Merupakan artis Malaysia dan Asia pertama mengadakan persembahan di Victoria Concert Hall, Singapura. Artis pertama paling lama bertahan dengan satu syarikat rakaman (EMI) di Malaysia. Sharifah adalah artis Malaysia pertama digelar Superstar. Ia adalah berdasarkan kehebatan populariti beliau yang tiada tandingan serta mampu merentasi di beberapa buah negara di seluruh Asia. Pernah mengadakan persembahan eksklusif dan konsert besar di beberapa negara seperti Jerman, United Kingdom, Belanda, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Hong Kong, Jepun, Brunei, Singapura dan Indonesia Artis malaysia pertama paling banyak menghasilkan album di dalam dan luar negara. Nama tercatat di dalam 'Malaysia Book Of Records' sebagai 'Artis Malaysia Pertama Paling Lama Bertahan Di Bawah Satu Syarikat Rakaman'. Sharifah adalah salah seorang tokoh seni yang digelar sebagai Dermawan kerana kejujuran dan keikhlasannya yang sentiasa memberi pertolongan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Di sebalik keikhlasan dan kemulian hatinya, beliau juga turut digelar antara Usahawan paling berjaya sekaligus telah menjadi dirinya sebagai seorang Jutawan terkenal. Sharifah mempunyai aset hampir ratusan juta ringgit. Ia adalah hasil daripada kerja keras serta titik peluhnya sendiri selama hampir empat dekad beliau berkecimpung dalam bidang seni suara sekaligus telah meletakkan diri beliau setaraf dengan artis-artis antarabangsa. Namun begitu, beliau tetap merendah diri dan tidak pernah lupa asal-usulnya. Itulah keistimewaan Biduanita Negara dan Asia ini. Sharifah merupakan satu-satunya artis yang masih dijadikan contoh ataupun dipanggil sebagai 'Role Model' oleh semua lapisan masyarakat. Artis Malaysia yang mampu menyanyikan pelbagai rentak lagu seperti Ghazal, Deli, Pop, Evergreen, dan juga Rock serta Hip Hop dengan baik. Sharifah pernah tersenarai dalam 'Lima Tangga Teratas Artis Paling Popular Asia' di sekitar era 70an dahulu. Sharifah merupakan antara artis yang menerima bayaran royalti tertinggi bagi satu penjualan album. Selain beliau, artis lain yang juga merupakan artis bayaran royalti tertinggi ialah seperti Anita Sarawak, Sheila Majid, Ella, Fauziah Latiff, Ziana Zain, Ning Baizura, Siti Nurhaliza, Misha Omar dan ramai lagi. Beliau juga merupakan artis yang menerima bayaran tertinggi dan termahal bagi satu undangan persembahan.[perlu rujukan] Beliau pernah berbakti dengan membuat 2,518 persembahan amal tanpa bayaran. [4] Filem lakonan[sunting | sunting sumber] 1976- Hapuslah Airmatamu 1980- Sumber Ilhamku 1981- Bintang Pujaan 2006- Diva Popular Lagu[sunting | sunting sumber] Seiring Dan Sejalan - duet bersama Broery Marantika Hapuslah Air Matamu Bunga Tanjung Jalak Lenteng Maafkanlah Yayadan Seksa Dondang Sayang Sri Mersing Mak Inang Melayu - duet bersama Sudirman Haji Arshad Fatwa Pujangga Seribu Mawar Hatiku Melekat Di Hatimu Ingatan Manis Di Bulan September Jatuh Cinta Kasihnya Ibu Kau Tinggi Di Awan Biru Hiburkanlah Hatiku Kau Pergi Tanpa Pesan Kau Racun Hidupku Jauh Di Mata Seri Dewi Malam Kau Yang Bernama Yang Sangat Ku Sayang Kekasih Pujaan Keresahan Putus Kasih Oh Di Mana Di Pinggir Kayangan Pantun Kasih Gerimis Mengundang Patah Hati Seroja Teratai Perasaan Hati - duet bersama Broery Marantika Kudaku Lari Anak Ayam - duet bersama Too Phat Sumber Ilham Seniku Cemburu Kasih Kisah Yang Lalu Melayu Takkan Hilang Di Dunia Songket

Jumaat, Julai 04, 2014

RENCANA YANG FMT DAH SIAR TAPI DITARIK BALIK SEMPAT DIBACA 1,600 ORANG

Sebut sahaja Zaharin Mohd Yasin, semua ahli Umno mengenali bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak itu. Zaharin juga lebih dikenali sebagai Sang Kelembai, seperti nama blognya yang secara konsisten menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sewaktu Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Selepas Pak Lah jatuh, blog Sang Kelembai tidak aktif lagi. Sebelum ini Zaharin secara konsisten menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau berada dalam Umno sehingga beliau dipecat dari Umno pada tahun 1998. Oleh itu Zaharin juga ada saham dalam menjatuhkan Anwar Ibrahim. Beliau memang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Oleh itu apabila beliau menulis dalam Facebooknya mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yasin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, ramai yang percaya kerana Zaharin memang rapat dengan Najib. Apatah lagi dengan rekod beliau yang pernah menjatuhkan Anwar dan Pak Lah, maka orang percaya kali ini Muhyiddin akan jatuh juga. Zaharin memang tidak menyenangi Muhyiddin yang dipanggilnya “paria”. Kini Muhyiddin dikatakan bercuti di Jakarta dan apabila bekas menteri, Zam menulis Muhyiddin memendam rasa, maka ada kebenarannya Muhyiddin lambat laun akan bersara juga dari politik. Papagomo pula merupakan seorang blogger yang banyak menimbulkan isu skandal seks Anwar Ibrahim. Beliau didapati bersalah memfitnah Anwar dan diperintah membayar RM800,000 kepada Anwar tetapi Papagoma kata dia seorang nelayan dan hanya mampu membayar RM100 sebulan kepada Anwar. Entah macam mana tiba-tiba Zaharin membelasah Papagomo apabila Papagomo menyerang Zaharin. Zaharin tidak setuju Datuk Seri Hishamuddin Hussein menjadi Timbalan Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin. Sebagai blogger yang didakwa Zaharin dibayar upahnya oleh menantu Hishamuddin, maka menjadi tugas Papagomo menyerang Zaharin. Tetapi Papagomo silap percaturan. Zaharin bukannya calang-calang orang. Walaupun dia pernah dipecat dari Umno kerana mengkritik anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Marina sewaktu Mahathir menjadi Perdana Menteri, tetapi dia setia dengan Umno. Oleh itu tindakan Papagomo menyerang Zaharin merupakan satu tindakan yang silap. Zaharin setiap hari membelasah Papagomo dalam Facebooknya yang dikatakan bekas polis yang didapati bersalah oleh mahkamah bagi kes rasuah. Apabila Papagomo diserang, ia memberi tempias kepada Hishamuddin kerana Papagomo diupah oleh menantu Hishamuddin. Maka sedikit sebanyak pergaduhan di antara Zaharin dan Papagomo merugikan Umno kerana lebih banyak pekung Umno didedah oleh mereka berdua. Maka sudah sampai masanya bagi mereka berdamai.

Khamis, Julai 03, 2014

PEMIMPIN PUTERI BEKAS GRO?

Mulai hari ini, 3 Julai 2014, saya sudah tidak bersama Free Malaysia Today. Oleh itu saya ada masa untuk aktifkan semula blog saya ini. Hari ini saya mahu menulis tentang seorang pemimpin Puteri Umno Malaysia dikatakan bekas seoran GRO. Semalam saya hantar berita ini kepada FMT tetapi Editor BM FMT yang baharu tidak siarkannya kerana dia tak nampak kepentingan beritanya. Orang yang tak pernah ada pengalamaan bekerja sebagai editor jadi editor portal news tidak dapat menilai berita mana yang patut disiarkan atau tidak, inilah akibatnya.Ketua puteri bahagian itu pernah bekerja di sebuah kelab VIP dan menjadi langganan seorang ADUN yang juhga Ketua Bahagian yuang sama dengannya. Sejak GRO ini mengenali ketua bahagian itu, maka beliau berhenti kerja sebagai GRO dan aktif sebagai ahli puteri Umno. oleh kerana ketua bahagian yang menajanya maka mwenanglah bekas GRO ini sebagai ketua puteri bahagian dan kini dipilih menjadi pemimpion di peringkat Puteri Umno Malaysia pula. Hubungan intim mereka berdua dikatakan menjadi perbualan di bahagian tersebut. Apabila ketua bahagian itu tidak terpilih sebagai calon BN, maka Ketua puteri yuang ada skandal dengan ketua bahagian itu sabotaj calon baharu BN maka kalahlah calon BN. Inilah kehebatan ketua puteri yang tidak bekerja dalam pilihanraya tetapi dipilih pemimpin puteri di peringkat pusat. Petang semalam bekas calon Ketua Pemuda Umno Malaysia, Syed Rosli Syed Harman al jamalulail telah membuat laporan polis beliau diugut oleh balaci pemimpin puteri itu apabila beliau mendedahkan hal ini dalam facebooknya. Perkembangan ini agak menarik kerana nampaknya kalau benda itu tidak betul, kenapa puteri itu harus melenting.nampaknya puteri tidak sunyi dengan skandal, Dahulu ketua puterinya dikaitkan dengan skandal lesbian kini giliran pemimpion lain pula menjadi mangsa.