Memaparkan catatan dengan label tahu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tahu. Papar semua catatan

Ahad, Julai 06, 2014

SAYA TIDAK TAHU MENAHU DENGAN BLOG SHAHBUDIN HUSIN

Bagi mereka yang biasa mengikuti berita melalui portal atas talian, Free Malaysia Today atau FMT tentu dapat merasai kelainan laporannya sejak kebelakangan ini. Jika dulu, ia dianggap sebagai portal berita yang bebas dan mementingkan sensasi serta dalam masa yang sama lebih banyak memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin parti pembangkang, keadaannya kini sudah berubah sedikit demi sedikit. Walaupun FMT tidaklah segagah Malaysiakini atau Malaysian Insider, namun portal itu tetap menjadi pilihan kepada mereka yang dahagakan berita-berita alternatif dan mahukan sesuatu yang berbeza daripada berita yang biasa diperolehi melalui akhbar atau portal berita arus perdana. Tetapi sejak kebelakangan ini, FMT tidak lagi mirip seperti Malaysiakini atau Malaysian Insider. Ia lebih banyak menyiarkan beria-berita pro kerajaan atau berita yang menghentam pembangkang. Perpecahan sesama pembangkang juga lebih menjadi pilihan mereka. Terdapat juga berita yang memaparkan pergaduan sesama individu dalam UMNO dan dianggap boleh memberi kesan tidak baik kepada UMNO, akhirnya ditarik balik selepas beberapa jam disiarkan. Dengan perubahan itu, sangat jelas bahawa FMT seperti sudah kehilangan taringnya yang dulunya dianggap sebagai portal berita terbaik selepas Malaysiakini dan Malaysian Insider. Perubahannya ini dipercayai kerana kemasukan pelabur baru yang sekaligus mengubah hala tujunya itu. Kemasukan pelabur baru itu juga menjadi sebab ketua editornya sebelum ini A Kabilan meletakkkan dan baru-baru ini editor bagi seksyen bahasa Melayunya, Zabidi Saidi pula diminta meletakkan jawatan. Dalam tempoh terdekat ini, sudah seramai 17 orang kakitangan editorialnya meninggalkan portal berita yang berpejabat di Damansara Intan itu. Perletakan jawatan ini dipercayai kerana pelabur baru itu mahu membawa kumpulan kakitangan editorialnya yang baru atau yang sesuai dengan kehendak mereka untuk diselaraskan dengan hala tuju yang baru itu. Tempat A Kabilan itu bagaimanapun sudah diambil alih oleh seorang kakitangan lain yang pernah berhenti kerja dengan FMT sebelum ini iaitu Menon, manakala kakitangan editorial lain sedang diambil secara berperingkat-peringkat. Tempat Zabidi pula digantikan dengan seorang yang bernama Shahrum daripada Pekan, Pahang. Perubahan kandungan berita FMT sejak kebelalangan ini jelas memperlihatkan kecondongannya kepada kerajaan dan juga UMNO. Sudah tidak terdapat berita-berita sensasi dan menggemparkan, malah kebanyakan beritanya sekarang adalah berita-berita biasa yang sudah pun tersiar di portal lain. Lebih dari itu, FMT juga mulai menyiarkan berita yang mirip portal kerajaan seperti pengumumam pembinaan empangan di Sarawak. Apakah pelabur baru ini ada kaitan dengan Najib, UMNO dan BN bagi menghadapi perang maya yang mungkin lebih sengit lagi menjelang PRU 14 nanti? Walaupun sudah mempunyai media arus perdana seperti akhbar dan televisyen serta mewujudkan portal berita khas yang dibawah kawalan orang-orang yang ada kaitan dengan Perdana Menteri seperti Mynews Hub dan Malaysia Gazette, Najib kerapkali melahirkan kebimbangan dan peri pentingnya maklumat melalui internet ini dilawan dengan sewajarnya. Mungkinkah penguasaan keatas FMT adalah permulaan ke arah itu? (SH 03/07/2014) dipetik dari blog http://shahbudindotcom.blogspot.com/2014/07/free-malaysia-today-kini-pro-kerajaan.html

Khamis, September 01, 2011

KARPAL SINGH LEBIH TAHU SEJARAH DARI MAT SABU


Pengerusi DAP Karpal Singh mahu rakan pemimpin parti pakatan Mohamad Sabu, menarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong.

Pemimpin DAP itu berkata rentetan peristiwa Bukit Kepong itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.

"Menyentuh tentang satu isu sensitif yang berusia lebih 61 tahun selepas ia berlaku adalah tidak adil dan saya fikir beliau (Mohamad Sabu) perlu secara serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya memandangkan penerimaan negatif pelbagai pihak terhadapnya," kata Karpal Singh.

Mohamad Sabu, yang juga Timbalan Presiden PAS, semasa berceramah di Tasek Gelugor di Georgetown pada 21 Ogos lalu didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Karpal Singh berkata Mohamad Sabu, atau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, sepatutnya segera bertindak meredakan keadaan dan menenangkan perasaan anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan.

"Saya bukannya anti-PAS dan saya juga tidak anti-Sabu, tetapi saya tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dalam perkara ini," katanya.

Ahli parlimen Bukit Gelugor itu berkata kenyatan Mat Sabu tidak wajar dan ia boleh menjejaskan Pakatan Rakyat.

"Beliau seharusnya menarik balik kenyataan kerana saya tidak nampak mengapa beliau tidak harus melakukannya. Saya tidak fikir apa yang beliau katakan itu mempunyai penghuraian positif bagi pakatan; ia negatif," kata Karpal Singh.

Mat Sabu yang kemudiannya menjelaskan tentang kenyataannya berkata mereka yang menyerang Bukit Kepong adalah hero kerana mereka pejuang kebebasan, dan bukan kerana mereka menyerang anggota polis Melayu.

Ulasan saya, nampaknya Karpal Singh yang lebih tahu sejarah daripada Mat Sabu. Sepatutnya Mat Sabu malu kepada orang Sikh ini kerana dia menghargai pengorbanan pasukan polis mempertahankan balai polis Bukit Kepong.

Kita berharap lebih ramai lagi pemimpin bukan Melayu pembangkang menyokong kenyataan Karpal Singh ini.