Ahad, Oktober 04, 2015

KALAU KETUA PEMUDA MCA TERUS CAKAP BANYAK, TAJUDIN PATUT LEMPANG BELIAU

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pada 1 Oktober lalu memberi amaran akan "melempang" rakyat Cina di negara ini jika mengadu masalah kepada pihak luar.
"Saya nak bagi amaran juga kepada Cina-Cina Malaysia jangan ingat bila ada masalah dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang lindungi mereka.
"Nak kena lempang macam itu," kata Tajuddin sambil ketawa kecil dalam sidang media selepas merasmikan Pameran Perdagangan dan Persidangan Herbal Asia 2015 di bangunan Matrade, Kuala Lumpur.
Malah, anggota Majlis Tertinggi Umno itu meminta rakyat Cina di negara ini berhenti "berangan" bahawa ada pihak luar yang akan membela nasib mereka.
"Orang Cina yang ada di Malaysia jangan beranganlah bila ada big bossdatang, ada godfather datang dari negara China sebab nak tolong dia.
"Jangan berangan begitu," katanya yang juga anggota Parlimen Pasir Salak.
Menurut Tajuddin lagi, kehadiran Duta Besar China Huang Huikang ke Malaysia hanya untuk melindungi rakyat negaranya yang melancong di Malaysia.
"Dia kata nak lindungi rakyat dia bukan Cina Malaysia, buat apa nak campur tangan. Saya pun marah kalau dia campur tangan.
"Duta China kata kenyataan dia telah digembar-gemburkan, dia tidak ada niat campur tangan dalam hal ehwal negara kita, tak ada niat nak membela orang Cina di sini," kata Tajuddin.
Huang mengingatkan bahawa lawatannya ke Jalan Petaling minggu

lalu tidak harus dijadikan sebagai satu isu anti kerajaan Malaysia.
Huang mengulangi kunjungannya sebagai lawatan muhibah dan untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang kebimbangan keselamatan, sebelum membuat keputusan sama ada akan mengeluarkan nasihat perjalanan kepada pelancong dari China.
Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor dan bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin berkata Tajuddin tidak perlu minta maaf.

Bagi saya, kenyataan spontan Tajuddin itu dalam bentuk gurauan dan bukannya serius apabila beliau berkata ini nak kena lempang sambil ketawa.
Oleh itu kenapa perlu gembar-gemburkan isu ini. Tajuddin bukannya serius mahu melempang rakyat Cina Malaysia yang mahu mengadu kepada Big Boss mereka.
Sehubungan dengan itu tak payahlah sensasikan isu ini. Kenyataan bekas Presiden MCA, Dr Ling Liong Sik mengatakan Tajuddin kurang ajar tidak wajar kerana Dr Ling  tidak tahu membezakan antara serius dengan bergurau.
Tajuddin pula berkata tiada keperluan untuk beliau memohon maaf, walaupun didesak banyak pihak, termasuk ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon.
“You cakap sama dia (Chong), jangan cakap banyak. Apa mahu cakap banyak.

Tajuddin juga berkata Chong yang  sepatutnya memohon maaf kepada dia kerana membuat desakan itu.
“Dia yang patut minta maaf kerana minta saya minta maaf,” kata Tajuddin sambil mempersoalkan sama ada Chong hadir dalam sidang medianya berkaitan perkara itu.
Kalau Chong terus cakap banyak, wajarlah Tajuddin melempang Chong kerana Chong pun tak faham kenyataan Tajuddin itu dalam bentuk guarauan.