Selasa, Ogos 02, 2016

ZABIDI NAK PECAT AHMAD SAID?

Rasa lucu juga saya dengar ucapan Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said Sabtu lalu apabila beliau berkata, "Razif nak pecat saya, Haji Pa nak pecat saya, Zabidi nak pecat saya".

Sejak bila pula saya ada kuasa nak pecat Ahmad Said dari Umno. Saya bukan Presiden Umno. Kalau Datuk Seri Najib Tun Razak beri saya jadi Presiden Umno selama 1 hari, memang saya akan pecat Ahmad Said dari Umno kerana membawa usul tidak percaya kepada  MB pada Mac lalu.

Ahmad Said sedar tak tindakan beliau membawa usul undi tak percaya kepada MB BN satu kesalahan? Takkan beliau tidak tahu. Jadi apa salahnya saya menulis dalam blog saya mencadangkan Umno memecat beliau dari parti.

Terima kasih kepada Ahmad Said yang menyebut nama saya. Hari itu blog saya meningkat hit kerana orang nak baca apa yang saya tulis mengenai beliau dalam empat posting saya sepanjang bulan Julai. Beliau telah mempromosi blog saya walaupun orang orangnya kata blog saya cap ayam.

Terima kasih kepada para penyokong beliau yang tidak memboikot blog saya.Blog cap ayam ini yang dicari tiap hari untuk dibaca. Mereka tunggu hari ini Zabidi tulis apa pulak.

Dalam ucapannya bekas MB itu juga menyebut Zabidi orang ada penyakit. Penyakit apa pulak? Setahu saya, saya ada penyakit TB sahaja. Takut bini. Hahaha. Macamlah beliau tidak ada penyakit. Banyak yang saya boleh dedahkan penyakitnya dalam blog ini tetapi buat apa saya cerita hal peribadinya. Tak baik aibkan peribadinya.

Dalam ucapannya di hadapan ahli ahli Umno di majlis pecah tanah di Dusun Nyior, Chukai, ADUN Kijal itu pesan kepada orang ramai supaya jangan beri pegawai khas MB, Haji Mustafa Abdul Rahman lalu di hadapannya takut takut kena penamparnya.

Ahmad Said kata kelmarin anak perempuannya menangis kerana Haji Pa hentamnya dalam Facebook. Yang anaknya hentam Haji Pa tak apa pulak tuduh Haji Pa baham duit perarakan bot. Haji Pa bersumpah di hadapan Kaabah tidak makan duit perarakan bot yang mana video itu diviralkan dalam Facebook Haji Pa.

Orang-orang Ahmad Said menuduh saya diupah oleh Haji Pa. Banyak mana Haji Pa beri duit kepada saya? Buktikan. Saya menulis kerana sayang kepada Umno dan bukan kerana diupah oleh Haji Pa. Masa Ahmad Said jadi MB, saya pertahankan beliau dalam blog saya kerana ketika itu beliau adalah MB Terengganu.

 kita kena terima hakikat bahawa MB Terengganu sekarang ialah Ahmad Razif. Maka kita kena sokong beliau. Datuk Seri Idris Jusoh redha dengan perlantikan Ahmad Said malah beliau gentleman hadiri majlis serah tugas kepada Ahmad Said. Adakah Ahmad Said hadiri majlis serah tugas kepada Ahmad Razif? Nampak sangat kita tidak gentleman tidak dapat menerima qada dan qadar.

Jangan salahkan orang lain bila tidak disambung semula jawatan MB. Salahkan diri sendiri kerana prestasi BN Terengganu merosot 17-15. Jika BN Terengganu menang besar, PM tentu tak marahi beliau. Selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu beliau kena bertangungjawab dan meletakkan jawatan sebagai MB selepas PRU 13.

Sebaliknya beliau diberi tempoh setahun oleh PM. Jadi bukan abang MB, Azmi Abdul Rahman menjadi dalang seperti dituduh oleh Ahmad Said. PM dah tak nak Ahmad Said dengan perjanjian bertulis selama setahun kekalkannya sebagai MB. Dah tahu tempohnya berakhir pada Mei 2014, kenapa pergi rancang majlis perkahwinan anaknya pada bulan tersebut.

Kenapa tak buat pada bulan April 2014 kecuali ada niat lain. Tak ada sesiapa pun yang jatuhkannya kerana itu janji beliau kepada PM. Azmi tak pernah pergi jumpa PM minta gugurkan Ahmad Said sebagai MB. Takkan PM nak ikut cakap Azmi?

Takkan Ahmad Said lupa bahawa Azmi yang minta adiknya ADUN Seberang Takir  sebagai ADUN pertama menyokong Ahmad Said ketika istana memilih beliau sebagai MB. Saya sms kepada ADUN saya, Wan Hakim Wan Mokhtar supaya menyokong Ahmad Said tetapi Wan Hakim jawab Idris Jusoh yang memilihnya sebagai calon BN dan bukannya Ahmad Said.

Masa itu istana beri masa supaya Ahmad Said bentuk kerajaan segera dengan menamakan Exco Exco dan kalau tak dapat beri nama dalam masa yang ditetapkan, istana akan minta Dewan Undangan negeri dibubar supaya pilihanraya baru diadakan. Kalau diadakan pilihanraya negeri sudah tentu BN kalah 32-0.

Mujur Razif sebagai ADUN pertama yang sanggup jadi Exco diikuti oleh beberapa orang lain untuk jadi Exco  untuk bentuk kerajaan. Razif memang tanda tangani borang akuan sumpah tanpa tarikh bersama Exco lain kerana nak cepat persembahkan kepada istana. Yang tahu sahih atau tidak surat itu ialah Datuk Zubir Embong dan Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Selepas PRU13 setelah PM janji dengan Ahmad Said untuk setahun sahaja, maka PM minta Setpolnya meneliti beberapa calon untuk jadi pengganti Ahmad Said.Pihak istana juga meneliti beberapa calon.Razif bebarapa kali dipanggil interbiu oleh pihak tertentu dalam tempoh satu tahun itu.



Di zaman BN Terengganu kalah (1999-2004), empat ADUN yang menang bertungkus lumus iaitu Tengku Putera, Datuk Rosol Wahid, Datuk Rashid Ngah dan Datuk Abu Bakar Ali berjuang dalam Dewan Undangan Negeri membongkar penyelewengan PAS sehingga rakyat hilang keyakinan kepada PAS. Azmi sendiri adalah seorang pakar strategi Idris Jusoh  dan beliau yang bongkar isu PAS beri balak kepda gadis berumur 18 tahun melalui Rosol yang membangkitkannya dalam sidang DUN. Ahmad Said yang kalah di Kijal tak pernah  datang ke sidang DUN untuk memberi semangat kepada empat orang ADUN BN.

Mengenai isu Terenganu Investment Authority (TIA), bila pulak Najib minta cagarkan telaga minyak Terengganu. Bila TIA nak mula melabur,dicadangkan TIA keluarkan bon kepada pelabur pelabur untuk dapatkan modal pelaburan  dan bon ini dijamin dengan hasil royalti minyak seandainya pelaburan TIA tidak memberi pulangan yang mencukupi untuk bayar faedah bon setiap tahun dan bayaran pokok. Manalah Ahmad Said faham hal-hal modal pelaburan.

Ada orang sebar gambar saya dalam whatsapp grup kononnya gambar saya telah diedit kerana orang marahi saya hentam Ahmad Said dalam blog saya. Kawan saya forward gambar itu kepada saya (gambar di bawah)saya ketawa kerana gambar itu saya buat sendiri untuk grup whatsapp saya. Tapi ada kawan yang nakal dalam grup saya hantar gambar itu kepada grup lain kononnya orang conteng gambar tersebut. Macam macam hal manusia.