Selasa, Januari 13, 2009

PAS PARTI KLUK KLEK


Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), YB Khairy Jamaluddin menyifatkan Pas sebagai sebuah parti “kluk-klek” ekoran pendirian parti itu yang sering berubah-ubah khususnya dalam soal hudud.


Menurutnya ideologi perjuangan mereka yang didokong selama ini seolah-oleh tenggelam timbul mengikut gendang yang dipalu oleh rakan-rakan mereka di dalam pakatan rakyat.


"Perkara ini terbukti menerusi pertikaian terbaru berhubung isu berkenaan di kalangan pakatan rakyat setelah Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu sedia melaksanakan hukum berkenaan jika memerintah negara kelak.


"Namun kenyatan tersebut berubah menerusi kenyataan beberapa pemimpin tertinggi mereka yang lain setelah diasak oleh DAP. Ada yang kata Pas sanggup tunggu 30 tahun untuk memerintah dan hudud bukanlah keutaman parti terbabit.


"Adakah ini kita mahu pilih Pas sebagai sebuah parti pilihan kerana amat jelas mereka tidak konsisten dan tidak berprinsip demi mendapatkan kuasa. Inilah parti 'dok rok cetong' dan tidak bermaruah", katanya ketika berceramah di Bilik Gerakan BN Cawangan Gelugor Raja di sini, Jumaat lalu.


Datuk Husam Musa baru-baru ini menegaskan bahawa pakatan pembangkang akan tetap melaksanakan hukum hudud sekiranya berpeluang memerintah di peringkat Pusat.
Husam berkata demikian ketika membalas cabaran Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mencabar Naib Presiden Pas itu supaya menyatakan pendirian mengenai hudud jika pembangkang membentuk kerajaan pada satu sesi debat di Kota Bharu baru-baru ini.


Namun begitu, DAP menafikannya dan menyatakan hudud tidak termasuk dalam manifesto pakatan pembangkang.


Khairy seterusnya menegaskan Pakatan Rakyat sebenarnya retak menunggu belah ekoran prinsip mereka yan berlainan dan tidak wujud tolak ansur sepertimana BN.


"Kita menerusi parti-parti komponen yang lain telah lama duduk semeja dan bernaung di bawah satu payung. Kita di dalam BN pun ada wujud perbezaan pendapat dan sebagainya, namun akhirnya kita mencapai satu kata putus bersama demi kepentingan rakyat.


"Justeru bila keluar mengundi 17 Januari nanti, jangan fikir banyak-banyak terus pangkah BN untuk kepentingan penduduk Kuala Terengganu", ujarnya.

JANGAN LAYAN DEBAT ROYALTI MINYAK


Pengarah kempen PAS bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Wan Mutalib Embong telah mencabar UMNO berdebat dengan PAS mengenai isu royalti minyak. Katanya, UMNO turunkan peguam terbaik untuk berdebat dengannya yang juga seorang peguam.


Bagi saya, UMNO tak perlu layan cabaran Wan Mutalib ini. Buang masa saja. Tak perlu panggil peguam mahu lawan Wan Mutalib yang juga bekas Exco kerajaan negeri Terengganu. Menteri Besar, Ahmad Said sendiri sanggup berdebat dengan beliau kerana rahsia Wan Mutalib sepanjang jadi Exco dari tahun 1999-2004 banyak ada di tangan Ahmad Said.


Tak payah cakap banyaklah Wan Mutalib. Semua orang tahu semasa awak jadi Exco, banyak tanah kerajaan negeri diberi kepada koperasi milik orang PAS. Bila BN menang dan nak ambil balik tanah itu, kerajaan kena bayar pampasan berkali ganda kepada koperasi tersebut di mana ketika kerajaan PAS menawarkannya dengan harga yang murah. Berapa juta koperasi itu untung.


Nasib baik awak tak jadi calon PAS dalam pilihan raya kecil ini. Kalau tidak habis rahsia awak didedah oleh Ahmad Said. Sepatutnya PAS syukur kerana desakan Ahmad Said, kerajaan pusat setuju kembalikan semula royalti minyak kepada kerajaan negeri walaupun desakan itu dibuat dalam media yang menyinggung perasaan Perdana Menteri, Pak Lah.


Ahmad Said berani walaupun Pak Lah melenting apabila ditanya komennya oleh media. Perjuangan Ahmad Said sudah berjaya. Jadi kenapa perlu diadakan debat lagi. Cukuplah Wan Mutalib. Dah tak ada modal lain ke?