Sabtu, Disember 22, 2012

ZAM PATUT MINTA MAAF KEPADA HABIBIE

Bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin patut minta maaf kepada bekas Presiden Indonesia,BJ Habibie kerana mengatakannya sebagai pengkhianat. Walaupun ia dianggap sebagai pandangan peribadi, tetapi apabila menghina bekas Presiden sebuah negara, ia memang tidak patut disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia (adik beradik Utusan Malaysia) yang dianggap sebagai Utusan Fitnah (kerana banyak kes saman fitnah). Katakan bekas menteri Indonesia menghina bekas Perdana Menteri kita, Tunku Abdul Rahman adakah kita tidak marah? Oleh itu Zam harus sedar beliau adalah bekas menteri, maka beliau tidak wajar menuduh bekas Presiden negara jiran dengan tuduhan sebegitu rupa. Inilah akibatnya orang yang tak layak jadi menteri dilantik menteri dan orang yang tak layak jadi Ketua Pengarang akhbar dilantik Ketua Pengarang. Seorang stringer boleh jadi Ketua Pengarang? Hebat sangatkah Zam? Zam lulus universiti mana kalau tidak ampu dan bodek sehingga dapat jadi Ketua Pengarang sebuah akhbar harian. Kalau dia hebat, dia sudah jadi Ketua Umno Bahagian Merbok sebaliknya jadi ahli parlimen Merbok sahaja tanpa jadi orang kanan dalam parti. Oleh itu sebagai bekas menteri, beliau perlu berhati-hati menulis di lain kali supaya tidak menyinggung perasaan rakyat Indonesia.