Sabtu, Ogos 30, 2014

CADANGAN IDRIS HARON ADA WOW FAKTOR KATA AHMAD MASLAN

MELAKA, 30 Ogos (Bernama) -- Badan Perhubungan Umno Melaka akan mencadangkan penubuhan cawangan Umno Maya yang disasar kepada golongan muda dan kumpulan profesional bagi menarik mereka ke dalam perjuangan parti serta mengundi Barisan Nasional (BN). Ketua Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Idris Haron, yang juga Ketua Menteri, berkata penubuhan cawangan itu adalah bersyarat iaitu memiliki sekurang-kurangnya 100 ahli dan mereka dikehendaki memberi jaminan akan mengundi BN pada pilihan raya umum. "Kita menyasarkan keahlian cawangan itu terdiri daripada pelajar kolej dan universiti yang layak mengundi, yang tidak dapat memasuki satu-satu cawangan secara fizikal kerana sesuatu sebab tertentu. "Mereka dibenar menubuhkan cawangan maya itu kerana terdapat cawangan yang ada mempunyai 'pintu', ini tak boleh, esok nak lawan aku, jadi mereka ini akan kecewa. "Kita tidak mahu mereka yang kecewa tidak dapat menganggotai cawangan akan beralih menyokong parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Tangga Batu di Dewan Kompleks Penjara Sungai Udang hari ini, yang dirasmikan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. Turut hadir bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Sementara itu, Ahmad berkata cadangan penubuhan cawangan Umno Maya akan diperhalusi daripada aspek kebaikan dan keburukan selepas Umno Melaka menghantar permohonan bertulis. "Secara peribadi, (saya berpendapat) cadangan ini mempunyai faktor 'wow' untuk membantu parti dan kerajaan," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata anggota Umno berdiri teguh bersama-sama Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung teguran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pentadbiran Najib. "Tugas saya sebagai Ketua Penerangan ialah menjelaskan perkara-perkara yang ditegur oleh Tun Dr Mahathir, dan penjelasan perlu dibuat tanpa kita memburukkan beliau yang kita amat-amat hormati sebagai negarawan negara," katanya. Antara isu yang dibangkit bekas perdana menteri itu ialah Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). -- BERNAMA NO NO SBB

Jumaat, Ogos 29, 2014

MINGGU TERAKHIR MENGUMPUL BAHAN

Minggu ini adalah minggu terakhir saya mengumpul bahan-bahan untuk buku Ayer Molek Menuju Pemodenan. Minggu hadapan, mulai 1 September, saya mula menulis buku tersebut setelah mengumpul bahan selama empat minggu di kg ayer molek, masjid tanah. Seronok berada di kg ayer molek di mana masyarakat berbilang kaum hidup dalam aman damai. Di sini lahirnya sebuah cinta di mana cucu cicit Tok Kamad yang membuka kg ayer molek telah mencipta sejarah tersendiri di daerah alor gajah ini. Isnin lalu saya tak dapat ke melaka kerana Dol sibuk di ofis. hari selasa baru kami ke Melaka meneruskan penghumpulan bahan. hari Rabu kami ke pejabat perbadanan kemajuan negeri melaka di MITC mencari abdul rahim ibrahim anak ayer molek yang bekerja di situ. Rupa-rupannya beliau sudah pencen. kami berjaya dapat nombor handphone rahim dari rakan sepejabat tetapi tersalah orang abduk rahim orang tangga batu sedangkan kami mencari abdul rahim orang ayer molek. kami singgah di PLKN Warisan yang terletak di pinggir kg ayer molek menemui pengurus kem, sabani orang alor gajah yang duduk di semenyih. kebetulan pelatih plkn baru tiga hari masuk jadi kami berpeluang melihat mereka belajar berkawad. operator plkn orang kl menyewa tanah milik ayah ahli parlimen masjid tanah, yb mas ermieyati seluas 25 ekar. panorama plkn itu amat menarik di tepi sungai Linggi. Sering kelihatan buaya timbul di sungai tersebut tetapi buaya itu tidak ganas. Namun demikian Othman penduduk kampung ayer molek pernah digigit buaya ketika menjala ikan. Sejak itu osman dikenali sebagai Man Buaya. Esoknya saya pergi ke FELCRA RAmuan China bertemu pengurusnya Encik Rozi untuk mengetahui perkembangan FELCRA Ayer Molek I dan Ayer Molek II. Saya tak perasan FELCRA Ramuan China adalah rancangan tanah belia seperti FELCRA Bukit kepong dan FELCRA Sungai Ara. Ketika saya bekerja dengan FELCRA pada tahun 1983-1986 saya tak pernah melawat rancangan FELCRA Ramuan China kerana yang sering saya lawati ialah FELCRA Sungai Ara dan FELCRA Bukit Kepong.Tak sangka pula berhampiran Ayer Molek ada rancangan tanah belia FELCRA. Saya sempat menemui Isa Ahmad abang Datuk Nordin, owner Vas Aero Sdn Bhd. menurut Isa, adiknya Datuk Nordin duduk bersamanya dan beliau lebih rapat dengan isterinya berbanding dengannya yang kelihatan serius dengan adik-adiknya Datuk Nordin dan Zakaria. Ibu mereka, che Mah berasal dari Kg ayer Molek Melaka yang berhijrah ke kg ayer molek,kuala sungai baharu. rupa-rupanya Hajah Kamariah atau Kontek yang kami temui di kg Ayer Molek, melaka minggu lepas adalah kakak iparnya. Sema;lam Imam Bahari berangkat ke kelana jaya untuk menunaikan fardhu haji. masjid mengadakan majlis melepaskan Imam Bahari yang berangkat ke Kelana jaya dari masjid. Orang ramai yang menghantar Imam Bahari sambil berarak ke hujung jalan dan sudah tentu majlis ini amat memilukan kerana belum tentu orang yang pergi ke Mekah akan kembali dengan selamat. Namun demikian kami mendoakan beliau selamat pergi dan kembali. Minggu ini adalah minggu terakhir mengumpul bahan. Minggu depan saya mula menulis hasil koleksi bahan-bahan yang dikumpul selama sebulan kecuali wawancara dengan ketua menteri, datuk seri idris harun; ahli parlimen masjid tanah, yb mas ermiyati; pegawai daerah alor gajah yang belum diadakan lagi. Diharapkan ketiga-tiga wawancara ini dapat diadakan dalam masa terdekat. Hari ini kami tiba di Kl jam 4 petang kerana temujanji dengan prof Madya Dr Ramli khamis,74, anak ayer molek yang pertama masuk universiti di Equin park. beliau pernah bekerja dengan Felda dan MAS akhirnya membuka syarikat pendidikan yang menguruskan pelajar ambil MBA dari Universiti of Buckingham,UK. Beliau merupakan anak ayer molek yang memasuki MCKK di mana sebelum diterima belajar di situ, beliau kena lulus tiga peperiksaan.

Rabu, Ogos 27, 2014

PROSES MENUKAR MB MAKAN MASA TUJUH BULAN

SHAH ALAM, 26 Ogos (Bernama) -- Krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor tercetus dengan 'Langkah Kajang' yang dimulakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Mac lepas, bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu. 27 JANUARI: Wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada PRK kawasan itu. Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut setelah gagal menjadi calon kerusi DUN Kajang selepas mahkamah mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwatnya, lalu isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipertaruhkan untuk kerusi itu. 26 FEBRUARI: Abdul Khalid mewakili Kerajaan Selangor menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang tertangguh sejak 2008. Tindakan itu mengecewakan pimpinan PKR yang mendakwa Abdul Khalid tidak membincangkan mengenai perkara tersebut dengan mereka. 26 JUN: Abdul Khalid gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti apabila tewas kepada bekas anggota Parlimen Kapar, S.Manikavasagam. 21 JULAI: PKR menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid. 22 JULAI: Abdul Khalid dalam kenyataan media berkata walaupun menghormati keputusan PKR yang mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai penggantinya, namun segala tatacara pelantikan perlu dibuat mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Abdul Khalid berkata sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar. 25 JULAI: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor atas alasan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat. 1 OGOS: Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menyuarakan sokongan penuh parti itu terhadap cadangan meletakkan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. 4 OGOS: Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan nota setebal lebih 40 muka surat mengenai dakwaan salah laku Abdul Khalid seperti isu penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor kepada Eco World dan projek pembinaan rumah mampu milik di Sungai Sering, Ukay Perdana. 5 OGOS: Lembaga Disiplin PKR hantar surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid mengenai keengganannya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. 6 & 8 OGOS: Abdul Khalid membalas surat tunjuk sebab. 9 OGOS: PKR memecat Abdul Khalid daripada parti berkuat kuasa serta-merta. Abdul Khalid dalam kenyataan media kemudian memberitahu bahawa beliau menerima keputusan PKR yang memecatnya daripada parti walaupun beliau mendakwa tindakan itu salah dan cacat dari segi undang-undang. 10 OGOS: Abdul Khalid memberitahu pemberita bahawa beliau akan meneruskan tugasannya seperti biasa sehingga mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor diadakan pada 11 Ogos. 11 OGOS: Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor bagi memaklumkan pemecatannya daripada PKR selain membincangkan kemelut jawatan Menteri Besar. 11 OGOS: Dalam sidang media khas kemudiannya, Abdul Khalid mengumumkan bahawa beliau telah mendapat perkenan Sultan Selangor untuk terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor. Menteri Besar itu turut menyarankan supaya anggota Exco yang tidak menyokong kepimpinan beliau supaya meletak jawatan. Beliau juga berkata akan mengadakan pertemuan dengan barisan exco kerajaan negeri secara individu bagi mengetahui sokongan dan pendirian mereka terhadap kepimpinan beliau. 12 OGOS: Empat anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada PAS berkata akan terus berkhidmat di bawah pentadbiran Abdul Khalid seperti yang diarahkan pucuk pimpinan parti itu. Enam anggota Exco daripada DAP dan PKR dalam kenyataan bersama berkata mereka akan terus menjalankan tugas masing-masing tetapi menegaskan tidak akan berjumpa dengan Abdul Khalid kecuali pada mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Selain itu, keenam-enam exco itu dilaporkan berkata dalam urusan yang membabitkan mereka, kedudukan dan fungsi Abdul Khalid hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang menteri besar daripada Pakatan Rakyat dilantik. Mereka juga berkata Abdul Khalid dan MMKN tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian. 12 OGOS: Abdul Khalid mengumumkan telah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan untuk memecat enam anggota Exco kerajaan negeri daripada DAP dan PKR yang tidak menyokong pentadbirannya. Keenam-enam Exco terbabit dalam sidang media bagaimanapun bertekad untuk datang ke pejabat masing-masing di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam esok kerana menganggap pemecatan itu tidak sah berikutan belum mendapat perkenan Sultan Selangor. 13 OGOS: Abdul Khalid mempengerusikan mesyuarat MMKN dengan dihadiri empat anggota Exco kerajaan negeri daripada PAS dan tiga pegawai ex-officio. 13 OGOS: Pada sidang media selepas mesyuarat itu, Abdul Khalid mengumumkan pemecatan lima anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada DAP dan PKR dibuat secara sah dan mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkuat kuasa semalam (12 Ogos). Beliau turut mengesahkan surat pemecatan kepada seorang anggota Exco daripada PKR Rodziah Ismail masih belum dihantar kerana Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu dikatakan berada di luar negara. Abdul Khalid juga berkata jumlah korum yang menghadiri mesyuarat MMKN memadai dan sah mengikut Artikel 53 (2)(b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan sekurang-kurangnya mempunyai empat anggota MMKN untuk mentadbir negeri secara sah. 14 OGOS: Abdul Khalid mengesahkan pihaknya telah menerima surat peletakan jawatan daripada Rodziah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) berkuat kuasa hari ini (14 Ogos). 14 OGOS: Dr Wan Azizah pada sidang akhbar di Subang Jaya hari ini mengumumkan beliau mendapat sokongan majoriti daripada 30 Adun Pakatan Rakyat termasuk dirinya untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor. Turut menyatakan sokongan kepada Presiden PKR itu ialah Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin, kedua-duanya daripada PAS. Abdul Khalid bagaimanapun dalam satu kenyataan berkata dakwaan Dr Wan Azizah itu perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di DUN Selangor, sebagaimana yang termaktub mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. 14 OGOS: PAS Selangor dalam satu kenyataan memberi tempoh 24 jam kepada Hasnul dan Saari untuk menarik balik pendirian mereka yang menyokong Dr Wan Azizah atau berdepan dengan tindakan disiplin daripada parti. 15 OGOS: Sultan Selangor telah menitahkan Abdul Khalid supaya tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman mengenai jawatan menteri besar sehingga baginda pulang ke tanah air pada 27 Ogos ini. 17 OGOS: PAS mengumumkan tidak menyokong lagi kepimpinan Abdul Khalid dan mencalonkan dua nama, Dr Wan Azizah dan Timbalan PKR Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid. 17 OGOS: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang bermesyuarat kemudiannya memutuskan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi jawatan Menteri Besar Selangor. 20 OGOS: PKR dipanggil oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 28 Ogos ini berhubung aduan Abdul Khalid yang menuntut ROS menyiasat sama ada keputusan lembaga disiplin dan majlis pimpinan pusat PKR memecat beliau dari parti pada 9 Ogos lepas melanggar perlembagaan parti. 21 OGOS: PAS Selangor mengumumkan tidak bercadang untuk meletakkan mana-mana anggota Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu. 23 OGOS: Abdul Khalid berkata beliau akan memutuskan tarikh untuk menghadap Sultan Selangor berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar pada Isnin ini. 24 OGOS: PKR mengakui wujud situasi ketidaktentuan dalam Pakatan Rakyat berikutan masih belum menerima sokongan sepenuhnya daripada PAS berhubung keputusan mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. 24 OGOS: Anwar berkata kelemahan Abdul Khalid dalam menangani masalah perbandaran di Selangor merupakan sebab utama beliau perlu melepaskan jawatan sebagai menteri besar. 25 OGOS: Abdul Khalid mengesahkan beliau akan menghadap Sultan Selangor pada 26 Ogos bagi mendapat nasihat dan pandangan berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat berkata 13 Adun PAS Selangor tidak akan menandatangani surat akuan bersumpah yang diminta oleh PKR bagi mengesahkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk jawatan Menteri Besar Selangor. 26 OGOS: Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan Shah Alam. Dalam sidang media kemudian, Abdul Khalid memaklumkan bahawa beliau telah memohon untuk meletak jawatan sebagai menteri besar tetapi Sultan Selangor menangguhkan untuk menerima peletakan jawatannya itu sehingga pelantikan baharu ditentukan. Abdul Khalid berkata baginda menitahkan pemimpin Pakatan Rakyat - PAS, PKR dan DAP - supaya mencadangkan lebih daripada dua nama daripada setiap parti itu sebagai calon menteri besar Selangor. Ini bagi memudahkan baginda menentukan dan memberi perkenan kepada calon yang berkelayakan untuk dilantik sebagai menteri besar. -- BERNAMA

Selasa, Ogos 26, 2014

PRK PENGKALAN KUBOR: ASYRAF WAJDI CALON BN?

KOTA BAHARU, 26 Ogos (Bernama) -- Anggota Dewan Negara Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyerahkan kepada pucuk pimpinan Umno untuk menentukan sama ada beliau tersenarai atau sebaliknya sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor nanti. Beliau yang juga Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu berkata apa yang penting calon itu mestilah mampu membawa kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) bagi meneruskan legasi perjuangan Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang meninggal dunia, Rabu lalu. "Pemimpin sebelum ini telah meletakkan asas yang amat kuat di Pengkalan Kubor. "Mesej ini jelas bahawa kita perlu meneruskan tradisi khidmat dan bakti Umno dalam Barisan Nasional dan meneruskan legasi yang telah dibuktikan oleh Allahyarham," katanya kepada pemberita di Program Semarak Merdeka Kempen Kibar Jalur Gemilang di sini hari ini. Bagaimanapun, Asyraf Wajdi berkata sama ada terpilih atau tidak sebagai calon, sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, beliau akan memastikan BN mengekalkan kerusi DUN Pengkalan Kubor. Asyraf Wajdi juga berpendapat beberapa calon yang berpotensi serta mempunyai latar belakang agama, selain daripada kalangan warga Tumpat juga wajar ditonjolkan dalam PRK itu nanti. Dalam perkembangan sama, beliau berkata, parti pembangkang sama ada PAS atau PKR sebagai sebuah parti yang bermaruah tidak salah jika boleh memberi laluan kepada Umno dan BN untuk terus mentadbir kerusi DUN terbabit memandangkan tempoh pentadbiran yang tidak sampai tiga tahun lagi. "Atas dasar setiakawan, ia bukan sahaja dapat mengurangkan kos bahkan boleh menjadi model baru politik negara sekali gus menepis polemik tidak sihat setiap kali menjelang pilihan raya," katanya. Asyraf Wajdi sebelum ini pernah dicalonkan bagi kerusi Parlimen Tumpat berhadapan dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaafar dalam pilihan raya umum ke-12 namun tewas. Noor Zahidi, 57, meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, Rabu lepas. Allahyarham merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno Bahagian Tumpat selama empat penggal. Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. -- BERNAMA RBAR ZBI JM NH

BN KENA LETAK CALON YANG SIHAT B UKAN YANG MUDA

PAGOH 24 Ogos - Timbalan Perdana Menteri berkata, Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan untuk meletak calon muda dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan nanti. Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, pihaknya sudah mengenal pasti ramai calon muda yang berwibawa untuk bertanding di kawasan berkenaan. "Mengenai bakal calon... Kita sudah kenal pasti ramai tokoh muda berwibawa yang boleh kita ketengahkan. Saya harap ini dapat diputuskan dalam tempoh tarikh pengumuman calon diumumkan. "Kita tahu DUN ini kawasan bukan mudah tetapi terbukti kawasan ini memang diwakili calon kita," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri UMNO Bahagian Pagoh, di Kompleks Seri Pekembar, di sini semalam. Yang turut hadir isterinya, Puan Seri Noorainee Abd. Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan lebih 10,000 mengunjungi sambutan itu. Beliau mengulas bakal calon BN yang akan bertanding dalam PRK Pengkalan Kubor untuk menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, yang meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pukul 5.45 pagi, Rabu lalu. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, Allahyarham menang dengan majoriti 1,736 menewaskan calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bebas dalam pertandingan tiga penjuru dengan memperolehi 10,174 undi. Allahyarham yang menjadi wakil rakyat kawasan berkenaan sejak tiga penggal juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan. Mengulas lanjut, Muhyiddin yakin UMNO dapat mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Kubor atas rekod perkhidmatan cemerlang Noor Zahidi dan kejayaan majoriti lebih 1,000 undi sebelum ini menjadi tanda kawasan itu milik BN selain pembangunan sosial di kawasan tersebut Katanya yang juga Timbalan Presiden UMNO, tentangan hebat akan diberikan Pas namun rakyat Kelantan dan pengundi sudah biasa dengan perkhidmatan Noor Zahidi serta isu pembangkang kebelakangan ini termasuk krisis di Selangor akan memberi kelebihan kepada BN. "Ini semua akan menjadi pertimbangan pengundi seperti krisis politik di Selangor, pertembungan dan perbezaan pendapat yang agak ketara antara komponen pakatan Pas, DAP, PKR, rebutan kuasa, nepotisme serta kronisme. "Saya tak kata akan jadi kelebihan tetapi pengundi akan menjadi peka, kita juga tidak akan mengambil mudah. BN akan memberikan penjelasan kepada pengundi tentang apa yang sebenarnya berlaku dan bagaimana BN dalam perjuangan untuk rakyat serta menguruskan hal negara," kata beliau. Ulasan saya, tak guna letak c;alon muda kalau dia tidak sihat. oleh itu Bn kena letak calon yang sihat yang disahkan oleh doktor bahaewa dia tidak ada penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan sebagainya. Bukan mudah jadi YB, rumahnya dikunjungi siang malam oleh rakyat. Kalau YB itu mudah stress, maka dia tak layak jadi YB. oleh itu Bn kena utamakan calon yang betul-betul sihat.

Isnin, Ogos 25, 2014

SHAMSUL DAN RAFIZI NAIB PRESIDEN BARU PKR

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Akhirnya, proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung dengan pelbagai masalah sejak April, menyaksikan keputusan barisan baharu kepimpinan mengekalkan status quo pemimpin utamanya. Keputusan yang diumumkan pada 21 Ogos lepas menyaksikan Mohamed Azmin Ali menang mudah sebagai timbalan presiden selepas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tersingkir daripada persaingan, ekoran pemecatannya daripada PKR pada 9 Ogos. Abdul Khalid dipecat kerana mengingkari keputusan parti yang mencalonkan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Menurut pemerhati politik, kemelut politik di Selangor dilihat memberi kelebihan bagi Mohamed Azmin untuk mengekalkan jawatan itu sekurang-kurangnya bagi tiga tahun lagi sementalah pencabarnya, Setiausaha Agung parti Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilihat bukanlah lawan sebenar kepada Pengerusi PKR Selangor itu. Mohamed Azmin bergandingan semula buat kali kedua dengan Dr Wan Azizah, yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, menang tanpa bertanding jawatan nombor satu parti pada pemilihan baharu pucuk pimpinan PKR bagi penggal 2014-2017. PENGEKALAN MOHAMED AZMIN DIJANGKA Penganalisis politik, Che Hamdan Che Mohd Razali berkata kemenangan Mohamed Azmin adalah sesuatu yang telah dijangka memandangkan beliau merupakan pemimpin yang paling mendapat sokongan dalam PKR. Katanya kemenangan Mohamed Azmin, yang juga Anggota Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa, itu dilihat sebagai tonggak kepada Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengemudi PKR. "Ini ditambah pula kemenangan ADUN Seri Setia iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Ketua AMK (Angkatan Muda Keadilan) yang merupakan orang kuat Mohamed Azmin dan ini sudah tentu hanya untuk memperkuatkan lagi sokongan kepada Anwar. "Dalam pemilihan PKR kali ini yang boleh saya sifatkan paling lama untuk mendapatkan keputusan berbanding parti-parti politik yang lain, saya melihat tidak banyak pembaharuan dalam barisan kepimpinan dan keputusannya tidak lagi mengejutkan sebab terlalu lama masa yang diambil untuk mengeluarkan keputusan pemilihan," katanya kepada Bernama di sini. Mohamed Azmin dan Saifuddin menyertai PKR pada 1999 manakala Abdul Khalid pada 2007. Pemilihan bermula pada 26 April lepas dan pengumuman rasmi barisan kepimpinan baharu hanya diumumkan 21 Ogos lepas selepas pelbagai masalah timbul ketika pemilihan seperti pergaduhan, proses pengundian tidak telus, kewujudan pengundi hantu dan undi melebihi jumlah anggota yang keluar mengundi. Hal berkenaan menjadikan PKR sebagai parti yang melakukan proses pemilihan dan pengumuman barisan kepimpinan baharu paling lama. Kongres Nasional PKR yang berlangsung di Shah Alam selama tiga selepas keputusan diumumkan pula hambar dan tidak mendapat sambutan anggota parti. DUA MUKA BAHARU NAIB PRESIDEN Turut menarik perhatian ialah jawatan naib presiden yang menyaksikan seorang penyandangnya 'tersungkur' iaitu Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh. Dua muka baharu mengisi jawatan nombor tiga tertinggi parti iaitu Anggota Parlimen Bukit Katil dan Pandan Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Rafizi Ramli. Persoalannya, sejauh mana ketokohan Rafizi dan Shamsul Iskandar mampu 'mencuri' undi anggota PKR untuk meraih jawatan naib presiden? Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu itu berpandangan, kedua-dua mereka setakat ini belum lagi memperlihatkan ketokohan masing-masing secara maksimum, namun dilihat sebagai 'ayam sabung' kepada PKR. "Ini kerana anggota melihat kepada siri demi siri pendedahan yang dibuat oleh Rafizi manakala Shamsul Iskandar pula dilihat sebagai 'hero' kerana telah mengalahkan pemimpin kanan Umno iaitu Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Parlimen Bukit Katil. "Ini mungkin antara faktor penarik yang dinilai anggota untuk memilih mereka sebagai naib presiden yang baharu," kata Che Hamdan. FUZIAH TERSUNGKUR Pemilihan kali ini menyaksikan Fuziah yang menjadi naib presiden PKR sejak 2010 kecundang dalam persaingan 14 penjuru. Che Hamdan berkata meskipun berjaya menarik perhatian umum dengan membangkitkan isu seperti Lynas, tetapi ia langsung tidak memberi nilai tambah kepada Fuziah untuk meraih sokongan anggota untuk kekal di jawatan itu. Selain itu, katanya kemenangan anak sulung Anwar, Nurul Izzah dan sekutunya Tian Chua sudah pun dijangka lebih awal lagi. "Kedudukan Nurul Izzah tidak akan tergugat selagi Anwar berada di dalam parti dan kemenangan beliau hanya disebabkan adanya pengaruh keluarga di dalam parti manakala Tian Chua pula menang untuk mewakili kumpulan aktivis yang ada dalam PKR," katanya. Jawatan naib presiden yang memperuntukkan secara keseluruhannya tujuh kerusi, empat kerusi diisi oleh mereka yang dipilih menerusi proses pemilihan manakala tiga lagi adalah secara lantikan oleh presiden parti. Sebelum ini, selain Nurul Izzah dan Tian Chua, Fuziah Salleh dan Datuk Dr Mansor Othman adalah naib presiden PKR yang lepas. Dr Mansor bagaimana pun tidak mengambil bahagian dalam pemilihan kali ini. Bagi jawatan Ketua Wanita, ia masih disandang oleh Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin. -- BERNAMA

Ahad, Ogos 24, 2014

PRK PENGKALAN KUBOR: UMNO KELANTAN MULA ATUR LANGKAH

KOTA BAHARU, 23 Ogos (Bernama) -- Umno Kelantan kini mula mengatur langkah untuk bersiap siaga dalam menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser pada Rabu lepas. Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau akan bertemu anggota jawatankuasa empat peringkat Umno bahagian itu bagi mengatur langkah seterusnya. "Segala laporan mengenai DUN Pengkalan Kubor itu akan saya bentangkan kepada Presiden dan Timbalan Presiden Umno malam esok, dan pada Jumaat pula, akan membentangkan laporan yang sama kepada Majlis Tertinggi Umno. "Bermula Sabtu depan, gerak jentera parti akan mula bekerja secara habis-habisan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan hari ini. Noor Zahidi, 57, yang meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China pada 5.45 pagi Rabu lepas, merupakan ADUN Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon BEBAS Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. Mengulas ciri calon yang akan dipilih, Mustapa berkata paling penting calon mesti boleh diterima pengundi, disenangi rakyat, berpengaruh dan mampu memenangi kerusi DUN itu. -- BERNAMA

Jumaat, Ogos 22, 2014

MINGGU KETIGA SAMPAI KE BATU PAHAT

Minggu ketiga kami berdua menjejaki anak ayer molek yang berjaya sampai ke Batu Pahat, Johor. Di Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM) kami menemui pakar nuklear, Prof Madya Dr Zaidi Embong. Jarang anak Melaka bernama Embong kerana biasanya yang bernama Embong adalah anak terengganu. hanya beliau seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang nuklear di Malaysia. Dahulu beliau seorang olahragawan. Apabila beliau berhenti bersukan secara mendadak, akhirnya beliau mendapat penyakit saraf. Selepas tamat Ph D di Bristol university England, beliau menjadi pensyarah OKU. Namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus terlibat dalam bidang akademik. Walaupun beliau menerima tawaran untuk bekerja di London dengan gaji RM40 ribu sebulan tetapi beliau menolaknya kerana lebih suka berada di negara sendiri. Ayahnya Embong seorang bekas pesara polis pernah jual tikar naik basikal dari ayer molek ke kuala lumpur semata-mata untuk menyara Dr zaidi belajar. Selepas kematian ibunya, dr zaidi dibela kakaknya jamiah yang baru bercerai dengan suaminya. menurut jamiah, adiknya cerdik dan suka belajar. Dia tidak pernah menduga adiknya akan belajar sampai ke tahap PhD kerana dia ingat adiknya habis setakat SPM sahaja. Seorang lagi anak Ayer Molek yang ditemui di parit Sulong, batu Pahat ialah ustaz Maruan yang merupakan anak ayer molek pertama belajar di India dan mesir. Selepas balik dari Mesir beliau mengajar di MRSM sehinggalah pencen di MRSM batu pahat. Ustaz Maruan mengenali Tapa dari kecil dan mereka sering kali bermain badminton dan ustaz maruan mengakui dia selalu kalah di tangan Tapa. alang alang kami dah sampai di Batu Pahat saya sempat menemui emak sepupu saya, Kak hasanah abu bakar yang duduk di simpang lima, batu pahat. dia kahwin dengan cikgu abdullah orang batu pahat. anaknya baru habis belajar perubatan di Makasar, Sulawesi. keturunan kami memang berasal dari Bugis. Mengikut salahsilah keturunan kami Haji Muslimin yang berasal dari Bugis duduk di Paloh, Kuala terengganu dan hari ini cuit puit haji muslimin berkembang ke seluruh malaysia. pada masa yang sama saya singgah di rumah Tan Sri Mohamad Aziz di parit Raja. Tapi beliau yang juga speaker dewan undangan negeri Johor belum balik dari JB. saudara mara beliau ramai di kampung saya di pasir Gajah, kemaman kerana beliau adalah orang jambi. Orang jambi yang membuka pasir gajah. Mereka dari keturunan Raja jambi sebab itu tempatnya dinamakan Parit Raja,Tapi orang Jambi yang berada di Parit Raja tak pakai nama Tengku sebaliknya Sultan terengganu membenarkan orang jambi yang duduk di pasir gajah menggunakan nama Tengku. Sebab itu Mohamad Aziz tidak ada nama Tengku Mohamad di hadapan namanya sedangkan saudara maranya di Pasir Gajah semuanya bernama Tengku. Minggu ini kami menghantar surat untuk wawancara ketua Menteri, Datuk Seri idris harun. begitu juga saya sudah e mail soalan kepada ahli parlimen Masjid Tanah, YB Mas Ermieyati Shamsudin. Malah temujanji dengan Pegawai daerah Alor Gajah, Daud Hamzah sudah dibuat pada minggu pertama September kerana minggu hadapan beliau berkursus di tokyo, Jepun. Siapa kamad? Siapa Rahmat? Mereka adalah adik beradik yang datang dari palembang ke ayer molek. rahmat ialah penghulu kuala sungai baru, seperti mana tercatat dalam buku Sekolah menengah kebangsaan rahmat. Kami sempat menemui pengetua sekolah, Hamdan hashim yang pernah belajar di situ. Sekolah tersebut merupakan sekolah tapa
malah Datuk Nordin Ahmad yang berjaya dalam bidang perniagaan menjadi ikon sekolah tersebut. Ada orang bertanya saya sampai bila saya berada di ayer molek. mengikut perancanngan saya, bulan pertama mengumpul bahan. bulan kedua, menulis dan mengedit bahan. bulan ketiga, buat grafik dan mencetak buku. Insya allah buku ini berada di pasaran pada bulan November ini jika jadual asal tidak berubah.

Rabu, Ogos 20, 2014

JENAYAH TERENGGANU MENURUN SEBANYAK 17.1 PERATUS

KUALA TERENGGANU, 19 Ogos (Bernama) -- Polis Terengganu berjaya menurunkan indeks jenayah sebanyak 17.1 peratus bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu. Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata ini berdasarkan penurunan sebanyak 1,440 kes yang dilaporkan dalam tempoh berkenaan pada tahun ini berbanding 1,736 tahun lalu. Katanya kejayaan itu dicapai melalui pelaksanaan aktiviti dan program pencegahan jenayah yang dijalankan secara holistik dan agresif dengan bantuan serta kerjasama pelbagai pihak bagi membanteras kegiatan jenayah di negeri ini. "Terengganu kini berada pada kedudukan ketiga terendah dalam negara...jadi kita harap orang ramai terus memainkan peranan dalam memastikan kadar jenayah dapat terus dikurangkan. "Penurunan indeks jenayah ini telah memberi impak positif iaitu mengurangkan ketakutan masyarakat terhadap jenayah," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Jamshah berkata pihaknya juga berjaya menurunkan kadar jenayah kekerasan dengan hanya tiga kes bunuh direkodkan sepanjang enam bulan pertama tahun ini. Selain itu, katanya jenayah harta benda yang melibatkan kes seperti curi, pecah rumah waktu malam, ragut dan curi motosikal menunjukkan penurunan sebanyak 1,236 kes berbanding 1,492 pada tahun lalu. Beliau berkata walaupun kes kecurian motosikal menunjukkan penurunan sebanyak 16.7 peratus, namun ia masih tinggi. "Walaupun kesemua daerah telah menunjukkan penurunan kadar jenayah, namun kegiatan mencuri motosikal masih tinggi dan itu merupakan penyumbang utama kes jenayah di negeri ini," katanya. Jelasnya Kontinjen Terengganu juga berjaya menyelesaikan 751 kes dalam tempoh berkenaan berbanding 1,440 kes dalam tempoh sama tahun lalu. -- BERNAMA NFI AZM RAM

Isnin, Ogos 18, 2014

SUDAH SAMPAI MASANYA HAJI HADI BERUNDUR

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
akan mendapatkan penjelasan daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai keputusan yang dibuat parti itu berhubung krisis politik Menteri Besar Selangor. Beliau berkata, Presiden Pas itu akan mengadakan pertemuan dengannya di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darulnaim pada pagi esok. "Beliau (Abdul Hadi) akan jumpa (saya) di pejabat, esok saya baru boleh buat kenyataan, saya perlu dengar daripada dia. "Saya tidak boleh sebut (komen) selagi presiden tidak memberi penjelasan kepada saya. "Saya tidak mahu ajar penyokong Pas banyak mulut dan panjang lidah tidak tentu pasal, begitu, begini, akhir sekali masalah semakin rumit," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, di sini hari ini. Pas hari ini mengemukakan nama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu. Tindakan tersebut bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama yang diketuai oleh Nik Abdul Aziz yang memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar berkata, beliau bersyukur kerana tidak ada pemimpin Pas dari negeri itu yang mengeluarkan kenyataan secara membuta tuli. "Di samping itu saya bersyukur kepada Allah kerana pemimpin Pas Kelantan tidak banyak mulut dalam hal ini, Pas Kelantan lebih berpengalaman dalam perbalahan yang dibuat oleh orang politik. "Berdoa kepada Allah mudah-mudahan pakatan (pembangkang) kekal, kerana Islam agama tauhid, menyatu, berpakat dan bersama, itu ajaran Islam," katanya. Ulasan saya, Nik Aziz terkejut kerana PAS u turn keputusan menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Oleh kerana Khalid bukan lagi ahli PKR, maka alasan PAS menarik balik sokongannya kepada Khalid memang ada logiknya. khalid terkejut kerana dia tertipu dengan haji hadi. Apakah Khalid akan memecat empat Exco PAS yang menyokongnya selama ini? Dengan berlakunya krisis PKR ini, maka PAS telah terbahagi dua. Sudah sampai ,masanya Haji hadi berundur memimpin PAS kerana cakap-cakapnya sudah tidak diterima lagi oleh majoriti ahli jawatankuasa PAS yang mahu PAS kekal bersama Pakatan Rakyat. Tanpa Pakatan Rakyat PAS hanya menang di Kelantan sahaja kerana cina bandar di Selangor, johor tidak akan menyokong PAS lagi jika PAS bergerak sendirian seperti kata Nik Aziz yang berkata PAS pernah hidup bersendirian selepas ditendang keluar dari BN pada tahun 1977.

Ahad, Ogos 17, 2014

MINGGU KEDUA DI AYER MOLEK LEBIH MENARIK

Oleh kerana jarak antara Ayer Molek, Melaka dengan rumah saya di Bandar Seri Putera, Selangor tidak jauh mana, maka setiap petang Jumaat saya balik ke rumah. manakala pagi isnin saya meneruskan kerja di Ayer Molek. Minggu kedua lebih menarik kerana kali ini kami berpeluang menemui ahli parlimen Masjid Tanah, mas Ermiyati Shamsuddin dan ADUN Kuala Linggi, Datuk Ismail Othman. oleh kerana YB mas tidak dimaklumkan tujuan kami mahu menemuinya oleh pegawainya maka beliau minta tangguh wawancara dengannya. beliau yang juga Ketua Puteri Umno Malaysia menyuruh kami e mail soalan kerana maklum sahajalah jawapan beliau nanti memerlukan fakta yang tepat, maka beliau perlu buat research untuk menyediakan jawapannya. Tetapi lain pula cara ADUN Kuala Linggi yang sudah dua penggal berkhimat untuk rakyat. Beliau secara bersahaja menceritakab perancangannya untuk membangunkan Kuala Linggi. Datuk Ismail datang ke kampung Ayer Molek bersolat jumaat bersama rakyat. Selepas itu kami menemubualnya di beranda masjid baharu. Sepanjang minggu ini kami menemui orang kampung, ada yang berkata kononnya kubur tok Kamad nerada di Bukit Rambai, Melaka. Kami ke sana menemui cicit Tok Kamad, haji Wahab yang mengesahkan bahawa tidak ada ada kubur Tok kamad di Bukit Rambai. Ini bermakna teori awal yang mengatakan kubur Tok Kamad berada di Ayer Molek lebih meyakinkan. melaka terkenal dengan konsep 1Malaysia dari dahulu lagi, Lubok China, Bukit Cina dan Tanjong Keling. Di Ayer Molek masyarakat Cina dan India turut duduk aman damai dengan penduduk kampung orang melayu. Bagi Pak, 58, yang berniaga kedai runcit selepas kematian ayahnya berkata dia tak kesah walaupun ramai penduduk kampung berhutang dengannya. Takkan dia nak jadi macam ceti pula kutip hutang dengan orang kampung. Dia mengimbau kembali sewaktu main guli dan gasing dengan anak-anak melayu sebaya dengannya sewaktu kecil. Nathan juga satu-satunya anak India yang merupakan penduduk jati Kg Ayer Molek. Anaknya Kapten selvarajah merupakan kaptel kapal yang sudah lama berkhidmat dengan MISC. bekerja dengan jurugambar tapa memenag menyeronokkan kerana beliau suka layan orang gila. Satu petang kami minum di pantai pengkalan balak, tapa melayan orang gila. Macam-macam disoal orang gila itu sambil minum kopi dan makan tauhu. Esoknya orang gila di kuala sungai baru ;pula dilayan oleh tapa. Orang gila itu asyik ketawa kerika kami belanjanya minum. Di kedai itu juga saya menemui bekas ADUN Kuala Linggi, Datuk ibrahim durum yang juga bekas Exco Kerajaan negeri melaka. Beliau kini adalah ketua penerangan Umno bahagian Masjid Tanah. Beliau pernah mengajar di sekolah menengah di menggatal di mana Musli Oli turut bersekolah di situ. Saya pernah ikut musli Oli ke Melaka 10 tahun dahulu menemui Datuk Ibrahim Durum. Datuk ibrahim terkejut kerana Musli ada ilmu lambai. Kesimpulannya, minggu kedua di ayer Molek lebih menarik. Kita tunggu pula perkembangan minggu hadapan.

Rabu, Ogos 13, 2014

SIAPA BOHONG PADA 2 JULAI?

pada dua hari lepas, saya menulis dalam FB saya, : "My last warning to fmt. Byr segera duit kwsp 6 bulan sebelum 18 ogos, jika tidak saya lapor kepada kwsp". Seramai 40 orang like posting itu. ramai bekas wartawan FMT menyokong warning saya itu. Pada petang itu saya terima e mail dari pengurus sumber manusia FMt, Ruben Raj yang menulis: Dear Zabidi, It has come to our attention that you have made a Facebook posting against "FMT", claiming that the company had failed to pay 6 months EPF. This is an untrue statement. There is no such outstanding owed by the company to the EPF board. Attached is the print screen of your posting. We urge you to delete the "untrue" posting within the next 1 hour (4.20pm on 11 August 2014), failing which you will hear from our lawyers. Ruben Raj MToday News Sdn Bhd. Ada hikmah juga bila saya tulis posting itu, seluruh FMT gempar. Selepas itu saya tulis posting ini dalam FB: "fmt nak saman saya kerana saya tuduh ia tak bayar duit kwsp saya. statement kwsp menunjukkan fmt tak bayar pun. takkan kwsp tipu saya pula. nak saman samanlah". 41 org like posting ini termasuk dua bekas staff Anisah dan Lisa J Ariffin yang mahu cek KWSPnya. Semalam saya mengesahkan dengan KWSP bahawa dua bulan FMT tak bayar duit saya iaitu gaji Jun dan Julai. Pada 2 Julai ketika saya meletakkan jawatan sebagai Editor BM FMT, saya tanya Ruben tentang enam bulan KWSP saya, dia kata semua dah bayar. Bila saya cek statement saya pada hujung bulan Julai, tetap statement baru tak ada. Semalam saya cek statement baru ada. Jadi siapa yang bohong pada 2 Julai sedangklan dalam statement ini bayaran dibuat 15, 17 dan 18 Julai. 15 Julai untuk gaji mei dan Jun 2014. 17 Julai untuk gaji November 2013. Pada 18 julai untuk gaji Oktober 2013 dan Disember 2013. Maka KWSP mengesahkan gaji Jun dan Julai belum dibayar lagi kerana ia kata kalau statement untuk Jun 2014, itu maknanya bagi gaji Mei 2014. baru saya faham baca statement KWSP. Sehubungan itu bila saya mengadu kepada Ruben pada hari terakhir saya dengan FMT pada 2 julai, Ruben kata dah bayar semua sedangkan bayaran dibuat pada 15 Julai. jadi siapa yang bohong? saya atau Ruben? Saya mempertahankan hak saya. oleh itu bagi semua bekas staff FMT sila cek statement KWSP anda sekarang.

Selasa, Ogos 12, 2014

BUKTIKAN DAPAT SOKONGAN MAJORITI KATA DAP DAN PKR

SHAH ALAM, 11 Ogos (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuktikan kepada rakyat negeri itu bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti didakwanya. Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dalam satu kenyataan bersama di sini hari ini, berkata ini termasuklah memanggil sidang DUN untuk melakukan undi kepercayaan atau cara lain yang boleh membuktikan Abdul Khalid mempunyai sokongan daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dan Umno. "PKR dan DAP telah menyatakan secara terbuka bahawa Abdul Khalid tidak lagi mendapat sokongan kedua-dua parti ini sebagai Menteri Besar Selangor, ini bermakna Abdul Khalid sudah hilang kepercayaan 28 Adun iaitu separuh daripada jumlah 56 Adun di Selangor. "PAS pula belum membuat keputusan mengenai sokongan mereka kepada Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan Jawatankuasa PAS Pusat hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos ini. Oleh yang demikian, kenyataan Abdul Khalid kepada pihak istana bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti DUN itu adalah meragukan," kata mereka. Saifuddin dan Pua berkata dengan penolakan terbuka PKR dan DAP, ini bermakna Abdul Khalid hanya boleh mempunyai sokongan majoriti dengan mendapat sokongan daripada 12 Adun Umno. Sehubungan itu, mereka turut mendesak Umno menyatakan secara terbuka bahawa 12 Adun parti itu menyokong Abdul Khalid seperti mana yang didakwa oleh beliau. "Jika 12 Adun Umno tidak menyokong Abdul Khalid, maka jelaslah beliau telah mempersembahkan maklumat palsu kepada Sultan Selangor," kata mereka. Saifuddin dan Pua berkata pihak mereka akan terus menggunakan segala kaedah mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan enakmen yang berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan kerajaan Selangor kepada pakatan pembangkang yang dipilih oleh rakyat pada pilihan raya umum lepas. Mereka berkata langkah seterusnya mengikut Undang-undang Tubuh Negeri akan dimaklumkan selepas pimpinan pakatan pembangkang bermesyuarat mencari muafakat menyelesaikan perkara ini dengan baik. Abdul Khalid hari ini mengumumkan bahawa beliau telah mendapat perkenan Sultan Selangor untuk terus memegang jawatan Menteri Besar Selangor sehingga ada perkembangan terbaharu. Beliau dilaporkan berkata di sebalik pemecatannya sebagai anggota PKR, beliau masih memperoleh kepercayaan majoriti anggota DUN. -- BERNAMA FAI RV RHM

Isnin, Ogos 11, 2014

PEMUDA UMNO PERLU BERANI KATA BUNG MOKHTAR

SANDAKAN, 10 Ogos (Bernama) -- Anggota Pergerakan Pemuda Umno perlu berani dan menambah nilai diri dalam menghadapi perkembangan politik semasa yang semakin mencabar. Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Moktar Radin berkata antara perkara yang harus diberi tumpuan ialah aspek komunikasi dan teknologi maklumat berikutan perkembangan politik kini banyak dipengaruhi media sosial dan perang siber. "Pemuda Umno perlu berani dan proaktif menghadapi unsur negatif dalam media sosial berikutan isu yang dimainkan mampu membawa kepada perpecahan kaum dan agama," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Kinabatangan di sini hari ini. Bung Moktar yang juga Anggota Parlimen Kinabatangan berkata dalam perkembangan komunikasi dan teknologi maklumat, individu tidak bertanggungjawab bebas membuat berita palsu dan tuduhan yang tidak membina. Justeru, katanya di sinilah Pemuda Umno boleh berperanan menerusi media sosial untuk menangkis tomahan yang boleh mengugat perpaduan kaum dan agama. Beliau juga berkata usaha perlu dipertingkatkan Umno dan Barisan Nasional dalam menghadapi tohmahan dan fitnah yang dilemparkan individu tidak bertanggungjawab termasuk dari parti pembangkang. "Ia (tomahan) tidak hanya ditangani menerusi media sosial tetapi pendekatan turun padang ke akar umbi perlu dipertingkatkan untuk berjumpa dan memberi penerangan kepada rakyat supaya tidak terpengaruhi unsur negatif," katanya. -- BERNAMA HG HG RAM

Ahad, Ogos 10, 2014

SELEPAS TUJUH BULAN KHALID BERTAHAN

Pada 27 Januari lalu, saya telah menulis dalam FMT, berapa lama lagi Khalid dapat bertahan sebagai MB? Akhirnya semalam beliau dipecat dari PKR. Dia masih kekal sebagai MB tetapi nasibnya akan ditentukan oleh Dewan undangan negeri. jika beliau menang undi tak percaya, maka dia akan terus kekal sebagai MB, dan jika dia kalah, dia kena berundur. Saya pernah mewawancaranya pada tahun 2009 ketika saya bekerja dengan akhbar Watan. Saya tengok dia hebat sebagai pentadbir tetapi sebagai ahli politik beliau gagal. sebab itu beliau kalah bertanding ketua cabang PKR Kuala Selangor. Sebagai Mb, beliau berjaya kumpul rezab Selangor sampai meningkat RM2 biliion. Pengalamannya mengurus PNB digunakan sebaik mungkiin untuk Selangor tetapi sebagai Mb, beliau tidak popular kepada orang politik kerana beliau tidalk membantu mengkayakan orang politik. Akhinya Datyuk seri anwear Ibrahim berpatah arang dengan Khaldi Ibrahim. Kalau Pakatan rakyat menang menawan Putrajaya tempih hari, sudah tenyu Khalid bakal menteri kewangan Malaysia yang baru tetapi dengan tersingkirnya Khalid maka impiannya untukk menjadi mernteri kewangan jika Pakatan menang pada tahun 2018 sudah hancur berkecai. Untuk pembaca blog ini, saya petik semula rencana saya dalam FMt pada 27Januari lalu seperti mana berikut:-Berapa lama lagi Khalid dapat bertahan?
ANALYSIS PETALING JAYA: Satu demi satu isu meletus selepas Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor buat penggal kedua pada bulan Mei 2013. Selepas Pakatan mempertahankan negeri Selangor, sudah ada ura-ura orang lain yang jadi Menteri Besar bukannya Khalid Ibrahim PAS dan DAP menang 15 kerusi manakala PKR dapat 14 kerusi sahaja pada PRU ke 13. Dari segi hak, sepatutnya ADUN PAS atau ADUN DAP yang jadi Menteri Besar. Tetapi oleh kerana perlembagaan negeri Selangor tidak membenarkan orang Cina menjadi Menteri Besar, maka kerusi itu sepatutnya disandang oleh ADUN PAS. Tetapi PAS tidak dapat sokongan DAP. Maka kerusi Menteri Besar kekal di tangan PKR. PAS dan DAP sokong jika jawatan itu terus disandang Khalid Ibrahim memandangkan beliau sudah menguruskan negeri itu dengan cemerlang dari tahun 2008-2013. Selangor mempunyai rezab sebanyak RM2.3 bilion di bawah Khalid. Maka Khalid terus menjadi Menteri Besar Selangor walaupun ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali turut mengidam jawatan tersebut. Kalau PKR mengamalkan konsep parti menguasai kerajaan, Azmin yang sepatutnya jadi Menteri Besar dan bukannya Khalid. Azmin adalah Pengerusi PKR Selangor sedangkan Khalid tiada jawatan dalam Perhubungan PKR Selangor. Malah di peringkat bahagian dan cawangan pun Khalid tiada jawatan. Azmin memang tidak ngam dengan Khalid kerana Khalid uruskan negeri secara korporat. Sebagai orang politik PR Azmin lain berbanding dengan PR Khalid apabila berurusan dengan orang ramai. Sebab itu ada usaha untuk menamatkan perebutan jawatan Menteri Besar di antara Khalid dengan Azmin dengan mengadakan pilihanraya kecil untuk membolehkan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Orang luar perlu diketengahkan sebagai Menteri Besar supaya kedua-duanya tidak berkecil hati. Sanggupkah Anwar menjadi menteri besar kerana selama ini beliau mengidam jawatan Perdana Menteri? Berapa lama lagi Khalid dapat bertahan kerana desakan kepada beliau untuk meletakkan jawatan begitu kuat. Jika beliau enggan meletakkan jawatan, adakah beliau akan dipecat dari parti? Khalid dikatakan menimbulkan kemarahan Anwar kerana tiga isu. Isu pertama, isu kenaikan gaji ADUN Selangor serta gaji Menteri Besar dan Exco yang naik berkali ganda. Isu kedua, persetujuan Khalid menyerahkan hak kerajaan negeri kepada kerajaan pusat mengenai pengurusan bekalan air serta isu pemecatan Azmin daripada ahli lembaga pengarah PKNS. Walaupun Khalid menafikan terlibat memecat Azmin, tetapi selaku Pengerusi PKNS beliau yang patut bertanggungjawab. Atau adakah bekas Pengurus Besar, Othman Omar yang sedang disiasat yang sengaja melaga-lagakan di antara Khalid dengan Azmin? Sementara itu pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebulat suara bersetuju tanpa sebarang bantahan supaya Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan perlu digantikan dengan individu lain. Ahli Parlimen Kuala Langat dari PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kedudukan Abdul Khalid sememangnya dibincangkan dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor yang dipengerusikan oleh Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali baru-baru ini. “Memang dalam mesyuarat tersebut kita ada membangkitkan kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan kita telah membuat keputusan supaya beliau digantikan,” katanya. Beliau mengulas desas-desus wujud desakan kuat daripada kepemimpinan PKR khususnya di negeri ini yang mahu Abdul Khalid digantikan daripada terus memegang jawatan Menteri Besar. Desakan itu dikatakan berkait rapat dengan rasa tidak puas hati dalam kalangan kepemimpinan PKR Selangor terhadap corak pentadbiran Abdul Khalid di negeri ini. Sebelum ini Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dilaporkan sering mengkritik pentadbiran Abdul Khalid melibatkan beberapa isu antaranya menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor di antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari 2014. Selain itu, Azmin juga dilaporkan pernah bertindak melalui Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor mengemukakan memorandum kepada Abdul Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri. Abdullah Sani yang juga Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan, keputusan menggantikan Abdul Khalid tersebut dibuat berasaskan keadaan pentadbiran negeri yang dilihat tidak menepati aspirasi parti. “Keputusan itu dibuat atas sebab cara Abdul Khalid mentadbir negeri ini membabitkan isu-isu tertentu antaranya industri air, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kenaikan elaun Menteri Besar dan anggota pentadbiran negeri,” ujarnya.

Jumaat, Ogos 08, 2014

MINGGU PERTAMA YANG MENYERONOKKAN

Hari ini Jumaat 8 Ogos merupakan minggu pertama saya berada di kampung ayer molek, kuala sungai baru, melaka. Selesai minggu pertama saya mengumpul bahan untuk buku terbaharu saya, KAMPUNG AYER MOLEK MENUJU PEMODENAN. Buku ini ditaja oleh seorang ahli perniagaan yang berasal dari kanpung tersebut, Datuk Nordin Ahmad. Saya sudah lama mengenali Datuk Nordin melalui kawan saya Abdullah karim yang duduk sekampung dengan Datuk Nordin. Pada tahun 2008, saya pernah bawa Datuk Nordin jumpa Menteri pertahanan yang baharu, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi di rumah mertuanya di Masjid Tanah, Melaka. Syarikat Datuk Nordin lambat menyiapkan kontrak dengan Mindef kerana masalah pertukaran wang asing. Maka Datuk Nordin merayu kepada Datuk Seri Dr Zahid Hamidi. Beliau minit kepada KSU, Tan SRi Abu Bakar Abdullah. Tetapi KSU jawab rayuan itu ditolak. Saya pun hentam Tan SRi Bakar dalam blog ini kerana tidak berusaha menolong usahawan melayu seperti Datuk Nordin. Tiba-tiba saya terima call dari Mindef yang saya tidak sangka call itu dari Tan Sri bakar sendiri yang merayu saya tarik balik tulisan saya dalam blog ini. Saya pun tarik balik. Sejak itu saya baik dengan Tan Sri dan selepas itu beliau ditukar menjadi Ketua Pengarah JPA. nasibnya kurang baik di JPA kerana kontroversi gaji yang besar bagi pegawai atasan. beliau akhirnya bersara awal dan sepatutnya beliau yang menjdi KSN dan bukannya Tan Sri Ali hamsa jika tidak kerana kontroversi pelarasan gaji baharu itu. Pada bulan Ramadan lalu Datuk Nordin menawarkan projek menulis buku sejarah kampungnya kepada saya. Selasa lalu saya menemui beliau di pejabatnya di Shah Alam Seksyen 27. Stafnya ramai sekitar 60 orang bukan sahaja di Shah Alam malah di Bandung, Jakarta dan bangkok. Walaupun Datuk Nordin dikenali sebagai tokoh korporat global beliau tidak lupakan kampung halamannya. Beliau memberi sumbangan peribadi sebanyak RM800,000 untuk membina semula masjid baharu di kampungnya. Kampungnya dibuka oleh Tok Kamad yang berasal dari Sumatra. Haji Mat Jai cicit Tok Kamad menafikan Tok Kamad berasal dari Siak. menurutnya Tok kamad berasal dari Palembang. Tapi bagi Pengerusi JKKK, Musa Keling, Tok Kamad datang dari Ayer Molek dekat bandaraya Melaka. Mereka empat beradik berhijrah ke Kuala Linggi melalui sungai. Dua beradik bernama kamad dan Rahmat manakala dua orang lagi tidak diketahui namanya. Rahmat menetap di Kuala Sungai Baru yang mana namanya diabadikan di sekolah sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat manakala Kamad pula mmbuka kampung Ayer Molek sempena nama kampung asalnya. Untuk mengelak kekeliruan kerana ada dua nama sekolah kebangsaan ayer molek, maka sekolah kampung itu dinamakan sekolah kebangssaan ayer jerbih. Sepanjang tiga hari pertama di kampung ini, saya seronok mengumpul bahan kerana penduduk kampung memberi kerjasama yang secukupnya. Mertua Datuk nordin mahu menyediakan makan minum untuk saya dan Tapa (nama timbangan Abdullah Karim) tetapi kami menolaknya kerana kami jarang berada di rumah Datuk Nordin. Sepanjang minggu pertama di sini, saya telah menemubual Haji Mat jai, bekas Tok Sidang mahat, Imam Tarmizi, Pak Zubir, Musa Keling,Ibrahim dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ayer jerneh, Robiah Baba. Saya yakin jika kerjasama ini dikekalkan, buku ini dapat disiapkan kurang dari tiga bulan yang saya tetapkan deadline dengan Datuk Nordin. terima kasih kepada Tapa yang membawa saya menemui orang kampung. tanpa Tapa, kerja saya tidak semudah ini cepat dibuat.

Rabu, Ogos 06, 2014

BN SELANGOR HARUS AMBIL KESEMPATAN SELESAI ISU RAKYAT

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Selangor harus mengambil kesempatan untuk membuktikan kemampuannya menyelesaikan isu rakyat
ketika kerajaan Selangor berdepan krisis membabitkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata seorang pemerhati politik. Zakhir Mohamed berkata sekarang adalah masa paling sesuai untuk pimpinan BN negeri memainkan peranan sebagai pembangkang yang konstruktif dengan meletakkan keselesaan dan kepentingan rakyat negeri itu sebagai keutamaan. "Kemelut politik dalaman PKR secara tidak langsung menjejaskan pentadbiran Selangor, yang akan turut dirasai rakyatnya ketika mereka mahu pemimpin yang dipilih menjaga kebajikan rakyat seperti menangani krisis air. "Ketika inilah pemimpin BN harus memainkan peranan itu (menyelesaikan masalah rakyat) daripada terperangkap menjadi 'nasi tambah' untuk keruhkan keadaaan," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu khas program Ruang Bicara terbitan Bernama TV yang membincang 'Implikasi MB Selangor Kepada Rakyat' di Wisma Bernama di sini, malam ini. Turut menjadi panel dalam rancangan yang dikendalikan Dahlan Maamor itu ialah Pengerusi Biro Profesional Pemuda Umno Shahril Sufian Hamdan. Zakhir, yang juga Bendahari Blog House Malaysia, berkata situasi itu juga perlu digunakan BN dengan sebaik-baiknya untuk membuat persiapan bagi menawan kembali negeri Selangor apabila menjelangnya Pilihanraya Umum ke-14. Terdahulu, dalam program berkenaan, Zakhir menyifatkan agenda PKR untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebagai tidak lebih daripada 'drama' yang digarap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencapai matlamatnya menguasai pentadbiran negeri melalui isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dicalonkan mengisi jawatan itu. Dalam pada itu, Shahril Sufian berkata isu siapa menjadi menteri besar bukan lagi tumpuan utama rakyat Selangor sebaliknya mereka mahu pemimpin yang dapat menyelesaikan pelbagai isu membabitkan kebajikan mereka. "Isu denggi, masalah air dan kebersihan setempat merupakan masalah utama yang sedang dihadapi rakyat Selangor ketika ini. Sehingga kini Pakatan Rakyat masih tidak dapat menyelesaikannya sebaliknya bertumpu kepada menyelesaikan kemelut dalaman mereka," katanya. Baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pada 20 Julai lepas menerima cadangan untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR mengisi jawatan itu. -- BERNAMA SLW MYS NAK

Selasa, Ogos 05, 2014

ESOK SAYA BEKERJA DI MELAKA

Dah lama saya tidak update blog ini kerana di kampung saya, Pasir Gajah, broadband maxis tak dapat diakses. Semalam saya selamat tiba di Kuala Lumpur selepas berada selama 13 hari di kampung. bukannya berhari raya selama 13 hari tetapi kerana emak meninggal seminggu sebelum hari raya, 6 hari sebelum 1 Syawal maka saya dapat lama duduk di kampung. Hari raya pertama, isnin, saya berada di kampung saya Pasir Gajah menziarahi kubur datuk saya, Haji Abdullah Omar penghulu yang berkhidmat dengan negeri terengganu dari tahun 1955 hingga 1980. Saya memanggilnya ayah kerana dia yang membela saya sejak kecil. Saya pergi ke rumah Haji Zakaria jaafar tapi dia dah balik ke Cheneh. Tak sempat jumpanya. Abangnya Haji zulkifli ada yang sekelas dengan bekas MB, Datuk Seri ahmad Said. Selepa situ saya mengunjungi bekas boss saya, datuk rahim hussin di chukai. Rumah Setiausaha Majlis daerah dungun, haji anuar awang di beris Meraga turut saya kunjungi. Pada hari raya kedua, Selasa, saya kunjungi rumah Ayah Chik Man di Darat Olong, binjai di hadapan rumah CKJ, Che Ku Junaidi. Ayah chik man adalah bapa saudara kepada aruah Othman Awang calon BN Wakaf mempelam. Lucu juga rauah kerana ketika itu saya bekerja dengan warta parlimen kepala batas, setiap malam dia call saya, tanya dapat tak dia jadi calon. Saya jawab insya allah. Akhirnya dia dipilih jadi calon Bn pada ;pilihanraya umum 2008. Kami bersaudara dan kami sama-sama minta TCS pada tahun 1983, dia berjaya dapat TCS kerana cable aruah Datuk Abu Bakar daud tetapi saya gagal kerana tidak ada cable ketika itu. Saya turut kejunjungi rumah bapa sepupu saya, azhar Abdul rahman yang juga menantu kepada aruah Ustaz awang dagang, bekas ADUN Chukai. Selepas itu saya pergi ke rumah bapa sepupu di Bukit goh, Kuantan, Ahmad bin Abu Bakar yang pernah duduk se rumah dengan Ahmad said di teluk kalung. BaPA saudara Ahmad, ustaz Husin adalah abang ipar Ahmad said. Hari raya ketiga, saya ke kuala terengganu menziarahi rumah pensyarah UNISZA, Abdul Rahim yang juga rakan sebadge Ahmad said di USM. isterinya, Norizan adalah dua pupu saya. Selepas itu saya ke Machang riumah abang ipar. Esoknya, hari raya keempat, saya ziarahi tok saudara di danan, emak saudara di padang pak amat dan maneghadiri majlis kahwin sepu;pu di tok Khamis, Pasir puteh. Sampai di KT, saya menziarahi dua pupu radzi Mohd Shah di Jalan sultan omar. malam itu saya tidur di Kuala Terengganu kerana esoknya menghadiri majlis kahwin adik ipar anak saudara di FELDA tersat. Saya sempat singgah di Chering, sekayu tengok kebun ayah. Kawan ayah, pak Mat rambai dah meninggal lima bulan lalu. Anak-anaknya dah besar kalau jumpa di tengah jalan pun memang tak kenal. Sempat saya singgah dio rumah mak Su bedah adik ipar Pak Mat yang kahwin dengan Cikgu jamuri di padang setar. Cikgu dfamuri dah tiga tahun pencen. Saya turut pergi ke rumah Cikgu yasin menantu Pak Mat di Kuala Berang. Cikgu yasin yang beli kereta proton saga saya SA4664H yang saya jual di Sabah dahulu. Masa itu Cikgu yasin mengajar di tenom. Datuk Lajim ketika menjadi pembantu menteri di jabatan ketua menteri di kk pada tahun 1990 pernah naik kereta saya itu. Saya sempat menziarahi bekas Pengarah FELCRA terengganu, haji Mohamad Ali yang dah 10 tahun bersara kerana sakit buah pinggang. Ketika saya bekerja dengan FELCRA pada tahun 1983, beliau pernah bekerja di jabatan yang sama dengan saya di jabatan pembangunan peneroka. petang Jumaat saya singgah di rumah haji ghafar Mamat, KPP di yayasan pembangunan keluarga terengganu yang pernah belerja sekali dengan saya dari tahun 1997-2001. Selepas itu saya berekunjung ke rumah terbuka Juki al savur seorang facebooker yang menjatuhkan ahmad said. ramai yang datang termasuk Timbalan SUK, samiun Salleh, mohamad muda, ayah wan, john bekas ajk bahagian kuala nerus, puding dan zawawi yang mengenali aruah ayah saya. dia pernah bekerja dengan FELCRA. Malam itu sekali lagi saya tidur di Kt kerana pagi Sabtu rumah terbuka MB. Saya hadirinya bersama Sumi embong yang sibuk melayan tetamunya. saya balik ikut ajil-bukit besi kerana menghadiri majlis terbuka Din adam yang mana dia situ saya temui Kamaruddin ali dan kamal pesama. Dian Adam junir saya ketika belajar di Sekolah menengah Sultan Sulaiman, KT pada tahun 1976-1977.
Sampai di kemaman saya temyui Man KRU dan Kisfi. Pagi Ahad saya temui Man Kru, azam dan Tok Mulu dalam yang melawan Ahmad said dalam pertandingan ketua bahagian tahun lepas. Saya nak balik ke Kuala Lumpur hari ahad tapi tak jadi kerana jalan jem. maka saya balik pagi semalam dan hari ini saya menemui Datuk nordin ahmad yang mahu saya menyiapkan buku mengenai kampungnya Air Molek di masjid tanah di melaka. Mulai esok saya bekerja di melaka selama tiga bulan siapkan buku itu.