Memaparkan catatan dengan label melaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label melaka. Papar semua catatan

Ahad, Januari 28, 2018

AHMAD HAMZAH KETUA MENTERI MELAKA?



KUALA LUMPUR: Pengalaman menjadi Ahli Parlimen Jasin dan prestasi cemerlang ketika menjadi Exco Kerajaan Negeri satu ketika dulu memungkinkan Datuk Seri Ahmad Hamzah boleh dipertimbang dilantik Ketua Menteri Melaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Melaka, Datuk Ghazalee Muhamed berkata dalam politik ini macam-macam perkara di luar perkiraan manusia boleh berlaku. Tidak ada perkara yang mustahil sekiranya itu semua kehendak-Nya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas war-war dikalangan ahli politik tempatan mengatakan Datuk Seri Ahmad akan bertanding di DUN Serkam untuk membolehkan beliau dilantik ke jawatan tersebut selepas Pilihan Raya nanti.

"Beliau banyak pengalaman. Pengalaman jadi Exco dan Ahli Parlimen," katanya.

Sekiranya Datuk Seri Ahmad meninggalkan Jasin dikatakan Datuk Ghazalee bakal mengisi kekosongan tersebut.

Mengulas perkara ini beliau menegaskan sebagai ahli parti yang sentiasa menjunjung kesetiaan kepada pemimpin, beliau bersedia diletakkan di mana sahaja kerusi sama ada di Dewan Negeri ataupun Parlimen.

"Saya ahli parti dan akan mematuhi apa juga arahan dari pucuk pimpinan," katanya.

Pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahukan muka-muka baru diberi peluang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14).

Kata pemimpin nombor satu dan dua parti, ini bagi memberi peluang kepada calon-calon muda untuk menjadi pemimpin pelapis di kawasan setelah pemimpin lama mengundur diri.

Datuk Ghazalee berkata beliau bersetuju dengan pandangan PM dan TPM bahawa calon muda diperlukan sebagai pelapis tapi seelok-eloknya biarlah secara beransur-ansur, bukan sekali gus.

"Walau bagaimanapun pemimpin lama masih diperlukan atas kewibawaan dan pengalaman mereka.

"Di Melaka sudah ramai calon muda diberi peluang. Ada yang menang dan ada yang kalah sepertimana calon Bukit Baru yang gagal pada PRU ke 13," ujarnya.

Datuk Ghazalee berkata pada PRU 14 nanti ia merupakan satu pilihan raya yang amat sengit dan parti mesti mempertaruhkan hanya calon-calon yang boleh menang.

"PRU kali ini bukan untuk di cuba-cuba. Sebab itu saya katakan dia, kita mesti letakkan con boleh nenang dan bukan calon untuk kita cuba,"katanya.

Soal usia kata beliau harus ditolak tepi. Perkara yang paling penting sekali ialah calon tersebut disenangi pengundi di kawasan masing-masing.

Melaka antara negeri idaman Pakatan Harapan (PH) untuk ditawan selain daripada Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.

Perak, Terengganu dan Kedah tidak terkecusli untuk di perintah oleh PH.

Datuk Ghazalee berkata apa yang diharapkan oleh PH itu hanyalah angan-angan kosong semata.

Ini kerana BN Melaka mantap dan kuat apabila kesenua wakil rakyat mereka telah nemberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk kawasan masing-masing.

"BN Melaka setakat ini mantap dengan YB sedia ada telah memberi khidmat yg baik dan cemerlang.
Melaka tetap milik BN pada PRU 14 nanti," katanya.

Mengenai hasrat PH yang mahu melantik Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai PM sementara, Datuk Ghazalee menjelaskan sebenarnya bekas PM selama 22 tahun itu hanya dijadikan ikon oleh DAP bagi memecahkan undi Melayu.

"Tun M jadi perangkap perpecahan bagi orang Melayu.
Mana mungkin disebuah negara mengamalkan demokrasi, mantan PM di lantik semula jadi PM. Cara PH itu seolah-olah negara kita ketandusan pemimpin," ujarnya.

Mengulas ura-ura kononnya Datuk Seri Idris Haron bakal bertanding Parlimen Tangga Batu, beliau berkata Ketua Menteri Melaka ini adalah seorang pemimpin berwibawa.

"Beliau juga berbakat, berkebolehan dan terserlah kepimpinannya. Rugi pemimpin seperti beliau yang banyak pengalaman, tak dikongsi oleh rakyat Malaysia.

"Seandainya beliau diberi peluang di peringkat pusat, saya yakin beliau mampu menyumbang dengan lebih baik dan cemerlang untuk negara," katanya.

Kata Datuk Ghazalee, Melaka wajar menampilkan pemimpin hebat diperingkat nasional seperimana Allahyarham Tun Ghaffar Baba yang telah mengharumkan nama Melaka dalam kepimpinan Pusat.

Selasa, September 01, 2015

BANGANGNYA KETUA MENTERI MELAKA

Dalam suasana bekas presiden umno, dr mahathir mohamad memalukan umno dengan menyertai perhimpunan haram bersih 4, ketua menteri melaka, idris haron berkata sebarang tindakan kepada bekas pm itu akan mengeruhkan suasana.

Nampak sangat idris haron ini bangang. Sepatutnya beliau mempertahankan umno dan kesal dengan tindakan dr mahathir itu. Sebaliknya kenyataan ahli majlis tertinggi umno itu seolah olah merestui tindakan dr mahathir.

Baru baru ini beliau merasmikan persidangan perwakilan umno bahagian wangsa maju dan majoriti perwakilan tertidur ketika beliau berucap kerana tidak pandai meyakinkan rakyat menjawab isu isu semasa. Kalau idris gagal menjelaskan isu semasa macam mana rakyat hendak faham isu isu 1mdb dan sebagainya.

Sebagai pemimpin umno sepatutnya beliau sehati sejiwa dengan presiden umno. Sungguh malang orang melaka berketuamenterikan idris haron.

Di melaka beliau gagal menawan hati rakyat seperti yang dibuat bekas ketua menteri, ali rustam. Di zaman ali jam 3 pagi rakyat dapat jumpa ketua menteri di kediaman rasmi sebaliknya di zaman idris sudah jadi ketua menteri jam 8 hingga 5 petang.

Sungguh malang rakyat melaka sekarang. Kalau pm masih simpan orang seperti idris, saya tak tahu apa yang berlaku kepada umno melaka. Tak sangka ada juga ketua menteri yang pro dr mahathir.

Selasa, Ogos 05, 2014

ESOK SAYA BEKERJA DI MELAKA

Dah lama saya tidak update blog ini kerana di kampung saya, Pasir Gajah, broadband maxis tak dapat diakses. Semalam saya selamat tiba di Kuala Lumpur selepas berada selama 13 hari di kampung. bukannya berhari raya selama 13 hari tetapi kerana emak meninggal seminggu sebelum hari raya, 6 hari sebelum 1 Syawal maka saya dapat lama duduk di kampung. Hari raya pertama, isnin, saya berada di kampung saya Pasir Gajah menziarahi kubur datuk saya, Haji Abdullah Omar penghulu yang berkhidmat dengan negeri terengganu dari tahun 1955 hingga 1980. Saya memanggilnya ayah kerana dia yang membela saya sejak kecil. Saya pergi ke rumah Haji Zakaria jaafar tapi dia dah balik ke Cheneh. Tak sempat jumpanya. Abangnya Haji zulkifli ada yang sekelas dengan bekas MB, Datuk Seri ahmad Said. Selepa situ saya mengunjungi bekas boss saya, datuk rahim hussin di chukai. Rumah Setiausaha Majlis daerah dungun, haji anuar awang di beris Meraga turut saya kunjungi. Pada hari raya kedua, Selasa, saya kunjungi rumah Ayah Chik Man di Darat Olong, binjai di hadapan rumah CKJ, Che Ku Junaidi. Ayah chik man adalah bapa saudara kepada aruah Othman Awang calon BN Wakaf mempelam. Lucu juga rauah kerana ketika itu saya bekerja dengan warta parlimen kepala batas, setiap malam dia call saya, tanya dapat tak dia jadi calon. Saya jawab insya allah. Akhirnya dia dipilih jadi calon Bn pada ;pilihanraya umum 2008. Kami bersaudara dan kami sama-sama minta TCS pada tahun 1983, dia berjaya dapat TCS kerana cable aruah Datuk Abu Bakar daud tetapi saya gagal kerana tidak ada cable ketika itu. Saya turut kejunjungi rumah bapa sepupu saya, azhar Abdul rahman yang juga menantu kepada aruah Ustaz awang dagang, bekas ADUN Chukai. Selepas itu saya pergi ke rumah bapa sepupu di Bukit goh, Kuantan, Ahmad bin Abu Bakar yang pernah duduk se rumah dengan Ahmad said di teluk kalung. BaPA saudara Ahmad, ustaz Husin adalah abang ipar Ahmad said. Hari raya ketiga, saya ke kuala terengganu menziarahi rumah pensyarah UNISZA, Abdul Rahim yang juga rakan sebadge Ahmad said di USM. isterinya, Norizan adalah dua pupu saya. Selepas itu saya ke Machang riumah abang ipar. Esoknya, hari raya keempat, saya ziarahi tok saudara di danan, emak saudara di padang pak amat dan maneghadiri majlis kahwin sepu;pu di tok Khamis, Pasir puteh. Sampai di KT, saya menziarahi dua pupu radzi Mohd Shah di Jalan sultan omar. malam itu saya tidur di Kuala Terengganu kerana esoknya menghadiri majlis kahwin adik ipar anak saudara di FELDA tersat. Saya sempat singgah di Chering, sekayu tengok kebun ayah. Kawan ayah, pak Mat rambai dah meninggal lima bulan lalu. Anak-anaknya dah besar kalau jumpa di tengah jalan pun memang tak kenal. Sempat saya singgah dio rumah mak Su bedah adik ipar Pak Mat yang kahwin dengan Cikgu jamuri di padang setar. Cikgu dfamuri dah tiga tahun pencen. Saya turut pergi ke rumah Cikgu yasin menantu Pak Mat di Kuala Berang. Cikgu yasin yang beli kereta proton saga saya SA4664H yang saya jual di Sabah dahulu. Masa itu Cikgu yasin mengajar di tenom. Datuk Lajim ketika menjadi pembantu menteri di jabatan ketua menteri di kk pada tahun 1990 pernah naik kereta saya itu. Saya sempat menziarahi bekas Pengarah FELCRA terengganu, haji Mohamad Ali yang dah 10 tahun bersara kerana sakit buah pinggang. Ketika saya bekerja dengan FELCRA pada tahun 1983, beliau pernah bekerja di jabatan yang sama dengan saya di jabatan pembangunan peneroka. petang Jumaat saya singgah di rumah haji ghafar Mamat, KPP di yayasan pembangunan keluarga terengganu yang pernah belerja sekali dengan saya dari tahun 1997-2001. Selepas itu saya berekunjung ke rumah terbuka Juki al savur seorang facebooker yang menjatuhkan ahmad said. ramai yang datang termasuk Timbalan SUK, samiun Salleh, mohamad muda, ayah wan, john bekas ajk bahagian kuala nerus, puding dan zawawi yang mengenali aruah ayah saya. dia pernah bekerja dengan FELCRA. Malam itu sekali lagi saya tidur di Kt kerana pagi Sabtu rumah terbuka MB. Saya hadirinya bersama Sumi embong yang sibuk melayan tetamunya. saya balik ikut ajil-bukit besi kerana menghadiri majlis terbuka Din adam yang mana dia situ saya temui Kamaruddin ali dan kamal pesama. Dian Adam junir saya ketika belajar di Sekolah menengah Sultan Sulaiman, KT pada tahun 1976-1977.
Sampai di kemaman saya temyui Man KRU dan Kisfi. Pagi Ahad saya temui Man Kru, azam dan Tok Mulu dalam yang melawan Ahmad said dalam pertandingan ketua bahagian tahun lepas. Saya nak balik ke Kuala Lumpur hari ahad tapi tak jadi kerana jalan jem. maka saya balik pagi semalam dan hari ini saya menemui Datuk nordin ahmad yang mahu saya menyiapkan buku mengenai kampungnya Air Molek di masjid tanah di melaka. Mulai esok saya bekerja di melaka selama tiga bulan siapkan buku itu.

Sabtu, Oktober 23, 2010

MELAKA MAJU: TAHNIAH DATUK SERI ALI


Tahniah kepada Datuk Seri Ali Rustam kerana negeri pimpinannya, Melaka mendapat status negeri maju.Kehebatan beliau menerajui Melaka akhirnya membuahkan hasil.

Sudah tentu beliau meneruskan asas yang telah dirintis oleh bekas KetuaMenteri yang terdahulu, Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Seri Zain Ghani dan Datuk Abu Zahar.

Masyarakat berbilang kaum di negeri ini menyifatkan pengiktirafan Melaka Maju 2010 adalah wajar dan tepat berdasarkan pembangunan pesat yang dialami dalam tempoh 10 tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, rumusan itu diperoleh daripada soal selidik yang dijalankan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) baru-baru ini.

Menurutnya, rumusan daripada soal selidik yang melibatkan kira-kira 1,916 responden daripada semua lapisan masyarakat dan umur itu rata-ratanya bersetuju Melaka wajar diiktiraf sebagai negeri maju.

Beliau berkata, kajian itu diketuai oleh Pengarah Kampus UiTM Melaka, Profesor Madya Dr. Mizan Hitam bersama sembilan yang lain bagi meninjau persepsi rakyat di negeri ini sama ada menerima atau tidak pengiktirafan Melaka sebagai negeri maju.

''Rumusan yang diperolehi daripada penduduk bandar, luar bandar dan pinggir bandar amat menggalakkan apabila 81.5 peratus responden berpandangan bahawa Melaka adalah sebuah negeri maju.

''Mereka juga berpendapat pengiktirafan yang diberikan oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) adalah tepat dan Melaka layak untuk mendapat pengiktirafan itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat dan mendengar taklimat mengenai persiapan perisytiharan Melaka Maju 2010 Rabu ini di Stadium Hang Jebat, di sini hari ini.

Perisytiharan Melaka Maju 2010 akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui persidangan video secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ke Stadium Hang Jebat.

Mengulas lanjut Mohd. Ali berkata, sebanyak 83 peratus responden lelaki dan 84 peratus wanita berpendapat Melaka wajar diberikan status negeri maju.

''Kaji selidik ini juga mendapati responden daripada kumpulan etnik iaitu Melayu (81.4 peratus), Cina (81.7 peratus) dan India (83.2 peratus) turut bersetuju Melaka mendapat pengiktirafan negeri maju 2010," katanya.

Rumusan daripada soal selidik itu katanya, rakyat di negeri ini dapat menerima pengiktirafan itu berdasarkan lima faktor utama iaitu pembangunan bandar yang pesat, nilai kemasyarakatan yang dipulihara, pentadbiran yang berkesan, nilai sosial dipertahankan, ekonomi dan pelancongan.