Sabtu, September 08, 2018

PARTI PERPADUAN NASIONAL (PPN) JADI TUNJANG PENYATUAN MELAYU



oleh ABDULLAH KARIM


KUALA LUMPUR: Penubuhan Parti Perpaduan Nasional (PPN) bukan hendak bersaing dengan parti-parti sedia ada di negara ini. Sebaliknya penubuhan parti ini, ia menjurus kepada soal-soal berkaitan jati diri orang Melayu serta yang lebih penting lagi ialah mahu mempertahankan hak bangsa Melayu serta melindungi Raja-Raja Melayu serta Yang di-Pertuan Agong daripada ‘diperkuda’ oleh bukan Melayu demi survival politik peribadi.

Setiausaha Penaja PPN, Yahya Long Ali menegaskan, senario politik masa kini iaitu kaum bukan Melayu amat berani memainkan isu-isu bangsa Melayu, tanpa memperdulikan hati orang Melayu serta membelakangkan perasaan bangsa antara sebab kenapa parti ini diwujudkan.

“Sepertimana kita semua maklum semua parti yang ada di negara kita ini mempunyai agenda sendiri. Semua mahu melihat bangsa mereka bersatu dalam satu ikatan perpaduan sesama sendiri.

“Walau bagaimanpun PPN ini ada kelainan sedikit. Selain ingin melihat orang-orang Melayu bersatu, kita juga akan cuba meramaikan peniaga-peniaga Melayu di kawasan bandar.

“Saya ambil contoh di kawasan Bukit Bintang ini. Kita lihat terlalu ramai orang asing berniaga di situ. Bilangan orang Melayu berniaga di sini boleh dibilang dengan jari. Jadi dengan adanya PPN ini, insyaalah kita akan cuba mengetengahkan bangsa kita sendiri diberi peluang berniaga di BB,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di temui pada majlis penerangan dan memperkenalkan logo PPN kepada perwakilan daripada seluruh negara di sebuah hotel terkemuka, baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, Yahya menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang sama-sama mahu melihat bangsanya sendiri di hormati, baik dalam perniagaan dan gagasan Malayu serta mempertahankan Yang di-Pertuan Agong sebagai tonggak Islam di negara tercinta ini, supaya membulatkan tekad menyertai PPN.
“Saya mengalu-aluan kehadiran umat Melayu dalam parti ini. Marilah kita sama-sama berjuang demi memperkasakan bangsa kita yang kini mula diperkotak-katikan oleh bangsa asing,” katanya.

PPN kata beliau dalam proses menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan. Beliau menjangkakan kelulusan akan diberi dalam masa terdekat memandangkan segala maklumat diperlukan oleh ROS telah dipenuhi.

Dalam perkembangan berkaitan, tokoh Badan Bukan Kerajaan (NGO) Khairul Husni Othman menegaskan beliau yakin hasrat untuk meramaikan peniaga Melayu di kawasan Bukit Bintang sepertimana hasrat disampaikan oleh Yahya itu, akan terlaksa satu ketika nanti.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan apakah cara yang dimaksudkannya itu. Sebaliknya amat percaya sekiranya kehadiran PPN ini diterima oleh semua masyarakat, tidak ada sebab kawasan Bukit Bintang bakal dipenuhi peniaga-peniaga Melayu.

Khairul yang lebih dikenali sebagai Paduka Utama Ayah Onn, merupakan calon parti PFP ( Penang Pront Party) pada Pilihanraya Umum Kali Ke-14 (PRU14).

Beliau mewakili parti itu pada PRU Mei lepas, namun tewas kepada calon Pakatan Harapan, Fong Kui Lun. Seorang lagi calon iaitu Ann Tan Ean turut kalah pada pertandingan tiga penjuru itu.

Khairul Husni seterusnya menyeru kepada semua orang-orang Melayu supaya berlapang dada dengan membulatkan tekad menyertai PPN ini dengan seberapa segera.

Beliau berkata walaupun keahlian parti ini melebihi sejuta orang iaitu keahlian daripada seluruh negara, namun beliau mengharapkan akan lebih ramai lagi rakyat Malaysia dapat menyertai parti tersebut.
“Pelbagai NGO berdaftar di seluruh negara menyertai PPN ini. Kita percaya akan lebih banyak lagi NGO akan bersama-sama menyokong parti baru ini sedikit masa lagi,” katanya.

Pada PRU Ke-15 yang bakal diadakan pada tahun 2023, PPN telah mengenal-pasti sebanyak 50 kerusi Parlimen dan 160 kerusi Dewan Undangan Negeri bakal ditandingi oleh PPN.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta kepada semua NGO yang berdaftar dan rakan kepada PPN, semua mempersiapkan diri mulai sekarang bagi mengenal-pasti ahli-ahli yang bersedia untuk mewakili parti pada pilihan raya akan datang.

Bercakap mengenai lanskaps kepartian sekarang, beliau yang juga pengasas Pertubuhan Realisasi Ekonomi Malaysia berkata dalam masa terdekat ini, beliau akan menghimpunkan seberapa ramai orang-orang Melayu daripada seluruh pelusuk negara untuk menyatakan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

“Tempat dan masa akan diberitahu kemudiaan,” katanya.

Beliau berkata tujuan perhimupnan itu diadakan ialah kerana mahu menunjukkan taat setia orang Melayu kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu.

Beliau berkata sikap sesetengah masyarakat di negara ini yang telah menyimpang jauh dari adat resam rakyat berbilang kaum, seolah-seolah negara kita ini bukan sebuah negara berdaulat.

“Jadi kita nak bagi tahu kepada sesetengah pihak bahawa negara kita ini ada Agong dan Raja-Raja Melayu. Jadi tolong hormat. Jangan sesekali menghina, walaupun ada sedikit kuasa di tangan mereka,” katanya.