Isnin, April 22, 2013

PECAT JOHAN CHE PA

BN kalah satu kerusi pada hari penamaan calon pada Sabtu lalu apabila calon BN parlimen Pasir Mas, Johan Che Pa tidak mengemukakan kertas pencalonan. Inilah kali pertama dalam sejarah penamaan calon, BN kalah satu kerusi daripada 222 buah kerusi parlimen yang dipertandingkan di seluruh negara.Biasanya BN menang tanpa bertanding banyak kerusi pada hari penamaan calon.Tindakan Johan tidak mengemukakan borang pencalonan merupakan satu tindakan yang amat memalukan. Adakah Johan sudah dibeli oleh calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali yang akan menentang Nik Abduh, calon PAS dalam pertandingan satu lawan satu. Inilah kelebihan Ibrahim yang pandai cari peluang. Beliau tahu kalau beliau bertanding tiga penjuru sudah tentu PAS yang menang. Maka Johan beri laluan kepada Ibrahim kerana beliau adalah seorang ahli parlimen sekarang. Biar rakyat menilai kerja Ibrahim selama lima tahun menjadi ahli parlimen Bebas. Ibrahim pertama kali menang pada tahun 1986 sebagai calon BN. Pada tahun 1990 beliau menang atas tiket Semangat 46. Pada tahun 1995 beliau yang sudah menyertai BN tewas di tangan calon PAS. Pada tahun 2004 beliau yang dipecat oleh Tok Pa sebagai Ketua Penaja UMNO Bahagian Pasir Mas telah bertanding sebagai calon Bebas dan kalah di tangan calon PAS. Pada tahun 2008 beliau bertanding atas tiket PAS walaupun beliau adalah calon PAS. Beliau menang. Menurut Sayuti, beliau yang bawa Ibrahim jumpa Nik Aziz untuk beri laluan kepada Ibrahim bertanding atas lambang PAS di Pasir Mas. Ibrahim pernah ebritahu bahawa bukan diadapat free kerusi PAS kerana dia bayar duit kepada PAS. Mungkin perkara yang sama berlaku kepada UMNO Pasir Mas yang dibayar duit oleh Ibrahim supaya BN beri laluan kepadanya.Inilah pertandingan hidup mati Ibrahim sama ada orang BN akan mengundinya atau tidak keluar mengundi pada 5 Mei ini. Ibrahim paling kecewa tak dapat jadi calon BN bila Zulkfli Nordin diterima jadi calon BN di Shah Alam. Maka beliau bertegas mahu jadicalon Bebas. Najib serba salah mahu meletakkan Ibrahim sebagai calon BN kerana MCA tidak mahu Presiden Perkasa itu bertanding kerana Ibrahim adalah seorang rasis. MCA mungkin berkempen tidak mahu pengundi Cina mengundi Ibrahim Aliyang akan direstyi BN kerana BN sudah tiada calon parlimen. Kamalia sudah letak jawatan sebagai ahli majlis tertinggi UMNO dan Naib Ketua Wanita dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar bila dia diterima sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar atau dipecat dari UMNO. Maka UMNO juga perlu pecat Johan Che Pa dari UMNO kerana memalukan nama baik UMNO.