Rabu, Januari 21, 2009

BENCINYA TUN MAHATHIR KEPADA PAK LAH


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) perlu melakukan perubahan jika parti itu jika ingin memastikan kejayaan dicapai dalam pilihan raya akan datang. Menurutnya kekalahan BN di tangan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu semalam adalah berpunca daripada kebencian rakyat terhadap kepimpinan parti itu.


“Semua orang tak suka kepada Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan calon pilihannya. Sebahagian daripada sebab mereka tidak meyokong (BN) ialah kerana mereka tidak suka kepada calonnya,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Kempen Selamatkan Rakyat Palestin anjuran Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia Menentang Penindasan Rakyat Palestin di sini.


Hebat betul kebencian Tun kepada orang kepercayaannya dahulu, sehingga hari ini masih menebal kebencian beliau terhadap Pak Lah, bukan hanya kepada keluarga Pak Lah, sesiapa sahaja yang rapat dengan Pak lah akan menjadi kebencian beliau. Hitam betul hati orang tua ini apabila membenci. Tun tidak boleh mewakili semua dan keseluruhan rakyat dengan mengatakan semua orang benci kepada Pak Lah, malahan pada zaman Tun memerentah dahulu, Tun juga di benci sebahagian rakyat sehingga ada yang mengelarkan Tun sebagai mahafiraun dan mahazalim.


Tiada manusia yang sempurna di dunia ini, manusai tidak lari dari kesilapan dan kesalahan. Tun juga banyak melakukan kesalahan dan terlalu banyak membuat kesilapan. Berhenti ketika berkuasa juga satu kesilapan besar Tun kerana selepas itu Tun gila kuasa kembali. Tun mahu semua orang mendengar cakap beliau.


Jelas sudah Pak Lah akan mengadakan peralihan kuasa pada Mac ini, ini yang Tun mahukan, apa lagi yang Tun masih tidak berpuas hati kepada Pak Lah sehingga membenci Pak Lah begitu teruk sekali. Pak Lah tidak pernah menyentuh atau memberi sebarang komen terhadap apa yang Tun lakukan. Mungkin Tun mahu semua kroni beliau menguasai pemilihan UMNO yang akan datang. Tunggu sahaja, gelanggang terbuka dan sesiapa sahaja boleh bertanding.


Mukhriz juga sudah layak bertanding dan Khir Toyo juga sudah layak. Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sudah layak. Biarlah ahli-ahli UMNO yang menentukan. Biarkan mereka buat pilihan mereka sendiri. Apa salah Wan Farid kepada Tun mahu pun Mukhriz, apakah hanya kerana bahagian Wan Farid tidak mencalonkan Mukhriz dan mencalonkan KJ sewaktu pencalonan kerusi ketua pemuda UMNO Malaysia baru-baru ini, lantas Wan Farid kini menjadi musuh Tun dan Mukhriz ?.

(dipetik dari KPMU.net)