Isnin, Oktober 26, 2015

PILIHAN BUAT MUHYIDDIN

Dalam satu majlis anjuran Kumpulan Karangkraf tiga hari lalu, Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin berkata Dr Mahathir memangil beliau untuk menentang Pak :Lah dalam pertandingan Presiden Umno pada pemilihan 2009. Tetapi Muhyiddin menolaknya kerana tidak mahu melanggar tradisi Umno yang mana ketika itu Najib Razak adalah timbalan presiden Umno.

Jika Pak Lah tidak berundur pada tahun 2009, mungkin Muhyiddin yang menentang Pak Lah jika Muhyiddin menerima tawaran Dr Mahathir itu. Sebaliknya Muhyiddin berpegang kepada tradisi Umno bahawa timbalanlah yang sepatutnya mengambil tempat Pak Lah.

Sekarang ini jika berlaku apa-apa kepada Najib, Muhyiddin sebagai timbalan presiden Umno yang bakal menggantikan Najib dan bukannya timbalan perdana menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi kecuali Muhyiddin dipecaat dari Umno. Jika Muhyiddin terus berada dalam Umno, maka beliau yang boleh mencabar Najib bagi jawatan Presiden Umno pada pemilihan 2018.

Itu pun jika Muhyiddin masih ahli parlimen Pagoh. Jika beliau bukan ahli parlimen, bukannya mudah bagi timbalan presiden Umno untuk menentang Presiden Umno. Apatah lagi beliau bukan menteri. Itu sahaja pilihan yang ada buat Muhyiddin jika beliau mahu memberi peluang kepada ahli Umno untuk memilih presiden baharu sama ada Najib atau Muhyiddin.

Muhyiddin menyebut tawaran Dr Mahathir dalam majlis Kumpulan Karangkraf yang dianggap oleh Dr Ahmad Zahid sebagai nostalgia. Muhyiddin tak perlu bernostalgia  kata Dr Zahid. Barang yang lepas jangan dikenang. Peluang biasanya datang sekali dalam hidup. Jika Muhyiddin menerima tawaran tersebut ketika itu mungkin Muhyiddin mencatat sejarah sebagai naib presiden Umno yang pertama menjadi presiden tanpa menjadi timbalan presiden Umno terlebih dahulu.

Dr Mahathir sendiri tidak mahu melanggar tradisi Umno. Pada tahun 1999, beliau ada peluang melantik Tengku Razaleigh sebagai TPM tetapi beliau lantik Pak Lah yang juga seorang naib presiden Umno. Tengku Razaleigh yang baru menyertai semula Umno pada tahun 1996 setelah membubarkan Parti Semangat 46 boleh dilantik TPM kerana perlantikan TPM adalah di atas budi bicara PM. Tetapi Dr Mahathir berpegang kepada tradisi Umno.

Sebaliknya bila Pak Lah tahu dia mahu dicabar oleh Tengku Razaleigh  (setelah Muhyiddin menolak tawaran) kemudiannya, beliau bersetuju berundur lebih awal dan menyerahkan jawatan kepada Najib. Najib terhutang budi kepada Muhyiddin sebab itu beliau menyokong Muhyiddin menentang Ali Rustam dan Muhammad Mohd Taib dalam pertandingan tiga penjuru. Tanpa pertolongan Najib, Ali Rustam yang menang tetapi Ali Rustam dikenakan tindakan disiplin tidak boleh bertanding. Maka dengan mudahnya Muhyiddin mengalahkan Muhammad yang akhirnya keluar dari Umno.

Muhyiddin bukannya bakal PM. Beliau setakat TPM seperti Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim. Pak Lah mahu melantiknya sebagai TPM pada tahun 2003 tetapi Dr Mahathir dua kali menyebut bahawa Pak Lah kena lantik Najib sebagai TPM. Mahathir sudah berjanji dengan Tun Razak untuk membimbing Najib sampai menjadi PM. Sebab itu Mahathir kecil hati dengan Najib apabila anaknya Mukhriz tanding naib presiden Umno pada tahun 2013 Najib tidak beris sokongan kepada Mukhriz. Jika Najib beri sokongan kepada Mukhriz sudah tentu sepupunya Hishamuddin kalah dalam pemilihan 2013.

Memang tidak ada rezeki Muhyiddin jadi PM. Jika Pak Lah bertegas melantik Muhyiddin sebagai TPM pada tahun 2003, maka pada tahun 2009 Muhyiddin sudah jadi PM. Jadi untuk jadi PM, Muhyiddin kena cabar Najib dalam pertandingan 2018 atau jika dia tidak ada niat untuk jatuhkan Najib maka beliau pertahankan jawatan timbalan presiden sahaja yang akan dicabar oleh Dr Ahmad Zahid Hamidi. Tanpa sebarang jawatan dalam kerajaan sudah tentu mempertahankan jawatan timbalan prediden Umno bukannya mudah apatah lagi Dr Zahid adalah naib presiden Umno ya
ng popular.