Jumaat, November 06, 2015

NAK TARIK UNDI CINA PUN, JANGAN KATA KL BODOH



Pilihanraya negeri Sarawak semakin hampir. Macam macam hal nak tarik undi orang Cina sehingga sanggup Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem kata KL bodoh kerana tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) di sekolah Cina.


Adenan berkata, tidak masuk akal jika tidak mengiktiraf UEC kerana ia akan menyebabkan mereka yang pakar dan berbakat keluar atau berhijrah ke negara yang mengiktiraf kelayakan itu.


“Saya tidak peduli apa yang kerajaan persekutuan buat tetapi saya fikir itu bodoh.


“Saya bersedia untuk mempertahankannya,” katanya merujuk kepada pendidikan masih di bawah bidang kuasa persekutuan meskipun Adenan mengambil langkah menuntut ia semula di bawah Perjanjian Malaysia.

Beliau berkata, Sarawak akan kehilangan banyak individu berbakat kepada negara seperti Singapura dan Taiwan, akibat daripada polisi itu.


“Negara lain akan ambil mereka.


“Sangat membazir. Bagaimana kita hendak sekat peluang mereka (dalam negara ini)?,” katanya semalam.


UEC ialah peperiksaan standard yang perlu diduduki pelajar di semua 60 sekolah menengah persendirian Cina di negara ini.


Sejumlah besar universiti antarabangsa, termasuk Universiti Oxford, United Kingdom yang berprestij itu turut mengiktiraf kelayakan peperiksaan itu.


KL tidak mengiktiraf UEC kerana ia tidak mengikut kurikulum pendidikan negara.


Berhubung langkah Sarawak menuntut semula kuasa autonomi terhadap pendidikan dan meningkatkan keupayaan rakyatnya berbahasa Inggeris dengan menjadikan ia bahasa pengantar di sekolah, Adenan berkata, Bahasa Inggeris bukan lagi bahasa “bekas penjajah” tetapi bahasa antarabangsa.


Katanya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya menutup diri mereka daripada dunia luar.


“Anda bukan di bulan. Anda berada di dunia ini,” katanya.


Beliau berkata memberi penekanan kepada Bahasa Inggeris tidak bermakna negeri itu meletakkan Bahasa Melayu di bawah.

“Kita boleh ada kedua-duanya,” katanya.


Adenan ingat dengan mengatakan KL bodoh, orang Cina akan menyokong SUPP,parti Cina dalam komponen parti BN Sarawak. Jangan haraplah. Mereka tetap menyokong DAP.


Adenan tujukan kepada siapa yang bodoh itu, PM ke, Najib Razak atau Menteri Pendidikan, Mahdzir Khalid? Adenan harap dengan membodohkan Najib dan Mahdzir orang Cina Sarawak akan menyokong BN?


Jangan mimpilah Adenan. Adenan ini tidak sedar diri dan tak tahu bersyukur. Sepatutnya Abang Johari yang jadi Ketua Menteri selaku Timbalan Presiden PBB. Tetapi oleh kerana Abang Jo tidak ngam dengan bekas Ketua Menteri, Taib Mahmud maka Adenan Satem yangt dipilih sebagai pengganti beliau.


Kerusi Ketua Menteri itu hak Abang Jo tetapi Adenan yang dilantik. Bila dah dilantik tu pandai-pandailah bawa diri. Sebaliknya oleh kerana beliau mahu jadi hero orang Cina, dikatanya pula KL bodoh sedangkan Najib Razak yang banyak membantu Sarawak berbanding dengan semua bekas PM.


Selepas BN menang semula dalam PRU tahun depan di Sarawak, sudah wajarlah rakyat Sarawak memilih Ketua Menteri yang baru yang boleh menjaga mulut tidak membodohkan pemimpin KL. Cerdik sangat ke Adenan? Sedangkan beliau menjadi menteri dalam kerajaan pusat dahulu tidak lama. Ini bermakna prestasinya tidak bagus. Kalau prestasinya bagus, sudah tentu beliau lama jadi menteri pusat. Mungkin beliau juga bodoh yang menyebabkan PM dahulu membuangnya dari kabinet pusat.


Siapa yang bodoh? Dasar pelajaran kebangsaan mengatakan semua sekolah hendaklah menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu sebaliknya Adenan mahu pusing ke zaman silam yang mahu menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di semua sekolah di Sarawak.


Nampaknya Adenan adalah pengkhianat bahasa Melayu jika Sarawak mengubah dasar pelajaran kebangsaan yang diperjuangkan oleh bekas Menteri Pelajaran dahulu, Rahman Yaacob yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak.


Rahman Yaacob disanjung kerana tegas mempertahankan bahasa Melayu sebaliknya Adenan Satem yang mahu menjadi pengkhianat bahasa Melayu.