Sabtu, September 19, 2015

SEORANG SAHABAT BERNAMA ZAHID

Saya mengenali Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada tahun 1987 ketika bekerja sebagai wartawan akhbar WATAN. Ketika itu beliau adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan (Najib Razak).

Sebagai wartawan saya sering membuat liputan tentang beliau apatah lagi ketika itu beliau adalah ketua penerangan pemuda Umno Malaysia. Apabila beliau menjadi ketua pemuda pada tahun 1996 saya bukan lagi wartawan tetapi setiap kali bertemu dalam majlis Umno beliau tetap menegur saya.

Ketika menganggur menjelang hari raya, saya pernah hantar sms kepada beliau bergurau dengannya tak ada duit raya ke. Beliau jawab sms saya dengan mengatakan beliau berada di Mekah menunaikan umrah. Namun demikian beliau minta nombor akaun saya dan menyuruh anaknya bank in sebanyak RM1,000. Itulah Zahid seorang sahabat yang memahami sahabat yang dalam kesusahan.

Saya bersama partner saya Don memohon lesen security guard sebanyak dua kali di zaman Hishamuddin Hussein tetapi ditolak. Apabila Zahid jadi Menteri Dalam Negeri, saya buat rayuan. Nak jumpa beliau di KDN amat sukar kerana ramai sangat orang yang mahu menemuinya maka kami menemuinya di Bagan Datoh.

Maka rayuan kami diluluskan. Apabila lesen sudah lulus, Zahid meluluskan pula permohonan kami untuk dapatkan 100 orang Nepal sebagai security guard. Sekali lagi kami kejar beliau sampai ke Bagan Datoh.

Dua minggu lepas kami mahu menambah  lagi security guard dari Nepal. Selepas beliau jadi TPM, lagi sukar mahu jumpanya atas sebab keselamatan. Selepas miting Majlis Tertinggi Umno pada 9 September lalu saya menunggu beliau di lobi tetapi rupanya beliau sudah balik ikut lif lain.

Saya pergi ke rumahnya di Country Heights tetapi saya tidak ada temujanji maka polis tidak benarkan saya masuk. Malam tu ramai yang datang ke rumahnya semuanya yang ada temujanji.

Pada 14 September lalu saya menemuinya di PWTC selepas miting Majlis Tertinggi BN. Beliau menegur saya dan suruh saya datang ke ofisnya esok hari.

Bukan senang mahu masuk ke pejabat TPM. Dari jam 11 pagi kami menunggu. Guard call SUSK beliau, Razman beliau tiada di bilik. Jadi guard tak berani benarkan kami masuk walaupun kamu beritahu Zahid yang suruh saya datang. PA Razman pula tak berani benarkan kami masuk kerana kami tiada temujanji dengan TPM.

Jam 2 petang baru dapat masuk setelah saya call pegawainya Kak Long. Bila dah dapat masuk, kami rasa lega kerana lambat laun kami akan dipanggil pegawainya, Azura masuk. Jam 5 kami dapat menemui beliau selama 10 minit kerana beliau mahu menemui rombongan kunjung hormat wanita Umno Selangor yang turut disertai Shahrizat Jalil.

Inilah kali pertama saya dapat menemui TPM di ofisnya. Sepanjang menjadi wartawan selama 28 tahun ini kali pertama saya dapat masuk ke bilik TPM. Ghafar, Anwar, Pak Lah, Najib dan Muhyiddin jadi TPM tak pernah saya jumpa mereka di ofis. Sewaktu Muhyiddin jadi TPM, saya hanya sampai di bilik SUS sahaja, Zulkifli Mohamed yang saya kenali di MITI sewaktu Muhyiddin bertugas di situ.

Seperti biasa apabila dapat menemui Zahid, beliau tidak hampakan permohonan kawannya. Sekali lagi saya mahu mengucapkan terima kasih kepada beliau yang sudi menjemput peniaga kecil seperti saya ke pejabat TPM. Kalau Zahid tak jadi TPM, mungkin sampai mati saya tidak dapat jejak kaki ke dalam ofis TPM. Terima kasih Zahid.