Jumaat, September 25, 2015

TIADA DISIPLIN PUNCA BERLAKU REMPUHAN DI MINA?

Amat menyedihkan kejadian rempuhan  ketika ibadah melontar jamrah di Mina, Arab Saudi, semalam, telah meningkat kepada 717 jemaah meninggal dunia, menurut Direktorat Jeneral Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi.
Ini adalah tragedi kedua yang berlaku sepanjang musim haji ini di mana awal bulan September 2015,satu kemalangan kren tumbang ke dalam Masjidil Haram sebelum ibadah haji bermula, mengorbankan 111 jemaah yang turut
melibatkan jemaah haji Malaysia.
Mungkin kerana jemaah haji tiada disiplin dan tidak sabar maka berlaku rempuhan sesama mereka menyebabkan ramai yang meninggal dunia dan cedera.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Arsyad Wajdi Dusuki berkata tiada jemaah haji Malaysia disahkan terbabit dalam kejadian rempuhan di Mina setakat ini.
Kejadian rempuh-rempuhan itu berlaku apabila bilangan besar jemaah berasak-asak di Mina, di luar bandaraya suci Makkah.
Lebih kurang dua juta orang kini mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi, kata pihak berkuasa pertahanan awam Arab Saudi. Kejadian itu berlaku di Street 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa hari sebelum cara kemuncak musim haji bermula.
Menurut jabatan itu dalam laman sosial Twitter rasminya @KSA_998, bahawa 805 jemaah cedera dalam kejadian pukul 11 pagi waktu tempatan, disebabkan sikap tolak menolak bilangan besar jemaah di Jalan 204 di Mina, luar Makkah.
Kawasan tersebut merupakan salah satu daripada dua laluan utama melalui tapak perkhemahan jemaah ke jamrah.
Agensi berita Reuters melaporkan kejadian itu merupakan paling buruk berlaku ke atas jemaah dalam tempoh 25 tahun apabila 1,426 jemaah terbunuh dalam terowong berdekatan Makkah pada Julai 1990.
Kejadian rempuhan bukan semalam bukan yang pertama berlaku. Ini adalah kali keempat berlaku akibat jemaah haji tidak sabar. Pada Mei 1994, satu rempuhan berhampiran Jambatan Jamarat di Mina, dekat Mekah, membunuh 270 di kawasan di mana melakukan ibadah melontar.
10 tahun kemudian pada Februari 2004, rempuhan mengakibatkan 251 jemaah maut berhampiran Jambatan Jamarat semasa ibadah melontar.
Dua tahun kemudian, Januari 2006, seramai 362 jemaah maut di pintu masuk timur Jambatan Jamarat semasa ibadah melontar.
Justru itu di musim haji akan datang, pihak keselamatan Arab Saudi hendaklah mempastikan jemaah haji tidak buat rempuhan lagi dengan mengingatkan bahawa sabar itu separuh daripada iman.