Selasa, Januari 19, 2010

E MAIL DARI PEMBACA (2)

Assalamualaikum saudara,
Salam sejahtera. Hari ini saya terbaca blog saudara. Tahniah diucapkan kepada saudara sebab ada lagi rakyat Malaysia yang lantang bersuara di sebalik kemelut politik yang negara hadapi sekarang. Memang dari dulu lagi saya tertarik dengan dunia politik lebih2 lagi antara Umno / BN dan juga parti Pakatan Rakyat. Saya bukan anti kerajaan mahupun sokong pembangkang. Kedua-dua pihak ini tidak menarik perhatian saya. Kemelut demi kemelut tiada kesudahan. Sebagai rakyat negara sendiri, syukur tetap syukur sebab tidak sampai perang korban nyawa lagi.
Ada satu post yang menarik perhatian saya iaitu berkenaan dengan kelembapan lrt yang saudara ulas. Cuma nak tau, kalau pengerusi RapidKL dan konco2nya letak jawatan, siapa agaknya yang layak memegang jawatan itu? Saya bersetuju dgn pandangan saudara berhubung perkara ini kerana tidak dinafikan sistem pengangkutan awam pada hari ini memang hampeh. Sebab goverment la keja pun stail goverment. 10 tahun akan datang pun tak tentu ada kemajuan dlm pengurusan kerajaan.
Apapun yang berlaku, saya telah mula tertarik dengan blog saudara dan mendapati ia mmg menarik untuk dibaca , paling tidak pun dapat membuka minda selain bergantung kepada media semata-mata. Saya akan mengikuti perkembangan blog saudara dari masa ke semasa.
Sekian terima kasih.

MUHAMMAD ADAM

E MAIL DARI PEMBACA (1)

Salam tuan,

Saya sebagaimana nama di atas agak kebingungan dan hilang arah untuk mengadu atas proses permohonan tanah di daerah kemaman. Jd hanya tuan shj tempat mengadu nasib dan tempat mendpt khidmat nasihat utk sy lebih memahami situasi proses permohonan tanah. Buat makluman tuan, permohonan ini ialah kali pertama yang sy buat utk projek perikanan. Di sebabkan sy faham bhw sy ini daif berkaitan proses permohonan tanah maka kerap kali lah jabatan2 yang berkaitan sy kunjungi utk mendptkan maklumat dan tip utk mempercepatkan proses keputusan permohonan sy, tak kira lah samada lulus atau tidak. Janji sy tidak menunggu lama dan sy yakin dgn kelancaran pentadbiran MB kita kini. Akan tetapi setelah menunggu hampir 7 bulan dari bulan Mac 2009, permohonan sy masih lg tersekat di Pejabat Tanah Kemaman... sebab? Belum di bentangkan lagi dlm mesyuarat pejabat tanah. Alasan utama ialah YB kawasan berkenaan tidak hadir.

Sy tidak mahu memanjangkan kes ini mentelah lagi mahu memburukkan sesiapa terutama YB kawasan berkenaan. Jd di mana kebenaran yg KPI YB2 ini telah dilaksanakan...? Berjalankah dia? Atau hanya gimik semata-mata? Hati sy kecewa dengan kelambatan ini kerana sy beranggapan bhw kerajaan negeri kini lain dari yg dulu ttp nampaknya sama sahaja...
Ini kes sy ttp dr maklumat yg sy dpt dr pejabat tanah Kemaman, byk lg kes yg masih belum selesai atas sbb yg macam-macam... Entah bila perkara ini akan berubah? Apa tindakan Datuk MB kita atas perkara ini?

Sy amat berbesar hati kiranya tuan boleh memberi sedikit nasihat utk sy adukan perkara ini kepada yg lebih tahu. Adakah ada sebrg portal utk sy sampaikan terus kpd Datuk MB? Maaf tuan, sy masih baru menggunakan IT...
Terima kasih tuan....

daripada Johari Noor Jefry