Khamis, September 17, 2015

OTAI REFORMASI DI SEBALIK INSIDEN PETALING STREET?

Perhimpunan Baju Merah petang semalam berjaya mengumpulkan 250,000 orang Melayu dari seluruh negara. Dari Terengganu sahaja 192 bas mengangkut peserta di mana setiap DUN menyediakan enam buah bas. Terengganu ada 32 DUN dan lapan kawasan parlimen sahaja. Maka memang logik yang datang dari seluruh negara meningkat 250,000 orang.

Ada yang bertanya sebanyak mana Umno menghabiskan duit untuk membawa peserta ke Kuala Lumpur apabila setiap orang diberi RM100. Itu belum masuk sewa bas dan bayaran minyak kereta bagi mereka yang datang dengan kereta. Walaupun ia adalah anjuran NGO tetapi Umno juga yang dituduh pembangkang di sebalik perhimpunan tersebut.

Apa salahnya jika benar Umno dalang, Umno keluarkan duit kerana mustahil Bersih tidak keluarkan duit langsung kepada peseta mereka berkumpul pada 29 Ogos lalu. Walaupun bekas PM, Dr Mahathir Mohamad berkata tidak jelas motif perhimpunan Baju Merah tetapi yang jelas mereka telah menunjukkan solidariti apabila hak orang Melayu dicabar.

Sejak ISA dihapuskan, makin ramai bukan Melayu berani menyentuh hak orang Melayu. Maka perhimpunan Baju Merah ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa jangan melampau batas kerana negara ini ada tuannya. Seperti kata Presiden Perkasa, Ibrahim Ali, DAP punca menyebabkan generasi muda bukan Melayu tidak tahu sejarah pengorbanan orang Melayu bersetuju memberi kerakyatan kepada bukan Melayu yang datang ke negara ini sebagai pekerja lombong dan pekerja estet getah.

Noh Omar yang berucap mencadangkan supaya kerajaan mengembalikan ISA. PM, Najib Razak memuji Baju Merah berjaya berkumpul di Padang Merbok secara aman tetapi insiden kecil di Petaling Street amat memalukan. Najib meminta polis siasat siapa yang rancang merempuh Petaling Street di saat saat perhimpunan Baju Merah bersurai di Padang Merbok.

Pengerusi NGO Melayu, Jamal Mohd Yunus menafikan mereka terlibat kerana mereka dibenarkan berkumpul di Padang Merbok sahaja. Itu mungkin dari Otai Reformasi yang pakai baju merah untuk mengaburkan mata penganjur. Mereka cuba buat onar dan kononnya Baju Merah yang berdegil mahu merempuh Petaling Street.

Menteri Dalam Negeri, Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah memberitahu peserta boleh berkumpul di Padang Merbok sahaja dan mereka tidak boleh berkumpul di Low Yat, Bukit Bintang dan Petaling Street. Jadi mereka akur dengan arahan polis. Sebaliknya kumpulan kecil ini sengaja memalukan Baju Merah yang diketuai Jamal dan PESAKA, Ali Rustam.

Polis sewajarnya menahan mereka yang sengaja menimbulkan kekacauan kerana motif Baju Merah berhimpun adalah secara aman dan bukannya mahu menyerang sesiapa. Tindakan FRU menggunakan meriam air untuk menyuraikan mereka adalah tindakan wajar kepada kumpulan kecil ini yang didalangi Otai Reformasi.