Jumaat, Oktober 02, 2015

KENAPA MAJLIS FATWA TUNDUK KEPADA KERAJAAN DAP?

 Apabila DAP dituduh menentang Islam, orang Melayu dalam DAP marah kerana katanya DAP menghormati agama Islam sebagai agama persekutuan. Dalam posting saya pada 26 September lalu, http://www.catatanzabidi.blogspot.my/2015/09/bukti-dap-menentang-islam.html saya telah memberi bukti DAP memang menentang Islam.

Rabu lalu, surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 Sept lepas memaklumkan mengenai larangan itu susulan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lepas.

Surat itu, yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, menyebut bahawa mesyuarat bersetuju agar Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011 mengenai larangan membaca Al-Quran sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya.

Sehubungan dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang akan menghantar satu memorandum kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi membantah larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah di negeri ini.

Ketua sayap itu Rafizal Abdul Rahim berkata pihaknya bersedia bertemu dengan pihak Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang untuk berbincang mengenai perkara itu.

"Pemuda UMNO Pulau Pinang mengambil ketetapan tidak menyokong dan akan menentang arahan larangan ini. Kami yakin masyarakat Islam di negeri ini tidak bersetuju dengan arahan ini," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Rafizal berkata kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat terus mengambil pendekatan tidak sensitif terhadap ajaran Islam dan situasi itu menyebabkan timbulnya prasangka bahawa fatwa itu mempunyai unsur-unsur tekanan daripada kerajaan negeri.

Yang peliknya, kenapa Majlis Fatwa Pulau Pinang tunduk kepada permintaan kerajaan DAP? Adakah ahli jawatankuasa Majlis Fatwa sudah dibeli oleh kerajaan DAP? Adakah mereka mementingkan elaun dari menegakkan hukuman Allah? Apa sudah jadi kepada Mufti Pulau Pinang, Hassan Ahmad yang
sanggup menjadi barua kerajaan Pulau Pinang? Sayang sangat kepada jawatan sehingga bersekongkol dengan permintaan kerajaan DAP.

Kenapa Majlis Fatwa Pulau Pinang tidak seberani Mufti Pahang yang tidak takut disaman DAP berhubung khutbah Jumaat. Sebaliknya apa yang berlaku di Pulau Pinang ini mengukuhkan lagi bukti DAP menentang Islam.

 Kenapa DAP takut kepada  kuliah maghrib dan kuliah subuh yang membenarkan orang bukan islam mendengar kuliah di luar masjid? Benarkah qiamulail, tahajud, kuliah mengganggu tidur orang bukan Islam? Selama ini sudah 58 tahun negara merdeka, kenapa isu ini tidak berbangkit?

 Sebenarnya apa yang dilakukan oleh DAP merupakan satu rahmat. Apa akan berlaku kepada negara jika DAP mendominasi kerajaan Pakatan Harapan nanti andainya mereka menang pada PRU akan datang.

Semua masjid di seluruh negara tidak dibenarkan menggunakan pembesar suara kecuali azan dan iqamah sahaja. Oleh itu orang Islam perlu bersatu mempastikan Pakatan Harapan tidak menang pada PRU akan datang.

Tindakan DAP ini akan menjauhkan lagi undi orang Melayu terhadap Pakatan Harapan. Kalau satu negeri DAP baru menang sudah berami ambil tindakan seperti ini, apatah lagi jika DAP memerintah negara.

Oleh itu sudah sampai masanya bagi orang Melayu bersatu menolak Pakatan Harapan.