Selasa, Mac 19, 2013

PERALIHAN KUASA BERJALAN LANCAR?

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memberi jaminan bahawa peralihan kuasa yang berlaku selepas pilihanraya umum nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang huru hara. Jaminan itu diberi ketika berucap di majlis sambutan lima tahun pemerintahan PKR di Selangor di Taman Samudra pada malam Ahad lalu. Beliau yang juga ahli parlimen Gombak kesal dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan beliau ada dokumen bahawa parti pembangkang akan buat huru hara selepas pilihanraya umum ini. "Saya cabar si lebam dan si sembab bawa bukti ada dokumen sedemikian," katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin. Majlis itu turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Teng Chang Kim,Ahli Exco Kerajaan Negeri, Samad Iskandar dan ADUN Batu Caves, Amiruddin Surib. Katanya, kini kita ada lima bekas jeneral bersama kita. "Mereka beri jaminan bila Pakatan Rakyat menang, peralihan kuasa akan berlaku secara aman," katanya lagi. Sehubungan dengan itu beliau turut mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata jika Selangor masih ditawan Pakatan Rakyat, ini bermakna akidah orang Islam di Selangor akan terjejas. "orang tua ini cakap apa soal akidah?"tanyanya. Katanya, Dr Mahathir tak payah cakap soal akidah kerana anaknya sendiri Mirzan adalah pemegang saham terbesar dalam kilang arak di Filipna, San Miguel. "Nak cakap soal akidah, anak sendiri selain minum arak jadi taukeh kilang arak," katanya lagi. Dalam ucapan aluannya, Penyelaras PAS kawasan Gombaka, Salahudin Nasir berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah anak derhaka. Katanya, di Tanah Merah, Najib berkata PAS telah melakukan dosa besar. "Setahu saya salah satu dosa besar ialah anak yang menderhaka kepada ibu bapa. Tun Razak tubuh Petronas dan suruh beri royalti minyak kepada negeri yang ada minyak sebaliknya Najib mengingkari perintah ayahandanya dengan tidak memberi royalti minyak kepada negeri Kelantan. "Jadi siapa yang lakukan dosa besar? PAS Kelantan ke, atau Najib?" soalnya.