KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hak mutlak untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen untuk pilihan raya umum akan datang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Salleh berkata kerajaan sebaliknya kini memberi tumpuan dalam menangani pelbagai isu berkaitan rakyat sebelum pembentangan Bajet 2017.
"Ia adalah prerogatif Najib untuk menentukan bila beliau mahu membubarkan parlimen... matlamat kami sebagai kerajaan bukan hanya untuk mengadakan pilihan raya, tetapi lebih kepada tumpuan dalam memberi khidmat kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan KL Converge! 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan media asing yang memetik seorang pemimpin UMNO bahagian dari sebuah negeri di selatan tanah air, yang enggan dikenali, sebagai berkata pilihan raya umum akan diadakan pada Mac tahun depan. Salleh, yang juga Bendahari UMNO, berkata sekiranya pilihan raya umum diadakan awal, beliau yakin rakyat akan terus menyokong kerajaan yang memerintah.
"Kami (Barisan Nasional) yakin bahawa majoriti rakyat berdiri teguh di belakang kami. Apa yang mereka mahu adalah kestabilan dan kesinambungan pembangunan tanpa campur tangan orang luar," katanya.
Mengenai paparan video tentang kemasukan pendatang asing tanpa izin Indonesia ke Tawau, Sabah, yang menjadi viral di media sosial, Salleh berkata sekiranya perkara itu benar, tindakan sewajarnya harus diambil terhadap individu yang bertanggungjawab.
Video selama 11 minit itu adalah hasil rakaman media asing untuk menunjukkan betapa mudah pendatang asing tanpa izin Indonesia memasuki Tawau.
Ditanya mengenai 'campur tangan' Wall Street Journal dan The New York Times berhubung isu pembiayaan Permata, beliau menjelaskan tindakan itu sebagai satu usaha untuk merosakkan nama baik negara.
"Media asing itu mempunyai agenda tertentu untuk menjejaskan kestabilan negara kita," katanya.
-- BERNAMA
Memaparkan catatan dengan label kuasa. Papar semua catatan

Khamis, September 22, 2016
Isnin, Julai 25, 2016
KABALI: REBUTAN KUASA ANTARA GANGSTER INDIA DAN GANGSTER CINA DI KL
Kenapa filem Tamil Kabali menarik ramai rakyat Malaysia berbilang kaum menontonnya? Pertama, kerana filem ini adalah filem lakonan Superstar Rajnikant. Kedua, kerana penggambarannya diadakan di Malaysia. Ketiga, pelakon Malaysia Datuk Rosham Noor turut berlakon walaupun sekadar pak pacak. Keempat, filem ini turut dibintangi pelakon Taiwan, Winston Chao.
Tanpa melihat kontroversi yang dihadapi filem ini, Kabali telah mengutip RM28 juta pada hari pertama tayangannya di India manakala dua hari tayangannya sejak 22 Julai lalu di Malaysia telah memungut sebanyak RM1,218,662. Ia ditayangkan di seluruh dunia, United Kingdom, USA dan Canada.
Filem genre aksi Tamil, Kabali sengaja menimbulkan kontroversi antara kaum di negara ini?
Berdasarkan skrip para pelakon termasuk Rajinikanth dalam filem yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi di Malaysia itu seolah-olah melecehkan kedudukan bangsa India di negara ini.
Dialog pelakon terkenal Taiwan, Winston Chao misalnya dalam satu babak bersama pelakon Malaysia, Datuk Rosyam Nor dan Rajinikanth terdapat sebaris ayat yang menggelar bangsa Tamil sebagai Keling.
“Awak tidak layak. Saya ada idea, selepas semua ini, awak Tamil Keling perlu menjadi anjing. Anjing saya”.
Selain itu, dialog bintang handalan India berusia 65 tahun itu juga mengecewakan apabila mendakwa bangsa India di negara ini ditindas oleh kaum-kaum lain.
Malah, beliau turut mempersoalkan kedudukan kaum India di negara ini sebagai hamba, yang realitinya tidak berlaku.
“Kami ditindas oleh masyarakat Malaysia. Kamu bangsa Cina melakukan perkara yang sama terhadap kami bangsa Tamil. Adakah bangsa Tamil hanya layak menjadi hamba? Adakah mereka tidak boleh maju lebih daripada itu dalam hidup ini?
“Jika seseorang datang ke depan dengan kedudukan yang berkuasa, berpakaian kemas dan duduk bersilang kaki sebelah awak, awak tidak boleh terima jika dia bangsa Tamil”.
Babak tersebut telah disunting untuk tayangan di negara ini manakala filem penuh masih dikekalkan untuk tontonan seluruh dunia.
Filem itu memaparkan Rajinikanth melakonkan watak seorang gengster bernama kabali yang menentang amalan songsang dalam kalangan masyarakat India.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan membidas filem aksi Tamil, Kabali yang seolah-olah memperlekehkan kedudukan kaum India, selain mendakwa kaum itu di negara ini ditindas.
Beliau menegaskan, kaum India di Malaysia tidak pernah dipinggirkan, malah banyak inisiatif serta peluang membangunkan kaum tersebut dilakukan oleh kerajaan.
‘‘Itu tidak benar, kerajaan sentiasa buat yang terbaik dan menyediakan banyak pembangunan untuk kaum India.
‘‘Kerajaan beri pelbagai inisiatif pembangunan dan bantuan serta akan terus memertabatkan serta memperkasakan lagi kaum India di negara ini,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pertandingan Tendangan Penalti anjuran Persatuan Sinergi Malaysia (Sinergi) dan menyaksikan penganugerahan piala tertinggi di Malaysia oleh Malaysia Book of Record ke atas Piala Sinergi setinggi 4.8 meter di Bestari Jaya, di sini semalam.
Kamalanathan bagaimanapun menjelaskan, Kabali hanyalah satu filem fiksyen yang tidak membawa apa-apa erti.
‘‘Ini hanya satu filem untuk hiburan semata-mata yang tidak membawa apa-apa erti dan kebenarannya tidak begitu,’’ ujarnya.
Filem Blockbuster Kabali lakonan bintang handalan filem Tamil, Rajinikanth yang dikatakan mencetus kontroversi di negara ini mempunyai pengakhiran berbeza daripada filem asal yang ditayangkan di tempat lain di seluruh dunia.
Pengerusi Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF), Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata, dalam masa sama, babak-babak yang menyentuh sensitiviti kaum di negara ini dan perkataan berunsur kesat atau carutan dalam filem berkenaan turut dibisukan.
“Biasanya di bawah garis panduan LPF, perlu ada beberapa jenis elemen hukuman dalam filem terutama sekali jika watak-watak yang ditunjukkan di dalam filem terlibat dengan jenayah, maka mesti ada beberapa jenis pembalasan untuk perbuatan itu.
“Oleh itu, kami meminta penerbit untuk dimasukkan pengajaran dalam bentuk kapsyen pada babak akhir yang mengatakan Kabali menyerahkan diri kepada pihak polis. Ini memberikan mesej bahawa negara kita ada undang-undang dan ia tidak boleh dilaksanakan sendiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Katanya, beberapa adegan yang menunjukkan keganasan melampau dan ngeri seperti adegan tetak menggunakan parang panjang, potong tangan menggunakan pedang dan babak tikam turut disunting bagi memenuhi syarat klasifikasi filem PG13.
“Kita telah berbincang dengan penerbit dan mengemukakan laporan tentang penyuntingan filem ini sebelum mengeluarkan kelulusan. Ia tidak boleh ditayangkan sebagai PG13 sekiranya adegan ganas melampau tidak dipotong tetapi walaupun suntingan dibuat, jalan cerita masih kekal.
“Langkah ini juga selaras dengan hasrat mereka untuk mendapatkan jumlah penonton meluas. Bagi perkataan kesat, mencarut dan berunsur perkauman pula, kita juga sudah padamkan termasuk satu adegan kontroversi yang menggunakan perkataan ‘keling’,” jelasnya.
Tambah Abdul Halim, walaupun ada peminat filem berkenaan yang akan membuat perbandingan filem asal dengan versi tempatan, beliau menegaskan, peraturan perfileman di Malaysia perlu dipatuhi terutama jika ia melibatkan isu agama atau perkauman.
“Kita amat memandang berat sensitiviti di negara ini. Jika mahu ditayangkan di Malaysia, perlu ikut garis panduan. Sekiranya keputusan lembaga tidak diikuti, tindakan di bawah Akta Penapisan Filem 2002 sama ada kompaun atau dakwa di mahkamah boleh dikenakan.
“Bagaimanapun ia hanya terpakai untuk tayangan di panggung wayang atau cetakan di cakera padat digital (DVD), bukan apa yang penonton lihat secara dalam talian atau di internet menggunakan penyedia atau server dari luar,” katanya.
Dalam pada itu beliau menjelaskan, versi asal filem berkenaan yang ditayangkan di luar Malaysia adalah hak penerbit dan dakwaan kaum India ditindas dan menjadi hamba dalam filem itu hanya merujuk kepada gambaran situasi pada zaman dahulu untuk menuntut kesamarataan.
“Secara total saya melihat filem ini sepatutnya dapat menaikkan semangat heroisme yang ditonjolkan oleh watak Kabali yang mempertahankan maruah kaum India semasa bekerja di estet milik British di Malaysia,” katanya.
“Sepatutnya tidak timbul isu kaum India ditindas kerana perkara itu tidak berlaku sekarang dan lakonan yang dibawa Kabali adalah merujuk kepada zaman semasa dia bekerja di ladang tersebut suatu masa dahulu,” katanya.

Sabtu, April 09, 2016
PAC TIDAK MENEMUI SEBARANG BUKTI SALAH GUNA KUASA PM
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Berikut ialah transkrip penuh temu ramah Bernama dengan Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin:
1.Bolehkah Datuk kongsikan apa yang berlaku semasa prosiding mengenai 1MDB dijalankan?
Prosiding bagi 1MDB adalah berbeza daripada proses lazim PAC. Mengikut prosedur, Jabatan Audit Negara akan membentangkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) di Dewan Rakyat, PAC kemudian akan menerima pembentangan Ketua Audit Negara berhubung laporan berkenaan dan selepas itu, Jawatankuasa ini akan meneliti isu--isu yang mempunyai elemen 3P iaitu Pembaziran, Penyalahgunaan Kuasa dan Pemborosan yang berlaku dalam kementerian, jabatan, agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Namun dalam prosiding dan siasatan terhadap 1MDB, PAC mengambil langkah awal dan inilah kelebihan jawatankuasa ini, di mana PAC tidak tertakluk pada mana-mana arahan termasuk daripada kerajaan untuk menjalankan siasatan, dalam kata lain kami bebas untuk menjalankan siasatan dan walaupun 1MDB tidak dilaporkan dalam LKAN, PAC mengambil inisiatif untuk melaksanakan siasatan demi kepentingan rakyat negara dan secara keseluruhannya.
Walaupun, Kabinet meminta JAN melaksanakan pengauditan terhadap 1MDB secara keseluruhannya bukan sekadar membabitkan kewangannya tetapi juga operasi, tataurus serta tadbir urus syarikat ini dan membentangkan kepada PAC tetapi jawatankuasa ini tidak menunggu laporan JAN sebaliknya melaksanakan prosiding bermula 19 Mei dengan memanggil semua pihak yang bertanggungjawab secara langsung terhadap 1MDB termasuk Kementerian Kewangan sebagai pemegang saham syarikat ini.
Dalam kes ini, Kabinet meminta Jabatan Audit Negara untuk menjalankan penelitian penyata kewangan 1MDB dan membentangkannya kepada PAC. Jawatankuasa ini kemudian memulakan prosiding pada 19 Mei 2015 di mana kami memanggil saksi dan meminta dokumen tambahan bagi menyiapkan laporan sendiri untuk dikemukakan kepada Parlimen.
Lebih penting, setiap kenyataan saksi yang dipanggil PAC juga membantu JAN menyiapkan laporannya sebelum Laporan Penuh Pengauditan 1MDB oleh JAN dibentangkan kepada jawatankuasa pada 4 Mac. Jadi terdapat 'check and balance' terhadap laporan berkenaan.
Laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 April lalu, disediakan Sekretariat PAC dengan berasaskan fakta serta maklumat daripada Laporan Penuh Pengauditan 1MDB oleh JAN dan kenyataan saksi yang diperoleh ketika prosiding 1MDB.
2. Bolehkah Datuk senaraikan siapa yang didapati bertanggungjawab atau kebersalahan atau siapa yang dikenal pasti sebagai individu yang perlu disiasat lebih lanjut dan di peringkat mana anda kenal pasti mereka sebagai untuk dirujuk?
Jawatankuasa ini tidak berfungsi untuk mengenal pasti siapa yang bersalah tetapi untuk membentangkan apa yang kami temui.
Berikut adalah kesimpulan yang boleh diwajarkan daripada laporan itu:
I.Tiada bukti untuk mencadangkan berlaku salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana atau berlaku transaksi pelaburan mahupun pelaburan atau mana-mana aktiviti 1MDB yang menjurus kepada aktiviti menyalahi undang-undang. Secara khususnya, PAC tidak menemui sebarang bukti untuk menunjukkan sebarang salah laku atau penyalahgunaan kuasa oleh perdana menteri, berkaitan 1MDB.
II.PAC juga menemui bahawa RM42 bilion hutang 1MDB tidak 'hilang' sebagaimana tuduhan pelbagai pihak, kerana ia sudah dihitung dan tiada pembayaran dilakukan daripada 1MDB ke akaun peribadi perdana menteri.
III.PAC bagaimanapun mengenal pasti beberapa contoh di mana pengurusan 1MDB tidak mematuhi proses tatakelola yang tepat. Ini termasuk tidak melaksanakan arahan spesifik Lembaga Pengarah, membuat keputusan sebelum menerima kelulusan sepenuhnya daripada lembaga pengarah dan gagal untuk telus dengan lembaga pengarah. Untuk itu, saranan secara spesifik turut dinyatakan dalam laporan di mana kami yakin pihak berkuasa terbabit akan menilai dan mengambil tindakan, jika perlu.
3. Adakah terdapat satu mekanisme untuk mana--mana individu merayu terhadap pencarian fakta yang dihasilkan PAC, seperti melalui mahkamah atau semakan kehakiman?
Memandangkan PAC tidak mengeluarkan hukuman, tiada yang perlu dirayu. Bidang kuasa PAC ialah untuk mengesahkan pematuhan fidusiari dan mengutarakan perlanggaran yang memerlukan penilaian lanjut atau siasatan lanjut daripada pihak berkuasa berkaitan.
4. Sekarang kita telah menemui elemen salah laku dalam GLC ini, adakah terdapat asas untuk melakukan penilaian lanjut terhadap GLC lain? Untuk memberi penjelasan lebih tepat, hasil penemuan PAC tidak menjurus kepada salah laku, iaitu satu terma pejoratif atau mengelirukan. Hasil penemuan PAC bagaimanapun menjurus kepada kegagalan kronik terhadap proses yang sudah digariskan, peraturan dan prosedur, di mana pengurusannya, dan bukannya kerajaan, perlu bertanggungjawab.
PAC adalah satu badan pematuhan, ketelusan dan mengikuti proses. PAC merasakan lebih banyak operasi audit dilaksanakan melibatkan dana awam atau kerajaan yang akan memberi keupayaan untuk mengenal pasti mana--mana peringkat operasi yang memerlukan penambahbaikan atau pelaksanaan lebih baik. 5. Adakah PAC hanya menyiasat transaksi yang sudah terlaksana atau adakah PAC turut menyiasat siapakah yang memberi arahan untuk melakukan transaksi, yang satunya adalah salah urus tadbir dan satu lagi adalah jenayah? Prosiding PAC melibatkan penilaian yang sangat teliti dan komprehensif terhadap dokumentasi, kelulusan dan prosesnya. Pada bila-bila masa ketika prosiding, jika jawatankuasa merasakan wujud keperluan siasatan lanjut, kita akan memanggil invididu terbabit dan meminta penjelasan.
Laporan PAC kepada Parlimen mengandungi saranan untuk siasatan lanjut. Ia kemudian adalah atas budi bicara pihak berkuasa berkaitan untuk menentukan bagaimana susulan akan dibuat. PAC bukan sebuah badan eksekutif atau kehakiman, namun hasil penemuan akan menjadi berguna kepada kedua--dua badan itu, selain Parlimen di mana ia ditubuhkan.
6.Kenapa peranan perdana menteri tidak disebut dalam laporan PAC berkaitan 1MDB ini? Pihak kerajaan sentiasa kekal dengan pendirian bahawa dakwaan dan tuduhan yang dibuat berkaitan rasuah, penyalahgunaan dana dan salah guna kuasa adalah palsu dan tidak berasas.
Sepanjang tempoh 18 bulan, wujud pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap perdana menteri. Pada setiap tuduhan, ia disiasat PAC.
PAC tidak menemui sebarang bukti untuk menunjukkan salah laku atau salah guna kuasa perdana menteri, dan keputusan ini dibuat sebulat suara dan konsensus oleh kesemua anggota PAC.
7. Bagaimana PAC mencapai kepada kesimpulan dan adakah Datuk yakin hasil penemuan ini tidak akan diragui masyarakat? PAC membuat kesimpulan melalui prosiding berterusan dengan individu dipanggil, mengumpul maklumat, mendapatkan maklumat dan melalui kerjasama dengan Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan.
Dengan komposisi keanggotaan pelbagai parti, tidak berat sebelah dan keupayaan untuk akses kepada pelbagai sumber, kami sangat yakin PAC sudah menepati malah melangkaui apa yang diharapkan rakyat.
Kami berdiri pada penemuan ini, dengan pengetahuan tiada agenda tersembunyi dan tiada pengaruh luar terhadap laporan ini.
8. Adakah arahan siasatan berbeza ketika PAC dipengerusikan Datuk Nur Jazlan Mohamed dan selepas diambil alih Datuk Hasan Arifin? Prosiding PAC berjalan dengan pematuhan kepada proses yang sudah ditetapkan, yang kekal dipatuhi biar siapa pun mempengerusikan jawatankuasa ini. Pengwujudan jawatankuasa ini dianggotai wakil dwipartisan bagi memastikan tidak berat sebelah, intergriti dan ketelitian.
9.Bagaimana kita akan percaya akan penemuan PAC ini? PAC adalah sebuah jawatankuasa tetap Dewan Rakyat. PAC adalah sebuah jawatankuasa berbilang parti dan berkecuali daripada kerajaan. Ia hanya menjawab kepada Parlimen, maka dengan itu ia sekaligus menjawab terus kepada rakyat.
Kalau tidak dipecahkan ruyung, mana hendak dapat sagunya. Sila lihat laporan PAC dan saya pasti anda akan dapat melihat ketelitian dalam skopnya, profesional pada metologinya dan komprehensif pada saranannya.
10. Mengapa saksi yang dipanggil tidak melibatkan Perdana Menteri, Gabenor Bank Negara dan Jho Low? Panggilan untuk memberi kenyataan bermula dengan pengurusan dan lembaga pengarah, dan jika ada keperluan untuk memanggil pihak luar memberi kenyataan, kami akan berbuat demikian, namun pada kes ini berdasarkan kepada kenyataan konklusif, tiada keperluan ke arah itu.
11.Adakah hasil penemuan itu mewakili konsensus jawatankuasa ini atau terdapat bantahan daripada kalangan anggota jawatankuasa terhadap laporan ini? Biarpun terdapat bantahan, ia adalah bagi alasan yang munasabah, dan adalah penting untuk menyatakan, jawatankuasa ini terdiri daripada Ahli Parlimen daripada kedua-dua belah. Dan dengan itu, laporan PAC ini adalah bersandarkan kepada konsensus sebulat suara selepas apa jua debat bagi mencari titik persamaan.
PAC adalah satu badan tidak memihak kepada sesiapa dan mencari kebenaran yang fokusnya adalah mengemukakan kebenaran kepada rakyat melalui Parlimen.
12.Memandangkan PAC adalah sebuah jawatankuasa dwipartisan penggubal undang--undang daripada kedua-dua belah pihak, adakah berlaku kesukaran untuk mencapai keputusan sebulat suara terhadap hasil siasatan? Sifat tidak berat sebelah jawatankuasa ini, keupayaan untuk bersidang tanpa kehadiran media, orang awam dan kerajaan namun dengan akses kepada maklumat tanpa batas dan penggunaan sumber Parlimen yang banyak, membolehkan ia mencapai satu kesimpulan yang seimbang, tepat dan adil. Benar, memang berlaku perdebatan dan bantahan terhadap beberapa isu, namun kami akhirnya akan mencapai satu kesimpulan, sebagaimana boleh dilihat dalam laporan PAC ini.
13. Kepada siapakah PAC perlu menjawab? PAC adalah jawatankuasa dipilih Dewan Rakyat. Keanggotaan PAC mewakili kepelbagaian badan perundangan negara. PAC ialah keanggotaan parti bersilang melibatkan 5 daripada parti pembangkang dan 8 daripada penyokong kerajaan.
Sebagai sebuah badan Parlimen dan bukannya kerajaan, jawatankuasa ini dapat menjalankan siasatan bebas tanpa sebarang gangguan dan halangan dan berat sebelah. Ia hanya perlu menjawab kepada Parlimen, maka dengan itu, menjawab kepada rakyat.
Kami boleh sahkan elemen integriti dan berkecuali dipenuhi sepanjang prosiding PAC dan tiada kejadian di mana PAC terganggu atau diberi arahan oleh mana--mana individu di luar proses diwartakan.
14. Siapa yang memilih anggota dan pengerusi PAC? Bagi mengekalkan integriti, keseimbangan, penyilangan seimbang perwakilan parti politik dan berkecuali, wujud satu proses ketat untuk ini.
Pengerusi (daripada penyokong kerajaan) dan Timbalan (daripada ahli pembangkang) adalah dilantik melalui usul di Parlimen oleh perdana menteri yang akan diperdebatkan di Dewan Rakyat dan usul diluluskan melalui undian majoriti ahli dewan. Secara konvensyennya pengerusi datang daripada penyokong kerajaan manakala timbalan adalah daripada pembangkang.
Tiada seorang pun boleh melantik atau menyingkir anggota PAC kerana ia perlu dilakukan secara kolektif oleh Parlimen yang bertindak mewakili rakyat untuk mengemukakan fakta dan kebenaran tanpa berpihak.
15. Apa kuasa siasatan yang dimiliki PAC?
Arahan Tetap Dewan Rakyat mewujudkan kuasa PAC dan kuasanya.
Arahan Tetap itu memberi kuasa kepada PAC untuk memeriksa:
i.Akaun persekutuan dan penggunaan dana yang diluluskan Parlimen bagi memenuhi perbelanjaan awam
ii. Apa jua akaun pihak berkuasa awam atau mana--mana badan yang mentadbir dana awam yang dikemukakan di hadapan Dewan Rakyat
iii. Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan Ketua Audit Negara di Dewan Rakyat, selaras dengan peruntukan Artikel 107, Perlembagaan Persekutuan. iv. Apa jua isu berbangkit yang difikirkan wujud keperluan oleh jawatankuasa atau yang dirujuk kepada jawatankuasa oleh Dewan Rakyat.
Adalah penting untuk menyatakan PAC bukan satu badan pihak berkuasa, namun PAC ialah satu badan yang bebas dan tidak dipengaruhi dalam mencari kebenaran bagi mengemukakan fakta kepada rakyat melalui Parlimen.
16. Mengapa berlaku kelewatan dalam membentangkan laporan ini? Laporan PAC ini perlu terperinci. Ia adalah tidak tepat jika PAC mengumumkan hasil siasatan secara tidak matang tanpa mengakses kepada apa jua maklumat terkini daripada sebanyak mana sumber yang boleh.
Terdapat dakwaan bahawa perubahan anggota PAC turut mengubah perjalanan prosiding di mana dakwaan ini adalah sangat tidak benar. Jika anda membaca laporan PAC ini, tiada apa yang terlepas pandang.
17. Adakah laporan ini diperiksa dan disahkan oleh badan berkecuali di luar Malaysia atau di luar pengaruh kerajaan? Model PAC ini sudah diuji dan disahkan berjaya, dan ia adalah model serupa dipraktikkan di negara Komanwel. Ia adalah satu badan dihormati dan satu proses yang sudah wujud lama di negara demokrasi termasuk United Kingdom, New Zealand dan Afrika Selatan, untuk menamakan beberapa negara. Ia adalah satu landasan penting bagi akauntabiliti terhadap kerajaan, dan ia sudah dipraktikkan komuniti antarabangsa.
PAC telah dibuktikan sebagai satu badan yang memiliki pengalaman untuk melakukan siasatan teliti, kerap kali mencapai satu kesimpulan yang sukar. Ini membuktikan anggota PAC bebas daripada sebarang gangguan, berat sebelah atau tekanan daripada pihak luar.
Tugas PAC adalah untuk menyediakan laporan komprehensif terhadap tatakelola syarikat, badan atau jabatan kerajaan. Ini sudah dicapai dengan berjaya dan pada kes 1MDB, PAC turut mengemukakan saranan terperinci kepada kerajaan untuk dipertimbang dan dilaksanakan.
18. Adakah PAC bekerjasama dengan kerajaan Amerika, Switzerland dan Australia dalam siasatan terhadap 1MDB? Bidang kuasa PAC adalah untuk menjalankan penilaian teliti terhadap 1MDB, berdasarkan kepada laporan dan prosiding Jabatan Audit Negara. Hingga kini, PAC tidak pernah dihubungi oleh mana--mana pihak berkuasa negara luar berkaitan 1MDB atau melihat ada keperluan untuk menghubungi mereka.
19.Memandangkan siasatan sudah lengkap dan tiada penglibatan salah laku perdana menteri dan kerajaan, adakah akan ada tindakan undang-undang terhadap pelbagai pihak yang menyebar dakwaan terhadap 1MDB? PAC bukanlah badan yang tepat untuk anda ajukan soalan itu. Kami hanya boleh mengulas mengenai laporan PAC dan hasil siasatannya. Kami bagaimanapun membuat saranan untuk tindakan lanjut. Ia adalah bergantung kepada keputusan pihak berkuasa berkaitan untuk menentukan tindakan selanjutnya.

Selasa, Januari 05, 2016
MASA ADA KUASA, TAK BUAT APA PUN
Dua hari lepas, Naib Presiden Umno, Shafie Apdal menggesa kerajaan mengatasi segera masalah kos sara hidup rakyat. Lucu juga saya baca Facebook beliau kerana apabila beliau jadi menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna apa yang beliau buat untuk atasi masalah kos sara hidup rakyat.
Ketika itu sudah ada isu kenaikan harga minyak. Apa yang beliau buat. Saya kenali beliau ketika saya bekerja di Sabah sebagai wakil akhbar Watan pada tahun 1989. Ketika itu beliau belum aktif dalam politik kerana beliau masih pegawai kerajaan di kementerian perindustrian dan luar bandar Sabah.
Beliau aktif dalam NGO sebagai timbalan presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) orang nombor dua kepada Dr. Salleh Said Keruak. Tetapi selepas beliau jadi menteri, bukan main sombong beliau. Saya pernah ke rumahnya di Jalan Belammy untuk hantar poposal untuk mengatasi masalah subsidi tetapi beliau suruh jumpa setiausaha sulit kanannya di ofisnya, Karim.
Sampai beliau ditukarkan ke kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan, saya tak dapat tarikh untuk menemuinya. Apabila Shahrir Samad jadi menteri baru, barulah kami dapat temui Shahrir untuk membentangkan proposal ini. Shahrir berminat dengan idea mengurus subsidi tetapi beliau suruh kementerian buat RFP (Request For Proposal) maka banyak yang hantar proposal termasuk Maybank, RHB yang menciplak kertas kerja asal kami yang dihantar kepada Majlis Harga Negara.
Apabila kertas ini dihantar ke kabinet, Pak Lah tak minat dengan pengurusan subsidi yang dapat menyelamatkan duit rakyat RM5 billion setahun. Sebaliknya beliau mengumumkan setiap rakyat Malaysia yang mahu memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka diberi rebat sebanyak RM625. Maka proposal ini tidak dilaksanakan. Jika ia dilaksanakan pada tahun 2007 dahulu, sudah sembilan tahun kerajaan dapat menyelamatkan RM45 billion daripada membayar subsidi.
Oleh itu apabila hendak buat kenyataan tentang kos sara hidup, sepatutnya Shafie berhati hati kerana sepanjang dia jadi menteri yang jaga hal ehwal pengguna beliau tidak buat apa pun. Sebaliknya Shahrir sudah buat sesuatu untuk menguruskan subsidi walaupun Pak Lah tidak bersetuju untuk melaksanakannya.
Jumaat, Oktober 11, 2013
JAMILAH AKAN FOKUS KEPADA EMPAT KUASA UTAMA
PETALING JAYA: Calon Ketua Puteri Umno Malaysia, Jamilah Hanim Othman berkata beliau akan memberi fokus kepada empat kuasa utama rakyat iaitu politik, ekonomi, sosial dan teknologi yang mempengaruhi kehidupan sehari-hari mereka jika beliau menang pada 12 Oktober ini.
Katanya, beliau percaya sekiranya keadaan politik stabil maka ekonomi pun baik sekali gus masalah sosial akan berkurangan.
Katanya lagi, aspek sosial juga berhubung kait dengan teknologi kerana keadaan dunia tanpa sempadan kini telah mengakibatkan banyak berlaku masalah sosial.
“Jadi, sekiranya diberi mandat, saya akan memberi fokus kepada empat perkara ini selari dengan inisiatif dan aspirasi Umno dan kerajaan, “ katanya dalam wawancara dengan sebuah akhbar harian baru-baru ini.
Beliau yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan menambah bahawa beliau mempunyai bekalan pengalaman yang mencukupi memandangkan penyertaan beliau bersama Puteri sejak awal penubuhan pergerakan ini pada tahun 2001 serta pernah menjawat jawatan Ketua Puteri bahagian selama tiga penggal manakala sebagai Exco satu penggal.
“Oleh sebab keterujaan saya yang masih mahu bersama Puteri, saya menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan ini ekoran faktor umur saya yang kini mencecah 38 tahun yang hanya melayakkan saya memegang jawatan Ketua Puteri,” katanya lagi.
Beliau yang dianggap sebagai calon “underdog” akan berhadapan dengan ahi parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyanti Samsuddin pada pertandingan 12 Oktober ini.
Beliau yakin mereka akan membuat pilihan terbaik sekiranya mereka mengambil pertimbangan terhadap janji-janji beliau demi membawa Puteri dekat di hati pengundi wanita muda khususnya melalui beberapa program yang telah dijenamakan semula seperti program sukarelawan, Vogue (Volunteery Group For Everyone) khusus untuk menarik minat mereka yang tidak begitu gemar berpolitik.
Jamilah menggunakan tagline sendiri iaitu KID demi menunjukkan kesungguhan beliau untuk menggalas tanggungjawab berat ini .
“Saya berikrar sekiranya diberi mandat, saya akan memberikan fokus dan sepenuh perhatian serta komitmen kepada Puteri memandangkan saya tidak memegang apa-apa jawatan penting selain hanya bekerja sendiri,” tegasnya.
Selasa, Mac 19, 2013
PERALIHAN KUASA BERJALAN LANCAR?
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memberi jaminan bahawa peralihan kuasa yang berlaku selepas pilihanraya umum nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang huru hara. Jaminan itu diberi ketika berucap di majlis sambutan lima tahun pemerintahan PKR di Selangor di Taman Samudra pada malam Ahad lalu.
Beliau yang juga ahli parlimen Gombak kesal dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan beliau ada dokumen bahawa parti pembangkang akan buat huru hara selepas pilihanraya umum ini.
"Saya cabar si lebam dan si sembab bawa bukti ada dokumen sedemikian," katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin. Majlis itu turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Teng Chang Kim,Ahli Exco Kerajaan Negeri, Samad Iskandar dan ADUN Batu Caves, Amiruddin Surib.
Katanya, kini kita ada lima bekas jeneral bersama kita.
"Mereka beri jaminan bila Pakatan Rakyat menang, peralihan kuasa akan berlaku secara aman," katanya lagi. Sehubungan dengan itu beliau turut mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata jika Selangor masih ditawan Pakatan Rakyat, ini bermakna akidah orang Islam di Selangor akan terjejas.
"orang tua ini cakap apa soal akidah?"tanyanya.
Katanya, Dr Mahathir tak payah cakap soal akidah kerana anaknya sendiri Mirzan adalah pemegang saham terbesar dalam kilang arak di Filipna, San Miguel.
"Nak cakap soal akidah, anak sendiri selain minum arak jadi taukeh kilang arak," katanya lagi.
Dalam ucapan aluannya, Penyelaras PAS kawasan Gombaka, Salahudin Nasir berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah anak derhaka.
Katanya, di Tanah Merah, Najib berkata PAS telah melakukan dosa besar.
"Setahu saya salah satu dosa besar ialah anak yang menderhaka kepada ibu bapa. Tun Razak tubuh Petronas dan suruh beri royalti minyak kepada negeri yang ada minyak sebaliknya Najib mengingkari perintah ayahandanya dengan tidak memberi royalti minyak kepada negeri Kelantan.
"Jadi siapa yang lakukan dosa besar? PAS Kelantan ke, atau Najib?" soalnya.

Isnin, Oktober 15, 2012
KELANTAN TIDAK PUNYA KUASA
Kerajaan Pas Kelantan tidak mempunyai kuasa ke atas penemuan sebarang sumber asli di luar tiga batu nautika dari pantai negeri ini.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, hanya Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa penuh sekiranya sumber asli tersebut ditemui di luar daripada jarak berkenaan.
Menurutnya, sempadan bagi menentukan kekuasaan di antara negeri dan Kerajaan Pusat itu ditentukan ketika penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada Februari 1948.
"Untuk menjelaskan soal ini, selain daripada sempadan yang dibuat di peringkat pemisahan negeri dan negeri lain, maka di seberang laut atau pun di pesisiran air telah pun ditentukan supaya kekuasaan negeri berkenaan dilanjutkan sehingga tiga batu nautika.
"Selebihnya akan dikuasai oleh Kerajaan Pusat. Kalau ada sebarang penemuan sama ada bijih timah atau pun apa juga yang berfaedah, kalau ditemui dalam kawasan kurang daripada tiga batu nautika maka ia menjadi hak dan milik negeri tetapi kalau ditemui di luar tiga batu nautika, ia menjadi hak dan milik Kerajaan Persekutuan seperti ditentukan pada 1948 itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika dipetik daripada video yang bertajuk, Tengku Razaleigh 2012 - Tunaikanlah Apa Yang Dalam Perjanjian (Royalti) di http://www.youtube.com/watch?v>nM-9q6N_NU0. Video berdurasi 12 minit itu dimuat naik di laman Youtube oleh Signal On pada 3 Oktober lalu.
Sebelum ini, Kerajaan Pas Kelantan mendakwa, mereka berhak mendapatkan royalti hasil daripada minyak yang dikeluarkan oleh Petronas kerana ia terletak dalam perairan negeri itu.
Perkara itu kemudiannya menjadi polemik yang berpanjangan apabila pemimpin Pas memainkan sentimen di atas pentas ceramah biarpun ia telah dibawa ke mahkamah untuk diadili.
Kesemua telaga minyak yang dituntut oleh Kerajaan Pas Kelantan berada lebih 60 batu nautika dari pantai negeri ini.
Sementara itu, Tengku Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas berkata, beliau telah ditugaskan untuk berunding dengan kerajaan Sarawak ketika penubuhan awal syarikat tersebut selepas timbul pertikaian.
"Saya telah dikirim oleh Kerajaan Pusat untuk berunding dengan Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Tun Abdul Rahman Yaakob dan saya telah berjaya mendapat persetujuan dalam rundingan itu supaya kita menyelesaikan perkara yang dibangkitkan di Mahkamah Kuala Lumpur.
"Segala-galanya ditentukan dengan persetujuan yang dibuat apabila kita meletak hak masing-masing sama ada pusat dan negeri dalam satu badan yang dinamakan Petronas.
"Dengan sokongan kerajaan negeri, Sarawak telah mencadangkan juga supaya Petronas yang akan dibentuk ketika itu akan membayar lima peratus kepada kerajaan Negeri Sarawak dan untuk menjaga keseimbangan antara negeri dan pusat, Kerajaan Pusat juga meletak hak minyak mereka dalam Petronas dan mendapat bayaran yang sama iaitu lima peratus," katanya.
Beliau turut diminta supaya berunding dengan setiap negeri di Tanah Melayu pada ketika itu untuk penubuhan Petronas.
Sabtu, Julai 18, 2009
CAKAP ORANG TAK ADA KUASA

Keselamatan Dalam Negeri (ISA) wajar dimansuh dan diganti dengan perundangan baru yang membenarkan penahanan pencegahan terhadap tertuduh.
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, undang-undang baru itu mampu menjamin hak asasi rakyat apatah lagi ISA sering dikaitkan dengan persepsi negatif.
Beliau berkata, ISA memberi skop kuasa yang terlalu besar kepada pihak berkuasa untuk menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.
"Oleh itu, akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja dan mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya
.
Beliau menyatakan demikian dalam ucapan selepas menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Demokrasi di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini semalam.

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.
Menurut Abdullah, untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.
"Saya percaya kerajaan perlu berani melakukan perubahan seumpama itu sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara," ujarnya.
Jelas beliau, ia merupakan transformasi yang rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.
Sementara itu, Abdullah menyifatkan anugerah yang diterimanya hari ini sebagai pengiktirafan kepada wawasan, pendekatan dan kaedah kepimpinan beliau dalam kerajaan.
"Falsafah demokrasi mencerminkan pengiktirafan kepada aliran falsafah yang amat dekat dengan pendirian dan prinsip kepimpinan yang telah saya pelopori.
"Sejak kecil saya telah diasuh untuk mencari kejernihan, menjalinkan silaturahim menyatakan kebaikan serta membina persahabatan," ujarnya.
Saya ingin komen sikit cadangan Pak Lah supaya kerajaan memansuhkan ISA. Nampaknya beginilah cakap orang tak ada kuasa. Kenapa sewaktu beliau jadi Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri beliau tidak berusaha memansuhkan ISA? Sedangkan ketika itu beliau ada kuasa penuh untuk berbuat demikian.
Sebab itulah bila sudah bersara dari politik, Pak Lah tak payahlah cakap banyak. Sewaktu beliau jadi Menteri Dalam Negeri, betapa polis dilihat terlalu mengongkong rakyat dengan menyuraikan banyak perhimpunan haram seperti perhimpunan Bersih dan Hindraf. Jika polis liberal di zaman Pak Lah, rakyat tidak berarak di jalan raya jika permit diluluskan.
Oleh itu tak perlulah Pak Lah komen mengenai ISA. Beliau sepatutnya memansuhkannya sewaktu beliau jadi Perdana Menteri.
Langgan:
Catatan (Atom)