Memaparkan catatan dengan label rafizi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rafizi. Papar semua catatan
Rabu, September 27, 2017
RAFIZI BERNIAGA HASIL DERMA ORANG RAMAI?
KUALA LUMPUR: Pegawai khas di JPM, Datuk Rizal Mansor (gambar) mempertikai ahli parlimen PKR, Rafizi Ramli berhubung duit derma yang diberi oleh orang ramai untuk Invoke sebuah NGO milik Rafizi.
Berikut adalah kenyataan penuh Rizal :-
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam kenyataannya pada 24 September lalu berhubung perkara nombor 5 menjawab seperti berikut tentang persoalan mengenai kakitangan Invoke:
“Kakitangan Invoke menandatangani kontrak perjawatan dengan sebuah syarikat yang bernama KEIP Resources Sdn Bhd.
KEIP Resources Sdn Bhd pula menandatangani satu perjanjian membekalkan sumber manusia mengikut keperluan Invoke dari semasa ke semasa. Kontrak perjawatan kakitangan dimuktamadkan begini dengan mengambil kira perkara-perkara bersabit undang-undang buruh dan perkara-perkara lain”.
Soalan tambahan saya kepada Rafizi hari ini; kontrak perjawatan kakitangan dimuktamad begitu kerana mengambil kira undang-undang buruh atau taktik Rafizi mahu mengalihkan duit yang disumbangkan orang ramai ke dalam Invoke untuk dibawa ke syarikat sendiri ?
Dalam bab membohong orang ramai dan memfitnah saya terpaksa memberi tabik hormat kepada dia. Kepakaran dia berbohong dan berimaginasi berada di luar jangkauan pemikiran manusia normal.
Sebagaimana dia berimaginasi seolah-olah dia bersama-sama PM dalam lawatan ke Amerika baru-baru ini. Dia memberitahu bagaimana keluarga PM mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika di Trump Tower New York.
Jangan kata pegawai-pegawai PM sahaja yang terkejut, pencuci bangunan di Trump Tower New York pun terkejut. Kerana dalam lawatan ke Amerika baru-baru ini PM tidak ke New York pun.
Berbalik kepada kisah KEIP dan Invoke.
Mengikut rekod gaji yang dipamerkan oleh Rafizi menunjukkan Invoke Solutions Sdn Bhd, telah membayar KEIP Resources Sdn Bhd bermula dari RM 147,974.30 hingga RM 350,608.64, dari Mac hingga September 2017.
Hampir RM 1.3 juta telah dibayar kepada KEIP dalam tempoh tujuh bulan itu.
Mengikut senarai itu juga, menunjukkan Invoke tidak membuat sebarang pembayaran kepada KEIP pada bulan Julai. Hanya selepas berjaya mengutip derma RM1.5 juta dari orang ramai pada Ogos, Invoke telah membayar kepada KEIP sebanyak dua kali pada 28.08.2017. Pembayaran pertama RM 160’349.95 dan pembayaran kedua RM 156,132.10 .
Manakala bulan September pula Invoke membuat pembayaran kepada KEIP, sebanyak RM350,608.64. Kelihatan tanda-tanda yang jelas bagaimana Invoke bermewah-mewah dan ‘kenduri sakan’ selepas berjaya mengutip derma jutaan ringgit dari orang ramai.
Siapakah KEIP Resources Sdn Bhd?
Inilah bahagian yang agak menarik.
Alamat berdaftar KEIP adalah di Temerloh. Bagaimanapun berdasarkan slip bayaran KWSP dan Socso yang ditunjukkan oleh Rafizi menunjukkan KEIP Resources beroperasi bersebelahan atau berhampiran dengan pejabat Invoke.
Semakan juga mendapati KEIP Resources tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan membekal tenaga kerja atau perkara bersangkutan seperti yang didakwa oleh Rafizi.
Milik siapakah KEIP Resources Sdn Bhd?
Mengikut carian yang dilakukan di SSM menunjukkan pemegang saham utama syarikat itu bernama Mohd Rafizi bin Ramli (foto). Yang memegang sebanyak 10,050 saham. Individu yang bernama Mohd Rafizi bin Ramli yang sama juga (berdasarkan nombor kad pengenalan), adalah pemegang saham terbesar dalam Invoke Solutions sdn Bhd. Iaitu sebanyak 250,000 saham.
Kesimpulannya apa?
Kesimpulannya, Rafizi membekal tenaga kerja kepada Rafizi. Dan Rafizi pula membayar kepada Rafizi ratusan ribu sebulan atas nama membekalkan sumber manusia. Hasil duit yang dikutip dari orang ramai. Campur tolak kali bahagi, akhirnya dia juga yang untung. Yang menjadi mangsa adalah orang ramai yang diperdaya untuk memberi derma kepadanya.
Selasa, Disember 15, 2015
RAFIZI AKUI KEKUATAN PAS
Pakatan Harapan perlu membentuk gabungan pilihan raya dengan PAS demi mendapatkan sokongan golongan atas pagar, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.
Ini akan menjadi satu-satunya cara untuk pembangkang menawan Putrajaya, tegasnya.
Memetik tinjauan bebas pada 4 Disember, Rafizi berkata, sekurang-kurangnya 30 peratus orang Melayu sudah membuat keputusan untuk menolak Datuk Seri Najib Razak dan Umno.
Bagaimanapun, mereka dikatakan belum memutuskan pembangkang mana yang akan disokong.
Rafizi berkata, golongan itu dipengaruhi isu yang mempunyai kesan langsung terhadap mereka, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST), melebihi perkembangan politik.
Sebahagian mereka tidak mengetahui kewujudan kumpulan serpihan PAS, Parti Amanah Nasional (AMANAH).
Menurut beliau, BN memperoleh 53 peratus undi Melayu manakala pembangkang pula 46 peratus.
Umno, PAS dan PKR pula masing-masing mempunyai 20 peratus penyokong tegar daripada orang Melayu, sementara bakinya akan membuat keputusan berdasarkan isu dan sentimen.
“Jika mereka tolak Umno, mereka akan berpatah balik kepada PAS,” katanya.
Ini menunjukkan bahawa Rafizi mengakui kekuatan PAS kerana selama ini PKR menang pun kerana jentera PAS. Contohnya PKR menang di parlimen Kemaman pada tahun 1999 kerana jentera PAS yang bekerja kuat sedangkan ahli PKR di Kemaman tidak seramai mana.
Sebab itu apabila PKR memohon bertanding di lima kerusi DUN di Terengganu pada PRU 2013, hanya satu kerusi sahaja DUN Bandar yang diberikan oleh PAS kepada PKR kerana PAS tahu bahawa PKR tiada jentera.
Kenyataan Rafizi juga membuktikan bahawa PKR tidak yakin sejauh mana rakyat dapat menerima parti serpihan PAS, Amanah. Sebab itu di Selangor Azmin Ali masih memerlukan PAS dlam kerajaan Pakatan Rakyatnya kerana alasan Azmin Pakatan Rakyat yang menangdalam PRU 2013.
Azmin sudah nampak bahawa jentera Amanah tidak dapat membantu PKR dalam PRU akan datang. Maka PKR memerlukan jentera PAS untuk menang PRU. Tanpa PAS, PKR akan hilang banyak kerusi pada tahun 2018.
Rabu, Oktober 28, 2015
RAFIZI TAK FAHAM KONSEP LEBUH RAYA BERTOL
Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli pelik juga tak faham dengan konsep lebuh raya bertol. Dia bertanya dalam satu forum bajet alternatif pembangkang di Kuala Lumpur malam kelmarin kenapa di Sarawak boleh buat lebuh raya tanpa tol tetapi di Semenanjung tidak boleh.
Lebuh raya Pan Borneo sejauh 1,090 kilometre akan siap pada tahun 2021 dengan kos sebanyak RM16.1 billion tidak ada tol dan ia sama taraf dengan jalan persekutuan di Semenanjung.
Bukannya senang nak buat lebuh raya. Memerlukan belanja yang besar. Sebab itu kerajaan tidak mampu membina 18 lebuh raya di Semenanjung. Sebab itu timbul konsep penswastaan di mana swasta bina lebuh raya dan ia memerlukan konsesi dari kerajaan selama beberapa tahun untuk mengambil balik wang yang dibelanjakan membina lebih raya dengan keuntungannya melalui kutipan tol.
Kalau satu lebuh raya makan belanja yang besar, cuba bayangkan banyak mana yang perlu dibelanjakan kerajaan membina 18 lebuh raya mungkin melebihi RM100 billion. Sehubungan dengan itu bukannya kerajaan mampu mengeluarkan duit sebanyak itu semata-mata untuk bina lebih raya kerana duit rakyat juga perlu dibelanjakan untuk bina sekolah, hospital dan sebagainya.
Lebuh raya Pan Borneo bukannya projek swasta maka kerajaan terpaksa mengeluarkan wang sebanyak RM16.1 billion untuk membinanya. Apa salahnya kerajaan bina sendiri Pan Borneo kerana Sabah dan Sarawak adalah fixed deposit BN. Inilah tanda terima kasih kerajaan BN kepada pengundi Sabah dan Sarawak yang menyelamatkan nyawa BN.
Tanpa Sabah dan Sarawak dalam Malaysia, sudah lama BN tumbang di Malaya. Jadi apa salahnya bina lebuhraya bernilai RM16.1 billion tanpa tol asalkan undi kembali kepada BN. Tak guna bina LRT dan MRT bernilai RM80 billion di Lembah Klang sedangkan pengundi Lembah Klang tidak mengundi BN. Mereka tidak tahu bersyukur pun kepada kerajaan BN yang membina LRT dan MRT yang memudahkan mereka ke tempat kerja tanpa mengharungi kesesakan jalan raya.
Lebuh raya Pan Borneo sejauh 1,090 kilometre akan siap pada tahun 2021 dengan kos sebanyak RM16.1 billion tidak ada tol dan ia sama taraf dengan jalan persekutuan di Semenanjung.
Bukannya senang nak buat lebuh raya. Memerlukan belanja yang besar. Sebab itu kerajaan tidak mampu membina 18 lebuh raya di Semenanjung. Sebab itu timbul konsep penswastaan di mana swasta bina lebuh raya dan ia memerlukan konsesi dari kerajaan selama beberapa tahun untuk mengambil balik wang yang dibelanjakan membina lebih raya dengan keuntungannya melalui kutipan tol.
Kalau satu lebuh raya makan belanja yang besar, cuba bayangkan banyak mana yang perlu dibelanjakan kerajaan membina 18 lebuh raya mungkin melebihi RM100 billion. Sehubungan dengan itu bukannya kerajaan mampu mengeluarkan duit sebanyak itu semata-mata untuk bina lebih raya kerana duit rakyat juga perlu dibelanjakan untuk bina sekolah, hospital dan sebagainya.
Lebuh raya Pan Borneo bukannya projek swasta maka kerajaan terpaksa mengeluarkan wang sebanyak RM16.1 billion untuk membinanya. Apa salahnya kerajaan bina sendiri Pan Borneo kerana Sabah dan Sarawak adalah fixed deposit BN. Inilah tanda terima kasih kerajaan BN kepada pengundi Sabah dan Sarawak yang menyelamatkan nyawa BN.
Tanpa Sabah dan Sarawak dalam Malaysia, sudah lama BN tumbang di Malaya. Jadi apa salahnya bina lebuhraya bernilai RM16.1 billion tanpa tol asalkan undi kembali kepada BN. Tak guna bina LRT dan MRT bernilai RM80 billion di Lembah Klang sedangkan pengundi Lembah Klang tidak mengundi BN. Mereka tidak tahu bersyukur pun kepada kerajaan BN yang membina LRT dan MRT yang memudahkan mereka ke tempat kerja tanpa mengharungi kesesakan jalan raya.
Isnin, Ogos 25, 2014
SHAMSUL DAN RAFIZI NAIB PRESIDEN BARU PKR
KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Akhirnya, proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlangsung dengan pelbagai masalah sejak April, menyaksikan keputusan barisan baharu kepimpinan mengekalkan status quo pemimpin utamanya.
Keputusan yang diumumkan pada 21 Ogos lepas menyaksikan Mohamed Azmin Ali menang mudah sebagai timbalan presiden selepas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tersingkir daripada persaingan, ekoran pemecatannya daripada PKR pada 9 Ogos.
Abdul Khalid dipecat kerana mengingkari keputusan parti yang mencalonkan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Menurut pemerhati politik, kemelut politik di Selangor dilihat memberi kelebihan bagi Mohamed Azmin untuk mengekalkan jawatan itu sekurang-kurangnya bagi tiga tahun lagi sementalah pencabarnya, Setiausaha Agung parti Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilihat bukanlah lawan sebenar kepada Pengerusi PKR Selangor itu.
Mohamed Azmin bergandingan semula buat kali kedua dengan Dr Wan Azizah, yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, menang tanpa bertanding jawatan nombor satu parti pada pemilihan baharu pucuk pimpinan PKR bagi penggal 2014-2017.
PENGEKALAN MOHAMED AZMIN DIJANGKA
Penganalisis politik, Che Hamdan Che Mohd Razali berkata kemenangan Mohamed Azmin adalah sesuatu yang telah dijangka memandangkan beliau merupakan pemimpin yang paling mendapat sokongan dalam PKR.
Katanya kemenangan Mohamed Azmin, yang juga Anggota Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa, itu dilihat sebagai tonggak kepada Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengemudi PKR.
"Ini ditambah pula kemenangan ADUN Seri Setia iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Ketua AMK (Angkatan Muda Keadilan) yang merupakan orang kuat Mohamed Azmin dan ini sudah tentu hanya untuk memperkuatkan lagi sokongan kepada Anwar.
"Dalam pemilihan PKR kali ini yang boleh saya sifatkan paling lama untuk mendapatkan keputusan berbanding parti-parti politik yang lain, saya melihat tidak banyak pembaharuan dalam barisan kepimpinan dan keputusannya tidak lagi mengejutkan sebab terlalu lama masa yang diambil untuk mengeluarkan keputusan pemilihan," katanya kepada Bernama di sini.
Mohamed Azmin dan Saifuddin menyertai PKR pada 1999 manakala Abdul Khalid pada 2007.
Pemilihan bermula pada 26 April lepas dan pengumuman rasmi barisan kepimpinan baharu hanya diumumkan 21 Ogos lepas selepas pelbagai masalah timbul ketika pemilihan seperti pergaduhan, proses pengundian tidak telus, kewujudan pengundi hantu dan undi melebihi jumlah anggota yang keluar mengundi.
Hal berkenaan menjadikan PKR sebagai parti yang melakukan proses pemilihan dan pengumuman barisan kepimpinan baharu paling lama. Kongres Nasional PKR yang berlangsung di Shah Alam selama tiga selepas keputusan diumumkan pula hambar dan tidak mendapat sambutan anggota parti.
DUA MUKA BAHARU NAIB PRESIDEN
Turut menarik perhatian ialah jawatan naib presiden yang menyaksikan seorang penyandangnya 'tersungkur' iaitu Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.
Dua muka baharu mengisi jawatan nombor tiga tertinggi parti iaitu Anggota Parlimen Bukit Katil dan Pandan Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Rafizi Ramli.
Persoalannya, sejauh mana ketokohan Rafizi dan Shamsul Iskandar mampu 'mencuri' undi anggota PKR untuk meraih jawatan naib presiden?
Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun, Terengganu itu berpandangan, kedua-dua mereka setakat ini belum lagi memperlihatkan ketokohan masing-masing secara maksimum, namun dilihat sebagai 'ayam sabung' kepada PKR.
"Ini kerana anggota melihat kepada siri demi siri pendedahan yang dibuat oleh Rafizi manakala Shamsul Iskandar pula dilihat sebagai 'hero' kerana telah mengalahkan pemimpin kanan Umno iaitu Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Parlimen Bukit Katil.
"Ini mungkin antara faktor penarik yang dinilai anggota untuk memilih mereka sebagai naib presiden yang baharu," kata Che Hamdan.
FUZIAH TERSUNGKUR
Pemilihan kali ini menyaksikan Fuziah yang menjadi naib presiden PKR sejak 2010 kecundang dalam persaingan 14 penjuru.
Che Hamdan berkata meskipun berjaya menarik perhatian umum dengan membangkitkan isu seperti Lynas, tetapi ia langsung tidak memberi nilai tambah kepada Fuziah untuk meraih sokongan anggota untuk kekal di jawatan itu.
Selain itu, katanya kemenangan anak sulung Anwar, Nurul Izzah dan sekutunya Tian Chua sudah pun dijangka lebih awal lagi.
"Kedudukan Nurul Izzah tidak akan tergugat selagi Anwar berada di dalam parti dan kemenangan beliau hanya disebabkan adanya pengaruh keluarga di dalam parti manakala Tian Chua pula menang untuk mewakili kumpulan aktivis yang ada dalam PKR," katanya.
Jawatan naib presiden yang memperuntukkan secara keseluruhannya tujuh kerusi, empat kerusi diisi oleh mereka yang dipilih menerusi proses pemilihan manakala tiga lagi adalah secara lantikan oleh presiden parti.
Sebelum ini, selain Nurul Izzah dan Tian Chua, Fuziah Salleh dan Datuk Dr Mansor Othman adalah naib presiden PKR yang lepas. Dr Mansor bagaimana pun tidak mengambil bahagian dalam pemilihan kali ini.
Bagi jawatan Ketua Wanita, ia masih disandang oleh Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin.
-- BERNAMA
Selasa, Januari 28, 2014
RAFIZI TANDING NAIB PRESIDEN PKR?
PETALING JAYA: Pada tahun lepas Umno, MCA, MIC, Gerakan, PAS, DAP , PBS, Upko sudah mengadakan pemilihan baru para pemimpinnya untuk menghadapi pilihanraya umum yang ke 14. Kini tiba pula giliran PKR mengadakan pemilihannya pada hujung bulan ini.
Tumpuan tertarik kepada pemilihan pemimpin utama. Adakah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan Presiden PKR dari tangan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail? Apakah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menentang ahli parlimen Gombak, Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR?
Dalam analisis ini, saya buat andaian siapa yang layak jadi Naib Presiden PKR yang kini disandang ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ahli parlimen Batu, Tian Chua dan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
Tiga orang Naib Presiden ini dipilih oleh perwakilan manakala ada juga Naib Presiden yang dilantik seperti Dr Mansor Othman, Datuk Seri Chua Jui Meng dan N. Surendran.
Adakah Dr Mansor, Chua dan Surendan berminat merebut kerusi Naib Presiden PKR? Takkan mereka berpuas hati sebagai Naib Presiden yang dilantik sahaja? Dr Mansor bekas setiausaha politik Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Tidak dapat dipastikan sejauh mana kekuatan Dr Mansor jika beliau bertanding kerusi Naib Presiden PKR kerana sepanjang beliau menjafi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau tidak menonjol. Malah di parlimen pun sebagai ahli parlimen Nibong Tebal beliau tidak hebat seperti Rafizi Ramli atau lain-lain ahli parlimen PKR.
Chua pula bekas Menteri Kesihatan yang kalah di Segamat di tangan Datuk Dr S. Subramanima. Jadi kalau perwakilan PKR memilih beliau sebagai Naib Presiden, beliau tidak dapat bersuara di parlimen. Manakala N Surendan ahli parlimen Padang Serai amat aktif di parlimen sehingga diarah keluar dari Dewan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
N. Surendan mampu menang Naib Presiden PKR jika beliau ambil keputusan mempertahankan jawatan itu melalui pertandingan. Tiga penyandang jawatan dijangka mempertahankan kerusi masing-masing.
Nurul Izzah dilihat sebagai pengganti Anwar Ibrahim apabila beliau bersara dari politik. Dua kali memenangi kerusi parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dilihat bakal Presiden PKR di masa akan datang. Soalnya adakah rakyat Malaysia bersedia menerima wanita sebagai Perdana Menteri.
Inilah kelebihan PKR kerana memiliki dua orang wanita sebagai Naib Presiden manakala Umno belum bersedia memilih wanita sebagai Naib Presiden. Jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia 10 tahun lagi, adakah PAS bersedia menerima Nurul Izzah sebagai Perdana Menteri Malaysia?
Seperti kata Azmin Ali, jika Anwar bersara dari politik, PKR tetap hidup kerana sokongan rakyat kepada PKR bukan kerana Anwar tetapi kerana isu yang menyentuh hati rakyat yang dibawa oleh PKR.
Fuziah Salleh sebagai ahli parlimen Kuantan agak menonjol di parlimen. Mampukah beliau mengekalkan kerusi Naib Presiden? Usul tergempar mengenai banjir yang dibawanya di Dewan Rakyat tetapi ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat melonjakkan nama Fuziah.
Tian Chua juga tokoh kontroversi PKR. Beliau sudah pasti mempertahankan kerusi Naib Presiden PKR.
Siapa lagi yang layak bertanding kerusi Naib Presiden? Bagi saya, ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang paling layak bertanding kerusi Naib Presiden PKR. Beliau selaku Pengarah Strategi PKR banyak membawa isu. Salah satunya isu PTPTN yang mahu menyenaraihitamkan peminjam PTPTN. Bantahan Rafizi disambut Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang akhirnya kabinet mendengar suara Khairy di atas desakan Rafizi.
Rafizi dilihat sebagai pemimpin PKR di masa hadapan. Oleh itu jika beliau bertanding kerusi Naib Presiden, beliau ada peluang untuk menang. Alangkah ruginya kalau perwakilan PKR tidak memilih orang sebijak Rafizi sebagai Naib Presiden.
Sekurang-kurangnya lima orang dijangka bertanding kerusi Naib Presiden PKR pada hujung bulan ini iaitu Nurul Izzah, Tian Chua, Fuziah Salleh, N Surendran dan Rafizi Ramli. Terulanglah kepada perwakilan PKR untuk membuat keputusan.
Langgan:
Catatan (Atom)