KUALA BERANG, 3 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melahirkan kesediaannya untuk bertanding di peringkat Parlimen sekiranya diarahkan oleh pucuk kepimpinan parti UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke-14 nanti.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir itu berkata terpulang kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan dimana-mana sahaja beliau akan dicalonkan nanti asalkan UMNO dan BN memenangi pilihan raya nanti.
"Kita sebagai pemimpin yang setia dengan kepimpinan utama parti merasakan ia sesuatu yang tidak menjadi masalah. Sekarang semua itu terpulang kepada presiden parti menentukan sebagai pemimpin utama dimana kita akan akur dengan apa sahaja keputusan yang akan beliau ditentukan ..saya tidak ada masalah..semua saya serah atas kebijaksanaan beliau.
"Kalau betul saya ke parlimen saya akan bersedia, kalau ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong sekalipun pun saya bersedia,..dimana-mana DUN pun tidak mengapa..saya bersedia...yang penting sekarang kita ingin menang," katanya ketika mengulas mengenai desas-desus bahawa beliau akan bertanding di Parlimen Kuala Nerus pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Projek Perumahan Nusa Idaman dan KP Square di Kampung Kuala Ping di sini, hari ini.
Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd. Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Sdn Bhd, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Pengerusi SPNB Idaman Sdn. Bhd, Datuk Seri Ahmad Kabit.
Memaparkan catatan dengan label razif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label razif. Papar semua catatan
Selasa, April 03, 2018
Ahad, Februari 25, 2018
BN TERENGGANU AKAN PECAT AHLI YANG SABOTAJ CALON
KUALA NERUS, 24 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Terengganu tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana anggota parti itu yang didapati cuba sabotaj calon yang terpilih mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengerusi BN dan Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata sikap 'cah keting' atau musuh dalam selimut ini perlu dihapuskan kerana ia dibimbangi akan menggugat perpaduan di dalam parti sekaligus menyebabkan parti menerima kekalahan.
"Seperti mana yang dikatakan oleh Timbalan Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) BN takkan kalah jika tidak kerana orang BN yang membuatkannya kalah.
"Jadi soal cah keting, musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan (di dalam parti) perlu dihapuskan...jika ia tidak berlaku sudah pasti BN akan terus berkuasa (di Terengganu).
"Di Terengganu, kita akan pastikan anggota yang didapati berbuat demikian dipecat dari parti kerana kita tidak akan berkompromi dengan mereka ini...kalau kita nak menang kita kena pastikan unsur-unsur ini tidak wujud," tegasnya ketika ditemui pemberita selepas melawat Pasar Tani Gong Badak di sini hari ini.
Ahmad Razif yang juga Menteri Besar Terengganu mengulas peringatan yang diberikan Ahmad Zahid dalam Majlis Taklimat Persiapan 2.0 menjelang PRU14 di Bangunan Tunku, Alor Setar, semalam.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya juga mahu semua pihak supaya berlapang dada menerima siapa jua calon yang terpilih mewakili parti pada PRU nanti.
Beliau juga mahu semua parti komponen memiliki semangat juang yang tinggi dan tidak terlalu mengharapkan UMNO selaku tulang belakang BN untuk meraih sokongan.
Dalam masa sama, beliau mengingatkan pemimpin UMNO di peringkat negeri supaya terus membantu parti-parti komponen lain dalam BN.
-- BERNAMA
Pengerusi BN dan Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata sikap 'cah keting' atau musuh dalam selimut ini perlu dihapuskan kerana ia dibimbangi akan menggugat perpaduan di dalam parti sekaligus menyebabkan parti menerima kekalahan.
"Seperti mana yang dikatakan oleh Timbalan Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) BN takkan kalah jika tidak kerana orang BN yang membuatkannya kalah.
"Jadi soal cah keting, musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan (di dalam parti) perlu dihapuskan...jika ia tidak berlaku sudah pasti BN akan terus berkuasa (di Terengganu).
"Di Terengganu, kita akan pastikan anggota yang didapati berbuat demikian dipecat dari parti kerana kita tidak akan berkompromi dengan mereka ini...kalau kita nak menang kita kena pastikan unsur-unsur ini tidak wujud," tegasnya ketika ditemui pemberita selepas melawat Pasar Tani Gong Badak di sini hari ini.
Ahmad Razif yang juga Menteri Besar Terengganu mengulas peringatan yang diberikan Ahmad Zahid dalam Majlis Taklimat Persiapan 2.0 menjelang PRU14 di Bangunan Tunku, Alor Setar, semalam.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya juga mahu semua pihak supaya berlapang dada menerima siapa jua calon yang terpilih mewakili parti pada PRU nanti.
Beliau juga mahu semua parti komponen memiliki semangat juang yang tinggi dan tidak terlalu mengharapkan UMNO selaku tulang belakang BN untuk meraih sokongan.
Dalam masa sama, beliau mengingatkan pemimpin UMNO di peringkat negeri supaya terus membantu parti-parti komponen lain dalam BN.
-- BERNAMA
Sabtu, Februari 24, 2018
BAS AMFIBIA DIPANDU UJI DAN BUKANNYA ROSAK
KUALA TERENGGANU, 23 Feb (Bernama) -- "Bas amfibia atau amphicoach hanya menjalani latihan pandu uji enjin semalam, bukan rosak" kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.Beliau berkata demikian ekoran tular video di laman sosial mengenai bas dua alam berkenaan yang dikatakan rosak dan enjinnya tidak kuat meredah air sungai ketika sesi pandu uji.
"Jangan tularkan mengenai perkara yang tidak benar tentang bas amfibia dengan menyatakan perkara yang negatif mengenai bas berkenaan. Saya ingin betulkan mengenai hal bas berkenaan yang kini tular di media sosial."
"Apa yang kita buat ini adalah untuk pelancongan dan mempromosikan negeri walaupun ia adalah pelaburan yang besar," katanya pada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Terengganu, di sini, Khamis.
Ahmad Razif berkata bas bernilai RM3 juta yang menjadi tarikan terbaharu di Terengganu bukan sahaja mampu memberi manfaat kepada negeri tetapi juga kepada rakyat.
Bas berkenaan yang tiba di Malaysia pada Januari lepas akan dipamerkan di Ekspo Terengganu bermula 25 Feb hingga 3 Mac 2018.
Sabtu, Februari 17, 2018
TERENGGANU MINTA UNESCO IKTIRAF KEUNIKAN WARISAN CINA
KUALA TERENGGANU, 16 Feb (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu akan menghantar permohonan kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk mengiktiraf keunikan budaya dan warisan masyarakat Cina di negeri itu khususnya di Kampung Cina.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata masyarakat Cina di Terengganu tidaklah ramai iaitu seramai 28,300 orang sahaja namun mereka ini sangat hebat dan berbeza daripada masyarakat Cina di negeri lain.
"Ada antara generasi Cina Terengganu dahulu yang boleh membaca tulisan jawi, memasak masakan Melayu, selesa memakai kebaya dan baju kurung, malah mahir bercakap dalam loghat Terengganu...jadi kita berharap warisan kebudayaan ini akan mendapat pengiktirafan UNESCO," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar di sini, hari ini. Turut hadir isteri menteri besar Toh Puan Seri Halina Zakaria, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Mohd Zubir Embong, Pengerusi MCA Terengganu Datuk Toh Chin Yaw dan Pegawai Penyelaras DUN Bandar, Toh Sheng Cheng.
Katanya kerajaan negeri pernah menghantar permohonan untuk menjadikan Kampung Cina sebagai Tapak Warisan Dunia namun ditolak UNESCO kerana banyak bangunan di kawasan itu telah diubah suai selain beberapa transformasi maju yang berlaku di kawasan sekitarnya.
Ahmad Razif berkata kerajaan negeri juga akan meneruskan pembangunan di sekitar Kampung Cina, Pasar Besar Kedai Payang, Dataran Shahbandar dan Pulau Warisan sebagai pemangkin kepada sektor pelancongan negeri.
"Pada malam esok juga akan terdapat tayangan telemovie bertajuk Kebaya Mek Hwa (di TV3) yang memaparkan Kampung Cina sebagai lokasi penggambarannya serta keunikan budaya hidup masyarakat Cina di kawasan itu.
"Ia diharap mampu menarik kedatangan pelancong ke Kampung Cina kerana hanya di sini sahaja terdapat keistimewaan dan keunikan tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata masyarakat Cina di Terengganu tidaklah ramai iaitu seramai 28,300 orang sahaja namun mereka ini sangat hebat dan berbeza daripada masyarakat Cina di negeri lain.
"Ada antara generasi Cina Terengganu dahulu yang boleh membaca tulisan jawi, memasak masakan Melayu, selesa memakai kebaya dan baju kurung, malah mahir bercakap dalam loghat Terengganu...jadi kita berharap warisan kebudayaan ini akan mendapat pengiktirafan UNESCO," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar di sini, hari ini. Turut hadir isteri menteri besar Toh Puan Seri Halina Zakaria, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Mohd Zubir Embong, Pengerusi MCA Terengganu Datuk Toh Chin Yaw dan Pegawai Penyelaras DUN Bandar, Toh Sheng Cheng.
Katanya kerajaan negeri pernah menghantar permohonan untuk menjadikan Kampung Cina sebagai Tapak Warisan Dunia namun ditolak UNESCO kerana banyak bangunan di kawasan itu telah diubah suai selain beberapa transformasi maju yang berlaku di kawasan sekitarnya.
Ahmad Razif berkata kerajaan negeri juga akan meneruskan pembangunan di sekitar Kampung Cina, Pasar Besar Kedai Payang, Dataran Shahbandar dan Pulau Warisan sebagai pemangkin kepada sektor pelancongan negeri.
"Pada malam esok juga akan terdapat tayangan telemovie bertajuk Kebaya Mek Hwa (di TV3) yang memaparkan Kampung Cina sebagai lokasi penggambarannya serta keunikan budaya hidup masyarakat Cina di kawasan itu.
"Ia diharap mampu menarik kedatangan pelancong ke Kampung Cina kerana hanya di sini sahaja terdapat keistimewaan dan keunikan tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Jumaat, November 10, 2017
PEMANDU KAJI MAJUKAN 34 TARIKAN PELANCONGAN TERENGGANU
KUALA LUMPUR : Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata menyedari Terengganu kaya dengan kepelbagaian produk pelancongan berteraskan kekayaan alam semula jadi, keunikan budaya kesenian dan warisan kerajaan perlu memaksimumkan semuanya secara lebih efektif.
“Kita mengambil pendekatan dengan melakukan perubahan menyeluruh dalam sektor ini termasuk membuat penjenamaan semula produk dan destinasi menarik yang dikenal pasti.
“Sektor pelancongan menjadi tumpuan kerana hasil kajian lalu mendapati ia memberi kesan sebanyak tiga kali ganda terhadap pertumbuhan ekonomi selain menambahkan 2.5 kali ganda peluang pekerjaan kepada penduduk,” katanya pada majlis pelancaran Pelan Induk Pelancongan Negeri Terengganu 2018-2025, di sini, hari ini yang mana rancangan ini dijalankan dengan usaha sama Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala; Setiausaha Kerajaan Terengganu, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail dan Naib Presiden Eksekutif PEMANDU, Datuk Dr Amin Khan.
Ahmad Razif berkata, bagi mencapai hasrat berkenaan, kerajaan memilih kepakaran PEMANDU dalam merekabentuk pelan induk dan merangka strategi baharu dalam memajukan pelancongan negeri.
Katanya, kerajaan Terengganu banyak bersandar kepada industri minyak dan gas yang menyumbangkan lebih 85 peratus pendapatan negeri.
Bagaimanapun, katanya, kejatuhan harga minyak di pasaran dunia memberi kesan kepada pembangunan negeri.
“Sehubungan itu kita perlu bergerak ke arah mewujudkan pembangunan ekonomi lebih mapan dengan meneroka dan mengambil peluang dalam sektor yang mempunyai kelebihan persaingan bagi menjana pendapatan,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri menyasarkan untuk menarik 6.5 juta pelancong melawat negeri itu yang akan menyumbangkan perbelanjaan sebanyak RM6 bilion menjelang 2025.
Katanya sasaran itu akan meningkatkan 60 peratus kedatangan pelancong berbanding empat juta yang dicatatkan pada 2015 selain bakal mewujudkan 7,000 peluang pekerjaan kepada rakyat menjelang 2025.
“Terengganu kaya dengan pelbagai aset dan mempunyai daya tarikan untuk menjadi destinasi pelancongan pilihan di Malaysia.
“Ia memiliki kawasan persisiran pantai terpanjang dan indah sejauh 244 kilometer, tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara, pulau pelancongan antara tercantik di dunia, keunikan biodiversiti di Setiu Wetland serta warisan budaya yang unik,” katanya.
Sementara itu, Idris berkata, pihaknya mengenal pasti 208 tarikan yang akan diberikan tumpuan utama dalam mengubah landskap industri pelancongan Terengganu.
“Daripada jumlah itu kita melihat 34 daripadanya berpotensi untuk diberikan tumpuan dan menjadi fokus utama dalam menarik tumpuan pelancong.
“Antaranya ialah Tasik Kenyir, Setiu Wetland, air terjun dan kolam air panas di Besut, Resorts World Terengganu dan zoo di Kemaman,” katanya.
Selasa, Oktober 24, 2017
PROGRAM CAKNA RAKYAT AKAN DIPERLUASKAN KE SETIAP DAERAH
KUALA TERENGGANU, 23 Okt (Bernama) -- Program Cakna Rakyat yang dimulakan di daerah Kuala Terengganu hari ini akan diperluaskan ke setiap daerah dengan mengikut giliran.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata beliau akan turun padang ke setiap daerah pada setiap hari Isnin sekiranya berada di dalam negeri.
"Penganjuran program itu dibuat mengikut konsep hari bertemu pelanggan bertujuan mendengar permasalahan rakyat dan mencari jalan penyelesaian yang sesuai.
"Saya bersama wakil-wakil jabatan terutama jabatan negeri akan turun bertemu rakyat, buka kaunter dan saya akan jumpa pemimpin masyarakat setempat untuk mendapatkan maklum balas berhubung permasalahan rakyat dan kenalpasti projek-projek kecil yang boleh dilaksanakan segera untuk manfaat mereka," katanya kepada pemberita selepas hadir ke program itu di sini hari ini.
Lebih 2,000 pengunjung hadir ke program Cakna Rakyat itu yang bermula 8 pagi hingga 12.30 tengah hari dengan penyertaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kerja Raya, Telekom, Tenaga Nasional Berhad dan unit Transformasi Terengganu Baharu (TTB).
Ahmad Razif berkata kerajaan negeri juga akan menambah baik program Cakna Rakyat itu agar ia menjadi platform terbaik mendekatkan pemimpin dan rakyat di akar umbi.
"Sebenarnya, setiap hari Isnin adalah hari bertemu pelanggan di setiap agensi kerajaan ini, namun melalui program ini, kita gabungkan semuanya di bawah satu bumbung untuk memudahkan orang ramai menyelesaikan urusan masing-masing.
"Mungkin juga kita akan buat pasar percuma di setiap program Cakna Rakyat selepas ini agar golongan miskin dapat memperolehi barangan yang mereka perlukan ketika hadir nanti," katanya.
-- BERNAMA
Jumaat, Disember 23, 2016
RAZIF UMUM ANAK MUDA BOLEH MILIKI TANAH SATU EKAR
KUALA BERANG: Kerajaan negeri sedia mempertimbang untuk membolehkan anak watan negeri ini yang berusia 40 tahun ke bawah memiliki tanah dengan setiap seorang mendapat seluas satu ekar (0.4 hektar).
Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman ketika mengumumkan khabar gembira itu berkata, usaha itu dibuat sebagai salah satu transformasi ekonomi kerajaan negeri bagi memanfaatkan tanah semaksimum yang boleh.
Pada masa sama, jelasnya, langkah itu juga dapat membantu golongan muda di Terengganu yang masih belum mempunyai tanah untuk dijadikan aset selain memberi peluang pekerjaan kepada golongan tersebut.
Sehubungan itu, kata Ahmad Razif, beliau mengarahkan semua pentadbir tanah di setiap daerah agar mengenal pasti tanah yang berpotensi dimajukan sebelum diagihkan kepada golongan muda.
Sebagai permulaan, beliau menjelaskan, sebahagian daripada sejumlah 157 hektar tanah di Kampung Binjai Kertas dan Kampung Nasi Dingin dekat sini akan diagihkan kepada golongan muda di kawasan berkenaan.
“Pada masa ini, daripada keseluruhan tanah itu, 101 ekar (40.9 hektar) diusahakan oleh pihak RISDA Plantation manakala bakinya akan diagihkan kepada golongan muda di dua kampung berkenaan,” katanya.
Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menghadiri program Rancangan Khas Binjai Kertas-Nasi Dingin (RKBKND) di Kampung Binjai Kertas dekat sini semalam.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang; Exco Kerajaan negeri yang juga ADUN Telemong, Datuk Rozi Mamat; Pegawai Pembangunan DUN Manir, Yusof Awang Hitam dan Pengurus RISDA Plantation Terengganu, Mohd. Yusof Baijuri.
Ahmad Razif berkata, sebelum tanah itu diberi, mereka terlibat perlu mempunyai kesanggupan yang tinggi untuk mengusahakannya termasuk menjalankan aktiviti ekonomi yang mampu memberi pulangan menguntungkan.
“Mereka kena ada kesanggupan dan keinginan, paling mustahak mereka perlu ada kesanggupan yang tinggi untuk mengusahakan tanah masing-masing seperti membangunkan projek pertanian dan sebagainya,” ujarnya. – UTUSAN
Khamis, Jun 25, 2015
KENAPA RAZIF DISERANG?
Ribut tidak, hujan pun tidak
tiba-tiba Exco Kerajaan Terengganu, Nawi Mohamad menafikan Menteri Besar
Terengganu, Razif Abdul Rahman akan ditukarkan. Pelik juga kenapa Ketua Umno
Bahagian Besut membuat kenyataan seperti itu.
Apakah motif beliau membuat
kenyataan seperti itu sedangkan rakyat berpuas hati dengan pentadbiran Razif?
Semua orang tahu siapa Nawi. Beliau adalah orang kuat bekas Menteri Besar,
Ahmad Said.
Umno Bahagian Besut yang begitu
lama berketuakan Menteri Pelajaran II, Idris Jusoh dilanggar Nawi yang dipasang oleh Ahmad Said. Idris
tarik diri bila dapati Nawi mahu menentangnya bagi jawatan Ketua Umno Bahagian
Besut pada tahun 2013. Idris pasang Pahemi untuk melawan Nawi tetapi Pahemi
dibeli oleh Ahmad Said supaya menarik diri dan dijanjikan jawatan Exco.
Maka Idris berundur menjadi Naib
Ketua Umno Bahagian apabila Pahemi bertanding jawatan timbalan ketua bahagian.
Idris terpaksa menarik diri jadi Ketua Umno Bahagian apabila dapati Nawi begitu
bernafsu mahu menentangnya.
Jika berlaku pertandingan Ketua
Umno Bahagian Besut di antara Idris dan Nawi, Idris tetap menang tetapi Idris
tidak mahu Umno Besut berpecah dua. Maka Idris yang juga bekas Menteri Besar
Terengganu terpaksa berkorban walaupun beliau masih banyak idea untuk
membangunkan Besut.
Apa yang Nawi buat untuk Besut
sejak mengetuai Umno Besut selama dua tahun? Tak nampak pun sumbangan Nawi
kerana pembangunan yang berlaku di Besut adalah legasi Idris bermula jadi
Menteri Besar pada tahun 2004.
Jadi motif Nawi mengambilalih
Umno bahagian Besut adalah semata-mata untuk memalukan Idris. Jika kalah
bertanding ketua bahagian pada ketika itu, beliau tiidak kehilangan apa-apa
sebaliknya jika beliau menang masa depan
Idris dalam politik Besut terjejas.
Sebagai menteri pusat Idris tidak
mahu kalah dalam gelanggang kerana di Terengganu ramai bekas menteri pusat
kalah bertanding Ketua Umno Bahagian seperti bekas Menteri Pertanian, Manan
Othman di Kuala Terengganu. Malah Ahmad Shabery Cheek yang juga Menteri Multi
Media dan Komunikasi tidak diberi peluang mengetuai Umno Bahagian Kemaman.
Maka Idris terpaksa mengorbankan
jawatannya dan berundur tiga langkah menjadi Naib Ketua Umno Bahagian. Ada yang
beranggapan bahawa Idris takut dicabar dan sepatutnya Idris tidak menerima
jawatan nombor tiga itu sebaliknya menjadi penasihat Umno bahagian sahaja.
Tetapi idris ada perkiraannya sendiri. Jika tidak ada jawatan dalam parti, maka
beliau mungkin digugurkan sebagai calon paelimen pada PRU 2018. Mahu tidak mahu
beliau terpaksa memegang jawatan Naib ketua bahagian kerana pemilihan calon
dibuat berdasarkan jawatan dalam parti.
Mengulas kenyataan Nawi terhadap
Menteri Besar baharu, ia adalah kenyataan yang mengejutkan kerana kenapa
sebagai Exco beliau berani membuat kenyataan seperti itu? Adakah Razif telah
memanggil Nawi untuk meminta penjelasan atau adakah Nawi tidak berkenan dengan
Razif yang slow dalam tindakan.
Berbanding dengan Ahmad Said yang
merupakan bekas pegawai tadbir negeri, Ahmad cepat buat keputusan manakala Razif
bekas guru memang slow. Beliau tidak berani buat keputusan.
Ada yang mengatakan beliau
berkiblat kepada setiausaha politik Najib Razak iaitu Jailani Ngah. Setiap
keputusan diambil setelah merujuk kepada Jailani Ngah yang menaikkan namanya
sebagai pengganti Ahmad Said.
Razif penakut buat keputusan
tidak seperti Ahmad Said. Malah ada yang menemui beliau minta rekomen, Razif
menjawab saya tiada kuasa. Terkejut aktivis Umno itu bila mendengar jawapan
Razif. Adakah Logik Menteri Besar tiada kuasa? Sedangkan rakyat melihat bekas
Menteri Besar seperti Wan Mokhtar Ahmad, Idris Jusoh dan Ahmad Said ada kuasa
untuk mengkayakan rakyat Terengganu.
Malah surat sokongan mereka laku
dan pegawai kerajaan takut. Ahmad Said kalau mahu sesuatu projek itu diberi
kepada kroninya dia akan call pegawai yang berkenaan. Begitu juga di zaman Wan
Mokhtar, pegawai yang menerima surat dari Wan Mokhtar faham bahasa isyarat Wan
Mokhtar. Kalau beliau tandatangani surat itu dengan pen merah, maka dapatlah
apa yang dihajati oleh tuan punya surat. Kalau beliau tandatangani surat dengan
pen biru atau pen hitam, maka kecewalah tuan punya surat itu.
Di zaman Ahmad Said rakyat bebas
minta kawasan balak dan kawasan bijih besi. Tapi di zaman Razif, beliau beku
semua permohonan kawasan balak dan kawasan bijih besi. Tetapi tersebar di
Facebook bahawa apa yang rakyat marah kepada Ahmad Said berlaku juga di zaman
Razif. Dahulu rakyat marah kepada Ahmad said kerana balak, bijih besi
dimonopoli oleh kroninya Agu dan Haji Dol.
Nampaknya Razif tidak belajar
dari kesilapan Ahmad Said. Kononnya kawasan balak diberi kepada kroninya. Maka
timbullah nama abang Razif, Azmi Abdul Rahman yang menjadi ketua penyamun
sambal dibantu Setiausaha Kerajaan Negeri, Osman Muda. Rakyat mula tidak
berpuas hati dengan sikap Razif kerana kononnya dia tiada kuasa tetapi abangnya
yang memberi projek kepada kroninya.
Memang tidak salah membantu kroni
tetapi janganlah melampau. Beri peluang yang adil dan saksama kepada rakyat
cari makan. Ingatlah masa angkat sumpah jawatan, Menteri Besar telah berjanji
berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira bulu.
Apa yang diungkitkan Ahmad Said
di Dewan Undangan Negeri memang betul. Dahulu Ahmad menghidupkan Percetakan
Yayasan Islam Terengganu sehingga untung dan dapat menolong kakitangan anak
syarikat kerajaan negeri tersebut. Tetapi apa yang berlaku sekarang menyebabkan
kroni kaya tetapi Percetakan Yayasan Islam rugi dan majoriti pekerja yang
malang ini berada di bahagian Kuala Nerus yang diketuai oleh Razif.
Di zaman Ahmad Said rakyat marah
kepada Ketua Menteri Besar, Wan Ahmad Wan Muda yang banyak merosakkan
pentadbiran Ahmad Said. Sebaliknya sekarang Razif seolah-olah Menteri besar
remote control yang dikawal oleh jailani Ngah dan abangnya sendiri, Azmi Abdul
Rahman yang juga bekas ahli parlimen Kuala Nerus.
Rakyat akan bosan kepada BN jika
Razif tidak hentikan apa yang berlaku sekarang. Dalam suasana 17-15 kerusi
dalam DUN, jika Ahmad Said terus bersekongkol dengan Dr Mahathir Mohamad, tidak
mustahil dalam PRU 2018 PAS akan memerintah semula Terengganu.
Justru itu Razif kena belajar
dari kesilapan Ahmad said yang menimbulkan kemarahan rakyat. Jika tidak
berubah, BN Terngganu akan rebah. Melihat senario yang berlaku sekarang, maka
Nawi Mohamad merupakan Exco pertama yang berani membuat kenyataan beliau belum
mendengar berita Razif akan ditukarkan. Hanya Allah yang tahu niat Nawi
membangkitkan isu ini.
Isnin, Julai 07, 2014
RAZIF DILANTIK PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO TERENGGANU
KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pentadbiran negeri yang dicorak oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berada pada landasan tepat sebagaimana yang diharapkan.
Menurut Perdana Menteri, dalam tempoh yang singkat setelah mengambil alih teraju kepimpinan, Ahmad Razif telah berusaha menterjemahkan aspek perpaduan, kesinambungan dan pembaharuan.
"Saya lihat semua berjalan dengan baik, saya tekankan soal perpaduan dan juga kesinambungan. Maknanya apa yang baik, yang dilakukan oleh pentadbiran dahulu kita teruskan.
"Di samping itu, saya percaya Datuk Ahmad Razif akan lakukan pembaharuan dan penambahbaikan," katanya yang turut merujuk pendekatan pentadbiran Ahmad Razif yang bertemakan Transformasi Terengganu Baharu sebagai sokongan kepada program transformasi nasional.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya penilaiannya terhadap Ahmad Razif yang memikul tanggungjawab menggantikan Datuk Seri Ahmad Said bermula 12 Mei lalu selain mengambil alih jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Terdahulu, dalam lawatan kerja pertamanya ke negeri ini setelah peralihan kepimpinan, Najib turut mendengar taklimat pembangunan negeri di Wisma Darul Iman di sini petang ini.
Selain Ahmad Razif, yang turut hadir Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh; Pengerusi Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Datuk Seri Jamaluddin Mohd. Jarjis, wakil-wakil rakyat dan para pegawai kanan negeri.
Perdana Menteri menarik perhatian, pada umumnya beliau berpuas hati dengan apa yang telah dicapai oleh kerajaan negeri dan percaya Menteri Besar dan kerajaan negeri akan memperhebat pelaksanaan projek-projek yang telah diluluskan.
Sementara itu, Najib berkata, Terengganu merupakan negeri ketiga selepas Perak dan Kedah yang beliau ikuti taklimat pembangunannya untuk dipertimbang segala keperluan berasaskan kemampuan Kerajaan Pusat.
"Saya telah diberi taklimat mengenai pencapaian pembangunan di negeri ini dan juga apakah keutamaan yang dicadangkan oleh kerajaan negeri bagi pertimbangan Kerajaan Pusat khususnya dalam konteks kita menggubal Rancangan Malaysia Ke-11 nanti.
"Fokusnya, saya akan melihat kehendak oleh kerajaan negeri itu dulu. Macam di Terengganu, penekanan ialah projek pencegahan banjir yang mereka rasakan perlu diberi keutamaan dan beberapa projek kemudahan asas.
"Saya juga tekankan perlu diperhebat projek-projek untuk membolehkan negeri dan rakyat menjana pendapatan lebih tinggi seperti bidang perusahaan teknikal, keusahawanan dan pendidikan," jelasnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140707/po_01/Ahmad-Razif-berada-pada-landasan-tepat---PM#ixzz36ilLQnFu
© Utusan Melayu (M) Bhd
Isnin, Julai 29, 2013
KUALA NERUS: RAZIF CABAR NASIR?
KUALA NERUS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Razif Abdul Rahman (gambar) dijangka mencabar Datuk Nasir Tan Sri Ibrahim dalam pertandingan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus September ini.
Razif merupakan ADUN BN tunggal yang menang pada pilihanraya umum lalu manakala tiga DUN lagi, Tepoh, Bukit Tunggal dan Teluk Pasu dimenangi PAS. Sesuai dengan kedudukan sebagai Exco Kerajaan Negeri, sudah sampai masanya bagi Razif mengambilalih jawatan Ketua Umno Bahagian.
Pada tahun 2008, Nasir yang juga ahli parlimen Kuala Nerus ditentang oleh bekas ahli parlimen, Che Azmi Abdul Rahman yang juga abang kepada Razif. Nasir menang dalam pertandingan tersebut. Tetapi dengan kekalahannya dalam pilihanraya umum lalu, maka kedudukannya mungkin tidak selamat lagi.
Pada 5 Mei lalu, beliau kalah 610 undi kepada calon PAS, Mohd Khairudin Aman Razali. Khairudin mendapat 33,861 undi manakala Nasir mendapat 33,251 undi.
Sepatutnya pada pilihanraya umum 2008, Nasir bertanding di DUN Seberang Takir untuk dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru. Sultan Mizan dikatakan mahu Nasir jadi Menteri Besar baru menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.
Bila Idris mengetahui berita ini dari Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi maka Idris selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri telah memindahkan Nasir dari bertanding di kerusi DUN ke kerusi parlimen Kuala Nerus.
Impian Nasir untuk menjadi Menteri Besar berkecai. Maka Sultan Terengganu tiada pilihan lain. Baginda terpaksa menerima nama Datuk Seri Ahmad said sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Idris.
Menjelang pilihanraya umum lalu, nama Nasir disebut lagi sebagai pengganti Ahmad Said. Tetapi sekali lagi beliau dipilih sebagai calon parlimen yang memadamkan hasratnya untuk menjadi Menteri Besar Terengganu.
Nasir ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Bukan sahaja tak dapat jadi Menteri Besar apabila dipilih bertanding di kerusi parlimen Kuala Nerus, sebaliknya kalah pula dan tak dapat jadi ahli parlimen.
Orang yang sepatutnya menggantikan Nasir sebagai Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus ialah timbalannya, Datuk Rahin Mohd. Said. Tetapi Rahin yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri kalah dalam pilihanraya umum di DUN Teluk Pasu. Rahin kalah 109 undi kepada calon PAS, Ridzuan Hashim. Ridzuan mendapat 9,098 undi manakala Rahin mendapat 8,989 undi.
Oleh itu para perwakilan Umno Bahagian Kuala Nerus perlu berani buat transformasi dengan memilih ketua yang baru, Razif yang kini ada jawatan dalam kerajaan negeri. Tidak ada makna Ketua Bahagian diketuai oleh orang yang tidak ada jawatan.
Sudah sampai masanya bagi Nasir memberi laluan kepada Razif merancang pembangunan di Kuala Nerus. Tambahan pula Kuala Nerus baru sahaja dinaikkan taraf menjadi daerah yang baru.
Takdirnya berlaku pertandingan tiga penjuru antara Nasir-Rahim-Razif, sudah tentu perwakilan memilih calon yang boleh beri kemudahan kepada mereka. Inilah kelebihan Razif yang menjadi Exco Kerajaan Negeri buat penggal kedua.
Langgan:
Catatan (Atom)








