Memaparkan catatan dengan label darurat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label darurat. Papar semua catatan

Khamis, Julai 24, 2014

SELANGOR DARURAT JIKA RAKYAT SOKONG KHALID

Perkasa meramalkan Selangor akan diisytiharkan darurat jika rakyat bangkit menentang proses pertukaran MB, tan Sri Khalid Ibrahim. menurut Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, rakyat Kelantan pada tahun 1977 bangkit mennetang usaha tan Sri Asri Muda mahu menggantikan Datuk Mohamad nasir dengan Wan ismail Wan ibrahim. "Saya bimbang hal yang sama boleh berlaku di Selangor jika Khalid bertegas mahu kekal sebagai MB," katanya dalam sms kepada blog ini. Katanya, Khalid banyak kali berkata mahu kekal sebagai MB sehingga akhir penggal tetapi Datuk Seri anwar Ibrahim tetap mahu menggantikan Khalid dengan isterinya Datuk seri dr wan azizah wan Ismail. Ini bermakna khalid tidak berhasraat untuk berhenti atau diganti.Anwar mahu menggulingkan Khalid ibrata tanduk sudah tidak berguna lagi. "Malunya Khalid dan tidak ada harga satu sen pun kepada Anwar," tegas Ibrahim yang juga bekas ahli parlimen Pasir mas. Katanya, kenapa kalau mahu terajang khalid,dia tidak diganti oleh Azmin Ali anak Selangor jati sedangkan Azizah bukan anak Selangor. Tanyanya, apa pula pendirian Sultan Selangor? dan PAS boleh terima ke wanita jadi MB? Dapatkah rakyat Selangor terima wanita jadi MB? Jika Anwar berjaya mengangkat isterinya sebagai MB, ini bermkana PKR adalah syrikat PKR Sdn Bhd yang mana Anwar menguasai 60 peratus saham, DAP 35 peratus dan PAS 5 peratus. Katanya lagi, Anwar memang hebat kerana pakar smart manipulator dan kali ini Khalid jadi mangsanya.

Khamis, Mac 05, 2009

IBRAHIM ALI CADANG ISYTIHAR DARURAT


Isytihar saja darurat di Perak!

Demikian saranan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya mengisytiharkan darurat di Perak kerana keadaan semakin tidak menentu kebelakangan ini.

Menurut Ibrahim, tindakan pakatan pembangkang memprovokasi dan mengkucar-kacirkan keadaan sudah sampai kepada keperluan mengisytiharkan darurat di negeri itu.

Beliau berkata, tindakan pakatan pembangkang seolah-olah mencari simpati tetapi menyerlahkan lagi kebodohan mereka tentang undang-undang.

“Keadaan semakin bercelaru dan jika tiada sebarang tindakan paling tegas diambil maka hari-hari kita akan dimomokkan dengan cerita-cerita sebegini,” katanya semalam.

Beliau mengulas tindakan pakatan pembangkang di Perak yang terus menerus menimbulkan kekecohan dan kekacauan di negeri itu.

Menurut Ibrahim, kerajaan perlu bertindak tegas terhadap kumpulan yang menimbulkan kekacauan kerana ia menjejaskan imej negara di mata dunia.

Dengan teknologi sekarang, katanya, apa saja berlaku ia disebarkan melalui Internet sekali gus menggambarkan keadaan negara dalam keadaan tidak stabil.

“Susah untuk kita puaskan hati semua orang, apa yang perlu kita lakukan ketika ini ialah hormat dan patuh kepada undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, tindakan pakatan pembangkang itu cuba menimbulkan huru-hara selepas mendapati mereka tiada lagi jalan untuk merampas semula kerajaan negeri.

Katanya, orang ramai akan terus bersimpati dan sanggup melanggar undang-undang kononnya untuk memberi sokongan kepada mereka.

“Tindakan mereka (pakatan pembangkang) terlalu biadap dan kurang ajar lebih-lebih lagi terhadap Sultan Perak dan undang-undang, tindakan tegas perlu diambil terhadap pengacau-pengacau ini,” katanya.

Muhammad percaya strategi pakatan pembangkang ketika ini ialah cuba memanipulasi keadaan agar rakyat terus menyokong dan menyasarkan tiga pilihan raya kecil untuk kepentingan politik mereka.

Katanya, rakyat Perak khususnya perlu sedar bahawa pakatan pembangkang sudah tidak lagi berkuasa dan perlu kembali kepada peraturan dan undang-undang sebagaimana diakui oleh Sultan Perak.