Memaparkan catatan dengan label simpan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label simpan. Papar semua catatan

Rabu, Julai 16, 2014

22 TAHUN SIMPAN DENDAM

Dua hari lepas saya menulis HABIS MANIS SEPAH DIBUANG dalam blog ini. Saya tak sangka tulisan itu mendapat sokongan ramai bekas staf Kumpulan Karangkraf yang sewaktu dengan saya (1987-1992). Mereka call, sms saya, chatting dengan saya melahirkan sokongan terhadap apa yang saya tentang bekas majikan saya. Saya sengaja meletakkan tulisan dalam blog saya itu dalam Facebook pengajur majlis berbuka puasa Alumni, Rodly Fadly. Saya tak sangka tulisan itu mendapat respon dari bekas majikan saya dalam Facebook Rodly yang menulis seperti berikut: "saya juga hurmati hak zabidi menulis. cuma jangan fitnah. dosa besar. apa yg zabidi tulis itu persepsi zabidi. kami juga ada persepsi kami tentang zabidi tapi kami pilih utk berdiam. di zaman watan/bacaria kami tak buang orang. mereka berhenti sendiri atas pilihan semdiri. cerita pasal malungun itu adalah sebuah fitnah berat dari saudara. saya tak perlu gaduh dgn saudara.". Dia hormati hak saya menulis. Lepas itu dia kata saya buat fitnah. Dia juga ada persepsi tentang saya tapi dia berdiam diri. Memang betul selepas Watan ditutup pada Oktober 1987, dia tak buang orang kerana mereka berhenti sendiri. Padahal Kumpulan Karangkraf ada banyak majalah, apa salahnya beliau serap bekas staff Watan dalam pelbagai majalah terbitan Kumpulan Karangkraf. Sebaliknya mereka kena meletakkan jawatan menganggur sampai ada yang ada rumah terpaksa dilelong kerana tiada kerja. Ada yang bercerai berai dimarahi mertua akibat tak ada kerja. ini diakui oleh Bidin Beseri Saad, bekas pengarang berita Watan kepada saya:" salam sdra zabidi...apa yg hang tulis tu mmg la btul..aku, hj khairyne dan smua geng pengasas watan di ttdi dulu rasa camtu...aku menganggur berapa lama..kereta kena tarik..rumah kena tolak balik..mcm2..keluarga porak peranda..." Tulisnya lagi, "derita hidup aku rasanya lbh teruk dari hang kot zabidi..hahaaaa. pak mentua aku dtg mrh2 sbb takde kerja". Malah bekas majikan saya menambah dalam Facebook Rodly bahawa:" apa zabidi nak kata tentang saya saya tidak kisah . saya tidak akan respons kerana tidak suka buka aib orang lain. tapi fitnah zabidi terhadap saya mengenai malungun ini saya anggap sebuah fitnah berat." Fitnah apa? Semua bekas staff Watan tahu cerita ini. Malungun yang memberitahu saya hal ini. malangnya Malungun sudah meninggal dunia untuk menjadi saksi saya. Kita tunggu di akhirat sama ada Malungun yang bohong atau dia yang bohong, Dia tak nak respon kerana tidak suka buka aib orang. Aib dia saya tidak tahu? Aruah Man Toba cerita semua kepada saya kisah di sebalik pertandingan Dewi Remaja anjuran majalah Remaja. Dewi Remaja yang menang diajak tidur oleh pengurusan Karangkraf. Saya tahu semua tapi saya tak nak juga buka aib orang. Saya menyokong usaha bekas staff seperti Rodly fadly menubuhkan Alumni Bekas Staf Karangkraf. Ada cadangan supaya ahli-ahli melawat bekas staff yang sakit seperti ismail jais di melaka. baguslah kerana sekurang-kurangnya Karangkraf mengenang jasa kami 27 tahun lalu mengkayakan mereka.Kami dahulu bergaji kecil tidak bergaji besar seperti staff Karangkraf sekarang. Sekurang-kurangnya titik peluh kami ada saham dalam membangunkan Karangkraf sehingga menjadi gergasi penerbitan selama 36 tahun. Bagi saya karangkraf tidak hebat mana. kalau ia hebat sudah lama ia disenaraikan di BSKL sama ada di papan kedua atau papan utama. kalau setakat dapat pingat Datuk, hairan apa ada kawan saya baik dengan istana Pahang boleh uruskan pingat itu dengan bayaran RM60,000 sahaja. Itulah nilai Datuk Pahang hari ini.Karangkraf hidup kerana tiada union menjaga kebajikan staff. lihat dahulu apa yang berlaku kepada daud Ibrahim yang menang jadi Presiden Badan keluarga yang mahu memperjuangkan nasib staff akhirnya meletakkan jawatan kerana tak tahan dengan tekanan majikan. Saya sekembalinya dari Sabah pada tahun 1991 turut mahu memperjuangkan masib staff tapi saya kalah bertanding jawatan presiden Badan Keluarga di tangan aruah Man Toba. Pada hari akhir kempen, saya belanja 50 orang staff makan nasi lemak, tapi saya dapat 49 undi sahaja. Itulah kenangan manis sepanjang berada di Karangkraf. Saya memang akui Karangkraf ada jasa kepada saya tetapi saya dendam dengan cara majikan melayan staff. Dendam selama 22 tahun ini sudah dapat saya luahkan kelmarin dahulu. Seperti kata Datuk kamal Amir, "dalam kehadiran ramadhan al mubarak ini ada baiknya kita berbaik sangka saudara Zabidi", saya setuju dengan beliau dan saya mohon maaf kepada majikan saya kerana saya sudah luahkan segala yang tersimpan selama 22 tahun selama ini. Maafkan saya Datuk Haji Huss
amuddin.

Rabu, Disember 23, 2009

PENYANYI,PELAKON BOLEH SIMPAN DALAM KWSP


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menawarkan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SSP 1Malaysia) mulai 3 Jan ini bagi membantu individu yang bekerja sendiri menangani masalah ketidakcukupan simpanan selepas bersara nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Tan Sri Azlan Zainol berkata skim itu mengambil berat terhadap kebajikan semua peringkat rakyat yang bekerja sendiri yang tidak mempunyai skim simpanan pesaraan secara formal.

Skim tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2010 pada Oktober lepas.

"Skim itu bertujuan memberikan perlindungan kewangan kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap apabila mereka mencapai usia tua," kata Azlan dalam kenyataan di sini Selasa.

SPP 1Malaysia ini terbuka kepada individu bekerja sendiri seperti penjaja, peniaga pasar malam, ejen hartanah, golongan pekerja bebas seperti deejay, pembimbing kecergasan, penyanyi dan pelakon serta pemilik perniagaan dalam talian.

"Kerajaan sentiasa prihatin terhadap ketidakcukupan simpanan persaraan yang menjadi kebimbangan sebahagian besar rakyat Malaysia terutamanya golongan bekerja sendiri yang tidak mempunyai pendapatan tetap bulanan.

"Skim SPP 1Malaysia menawarkan golongan terpilih ini fleksibiliti dalam menentukan jumlah wang yang mampu disimpan untuk simpanan persaraan mereka," kata Azlan.

Katanya tidak seperti skim simpanan KWSP yang biasa, amaun yang dicarumkan ke dalam SSP 1Malaysia adalah bergantung kepada tahap kemampuan pencarum sepenuhnya.

"Ahli boleh memilih untuk mencarum amaun minimum sebanyak RM50 sehingga RM5,000 sebulan sebagai simpanan persaraan mereka.

"Caruman adalah secara sukarela dan pencarum juga tidak perlu membayar caruman setiap bulan, ia bergantung kepada tahap kemampuan mereka,", katanya.

Pencarum skim ini akan menerima dividen tahunan mengikut kadar yang diumumkan KWSP.

Tambahan pula, sumbangan kerajaan sebanyak lima peratus dan tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM60 setahun, selama lima tahun bermula dari tahun 2010 hingga 2014.

Individu yang berminat untuk menyertai skim ini perlu mengisi Borang KWSP 16G (1M) yang boleh diperoleh di cawangan KWSP seluruh negara atau memuat-turun dari laman web ini mulai 3 Jan ini.

Borang tersebut perlu dikembalikan ke cawangan KWSP berdekatan atau melalui serahan mel.

Bagaimanapun, individu yang berminat dan masih belum menjadi ahli KWSP perlu berdaftar sebagai ahli terlebih dahulu dengan mengisi Borang KWSP 3 dan mengemukakannya kepada KWSP sebelum memohon menyertai skim ini.

Simpanan boleh didepositkan secara tunai atau cek menggunakan Borang KWSP 6A(2) di kaunter bayaran KWSP seluruh negara.

Menurut Azlan, ahli KWSP sedia ada yang telah bekerja sendiri turut layak memilih untuk menyertai skim baru itu.

Keterangan lanjut boleh diperolehi dengan mengunjungi pejabat KWSP berdekatan atau hubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922-6000 atau layari laman web KWSP.