
Memaparkan catatan dengan label syabas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label syabas. Papar semua catatan
Selasa, Jun 11, 2013
SYABAS ADNAN YAACOB
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berpendapat jawatan presiden dan timbalan presiden Umno patut dipertandingkan dalam pemilihan parti akhir tahun ini memandangkan ia sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dan bersifat keterbukaan kepada ahlinya.
Katanya sebagai parti demokratik dan bersifat inklusif, apa saja jawatan dalam parti perlu melalui proses pertandingan.
"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan untuk mengongkong (jawatan presiden dan timbalan presiden tidak perlu dipertandingkan)... pada saya biarlah terbuka, apa nak tutup (pertandingan jawatan tertentu), tiada sebab," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jom Heboh TV3 di Kuantan hari ini.
Beliau bagaimanapun tetap memberikan sokongan padu kepada kedua-dua pemimpin tertinggi parti iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Kita akan sentiasa memberi sokongan kepada mereka dan perdana menteri sendiri menyatakan bahawa mana boleh jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden, ketua Pemuda dan Wanita tidak dipertandingkan.
"Kalau begitu semua (ahli) Majlis Tertinggi jangan bertanding dan bawa kepada bahagian sahaja, maka kenyataan-kenyataan seperti itu hanya menunjukkan kita bersifat autokratik," katanya.
Adnan berkata sebelum ini Najib dan Muhyiddin juga tidak pernah berkata bahawa jawatan yang dipegang mereka itu tidak boleh ditandingi.
"Presiden dan timbalan presiden sendiri tidak menyatakan mereka tidak mahu ditandingi dan jelas kenyataan sedemikian hanya menunjukkan Umno sebuah parti yang eksklusif.
"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut dan tiada alasan ia tidak dipertandingkan, saya berpendapat sesiapa sahaja yang mahu menjadi calon dipersilakan, menang atau tidak itu cerita lain," katanya.
Sebelum ini, badan perhubungan Umno Negeri Sembilan mencadangkan jawatan presiden dan timbalan presiden parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan Umno tahun ini bagi memastikan kekuatan parti terus utuh.

Isnin, Mac 19, 2012
SYABAS DI ATAS KETEGASAN AHMAD SAID

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tidak menolak akan turun ke jalanan bagi membantah tindakan kerajaan negeri Terengganu yang menarik balik pemberian pinjaman kepada enam anak negeri itu yang belajar di Mesir selepas didapati terlibat dalam perhimpunan di ibu negara tahun lalu.
NONEMenurut pengerusinya, Ahmad Syukri Ab Razab tindakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said itu adalah bercanggah dengan prinsip hak asasi yang menjadi teras dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
“Selain bercanggah dengan prinsip Hak Asasi, sikap yang diambil oleh kerajaan negeri Terengganu ini juga dilihat mengetepikan toleransi sesebuah kerajaan negeri terhadap mahasiswa.
“Tindakan membatalkan pinjaman merupakan hukuman yang sangat menganiaya mahasiswa apatah lagi mahasiswa yang menuntut di luar negara.
“Hukuman ini sudah semestinya merencatkan kos sara hidup dan sudah pasti akan menganggu proses penganjian mahasiswa yang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.
kt by election 070109 ahmad saidSemalam, Ahmad Said (kanan) berkata, tindakan menarik balik pinjaman itu dibuat selepas kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan penjelasan pelajar terbabit ketika menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan.
"Kita biayai mereka untuk pergi belajar, bukannya untuk terlibat dengan demonstrasi atau perkara yang tidak diingini," katanya.
Keenam-enam pelajar berkenaan didapati terbabit dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu dan perhimpunan membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) awal tahun ini.
Ketinggalan zaman
Menurut Ahmad Said, beliau berharap tindakan itu akan menjadi pengajaran kepada pelajar lain agar tidak terbabit dengan kegiatan tidak sepatutnya.
Walau bagaimanapun Ahmad Syukri berpendapat kenyataan menteri besar Terengganu itu sebagai sikap ketinggalan zaman dan juga memperlihatkan kaedah pemerintahan kerajaan negeri Terengganu yang terlalu sempit dan tertutup.
universiti student auku uuca parliament protest 180808 10“Datuk Seri Ahmad Said perlu sedar bahawa sistem hukuman yang melampaui hak asasi ini semakin ditolak masyarakat.
“Ini dibuktikan apabila Perdana Menteri Malaysia juga sejak akhir-akhir ini telah membuat keputusan untuk memansuhkan beberapa akta rimba seperti pemansuhan ISA dan pindaan AUKU.
“Sesebuah kerajaan sama ada di peringkat pusat ataupun negeri seharusnya bersifat lebih terbuka dalam melayani hak demokrasi yang dimiliki setiap rakyat. Hal ini penting bagi membolehkan sesebuah kerajaan berkembang dengan lebih pesat apabila setiap rakyat dibenarkan untuk bersuara dan mengkritik tanpa intimidasi daripada pihak pemerintah.
Sambil meminta menteri besar Umno itu, bertindak lebih profesional, SMM juga menuntut Ahmad Said memisahkan sentimen politik dan seterusnya membuat keputusan yang lebih adil.
“Sekiranya sifat ketinggalan zaman ini dikekalkan, maka tidak keterlaluan sekiranya mahasiswa sifatkan bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Ahmad Said akan ditolak rakyat dalam pilihan raya yang akan datang.
“SMM juga tidak akan teragak-agak untuk melancarkan protes terhadap terhadap Kerajaan negeri Terengganu sekiranya Datuk Seri Ahmad Said tetap berkeras dengan
hukuman yang telah dikenakan,” katanya mengakhiri kenyataan media itu.
Ulasan saya, saya menyokong penuh dengan ketegasan Ahmad Said sebagai Pengerusi Yayasan Terengganu. Peduli apa dengan ugutan SMM. Nak berdemonstasi teruskanlah. Kita masuk universiti nak gi belajar bukan nak gi buat benda tak ada faedah. tahniah kepada Ahmad said.
Isnin, Jun 07, 2010
SYABAS KEPADA PEWARTA

Tahniah kepada Persatuan Wartawan Terengganu (PEWARTA) yang telah berjaya mengadakan Anugerah Malam Wartawan di kediaman Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said di Kuala Terengganu malam tadi. Anugerah pertama telah diadakan pada tahun 2004.
Pada tahun 2006, Pewarta cuba mendapatkan peruntukan dari Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh untuk mengadakan malam anugerah kali kedua tetapi pejabat MB tidak berminat melayani surat Pewarta itu. Majlis yang sepatutnya diadakan dua tahun sekali itu sekali lagi gagal diadakan pada tahun 2008 kerana MB mengiktiraf Kawat (Kesatuan Wartawan Terengganu)dan menganaktirikan Pewarta.
Di bawah pemerintahan MB baru, Pewarta telah berjaya mendapatkan peruntukan untuk meneruskan anugerah buat kali kedua. Malam tadi Haji Endut Haji Ali, Haji Mohamad Jusoh, Wahba dan Wan Ahmad Ismail telah dinobatkan sebagai Tokoh Wartawan 2010. Tahniah buat mereka. Cuma saya rasa kali ini bila nak diberi anugerah janganlah beri kepada mereka yang memegang jawatan dalam Pewarta. Haji Mohamad Jusoh(Timbalan Presiden Pewarta) dan Wan Ahmad Ismail (Ahli jawatankuasa Pewarta) bukan tidak layak mendapat anugerah, tetapi sepatutnya beri anugerah kepada mereka yang tidak berjawatan dalam Pewarta.
Sebagai bekas Timbalan Pengerusi Persatuan Wartawan Melayu (PWM) cawangan Terengganu, saya menyokong usaha Pewarta mengumpulkan bekas wartawan, sasterawan yang berasal dari Terengganu berada dalam satu persatuan seperti Pewarta kerana Kawat hanya membuka keahlian kepada mereka yang bertugas sebagai wartawan sahaja.
Usaha yang dilakukan oleh Pewarta amat murni dan dalam ucapannya Presiden Pewarta mencadangkan supaya ditubuhkan Yayasan Wartawan untuk menjaga kebajikan wartawan dan bekas wartawan bukan sahaja di Terengganu malah di sleuruh Malaysia. Pewarta malam tadi turut menobatkan Datuk Ahmad Said sebagai pemenang anugerah khas Presiden 2010 dan Datuk Musa Federal Malay sebagai tokoh masyarakat Pewarta 2010.
Pewarta dianaktirikan oleh bekas MB dari tahun 2006-2008. Oleh itu langkah Ahmad Said mengiktiraf semula peranan seramai 70 orang ahli Pewarta amatlah disanjungi. Semoga hubungan yang sudah terjalin di antara Pewarta dengan kerajaan negeri terus berkekalan.
Ahad, Februari 01, 2009
SYABAS DR. ZAHID

Jangan cabar kesucian Islam. Jangan bangkitkan kemarahan umat Islam.
Peringatan dan amaran keras Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu ditujukan kepada pemimpin tertentu bukan Islam yang terus menimbulkan isu menyentuh kesucian Islam di negara ini.
Sambil merujuk kepada isu akhbar mingguan Herald Catholic yang mencetuskan kemarahan masyarakat Islam kerana menggunakan perkataan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayunya, Ahmad Zahid menegaskan bahawa perkara itu sepatutnya tidak timbul sekiranya semua pihak prihatin dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.
‘‘Ada pemimpin bukan Islam yang minta kebenaran supaya perkataan Allah digunakan dalam akhbar itu dengan alasan mengambil contoh Indonesia yang lebih bebas dalam isu agama.
‘‘Ini Malaysia, jangan samakan dengan negara lain, kita adalah sebuah negara Islam seperti termaktub dalam perlembagaan. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung,” tegasnya pada majlis pelancaran Yayasan Generasi Gemilang (Y2G) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini semalam.
Pada 24 Januari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok merayu Kementerian Dalam Negeri membenarkan Herald Catholic menggunakan tulisan Allah dalam edisi terbitan bahasa Melayu sehingga mahkamah membuat keputusan.
Kata Dompok, perkara itu telah dibawa ke mahkamah dan semua pihak harus membiarkan sistem keadilan negara menentukan sama ada Herald Catholic harus berhenti menggunakan perkataan Allah atau sebaliknya.
Menurut Ahmad Zahid, cubaan untuk menggantikan perkataan Tuhan dengan Allah dalam penerbitan akhbar agama mereka bukan sahaja menyalahi Perlembagaan Persekutuan, malah tindakan itu seperti mempunyai agenda tertentu.
“Apa tujuan mereka? Sejak dulu lagi, sudah termaktub dalam undang-undang mereka tak boleh berbuat demikian,” tegasnya.
Menurut Ahmad Zahid, perbuatan segelintir pemimpin bukan Islam yang sengaja membangkitkan isu itu seolah-olah cuba mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Pada masa yang sama, Ahmad Zahid menegaskan, penganut agama lain di negara ini juga dilarang menyampaikan dakyah agama mereka kepada umat Islam di negara ini.
‘‘Masyarakat bukan Islam perlulah hormati keputusan ini kerana ia tertakluk dalam Perlembagaan Malaysia,” katanya.
Ahmad Zahid menegaskan, sekiranya kesucian Islam terus dicabar, masyarakat Islam di negara ini tanpa mengira fahaman politik akan bersatu dalam mempertahankan kesucian agama Islam.
‘‘Jangan cuba bermain api, jangan cabar umat Islam, kita akan lakukan apa sahaja untuk pertahankan agama suci ini,” kata beliau.
Pada masa yang sama, beliau menyeru umat Islam supaya bersatu bagi menangkis pandangan pihak luar yang menganggap masyarakat Islam lemah.
Ketegasan Dr. Zahid dalam isu ini akan melonjakkan namanya sebagai calon Naib Presiden UMNO yang popular. Yang hairannnya isu ini dibangkit oleh menteri kabinet dari Sabah, Bernard Dompok. Hairan kenapa mereka mahu gunakan nama Allah. Adakah ia bertujuan untuk mengelirukan umat Islam?
Satu lagi yang perlu disekat oleh KDN ialah penyebaran kitab injil dalam bahasa Melayu. Kita faham ada orang Indonesia yang beragama Kristian di negara kita yang membaca kitab injil itu dalam bahasa Melayu. Sewajarnya kitab itu dilarang dijual di Malaysia kerana ia boleh mengelirukan umat Islam.
Berhati-hatilah orang Kristian tidak puas hati dengan orang Islam. Sebab itu ada khabar-khabar angin mengatakan ramai padri Kristian sedang berusaha mengkristiankan orang Melayu di Seremban. Oleh itu anak-anak muda jangan mudah terperangkap dengan dakyah Kristian ini.
Masih ingat isu Joe Fernandez ADUN Lunas yang ditembak mati dulu? Dialah salah seorang yang aktif mengkristiankan umat Islam di Bukit Mertajam. Oleh itu berhati-hatilah anak-anak muda. Mereka akan buat apa saja supaya kita keluar dari agama Islam.
Langgan:
Catatan (Atom)